Tuesday, January 25, 2011

TBG 2 : Don't Visit Korea

Assalamualaikum wbt,

Haa~ terkejut tak baca title? Ni nak buat perang dunia ketiga ke ngan South Korea? Sabar2. Ini hanyalah teknik penulisan semata2, tapi:....sebenarnya ada jugak terdetik rasa tak best bila dah ada di Korea. Dan ini berlaku pada hari pertama di Korea.

Baiklah, keesokan paginya kami bangun agak awal, tapi mungkin lewat
di Malaysia. jam 6.45 pagi. Subuh di Korea berakhir jam 7.45 pagi, jadi memang tak jumpa ngan subuh gajah. (^^) Oleh sebab hari ini hari pertama, maka kami berkobar2 nak keluar melihat bumi Seoul. Jam 9.30 pagi lagi kami dah bersiap siaga dengan thermal, vest, winter coat, muffler, wool socks dan lain2 kelengkapan perang agar kami tidak kecundang di tengah jalan. Alhamdulillah, suhu mula naik ke -17 darjah daripada -20 semalam. (tapi still sejuk kot)

Why don't visit korea 1:

Sebab saya JEALOUS sangat dengan kemudahan subway di seoul. Sangat3 efficient! Mudah! Even untuk tourist seperti kami hanya perlu membeli 't-money' (ala2 touch n go - kat perth pun ada gak ni...hehe) then you can now board any trains, subways, bus and even some taxis. Subway kat seoul sangat murah! 900 won untuk satu perjalanan, tak kisahla setengah jam ke, sejam ke dalam train tapi still 900 won which equal to 90 cent aud = RM2.50. Dan Alhamdulillah, turun2 dari guesthouse terus jumpa subway station. Jadi don't visit korea...hee~ (^^)
Dalam subway ke Namdae

Destinasi kami yang pertama is Namdaemun market. Seoul memang banyak market. Namdaemun, myoeongdong, dongdaemun, ewha, hongdae sendiri ada market. Tujuan kami pergi ke market awal2 pagi ialah untuk membeli winter coat, muffler dan glove yang sesuai ngan cuaca kat sini. Punyalah semangat kami menuju ke Namdaemun tetapi alangkah sedihnya satu kedai pun tak buka.


"Betul ke ni tempatnya korang?" soal Nur
"Tu kan signboard namdaemun punya besar tu?"
"abis tu apsal semua kedai tutup. Sebab hari ni hari ahad ke?" soal saya.
"Farid tu cakap kalau sejuk sangat kedai tutup," ujar kak nabilah. Suasana sunyi.....

TUTUP??? SEJUK??? Ya Allah...memang tak dinafikan, dah berlapis2 baju pun masih sejuk lagi, memang patut pun ahjumma ngan ahjusshi ni tutup kedai.

Mahu tak mahu kami pun berjalan merentasi deretan kedai sunyi tanpa pengunjung. Sedihnya, memang rasa nak balik sekarang jugak. Tapi tiba2 kami dengar bunyi2 manusia di satu lorong. Rupanya dah ada kedai yang bukak tapi kami je tak tahu! Barang pertama dibeli oleh kawan2 saya is stokin. Alhamdulillah saya still ok, cuma hidung saya macam dah beku tahap ais. Memang nak cari penutup muka yang boleh melindungi hidung saya.

Tengah2 Namdaemun

Why don't visit korea 2:

Tahun ini korea mengalami sejuk melampau. Suhu dah tahap -20 darjah tapi kelibat salji tak pula kelihatan. Sedihnya rasa hati. Rasanya kalau nak datang korea boleh datang di penghujung winter atau awal winter. Middle winter? Anda cuma dapat merasakan nyamannya hembusan angin salji pada pagi hari dan timbunan salji di mana2. Jualan2 murah baju2 winter juga sedang rancak berlangsung waktu2 ini. Maka don't visit korea. hee~ (^^)

Salah satu cara efektif melindungi diri dari kesejukan ialah mencari shopping complex bertutup. Inilah trick yang kami belajar pada hari pertama. Asal sejuk je lari masuk building. Comel kan kami? hee~ tapi itulah realitinya. Kalau rasa jari kaki beku, jari tangan kebas, cepat2 kami bergegas ke bangunan terdekat. Ketika di namdae ada satu shopping complex bernama Shinsegae. Ala2 queensbaylah rasanya, ya Allah lega tak terkira bila dah masuk sini. Habis hilang rasa kebas dan sejuk. (^^)

