Wednesday, April 3, 2013

[Personal view] TOP 3 MEMORABLE THINGS WHILE IN PERTH

Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillahi rabbil 'alamin....
Allah telah memberi keizinan dan kekuatan untuk kita bernafas dan menikmati keindahan iman dan Islam pada hari ini.

Sebenarnya saya tulis artikel ini semasa saya masih belum graduasi. Tapi tulis tak habis...
haha
tangguh lagi...
so saya sambung hari ni ye...
Tak nak alter apape sangat.
sebab semua ini saya tulis secara spontan. lahir dari hati. takde tapis2...hehe

Teruskan membaca ya...:)

Bismillah~

Dalam sedar tak sedar, saya kini hampir2 menamatkan pengajian saya di bumi Kanggaru ini.
Oh Tuhan, cepat sungguh masa berlalu!

Benarlah kata-kata imam Ghazali pada anak muridnya,
"Yang paling jauh itu masa lalu, sedangkan yang paling dekat itu MATI"
Banyak sangat perkara yang saya harap saya boleh patah balik dan buat benda tu, namun mengapa perlu berkalau-kalau sedangkan ada masa depan yang PASTI esok hari.

Post hari ini adalah untuk berkongsi

TOP 3 MEMORABLE THINGS WHILE IN PERTH

1. Hidup berdikari

"Awat cliche sangat nih? BORIIIIIIIIIING..."

Senyum.

Biarlah kalau orang nak kata boring pun tapi ini merupakan salah satu pengalaman yang sangat7xx berharga yang saya pelajari di sini yang telah mengubah hidup saya.

Dahulu saya hidup dalam comfort zone. Saya takut nak bergaul dengan orang. Dan saya selalu menyusahkan orang yang saya kenal, selalu mengadu masalah dengan diorang, selalu mengharapkan kata-kata semangat dari mereka.

Salahke?

Tak, sikit pun tidak. Yang salah itu apabila saya TERRR-------LALU (ok u got my point) bergantung harap dengan diorang sampai saya TERLUPA PADA ASSAMAD- Maha Diperlukan.

Allah.

Ya, di oversea inilah, di Perth inilah, saya kenali Pencipta saya.

Di sini, tanpa sahabat handai yang mampu saya kongsikan masalah saya, saya perlu berdikari. Lebih teruk lagi, saya adalah seorang gadis yang selalu menangis. Dahulu, saya menangis mencari Allah hanya bila saya ada masalah2 besar sahaja. Bila nak exam, bila sakit, bila ada pertandingan. Tapi bila senang, tidak pula saya tahu untuk bersyukur.

Makanya, di sini, akhirnya saya cuba, saya belajar untuk mengadu dengan Allah. Dari sekecil-kecil perkara ke sebesar-besar perkara. Tak kisahlah perkara sedih atau gembira. Saya ceritakan pada Allah, dalam doa, dalam solat, setiap masa dan ketika. Lambat laun, saya mampu menangis kerana Allah. Kerana Allah!! Bukan kerana masalah saya, bukan kerana tidak ada tempat bergantung tapi kerana Allah. Dan saya yakin, semua ini tidak akan berlaku kalau Allah tidak mencampakkan saya sendirian di kotaraya Perth ini.

Dan apabila rahmat Allah itu terasa sangat dekat dengan diri saya, Allah hadirkan sahabat2 yang mencintai saya kerana Allah. Yang mempunyai pemikiran yang sama dengan saya, yang mengajak saya ke arah kebenaran. Nikmat Allah mana lagi yang mahu didustakan?

Allah.

Jadi, perasaan berdikari itulah yang paling saya akan rindui. Sebab perasaan itu telah mampu menggerakkan jiwa dan akal saya, bahawa ada ASSAMAD dan ALBASIR sedang memerhatikan saya. Alhamdulillah



2. Pengalaman buat Honours

Mulanya saya tak mahu disclose kenyataan ini. Kerana saya takut mengundang riak, saya takut dengan kata-kata orang sekeliling dan umpatan yang bakal saya hadapi. Tapi, ketakutan itu bukankah sewajarnya disandarkan pada ALLAH? Maka saya mengambil keputusan untuk menulisnya di sini sebagai satu pengajaran buat saya di masa hadapan, agar mengenang kembali rezeki yang telah Allah berikan pada saya ini.

