Assalamualaikum wbt,
Selamat tahun baru buat semua!! Saya percaya tahun baru semua dengan azam baru. Bagus3. Itu yang kita mahu. Tapi jangan selfish ok. Janganlah azam baru tu kaitkan dengan diri sendiri je. Keluarga camne? Agama, bangsa negara lagi? Azamkan sesuatu yang bermakna untuk semua ok. (^^)
Tetapi saya tengah sedih sekarang.
"Wake up gurl! Everyone penah rasa sedihla. Apsal u nak bagitahu semua orang pulak ni?"
Hmm...sedih. Sedih mengenangkan insan yang bergelar hawa.
"Erk?? aku ke??" soal satu suara. Aku tersenyum.
Kalau kamu pun apa salahnya kan? Aku sedih untuk kamu. Bukankah itu bagus?
"Alamak. What have I done to u?"
Awak tak buat apape pun awak. Awak buat perkara2 yang awak biasa buat je.
Awak berhias. Cantik sangat. Alhamdulillah awak memang dah dilahirkan sempurna. Muka awak nampak sangat innocent depan cermin tu. Tiba2 awak grab mascara. Tak cukup dengan tu awak sapu foundation, blusher etc etc. Masih tak puas awak amik gincu warna merah terang yang sangat contra dengan kulit awak yang putih asli. Then awak tersenyum puas.
Awak masih lagi depan cermin. Alhamdulillah awak pakai tudung. Tapi tiba2 awak naikkan tudung tu sikit. Lama2 dah takde kain cover depan awak. Semua dah digunakan untuk lilit kepala awak. Kain selendang yang lembut lagi transparent tu memang senang nak dibentuk macam tu kan?
Pastu awak betulkan baju awak. Alhamdulillah baju awak takde koyak rabak kat mana2. Tapi saya rasa sesak nafas tengok baju tu. Awak tak rasa macam tu ke? Ketat semacam je saya tengok. Saya boleh nampak lengan awak. Mana taknya, baju tu kan tiga suku. Seluar pun sama jugak macam baju.
Awak dah nak keluar rumah tapi awak stop kejap. Perfume yang berbagai itu awak semburkan pada diri awak. Harumannya memang semerbak sampai orang yang kat luar rumah pun boleh bau rasanya. Nak buat macam mana, awak dah biasa.
Tiba2 ada bunyi hon kat luar rumah. Oh abang dah tunggu! Tapi seingat saya abang awak semua dah kahwin? Ni abang mana?? . . . . oh, abang yang 'itu'. Awak sanggup naik motor buruk dia tu. Helmet pun macam nak tak nak je melindungi kepala awak. Awak peluk "abang" awak erat2. Macam dialah pelindung awak.
Ni perkara yang biasa awak buat kan? Ni baru bab nak keluar dengan lelaki bukan mahram abang awak tu. Belum lagi bab awak solat, puasa, menjaga aurat yang lain2.
Awak. Saya sayang awak sebab saya pun sama macam awak. Kita kaum hawa. Saya tak kata saya tak pernah buat salah. Tapi saya nak ajak awak sama2 ikut saya untuk berhenti dari buat salah2 ni semua. Saya sedih bukan sebab awak. Saya sedih dengan diri saya sendiri. Saya sedih sebab saya tak kuat nak ajak, panggil awak ikut apa yang Allah cakap. Saya sedih sebab awak biasa. Awak nampak biasa saja dalam era ni.
Awak. Sebenarnya ini semua bukan benda2 biasa. Ini adalah benda2 luar biasa. Luar dari kebiasaan kita sebagai muslimah. Meskipun awak berpaling dari saya, saya doakan satu hari nanti awak akan temui kebiasaan yang diselaputi kebenaran. Saya percaya awak mesti pernah dengar hadis ni..
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]
Awak tak nak ke jadi orang itu? Ini satu tawaran hebat dari Pencipta kita. Ayuhlah awak. Marilah. Namun satu perkara saya nak tekankan. Saya tak benci awak. Saya cuma benci dosa yang awak buat. Dan sesungguhnya hidayah bukan milik saya. Tapi milik Allah. Saya akan sentiasa doakan supaya satu hari nanti, hidayah itu akan jadi milik awak.
AMEEN.
Yang sedih,
FastaBiQuL Khairat
salam ziarah alen~
ReplyDeletetak sangka bertemu disini =))
gembiranya..alhamdulillah..betul, tak semua orang mampu,berani dan suka menjadi yang asing..mudahan Allah izinkan kita jadi insan asing yang menjunjung agamaNya insha Allah =)