Tuesday, August 25, 2009

Speechless

"Speechless"

Your love is magical, that's how I feel
But I have not the words here to explain
Gone is the grace for expressions of passion
But there are worlds and worlds of ways to explain
To tell you how I feel

But I am speechless, speechless
That's how you make me feel
Though I'm with you I am far away and nothing is for real
When I'm with you I am lost for words, I don't know what to say
My head's spinning like a carousel, so silently I pray

Helpless and hopeless, that's how I feel inside
Nothing's real, but all is possible if God is on my side
When I'm with you I am in the light where I cannot be found
It's as though I am standing in the place called Hallowed Ground

Speechless, speechless, that's how you make me feel
Though I'm with you I am far away and nothing is for real
I'll go anywhere and do anything just to touch your face
There's no mountain high I cannot climb
I'm humbled in your grace

Speechless, speechless, that's how you make me feel
Though I'm with you I am lost for words and nothing is for real
Speechless, speechless, that's how you make me feel
Though I'm with you I am far away, and nothing is for real

Speechless, speechless, that's how you make me feel
Though I'm with you I am lost for words and nothing is for real
Speechless,

Your love is magical, that's how I feel
But in your presence I am lost for words
Words like, "I love you."

-Michael Jackson-

I dunno why….I’m so into this song currently…

This is a song from Invincible, the King Of Pop album.

Never heard it before…seriously…

And when I was browsing the net and come across the lyrics, it looked typical…

But when I heard the song at youtube…I was touched…

Huhu…what’s happening to me?? (T.T)

Anyway…I dedicated this song to all of my friends and family out there…

I really miss you guys…(T.T)

Saturday, August 22, 2009

1 Ramadhan 1430H

1 Ramadhan 1430H

Tepat jam 5.54 petang waktu Perth, azan maghrib berkumandang menandakan Syaaban telah melambai pergi dan ramadhan tiba menginjakkan diri. Alhamdulillah ya Allah….kau sampaikan aku ke bulan yang diberkati ini, ke bulan yang dirindui ke bulan yang mempunyai malam seribu bulan ini…alhamdulillah2….

Sejam sebelum peristiwa….kira2 4.00 petang

Ahlul Bait Raihan datang ke rumah kami yang masih tanpa nama ini…(semua rumah senior2 ada nama…tak aci…nak gak nama rumah…kawan2 yang ada idea leh usul2kan…hehe). Kak Umai, kak Fizah, kak Syazwan and Kak Nabilah dating bersama sekotak jus mango + orange yang sangat lazat sekali…mekasih korang. Tujuan kedatangan adalah untuk berbincang tentang menu untuk majlis iftar MISWA insya Allah…Aku yang sekadar ahli biasa ni menyelit skit2 jelah…hehe…dan akhirnya terbuka satu kisah tentang sebuah masjid di hujung treasure road…

“Korang solat terawih kat mana hari ni? Malam ni dah 1 ramadhan kan?” soalku.

“Kami nak pi masjid turki yang ada kat ujung jalan kat umah kami tu,” ujar kak syazwan

“Ha…kitaorang pun ingat nak gi situ gak,” zack bersuara

“Apa kata kita pegi awal sket sebab diorang mesti sediakan makanan untuk berbuka, diorang puasa sehari awal daripada kita,” tambah kak syazwan lagi. Aik?? Nape plak??

“Yeke kak syazwan? Awat cam tu eh?” aku bertanya…peliknya.

“Entahla, diorang ikut waktu turki kot,” mengikut pertimbangan daku yang daif ini, puasa boleh ditentukan dengan dua cara, satu melalui hilal atau anak bulan dan satu lagi mengikut pengiraan kalender hijri. Mungkin depa ni mazhab lain…wallahualam…

“Kalau camtu nak pi pukul brapa ni?” loghat aku dah bercampoq aduk dah…hahaha

“Dalam 6.50 kita gerak dari rumah kami lah, sebab isyak pukul 7.15,” Kak Umai pula bersuara.

