Friday, May 18, 2012

Saya seorang pelajar

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, hari ini dipanjangkan nafas di dalam iman dan Islam.
Ayuh bersyukur sahabat2...
Minggu hadapan Rejab akan menjelma, diikuti Syaaban seterusnya Ramadhan yang mulia...
sudahkah kita bersedia?
Perbanyakkanlah doa pada Allah agar disampaikan kita ke bulan Rmadhan yang dimuliakan itu...
Aaminn

Baiklah, semua orang sibuk memperkatakan tentang hari guru kan?
Saya pun x mahu terkecuali...
Walaupun saya tahu, bilangan guru saya yang akan baca penulisan ini mungkin x ramai (ntah2 takde cikgu pun yg tahu kewujudan blogku ini...hehe)
tapi, sekurang-kurang Allah Maha Melihat, dan apa yg aku nukilkan ini adalah demi mengejar redhaNya semata-mata...insya Allah

Kisah bermula kira2 10 tahun yang lepas
(Subhanallah...dah tua dah aku rupanya...alhamdulillah, dipanjangkan umur hingga hari ini)

SMKA Al-Irshad....
'adoyai...sekolah apa yang Jabatan Pendidikan Negeri bagi kat aku ni?
Apply MRSM x dapat, apply SBP x dapat, sedangkan aku dapat 5A kot. 5A!!' monolog dalaman ketika berusia 12 tahun.

[ bila dah jadi pelajar irshad baru tahu, betapa bertuahnya saya sebab masuk irshad. Raammaaaaai lagi orang yang nak masuk irshad tapi tak dapat time tu tau! Hang plak, 1st intake kot aleen! bersyukur2...Alhamdulillah] :)

Cikgu pertama yang saya kenal ialah Cikgu Sabri. Budak asrama siapa tak kenal cikgu Sabri kan? Saya memang terlebih kenal dengan cikgu Sabri. Masih ingat lagi saat2 ayah berjumpa cikgu untuk buat rayuan kemasukan ke asrama, sebab sepatutnya saya ni tak layak duduk kat asrama pun. Masih kuingat muka seposen saya masa mula2 jumpa cikgu. Adeh. Cikgu Sabri pula memang baik hati sebab bagi saya masuk asrama without further a due...(time tu sedih amat, sebab memang tak mau masuk asrama!!!!) hehe. Maka Cikgu Sabri menjadi antara cikgu2 yang paling banyak kenangan, samada yang baik atau yang pahit. Hehe.

Masa tingkatan 1, relationship student-teacher ni masih tak establish lagi. Maklumlah masih hijau muda, cikgu2 pun mestilah lebih kenal senior2. Walaupun begitu, saya sangat rapat dengan cikgu Rahayu!! Cikgu Rahayu cikgu sains saya. Masa saya Ting 1, Cg Rahayu pun baru posting ke Penang. Sama2 baru kan, sebab tu kamceng sikit. Sampai sekarang masih contact cikgu lagi...Alhamdulillah...:)

Kemudian umur pun meningkat ke tingkatan 2. Oh, tingkatan 2 banyak tragedi. Banyak pelanggaran peraturan yang berlaku. Astaghfirullah kalau ingat2 balik, form 2 ni memanglah berani betul! Tak pernah pergi prep petang, bergaduh dengan dorm sebelah...huahua...banyak betul kes, tapi form 2 lah paling best dan happening sebab dorm kami menang dorm terbaik masa malam aspuri!! hehe...ok takdak kaitan ngan cikgu2. hehe~

Masa naik form 2, cikgu2 mula kenal saya sebab tak tahulah kan, tapi saya ni suka sangat bab2 pidato. Saya ni pun jenis aktif sikit dalam kelas (dululah...hehe). Paling tak boleh lupa masa ada public speaking depan kelas 2AF masa waktu BI. Sir Said cikgu BI masa tu. Time tu cakap pasal homesick rasanya. Ya Allah, tak sangka betul satu kelas enjoyed my talk! All I did was delivering it from the bottom of my heart, that's all! (with a bit of humor of course) but yeah...I missed those moment. Ma-sya Allah...Alhamdulillah (^^)

Form 3...suka sangat form 3! Lebih2 lagi sambutan hari guru masa form 3. Ya Allah, masa sambutan hari guru 2004, saya rasa batch sayalah yang paling hebat dan gempak dan awesome sekali...tahu sebab apa?? sebab kami belanja cikgu2 makan!!!

