Wednesday, January 26, 2011

TBG 3: Jatuh hati. Ottoke?

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah selesai sudah 2 bab dari sesi pengembaraan kami ke Korea, dan jujur saya katakan apa yang saya dapat setakat ini cumalah kesejukan korea semata2. Namun masuk bab 3, persepsi saya bakal berubah 360 darjah. Terima kasih pada Lotte World!!

Lotte World??

Sahabat2 semua jangan salah baca. Ini adalah L.O.T.T.E bukan LOTTO. Lotto memanglah ada unsur2 judi dan nombor ekor, tetapi Lotte adalah nama sebuah syarikat kewangan terbesar Korea yang berpusat di Seoul. Jaringan Lotte sangat luas dan merangkumi lotte department store, lotte card, lotte confectionary dan semestinya Lotte World.

What is..

Lotte world? Saya pasti kalian pernah dengar Movie World di GoldCoast, Universal Studio di Jepun dan Genting Highlands di Malaysia. Saya percaya kalian dah dapat gambarannya, dan tidak keterlaluan kalau dikatakan Lotte World lebih baik dari semua di atas (kecuali U.S di Jepun, saya tak sampai sana lagi...hee).

Lotte World terletak di Jamsil dan alhamdulillah kami tak perlu menukar laluan subway. Cuma perlu duduk di dalam subway selama hampir setengah jam dan saya sampai ke tempat yang dituju. Mudah! (^^). Dan sebenarnya saya tak sabar sekali untuk sampai ke tempat ini. Kenapa? Ini semua gara2 k-drama Stairway to Heavan yang dimainkan di NTV7. Saya dah lama tak tengok k-drama, tapi bila dah ada depan mata, aigoo, susah nak tinggal. (^^)

Turun sahaja dari subway kami terus masuk ke dalam Lotte department store. Terus masuk! Maknanya kuranglah kesejukan yang kami rasa dari hawa dingin semulajadi dari luar. Sepanjang perjalanan ke pintu masuk, kiri kanan kami begitu banyak kedai2 mewah yang menjual baju2, jam2 dan kasut2. Takut saya nak window shopping. Memang nampak mahal.

Tatkala tiba di pintu masuk, sememangnya saya rasa sungguh teruja! Suara kanak2 dimana, interior design yang superb, subhanallah, sememangnya kalau kita manfaatkan akal fikiran macam2 yang boleh dilakukan. Kami membeli tiket full day -9.30 pagi hingga 7 malam- Sepatutnya bayaran yang dikenakan ialah 38 000 won tapi disebabkan cuti agaknya kami dapat discount ke 34 200 won!! Saya memang suka discount. Hehe (^^)

Entrance Lotte world

Lotty and Lorry- maskot lotte world (kelakar kan nama diorang, hehe)

Selepas melepasi pintu masuk, kami perlu menaiki escalator ke atas. Sampai sahaja di atas saya seperti berada di dunia lain! Dunia yang sangat comel dan indah. Senyum tak lekang dari bibir. Bangunan comel ala2 hansel and gratel, belon udara panas, keretapi kecil yang comel, ice skating rink, semua dalam satu bangunan! penuh warna warni! Subhanallah. Tiada rasa hawa dingin langsung. Pelik kan? Inilah kelebihan lotte world. Seperti genting, lotte world ada indoor dan outdoor world. Sekarang kami berada di indoor jadi tak perlulah ber'glove', muffler dan bubble. Memang seronok.

Annyeong haseyo!!

Indoor world sangat besar. Bahkan kami tersesat beberapa kali. Permainan pertama yang dicuba ialah roller coaster (lupa nama). Rating? Moderate. Biasa saja. Roller coaster superman di Movie World lebih adventure rasanya. Namun apa yang paling saya ingat ialah apa yang berlaku selepas ini.

Ada dua sahabat kami yang tidak menaiki game ini dan berkunjung ke folk museum, tapi malangnya tiket masuk yang dibeli tadi hilang semasa perjalanan. Prosedur di sini memang pelik sikit, setiap kali nak main perlu tunjuk tiket, no ticket no play- begitulah. Jadi??? ottoke?? Namun, lebih sedih lagi resit pembelian juga turut hilang. Sudah dicari dalam setiap beg tapi tak pula dijumpai. Aigoo...ottokajo??

Alhamdulillah, nasib baik service centre lotte world sangat friendly dan tak banyak kerenah. Malah, resit pembelian pun tak payah tunjuk terus kami diberikan dengan replacement ticket. Mudah!

Yang paling saya suka di indoor world ialah camelot carousel. Saya bergambar 2 kali di sini. Selain roller coaster ada juga haunted house, theater, hot air balloon, the adventure of sinbad- kalau cerita satu2 memang tak cukup rasanya.

Camelot carousel waktu pagi

Camelot carousel waktu malam

roller coaster yang so-so? hehe

umah hantu yang klaka jugak -komedi seram mungkin? hehe

Kami solat di indoor, sebelum keluar ke outdoor. Malangnya kat lotte world ni tiada kemudahan surau dan makanan halal. Compare to Everland (another theme park in korea), these two facilities memang disediakan tapi saya tak menyesal datang sini. Di sinilah sebenarnya kami berpeluang untuk mempraktikkan ruksah2 agama kita yang sentiasa memudahkan umatnya. Alhamdulillah kami solat dengan tenang tanpa gangguan.

Bridge to outdoor world...interesting kan?

Magic Island!!

Outdoor world is the best! Di sinilah terletaknya magical castle yang selama ini cuma dilihat melalui kaca-kaca tv dan skrin laptop. Subhanallah cantiknya4!!

Subhanallah!!


Tapi bukan sahaja cantik adventurous pulak tu! Ada beberapa games yang saya suka di sini, saya susun ikut favourite ya.

1st place - Atlantis..lain dari yang lain!!

2nd - Gyro drop

3rd - Comet express: also lain dari yg lain tapi not adventurous enough for me...hee~

Dan akhir sekali sebelum pulang kami singgah di lotte mart. Memang mencabar. Semuanya dalam tulisan hang-ul. Niat hendak membeli telur dan beras, tapi alhamdulillah tour guide kami bagi jenama ramen yang boleh dimakan, so dapatlah jugak merasa makanan instant korea. (^^)

Omalneyo?? (^^)

Kami pulang dengan hati yang gembira. Saya personally rasa sudah boleh cope dengan kesejukan ini tapi sedihnya masalah baru yang timbul. Dry skin.

'Tapi tak apa kot, oklah tu esok,' fikir saya di dalam hati. Betul atau tidak? Tunggu posting seterusnya. (^^)

Nampaknya, semakin lama di Seoul hati dah terpaut. Jatuh hati. Aigoo...ottoke?? (^^)

Annyeong haseyo...till next time...(^^)

FastaBiQuL Khairat (^^)v

1 comment:

  1. nie.. tempat nie.. dlm K-Drama stairway to heaven dan ader satu lagi tue.. drama aper tue erk.. jang nara blakon ngan kim rae won.. huhuh x ingat tajuk laks.. er kan?

    ReplyDelete