“Okay. Kalau camtu dalam pukul 6.30 kami sampai pegi umah korang eh. Pastu kita pegi sama2,”

Sejam selepas peristiwa….kira2 6.55 petang

Kami dengan dua buah kereta menuju ke masjid yang disebut2 tadi…

Suleiimann Camii, nama masjid terpapar di pintu masuk. Tatkala sampai dipekarangan masjid, seribu satu persoalan menerjah fikiran aku…

“memang tak ramai orang terawih ke kat perth ni?” “apsal ada 4 bijik kete je nih (termasuk kereta kami)?” “gelapnya masjid ni…” huhu…macam2 impression betol..

Ternyata interiornya tak banyak beza dari masjid2 di Malaysia. Cumanya masjid kat Malaysia sangat2 besar and azan boleh dilaungkan apabila masuk waktu, kat sini…I don’t think so…huhu

Dan mata2 kami tertumpu pada notis yang ditampal di almari betul2 di hadapan pintu masuk.

Terawih will start at 7.45 pm” mata2 kami beralih pula ke jam dipergelangan tangan dan jam di dinding masjid…baru pukul 7???

“Camne ni umai? Nak tunggu ke? Lambat lagi ni,”

Tula lapar ni tak makan lagi,”

“Em…,”

“Jom mengajila…kan dah ramadhan,”

“Isyak masuk pukul brapa? 7.15 kan? Kita tunggu isyak, pastu kita tunggu terusla terawih, tak lama sangat kot,”

“Jomla sementara tu kita buat halaqah mengaji dulu,”

“Ok”

Itula bibit2 perbualan yan mampu aku recall dari memori aku yang tak seberapa ini….waduh…macem2 halnya ya…hehehe…

Masa pun berlalu, dan bilangan jemaah semakin bertambah. Mula2 dapat dilihat mak cik2 tua yang sampai. Dengan senyuman dan tasbih ditangan, salam diberi. Muka bersih sekali, masya Allah. Kemudian datang beberapa keluarga melayu. Alhamdulillah, ada juga kelibat melayu di sini. Yang penting kita seagama, bila seagama kita bersaudara. Kemudian datang lagi pemudi2 turki yang cantik menawan, alhamdulillah, bukan yang tua sahaja yang mahu mengejar peluang ini…masih ada generasi muda yang tidak mahu ketinggalan. Dan masa masih terus berlalu, jam telah menunjukkan waktu 7.50 malam, imam telah mula berbicara…

‘bagi tazkirah kot’ fikirku…yela…tazkirah in turki…bahasa yang jauh skali dari pemahaman aku yang daif ini…huhu…mataku meliar memandang sekeliling, sesekali terdengar bunyi teriak anak2 kecil berlari di selangi suara si ibu yang menegur..senyum kecil terbit dariku…indahnya zaman kanak2…

Tiba2, sekalian jemaah berdiri…

‘dah nak isyak kot’ aku pun berdiri sama dan menyiapkan diri dan tiba2…makcik kat depan aku rukuk, sedangkan aku tak dengar pun imam angkat takbir…??? Eh2?? Awat ni?

Aku dan kak umai berpandangan…blur sebentar…nape ni??

Kak umai memberanikan diri bertanya gadis turki di sebelahnya tentang solat 4 rakaat yang dikerjakan tanpa imam tadi.

“Oh, dat’s solah sunnah, four rakaah,” aku dan kak umai mengangguk…oh…yeke…takde warning apape tetiba solat sunat…adoooi…hehe

Kemudian terdengar suara si imam and de Turkish girl said to us

“now it’s isya’ prayer, 4 rakaah” aku tersenyum…terima kasihla banyak2…huhu

Usai mengerjakan solat isya tetiba sekalian jemaah berdiri lagi…anggapan ku dah nak terawih kot kemudian tapi gadis turki itu memberitahu…

“It’s solah sunnah again” Oh yeke…kagum juga aku…sekalian jemaah berdiri…betul weh….semua….even makcik yang solat duduk pun wat solat sunat skali…kalau kat msia…aku rasa jarang skali…hmmm…

Dan finally tibalah masa untuk solat terawih yang dinanti2…ya Allah…banyak jugak peristiwa sebelum nak wat solat terawih 1 ramadhan ni. Tapi…peristiwa tak berhenti di sini kawan2…nonono…

Kalau di msia, solat terawih definition is 2 rakaat 1 salam, correct? And aku telah mengaplikasikan definisi itu dengan terawih org2 turki dan nampaknya aku salah….tetttt!!!

