Thursday, January 26, 2012

Pena Sekeping Hati.

Assalamualaikum wbt,

Wah, emosi sungguh postingku sebelum ini bukan? Hm, itulah aku. Dari dahulu hingga kini, aku adalah seorang insan yang suka mengekspressi emosi dalam bentuk tulisan. Namun itu tiadalah bermakna aku seorang pemadah pujangga agung di abad ke 21 ini. Bukan. Aku hanya insan biasa. Insan yang punya hati. Tanpa sedar itulah nama yang telah ku beri pada blog ini. Pena Sekeping Hati.

Pena ku ini pernahku nisbahkan pada diriku sahaja.
Ya.
Aneh bukan.

Mengapa kita terkadang terlalu memikirkan tentang 'aku' dan bukannya 'kamu' atau 'dia' atau 'kami'? atau...kita. Astaghfirullah.

Namun kini aku sedar. Aku tidak mungkin akan mencapai ketenangan tanpa memikirkan kamu dan mereka. Maka slogan Ustaz Hasrizal "Erti Hidup pada Memberi" telah kujadikan motivasi menulisku sehari-hari...Alhamdulillah.

Antara sebab2 mengapa aku menjadikan pena sebagai medium ku adalah kerana aku sedar, pena itu indah. pena itu statik. pena itu mendengar kata. pena itu membantu aku meluahkan segala isi hati. Pena itu aku.

Pena ini segala2nya buatku. Mungkin ada pihak tidak memahami. Pabila aku katakan segala2nya, itu bermaksud dunia dan akhiratku adalah terkait dengan sebatang pena ini.

Mungkin ada yang tidak bersetuju denganku. Bagaimana mungkin, sebatang pena boleh memimpin jalan ke syurga?

Sahabatku, tahukah kamu? Setiap detik nafas yang terhembus ada takdir Allah mengalir di dalamnya. Dan pengakhiran yang hakiki siapa yang tahu bila, dimana dan bagaimana ia akan terjadi.

Jadi mahukah kamu, nafasmu direnggut ketika asyik menghamburkan kata2 caci dan maki meskipun di laman sesawang? Matamu liar melihat apa yang tidak sepatutnya dilihat di skrin komputermu? Aku tidak mahu.

Maka lahirlah Pena Sekeping Hati. Wujudnya ia untuk mendidik diriku ini. Wujudnya ia sebagai satu medium aku dengan sahabat2ku. Wujudnya ia supaya aku dapat memberi. Memberi kepada yang sudi menerima.

Jadi, maafkan aku andai penaku ini tersalah contengan. Aku masih belajar. Penaku ini terkadang ia tajam namun terkadang juga ia tumpul. Maka maafkan aku kerana di saat tumpulnya ia, aku mungkin sibuk dengan keperluan duniawi yang lain. Semoga kamu selalu berada di sisi mengingatkan daku disaat tumpulnya ia.

Aku sayang sekali pena ini. Aku harap kalian juga begitu. Kerana di dalam hati kalian ada sebatang pena, yang ingin disayangi dan juga menyayangi.

FastaBiQuL Khairat

Thursday, January 19, 2012

Ya, itu mungkin aku...

Ya,
Itu mungkin aku,
yang sedang asyik melayan laman sesawang,
sedang asyik menelaah artikel2 hangat di laman sosial,
Ya, akulah itu.

Aku itu,
ketika hampir hanyut dalam dunia sesawangku,
takdir tuhan,
pandangan aku jatuh pada satu paparan,
perkongsian sahabat sefikrah,
yang memancing detik hatiku.

Detik itu,
ketika aku berkira2 masih mahu bersia-sia,
aku tekan tetikus pada paparan itu,
lantas muncullah satu video pendek,
yang telah membangkitkan satu perasaan,
meluruhkan titisan2,
dari dua mataku ini.

Ya, itulah aku,
yang merasakan diriku penuh noda dan dosa,
yang merasakan betapa hitamnya aku di kalangan sahabat2ku yang lain,
kata2ku, perbuatanku, amalku,
adakah aku niatkan untukNya?

Ya, itulah aku,
aku merasakan video itu diciptakan untuk aku,
aku yang kadang2 jatuh dari berharap,
tersungkur dari landasan meraih redhaNya,
sedangkan sahabat2ku semakin mendekatiMu,
mengapa aku masih di sini?

Ya, inilah aku,
inilah detikku,
inilah aku,
aku yang sedar,
aku yang berubah,
aku yang mengejar kembali,
aku yang berlari,
yang pecut menghampiri,
semoga Kau redha,
semoga Kau terima,
doaku ini
Ya Ilahi




FastaBiQuL Khairat