"Semua guru yang mengajar tingkatan 3, dan semua pelajar tingkatan 3 sila ke kantin sekolah untuk sedikit jamuan ringan," selepas pengacara majlis announce ni, saya rasa dup-dap-dup-dap...tahu sebab apa? because this is the very 1st program that I involved from the beginning to the end as a Co-Project Manager.

Masa student amik makanan masing2, cikgu2 masuk dalam kantin dan makan, masa tu adalah pertama kali yang saya rasa sangat LEGA dan sangat BERPUAS HATI! Perasaan tu begitu aneh hingga saya tak dapat lupakan sampai sekarang. Mana tak anehnya, program kecik je (libatkan semua form 3 dan cikgu2 kot) tapi berdebar memang tak ingat dunia!! bersyukur sangat Allah beri peluang dan ruang untuk melibatkan diri dengan program tu...memanglah tidak mudah, banyak konflik dan banyak tentangan tapi saya buat jugak, dan akhirnya, alhamdulillah...oh menitis air mata kegembiraanku...hehe

Oh ye, masa form 3 ni, bolehlah dikatakan saya ni dah mengenali dan dikenali oleh ramai guru. Semua suka bagi kerja2 tambahan kat saya. Kerja yang kadang2 tak akademik pun diorang bagi jugak. Saya pulak jenis rajin ikut. Ikut jelah apa cikgu suruh buat. Tak tahu kenapa, Alhamdulillah Allah wujudkan sikap suka tolong guru dalam hati...hehe

Masa form 3, result percubaan PMR jatuh. Tak dapat pun 9A, 7A je kot kalau x salah. Masa ni Ustazah Zuriani adalah Ustazah yang paling saya jatuh sayang.

"Awat result Syazleen lagu ni? Ada masalah ka?" tanya ustazah pada saya.

huhu...ada jugaklah ustazah, masa tu sibuk handle program lawatan lepas PMR, memang DUGAAN JATUH BERTIMPA-TIMPA. Huhu. - ni jawab dalam hati jelah

Lepas tu memang sayang seribu kali sayang kat Ustazah. Semoga Ustazah sentiasa dirahmati Allah... (^^)

Masa amik result PMR. Cikgu Sabri memang antara cikgu yang suka buat troll (bahasa orang sekarang) dengan saya. Boleh tak, punyalah awal saya datang nak amik result, tapi saya jadi antara orang terakhir yang diberi result. Awat? Sebab cikgu kata saya tak bayar yuran asrama.....(T.T) facepalm

Alahai cikguuuuuu.....saya bayarrrr....tapi x ingat resit letak kat mana.....plis cikgu don't do this to me (monolog dalaman)

Memang air mata literally bercucuran, tak amik result lagi tu. Pasrah, redha je kena troll ngan Cikgu Sabri. Bila semak balik buku resit (masa tu zaman2 takda online banking...hehe), barulah terbukti bahawasanya Syazleen Razak telah membayar yuran bulan Oktober, November dan Disember. Akhirnya! Alhamdulillah! :)

Dan saya pun naiklah ke tingkatan 4. Masa ini dapat tawaran ke SBPI Kubang Pasu. Satu lagi sifat yang ada dalam diri saya ialah ikut arahan orang tua. Kalau Ayah kata pergi, baru pergi. Kalau tak, memang tak pergilah. Sama jugaklah dengan Curtin, Ayah kata pergi Curtin, saya pun...baiklaaah....:) Doa mak ayah, makbul kan? :) Jadi saya pun tinggallah di Irshad dan meneruskan perjalanan sebagai seorang pelajar.