Selepas tahiyyat rakaat kedua, imam takbir…

Ha???

Yup…imam takbir and semua orang berdiri, imam pun menyambung fatihah.

Aku duduk berteleku sebentar, nak bangun ke tak? Nak bangun ke tak? Akhirnya aku bangun jugak melihatkan kak umai pun bangun, dan niat aku pun bertukar 2 rakaat ke 4 rakaat. Aku masih cuba menenangkan hati dan perasaan ketika itu, sah ke tak solat terawih aku ni?? Huhu…lepas salam diberi, aku terus bertanya pada kak umai dan kak umai pun bertanya pada si gadis turki…gadis itu pun cakap, terawih diorang 4 rakaat 1 salam…aku pun mengangguk…oh yeke…lega sikitla…macam tu rupanya…moga2 solat aku yang daif ni diterima Allah…amin2…huhu…

Selepas 8 rakaat, aku pandang jam. Aik? Baru 8.15?? 15 minit je dah abis 8 rakaat?? Nape ek? Lepas 8 rakaat jugak, semua orang berbisik2…nak berenti ke? Kak umai pun kata…sambung jelah…maka kami pun sambung berterawih hingga ke rakaat ke 20!!! Alhamdulillah….Malam pertama terawih dapat 20 rakaat…(^^)

Rahsia solat 20 rakaat dalam masa setengah jam…nak tau?? Bacalah fatihah dalam satu nafas sahaja…ya Allah, serious, imam tu memang sangat mampu membaca fatihah dalam satu nafas, sangat laju tapi takdelah sampai tak dengar huruf apapa…masih jelas dan boleh di fahami…hmm…hebatnye imam masjid ni…dan lagi satu, orang2 turki ni tak buat bacaan duduk di antara dua sujud tu…cepat gile…macam toma’ninah aje rasanya…

Aku mula2 semput jugak nak mengejar…yela…sebab dah biasa baca kan? Huhu… masya Allah….

Kemudian sampaila untuk solat witir…solat witir kat sini 3 rakaat, ujar gadis turki…aku pun mengangguk faham…tapi dia x cakap pun ada bacaan qunut!!! Wah!! Boleh tak….lepas fatihah rakaat ketiga, imam takbir, aku ingat untuk ruku’ tapi sebenarnya untuk qunut…ya Allah….aku tak tau….huhuhu…aku dah ruku’ and bangun semula…malunya aku Allah je yang tahu…(T.T) Tapi Alhamdulillah…berakhirlah episode pertama terawih di perantauan…

Dah lepas2 solat tu, jemaah kat sini salam dengan semua orang…yup…semua…kenal ke tak kenal ke…saf depan ke saf blakang ke…semua…aku sangat kagum…hebat benar pekerti mereka…kami pun bersiap2 untuk pulang…

Jejakkan kaki ke perkarangan masjid aku terkejut, penuh dengan kereta masya Allah!!! Sampai dah tak nampak tempat parking…besar jugak komuniti Islam di sekitar ini…Alhamdulillah…

Berakhirlah kisah 1 Ramdhan 1430H aku…menarikkan??? Hehe….semoga yang baik boleh dijadikan iktibar, boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian…insya Allah…yang buruk di jadikan sempadan…

Baiklah kawan2…dah pukul sebelas ni…kena bangun awal….subuh kat sini pukul 5.25 pagi…doakan aku boleh bangun…


salam…

fasTabiQuL Khairat...(^^)