Pharmacy Honours di Curtin University agak berlainan dengan Honours di universiti-universiti tempatan dan juga universiti lain di Australia. Untuk buat honours anda perlu:-

  • skor 70 untuk semester weight average by the third year
  • lulus ujian bertulis
  • lulus temuduga
Mak aih! dahsyat tak? Huhu. Dan saya langsung tak terlintas untuk lulus ketiga-tiga requirement diatas.

Alhamdulillah, masa second year, Allah mudahkan saya belajar, jadi markah dalam exam pun tinggi2. Saya tak pernah rasa semua tu sebab saya rajin, sebab saya tahu, kalau bukan Allah yang gerakkan hati saya untuk belajar, memang saya tak belajar. Alhamdulillah.

Untuk ujian bertulis dan temuduga tu, saya pergi sebab suka-suka je. Sebab nak ada pengalaman diinterview oleh lecturer. (gedik kan? huhu) ujian bertulis tu pun sebenarnya dia suruh summarize research article bab ticagrelor (ingat sampai sekarang!). Pergi tanpa expectation, tanpa harapan diterima. 

Tapi....

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
(Al-An’am: 17)


Saya telah diterima sebagai salah seorang pelajar honours 2011/2012. Orang lain yang diterima semuanya seronok, gembira. Kecuali 2 orang. Saya dan kawan saya, Alisa.

Saya? Menangis lagi! Haha, saya memang suka menangis. Menangis bukan kerana kegembiraan, menangis kerana Allah telah mentakdirkan saya memikul beban ini di atas bahu saya. Menangis semahu-mahunya untuk menolak tawaran Honours ini.

Saya tak nak buat Honours!

Tapi, lihatlah di mana saya sekarang.

Alhamdulillah, langkah demi langkah saya melaksanakan projek honours saya. Dalam masa yang sama saya perlu hadir ke lecture, tutorial dan tests. Saya tidak terkecuali dari sahabat-sahabat yang lain, cuma saya ada sesuatu yang mereka tidak ada, pengalaman Honours (I supposed more workload is the most appropriate term-hehe).

Sekali lagi, honours adalah cara Allah menarik saya keluar dari kepompong duniawi yang amat selesa ini. Saya akui saya agak terleka ketika di tahun ketiga. Saya banyak bermain, saya kurang belajar, saya telah mendapatkan iphone yang diidam-idamkan. Saya hanyut dan lupa pada As-Samad dan Al-Basir. Maka Allah campakkan honours ini atas bahu saya agar saya tersedar dari lamunan dan anganan yang panjang.

Honours telah mengajar saya untuk berharap sepenuhnya pada Allah. Belajar bahawa kita hanya mampu merancang, natijahnya mungkin baik dan mungkin tidak. Harga sebuah pengakhiran yang baik bukanlah murah. Begitu banyak mahar yang perlu dibayar sepanjang 13 minggu di tahun 3 dan 6 minggu di tahun 4 untuk menghabiskan Honours ini. Jadi saya amat sedih jika ada yang memandang ringan usaha-usaha saya, meskipun saya tahu saya bukanlah bakal pemenang Nobel prize yang diagung-agungkan itu.

Pada hari keputusan diumumkan, saya tercengang melihat keputusan saya. Saya syukur, tapi jujur dalam syukur ada sendu. Walaupun saya ini cuma manusia kecil yang tiada apa, saya masih mengharapkan First Class Honours. Hari yang sama saya berjumpa dengan supervisor saya, Rima Cacetta. Beliau berkata, "You are awarded with First Class Leen. Congratulations!" Jujur, aku tercengang lagi. Biar benar! Rupanya keputusan yang terpampang di laman sesawang itu bukanlah keputusan akhir. Masih ada pengiraan akhir yang tidak aku ketahui untuk membolehkan aku dianugerahkan 1st class honours. Air mata ini mengalir lagi. Rima juga bergenang matanya. Syukur alhamdulillah! 

