Me: Yes, it is 😊
Bismillahirrahmanirrahim
Here goes,
TRAVELOG PULAU HONSHU
DAY 2
Bila dapat tidur dalam futon yang empuk ni, memang rasa susah betul nak bangun pagi. Alhamdulillah rumah airbnb pertama kami cukup selamat dan selesa. Rasa penat sebab berjalan semalam pun terus hilang...hehe
TRAVELOG PULAU HONSHU
DAY 2
Bila dapat tidur dalam futon yang empuk ni, memang rasa susah betul nak bangun pagi. Alhamdulillah rumah airbnb pertama kami cukup selamat dan selesa. Rasa penat sebab berjalan semalam pun terus hilang...hehe
Izinkan saya bercerita sedikit tentang airbnb kami yang pertama di Jepun. Pemilik airbnb ini bernama Yui Yamashita (Yamapi?? Haha untungla kalau ada kaitan). Kami berhubung melalui emel semata-mata. Airbnb ini seakan-akan bilik hotel saiz deluxe dengan satu katil double bed dan 3 futon tambahan. Bilik air walaupun kecil tetapi lengkap. Ada juga dapur kecil di bahagian pintu masuk. Siap cerek dan microwave. Bilik yang kecil ini pun masih dilengkapi dengan penghawa dingin. Semua ini dengan harga RM50 seorang untuk satu malam. Kalau hotel saya rasa mungkin tak dapat dah harga ni. So sangat2 bersyukur alhamdulillah...
Inilah biliknya, simple kan? Tapi selesa alhamdulillah |
Nampak tak apartment kami tu? Jauh kan? Bayangkan kami tarik beg seberat 12 kg nak sampai bilik. Patah kaki. |
Tips: bila booking airbnb atau hotel, tolong4 cari yang dekat dengan public transport. Kalau tidak memang penat jugak nak menapak. Untuk kes kami di Uzumasa ni, bila tgk address yang host bagi nampak mcm dekat je, tapi sebenarnya agak jauh-dlm 20 minit walking distance. Sebab tu boleh jadi sampai berpuluh ribu langkah sehari tu. Hehe
Kalau korang perasan dalam gambar di atas, rumah Yui ini sebenarnya sudah sangat hampir Toei Kyoto Studio Park. Tapi kami tak pergi studio tu sebab agak mahal jugak la entrance fee dia (haha kedekut betoi). Jadi...destinasi pertama kami pada pagi ini semestinyaaaa....
Arashiyama Bamboo Grove!!
Kami travel dengan menggunakan ICOCA jadi tak perlulah beratur beli tiket. Nama lain ICOCA ialah IC card, setiap tempat ada IC card yang berbeza, dan Kansai IC card dipanggil ICOCA. ICOCA ni macam touch n go, dan bagusnya ICOCA ni mempunyai largest coverage dan ia boleh digunakan hinga ke Tokyo! Kami tak beli tourist pass sebab kami berada di Kyoto selama dua hari saja dan tempat yang melawat pun cuma 2-3 tempat saja. Jadi ICOCA pun insya Allah dah cukup 😊
Mari kita ke Arashiyama! |
Densha oji-san, bukan otoko. Haha |
Tetiba jadi model eskrem |
Selepas sampai ke Station Arashiyama, nampak iklan Matcha Ice-cream. Orang Jepun dan matcha berpisah tiada. Dan inilah masanya untuk mencuba semua matcha-based delicacies yang ada!! Dan ini matcha icecream pertama yang saya rasa. Sedap!! Memang kuat betul aroma green tea...
Ada milk only, matcha only, milk and matcha, milk and matcha in waffle. ha pilih2...hehe |
Dari station ke bamboo grove, kami perlu berjalan selama 15 minit jugalah. Sambil berjalan tu apa lagi, bergambarla! Hehe
Eh, ada shrine la, jom singgah jap! |
Belakang tu ada gate shrine yang kuno |
Pose ini akan dicopypaste dalam setiap gambar. (dilemma orang tak pandai posing, haha) |
Jalan kecil untuk ke bamboo forest, masa ni angin sejuk2 je. Waa rinduuu~ |
Dah sampai~~ Group photo pleaseee |
Another group photo. Lake ni sebelah bamboo forest, Jauh gak nak menapak sampai sini...hehe |
ada rumah jepun lama pula tengah2 taman ni |
Leaves changing colors |
Beautiful reflection |
Abam sado penarik beca |
Haihai wakatta, saga-ARASHI-yama desu. (jalan ngan peminat arashi cengginila...haha) |
Kimono trail. Waktu malam lagi cantik rasanya |
Ramen!!!! |
Gambar bajet paparazi kejaq |
Kore wa kyoto-tower desuka? Wakaranaaai~ |
Rusa: biskut mana biskut? Kak su: mana ada biskut! |
Ada sekoq sesat, nampak x? |
Cheq kena tanduk..huwaaa |
Me: jom selfie ngan ai Rusa: Yadaaa~ |
Shopping street di Kyoto~ |
Ryokan a.k.a Japanese hotel. Kalau pakwe saya Yamashita Tomohisa bolehla kot nak tido sini satu malam. Haha. Not happening aleen. Muri! |
Nature is definitely my favourite element.
Hontou ni ureshikatta!!
Im definitely happy today!!😊😊😊
In short
Day 2 (4/10/16)
Arashiyama bamboo grove (free admission)
Ayam-ya (lunch)
Nara park (free admission)
Cost for day 2
Icecream: 320yen
Lunch: 720 yen
Makanan rusa : 150 yen
Omiyage: 540 yen
Total : 1760 yen (RM71)
Fastabiqul khayrat~
Terima kasih pada sahabat-sahabat saya untuk gambar-gambarnya.
Tanpa kalian dan kamera kalian, tak mungkin saya dapat post kat blog ni
Hehe
Tq travel buddies! Sayang korang lillahi ta'ala :)
#HonshuDay2
#travelogpulauhonshu
#bamboogrove
#narapark
#imyjp
No comments:
Post a Comment