Habis bershopping di namdae, kami pulang ke guesthouse untuk solat sebelum bertolak ke myeongdong pula. Myeongdong? Anda peminat You're Beautiful? inilah lokasi Go Mi Nam dan Kang Shin Woo konon2nya berjumpa. Myeongdong is superb! It's alive! Memang cantik sangat myeongdong. Kami ke sana dalam pukul 5.30 dan waktu ini Korea telah masuk waktu maghrib. Jadi, lampu2 kedai mula dibuka, deretan kedai2 kecil yang menjual barang2 comel, dikelilingi masyarakat berbahasa korea, inilah waktu yang saya rasa Yes, I am in Korea!


Love the lights in myeongdong...(^^)

Why Dont Visit Korea 3:

Barang2 di korea sangat comel dan berpatutan. Especially souvernir. Tapi kena hati2. Ada tempat yang suka ambil kesempatan dengan tourist. Jadi saya selalu berlakon boleh cakap korea. Antara dialog yang selalu saya guna

"Igeo omalneyo?" (berapa harga barang ni?)
"De- /Ne- / ye-" (baiklah)
"Kamsa hamnida"
"Chonmaneyo" (welcome)

Dan rupa2nya kita boleh tawar menawar dengan penjual. Kalau dia tunjuk jari 10, saya mintak kurang 8 dan seterusnya sampai dua2 pihak puas hati. Rasa seronok sangat boleh berinteraksi macam ni. Kat Perth tak rasa pun. Maka don't visit korea. hehe~ (^^)

Dan destinasi terakhir pada hari pertama ialah lokasi penggambaran BOF yang sangat masyhur. Namsan Tower! Kami ke Namsan Tower dengan menaiki shuttle bas di myeongdong. Masa ketika itu dalam jam 7 petang tapi rasa macam dah pukul 9 malam. Malam sangat awal menjengah. Kami ingat bas tersebut akan turunkan betul2 depan tower tapi alangkah malangnya dia berhentikan kami dibawah sahaja. Kami perlu berjalan selama 10 minit jugakla sebelum sampai ke tower. Sepanjang perjalanan tu memang dah terasa beku segala jari2 kaki dan tangan. Nasib baik muffler dan bubble cukup tebal untuk melindungi badan.

Sepanjang perjalanan ke atas kami di sajikan dengan pemandangan salji yang memutih di mana2 dan juga pemandangan bandar Seoul pada waktu malam. Subhanallah memang cantik3 yang amat. Tak dinafikan KL pun cantik tapi bila lampu neon malam + salji putih + sahabat2 yang best memang lain perasaannya. Pada waktu beginilah saya bersyukur dengan nikmat mata yang Allah kurniakan. Kalau saya tidak ada pancaindera yang satu ini rasanya mustahil untuk saya nikmati semua ini.

Subhanallah

Sampai di Namsan tower saya tidak melepaskan peluang bergambar di hot spot penggambaran Jandi dan Junpyo. Juga di cable car dan coffee machine seperti di dalam drama BOF. Hebat sungguh akal fikiran manusia yang dikurniakan Allah. Indah2 sungguh ciptaan bangunan di Seoul. Agak2 orang Malaysia boleh buat macam ni tak?

This is where Jun Pyo waited for Jan di...(^^)

Ternyata pada awal pagi tadi saya rasa macam tak sabar2 untuk pulang ke Malaysia tapi sekarang hati saya berbelah bagi.

"Give Seoul a chance to win ur heart," a voice said. And I smiled and hamdalah came through. Yes, I am grateful for this chance from Him. Now I'm giving the chance back to Seoul. Don't let me down Seoul.

Win my heart...Visit Korea...(^^)

FastaBiQuL Khairat (^^)v

4 comments:

  1. scenary senja di bdr myeongdong sgt unik.. sgt mengujakan.. dan sgt menjeleskan (^^,).. nak pegi laa nanti.. kalo ade keizinan (^_^)..

    btw.. last piccas tue sgt comel.. ala2 album artis korea (^^ ')

    ReplyDelete
  2. kalau nak shopping2 myeongdong mahal sikit barang2nya...tapi barang2 artis k-pop banyak kat sini...(^^)
    pegila k.aini, memang cantik sangat...(^^)

    last pix tu kat dalam namsan tower...cantik kan?
    album artis korea?? hehe credit to nur...my holiday mate...(^^)

    ReplyDelete
  3. nak ikut laa aini... wuuuu

    ReplyDelete