Ya. Pengalaman ini sangat berharga. Mengajar aku begitu banyak suka dan duka. Mengembalikan aku kepada fitrah kehidupan yang sepatutnya sukar dan penuh ranjau. Bukannya mewah dan goyah dalam hiburan. Alhamdulillah.

2. Bulatan Gembira a.k.a usrah :)

Saya akui, setelah berada di Malaysia, biah di sekeliling saya ini tidaklah seperti biah di Perth. Bumi Perth itu, meskipun bahangnya membakar di musim panas, dinginnya membeku di musim sejuk, namun ia tetap subur dengan dakwah dan tarbiayyah para ahlinya. Ahlinya yang mengejar keredhaan Ilahi sambil menagih ilmuNya nan luas di bumi Selatan.

Sesiapa yang berada di dalam situasi ini pasti akan mengerti, betapa pentingnya peranan bulatan gembira ini. Saya pula adalah jenis orang yang memaksa diri. Saya paksa diri saya, kadang2 rasa macam tak nak pergi saja usrah, tak nak baca buku untuk bagi perkongsian, tak nak itu, tak nak ini, tapi alhamdulillah, Allah bagi juga tarikan untuk saya supaya TETAP hadir ke bulatan gembira walau dalam situasi apapun saya berada.


Mula dengan keterpaksaan tapi akhirnya membuahkan kerelaan yang manis sekali. Ah, rindunya...rindu sekali dengan bulatan gembira ini. Taman syurga duniawi, yang dilembayungi malaikat, didengar doanya oleh Ilahi. Tidak rindukah kalian, dengan segala ilmu yang mendekatkan kita padaNya, dengan segala teguran yang membuatkan kita tersentap? dengan segala perkongsian yang membuatkan orang lain mengerti, dan yang paling penting dengan ketenangan yang hadir tatkala ayat-ayat suciNya dihadamkan dan disantuni secara jamaie?

Bulatan gembira di Perth ni unik sekali. Selepas habis usrah, KONFEM ada sesi makan2. Kadang2 usrah buat kat luar, BBQ sekalilah. Ada sekali tu pergi jalan2 kat Kings Park, dan ada sesi perkongsian dari semua orang. Setiap kali usrah mesti belajar benda baru. Kalau bukan benda baru pun, mesti dapat tajamkan memori kita tentang sirah, tajwid dan banyak lagi cabang ilmu agama.

Janganlah sampai kita terlalu mengejar fardu kifayah (farmasi, engineering, architecture, medik dan sebagainya) sampai kita mengabaikan ilmu fardhu ain kita sahabat2. Ilmu Fiqah, Aqidah, Tasawuf kita. Saya akui saya pun masih belum cukup mantap lagi ilmu2 ini, tapi sampai bila kita mahu beralasan?

Mungkin ada sahabat yang tidak nampak pentingnya usrah. Nasihat saya, biar sesal dahulu, jangan sesal kemudian. Hargailah usaha pihak2 yang telah bertungkus lumus menjayakan bulatan gembira di tempat kalian. Bulatan gembira inilah makanan jiwa kita, bukannya drama2 korea, lagu2 inggeris dan filem2 barat. Bulatan gembira bukanlah berfungsi untuk menstresskan diri kita, tetapi menenangkan hati.

ALLAH...aku rindu...

Teringat kata2 Saidina Ali yang cukup mashyur

‘Apabila engkau berasa penat dalam melakukan kebaikan, 
ingatlah penat itu akan hilang dan kebaikan yg dilakukan akan terus kekal. 

Dan apabila engkau berasa seronok dalam melakukan dosa, 
ingatlah keseronokan itu akan hilang, tetapi dosa yg dilakukan akan terus kekal’ 

(Saidina Ali)

Baiklah sahabat2...semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmatnya walau di mana sahaja kita berada, Allah, rahmatilah kami! Jangan Kau sesatkan setelah Kau berikan hidayah pada kami...Aamiin

Wassalam~
FastaBiQuL Khairat