Wednesday, January 12, 2011

Travelog Bumi Ginseng - Prolog

Bismillahirrahmanirrahim...

2 tahun sudah berlalu semenjak saya memulakan karier sebagai anak perantau, namun cuma baru-baru ini saya terlintas untuk mewujudkan travelog sebegini rupa. Alhamdulillah, saya harap masih belum terlambat untuk saya kongsikan dengan semua yang sudi membaca. Ada hadis masyhur yang menyebut:

Dari Abu Hurairah r.a. berkata : bersabda Rasulullah SAW : Perumpamaan orang yang mempelajari ilmu kemudian tidak memberikannya (kepada orang lain) adalah bagaikan orang yang menyimpan harta kemudian tidak menafkahkan sebahagian daripadanya.” (Hadith RiwayatAt-Tabrani)

Astaghfirullah. Semoga Allah ampuni saya yang daif ini.

Baiklah, travelog kali ini bukan mengenai bumi kanggaru tapi bumi ginseng. Sahabat2 jangan tersilap, bumi ginseng bukan Australia, tempat saya menimba ilmu. Tapi bumi ginseng ialah Negara Korea- Hanguk.

Korea= ginseng?

Kalian pasti selalu dengar nama ginseng bukan? Untuk pengetahuan semua, korea dikenali sebagai bumi ginseng kerana tanah geografinya yang sangat sesuai untuk penanaman ginseng. Malah, Panax Ginseng kini lebih dikenali dengan Korean Ginseng kerana ia begitu mudah boleh didapati di negara tersebut.

Korea?

Dengan serangan korea utara ke atas korea selatan baru2 ini, pasti kalian selalu terdengar negara ini menjadi topik perbualan. Walaupun namanya tidaklah sehebat Jepun, namun saya pasti negara ini hebat di mata2 anak muda yang sangat meminati aliran muzik dan drama dari negara ini. (^^!)

Korea adalah sebuah negara yang berjiran dengan Jepun dan China. Saya pasti, dengan berlakunya pergolakan baru2 ini, ramai yang akhirnya mengetahui bahawa korea terbahagi kepada dua iaitu, Korea Utara dan Korea Selatan. Korea yang kita kenali melalui media selama ini adalah Korea Selatan dan Seoul terletak di Korea Selatan. Sepertimana Jepun dikenali sebagai Nihon, Korea dikenali sebagai Hanguk oleh rakyatnya. Korea adalah nama komersil. Bahasa korea pula dikenali sebagai Hang-ul. Kebanyakan rakyat korea adalah Atheis - tidak ada agama, tidak mempercayai Tuhan, satu realiti yang menyedihkan.


Korea Utara dan Korea Selatan.
Why Korea??

Semestinya satu soalan yang patut dijawab sejak mula lagi. Alhamdulillah, dengan rezki yang Allah berikan, saya akan berjaulah ke bumi ginseng dalam masa kurang 72 jam dari sekarang. Jaulah ini adalah hasil spontan diskusi bersama rakan2 farmasi di Perth dan juga gara2 jualan murah tiket AirAsia yang rasanya sukar untuk ditolak. Sememangnya ini peluang keemasan saya untuk bertandang ke kota Seoul yang selama ini cuma dilihat melalui kaca-kaca tv mahupun skrin laptop.

Jaulah saya ke Korea akan mendedahkan saya bukan sahaja dengan keindahan landskap dan budaya semata2. Tetapi saya akan turut dapat merasai bagaimana rasanya untuk hidup selama 7 hari di tengah kotaraya dimana bahasa Inggeris bukanlah sesuatu yang biasa, tulisan rumi mungkin akan jarang kelihatan dan cuaca yang puratanya bawah negatif darjah celcius adalah biasa juga bagi mereka! Allahuakbar!

Mungkin akan ada yang bertanya, adakah pengalaman di Kota Perth selama ini tidak cukup bagi saya? Saya akan tersenyum sahaja dan akan menjawab TIDAK! Ilmu itu tidak akan pernah cukup buat saya. Sudah menjadi kewajipan setiap muslim untuk mencari ilmu dan bukankah pengalaman merupakan guru yang terbaik? (^^) harap ada yang setuju dengan saya.

A015
Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.

Dalam surah Al-Mulk ayat ke 15 ini Allah memperlihatkan bahawa Dia telah menciptakan Bumi ini agar dapat kita terokai. Tiba2 bait2 lagu Mirwana-Hikmah Kembara berkumandang di telinga saya.

Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Prolog ini bukanlah dengan niat untuk menunjuk-nunjuk akan jaulah ini tetapi saya berniat untuk berkongsi dengan semua tentang pengalaman saya sebelum, semasa dan selepas berada di bumi ginseng tersebut. Semoga niat saya tidak disalah tafsirkan. Saya dengan rendah diri mohon doa kalian kepada rombongan kami nanti. Andai ada salah silap di mana2 mohon teguran semua.

Saya kongsikan bersama beberapa tempat yang bakal kami lawati di Seoul kelak insya Allah.

Masjid Seoul, Itaewon

Namsan Tower

Bears Town Ski Resort

Nami Island

Sekian, Wallahualam.
FastaBiQuL Khairat

2 comments:

  1. Aleen,
    pg korea erk? selamat bercuti dan melihat tempat org.. kalo jumper artis korea.. kim salam kat Hyun bin ne~.. (^_^)

    ReplyDelete
  2. yup2...thank you kak aini...(^^) Hyun Bin?? kenchana yo...kalo jumpa aleen kim salamne~...hehe...(^^)

    ReplyDelete