Sunday, July 8, 2012

070712 - tarikh keramat

Assalamualaikum wrt,

Alhamdulillah masih diberikan peluang dan ruang oleh ilahi untuk bernafas di bumi Allah ini, untuk meneruskan mujahadah dengan nafsu yang tak putus2 menggoda kita...

Tsabat sahabatku Tsabat ya!

Semalam, 070712. Satu tarikh yang cukup cantik. Cantik untuk dimaktubkan sebagai hari pernikahan.
Haha.
Bukan apa, semalam facebook wall saya dibanjiri dengan gambar2, post2 dan ucapan2 tahniah kepada pengantin raja sehari. Tapi bukan sayalah! Hehe.

Bila lihat begitu ramai sahabat2 sebaya yang dah bernikah, saya seakan tersedar yang saya ni sudah berumur dan layak berkahwin rupanya. Bukan sahabat sebaya aje, yang lagi muda dari saya pun ada yang dah berkahwin semalam. Secret2 pulak tu. Tiba2 dah kahwin. Waaaah...(^^)

Saya bukanlah cemburu ke apa (jeles sikit jelah), tapi saya terus berfikir, yang selepas ini pasti kehidupan sahabat2 saya tu akan berubah. Dulu makan seorang sekarang berdua. Dulu pergi ke mana2 seorang sekarang berdua. Dulu solat seorang sekarang dah boleh solat jemaah. Dulu shopping dengan kawan2 perempuan sekarang dengan suami. Lain kan???

Bagi sahabat2 yang belum berkahwin, pandanglah sahabat2 yang telah berkahwin dengan pandangan kasih sayang. Tidak bermakna walaupun mereka telah berkahwin mereka bukan lagi kawan kita. Memang mereka akan lebih fokus pada pembinaan rumahtangga, kita tak boleh berkecil hati dengan itu. Sahabat yang baik adalah sahabat yang memahami situasi sahabatnya yang lain bukan? Sahabat yang baik adalah sahabat yang mendoakan sahabatnya, bukannya menjauhi, apatah lagi mendengki. Bergembiralah bersama mereka! Itulah sebaiknya bukan?

Bagi sahabat2 yang dah kapel2 dan belum kahwin tu, nasihat saya cepat2lah kawin. Bila kahwin kan ramai yang mendoakan kalian. Kalau kapel, rasa bersalah pula nak doakan sebab nama pun kapel kan, kalau doakan korang dipermudahkan hubungan tu macam tak kena je, sebab korang bukan ada hubungan yang sah lagi pun. Lainlah kalau dah tunang, at least dah merisik ke, dah ada perancangan ke arah nak berkahwin, insya Allah saya doakan kalian dipermudahkan membina masjid. (^^) Kalau belum, saya doakan agar kalian dibukakan hati, dijauhkan dari hasutan syaitan, diberikan pemikiran yang lapang dan dipermudahkan untuk menerima, mengkaji syariat2 bercinta dalam Islam. Aamiin...Rasanya boleh beli buku Hilal Asyraf- Sebelum Aku Bernikah. Explanation yang bessst sangat yang saya pernah baca dari sudut seorang lelaki yang SERIUS dalam berumah tangga. (Serius kapel tak semestinya serius kahwin- kan?)

Bagi orang yang single mingle seperti saya, jangan tersedak2 dan berairmata tengok orang lain dah kahwin. Jangan sampai terlintas dalam hati ----

"Aku ni takde boyfieee sape nak kawin ngan aku, nak pi carik boyfielah sorang!!" errr, gediknyeee...haha.


Sahabat2....memanglah sangat penting untuk berkahwin ni. Tapi first skali betulkan niat tu dulu. Kalau niat kahwin tu sebab takut orang kutuk kita tak laku, takut mengecewakan ibubapa, takut itu takut ini...itu dah salah sahabat2. Niat kena betul, baru berkat perkahwinan. Kan??


Kalau kita tergesa2 nak kahwin, and kita end up dengan orang yang salah (mohon dijauhkan), kan dah complex jadinya?? Tapi ini tak menghalalkan kapel2, kapel bukan medium untuk memastikan orang yang akan kahwin dengan kita tu orang yang betul. Kan ramai orang kapel belas2 tahun tapi lepas kahwin cerai jugak, kan2??

So apa cara yang betul? Tanya orang yang kenal orang yang kita minat tu. Budi pekerti, solat dia, puasa dia, akhlak dia. Prof Muhaya selaluuuuu pesan, cari suami yang solat cukup 5 waktu, hormat ibu bapa, puasa dan bayar zakat - in short Agama kena ada! Yang lain penting jugak tapi agama no satu. :) Kalau kita tanya orang tu directly kan ada probability dia berlakon je depan kita? Tanya je famili dia terus. Senang! Hehe (tetiba excited plak!)

"Seorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara: Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Utamakanlah yang mempunyai agama, nescaya kamu akan selamat," (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Okay. Ingatkan tak tahu nak tulis apa tadi tapi dah panjang pula melalut ni. Haha. Kepada sahabat2 yang saya kasihi jom teruskan memperbaiki diri agar menjadi wanita solehah yang terbaik buat bakal suami kita nanti! Ayuh2! Jom!



Suka tengok kak irma ngan husband dia! Kisah cinta diorang pun syahdu sangat! Jumpa di tanah suci kot...huhuhu...semoga Allah menemukan kita dengan jodoh yang soleh dan solehah juga...aamiin...tapi kena jadi soleh solehah dulu ya sahabat2!

FastaBiQuL Khairat

3 comments:

  1. akak nak nangis lah... boleh tak? huhuuuu

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Akhir2 nie... ramai pembaca blog semakin meminati isu nie...
    terima kasih kepada admin blog nie... artikel nih memberi
    lebih pencerahan tentang bab nie... saya akan sentiasa support awak...
    terima kasih..

    Stop by my blog; Tips Puaskan Pasangan

    ReplyDelete