Bila dah jadi form 4, makin banyak tanggungjawab yang saya pegang. Antara jawatan yang saya pegang ialah setiausaha rumah sukan Abu Bakar. Jadi banyaklah paperworknya kan...dan antara cikgu yang saya TAKUT (yup, takut) ialah Cikgu Rafidah - cikgu biology merangkap cikgu kokurikulum. Garang sangat cikgu Rafidah ni. Especially bab2 kelab dan persatuan. Memang menggeletar jugak masa 1st time nak pegi jumpa dia. Tapi alhamdulillah naik form 5, Cikgu Rafidah jadi Cikgu yang paling saya sayang dan rapat. Sayang cikgu! :)

Masa form 4, saya ditaklifkan sebagai ketua aspuri. Memang tak nak jawatan tu, tapi Allah bagi, mahu tak mahu terpaksa terima. Hari pertama terima jawatan, dah ada orang persoalkan...
"Eii, budak tu sombong gila masa jalan nak pi amik taklifan tu tadi,"
"Eii, budak tu berdiri atas kerusi time bagi pengumuman,"

Allah, f4 tahun dukacita buatku. Memang...banyak kisah suka duka. Saya pun salah sebenarnya, bila terima amanat saya cuba berubah jadi seorang yang lebih tegas dan garang. Tapi, tak berjaya sebab Syazleen adalah seorang yang lembut, selembut namanya. Itulah kepincangan yang saya jumpa sepanjang saya ditaklifkan sebagai KA. Sekarang, saya cuba kaedah lain, I want to be authentic, I want to be me! So, saya kekalkan sifat lembut ini, walaupun terkadang diri sendiri yang terluka....(^^)

Ramai sekali cikgu-cikgu yang bagi sokongan. Ada juga cikgu yang terlebih bagi sokongan. Hehe. Sorry cikgu, bukan apa, cuma kadang2 setiap manusia ada limitnya, dan samalah juga seperti saya. Sir Rosli, I grew close to you since f2 isn't it? Since my involvement in choral speaking team. In 2005, you were destined to be my Class Teacher. Soon after our first monthly test (because I did score flying colors alhamdulillah) you have set this high expectations and high standards on me. But deep down inside I knew I wasnt that good I wasnt dat superb and strong. I knew I was gonna let you down. And it's very sad for me sir, to shatter your expectations, your hopes and your dreams for me. But I truly, am honoured and grateful, for Allah has make you as my teacher. I love your dearly sir. May Allah reward you for your effort and passion...:) ameen.

Form 4 IR, dalam kenangan....(^^)

Seterusnya form 5. SENIORA in DA IRSHAD! Hehe. Alhamdulillah dah jadi senior dah...hehe. Subhanallah, masa F5 memang tak ingat banyak kali betul kelas2 tambahan yang cikgu-cikgu buat untuk SPM. Kelas tambahan petang, kelas tambahan malam, kelas tambahan sabtu ahad pun ada jugak! memang cikgu2 sangat sayangkan kami batch 0206. Masa ni, alhamdulillah saya lebih menghargai guru2 saya, saya hormat mereka sebaik mungkin sebab saya tahu, redha dan berkat guru juga memainkan peranan dalam belajar kan?

Teacher Mastura, Ustazah Najihah Ustazah Alawiyah, Ustaz Azli, Ustaz Muslim, Sir Said, Cikgu Ashraf Shauqi, Cikgu Suhaimi, Cikgu Jamsari, Cikgu Fadzilah, Cikgu Fauziah, Cikgu Tengku, Cikgu Rafidah, Cikgu Rahayu, ramai lagi yang saya tak mampu nak tuliskan di sini...guru2 F5 yang saya sayangi...yang telah membantu saya mencapai keputusan cemerlang dalam SPM dan membolehkan saya belajar hingga ke bumi Kanggaru, semoga Allah merahmati kalian...

Seronok juga sekali sekala dapat imbau kenangan di masa lalu. Di oversea ni, lecturer pun kami panggil nama ja, takda pun Dr/Sir/Mr kat depan, itu yang kadang2 kita dapat lihat student boleh naik kepala dengan lecturer. Tapi alhamdulillah, kita sebagai muslim punya akhlak dan adab dalam menghormati guru, maka tidak timbul soal pelajar malaysia muslim tidak menghormati guru di sini. Alhamdulillah.

Semoga Allah merahmati semua guru2 saya, permudahkan urusan mereka, di dunia dan akhirat.



FastaBiQuL Khairat

1 comment: