Baiklah setelah seharian merehatkan badan dan fikiran, saya akan cuba meluahkan semua pengalaman yang mampu sementara musim cuti masih berbaki ini. (^^) Sebelum itu ingin saya terangkan bahawa TBG adalah singkatan kepada Travelog Bumi Ginseng. Pendek dan senang nak menyebutnya. (^^)
Perjalanan saya bermula dari KTMB Butterworth kira2 12 jam sebelum flight ke Incheon. Al-maklumlah, orang pulau nak turun ke KL, hanya keretapi sahaja yang saya rasa selamat berbanding bas-bas ekspres. Alhamdulillah, 8 jam selepas berada di dalam keretapi, tepat 6.50 pagi saya tiba di KL sentral.
Oleh kerana flight ke Incheon dijadualkan jam 1.55 petang, jadi saya sempat lagi bertemu janji dengan seorang rakan baik di KL sentral, Cik Hiedayyah Muda. Cuma pada jam 9.30 pg barulah saya menaiki SkyBus, perkhidmatan bas ekspress KL sentral ke LCCT yang disediakan oleh pihak AirAsia dengan harga yang cukup berbaloi, RM9.
Jujur saya katakan, saya tak bersungguh-sungguh untuk ke Korea. Betul! Sehari sebelum flight barulah saya berhempas pulas mengemas beg untuk ke Korea.
'Cukuplah kot sejuk tebal sehelai dua, thermal 3-4 helai, glove sepasang, stoking tebal 2-3pasang. Muffler 2 helai. Cukup ni rasanya,' saya membuat i'tikad berani sesuka hati. Menyesal atau tidak? tunggu posting seterusnya. (^^)
Tapi antara sungguh tak bersungguh saya masih risau dengan keperluan asasi di sana seperti makanan, air, pakaian. Maka sempatlah juga saya membeli belah beberapa bungkus makanan ringan dan setin dua sardin dan tuna untuk dibawa ke sana dengan harapan semoga saya tidak kebuluran di sana. (^^)
Semestinya setiap jaulah ada cabaran, dan cabaran kami bermula sejak di Malaysia lagi. Salah seorang ahli kumpulan kami tiba agak lewat. 45 minit sebelum pintu check in ditutup, unni masih belum tiba. Saya dan Najwa berkeluh kesah menunggu. Risau tak sudah. Alhamdulillah, unni yang ditunggu tiba juga akhirnya dan kami pun bergegas ke kaunter baggage drop. Selepas selesai segalanya, kami bergegas pula ke boarding gate. Waktu ketika itu kira-kira 5 minit sebelum gate ditutup. Tapi kami singgah dahulu di surau, mengambil wuduk yang sempurna dahulu kerana kami perlu solat di atas plane sebelum mendarat di Incheon.
"Ini merupakan panggilan terakhir kepada penumpang pesawat D7 2768 ke Incheon di Pintu perlepasan. Anda di minta segera ke pintu sekarang," semasa mengambil wuduk sudah berapa kali agaknya pengumuman ini diulang-ulang. Ya Allah, permudahkanlah, doaku di dalam hati.
Dan Alhamdulillah, kami selamat berada di dalam plane sebelum boarding gate ditutup. (^^)
Mungkin dugaan buat sahabat-sahabat saya yang lain sudah berakhir tapi itu bukanlah kelegaan buat saya. 6 jam di atas plane merupakan satu penyiksaan! Sebelum boarding lagi, tekak saya terasa perit. Sore throat would be the precise medical term. Mungkin gara-gara 2 cawan teh ais yang saya minum di KL sentral pagi tadi. Sore throat menjadikan penerbangan ke korea kurang selesa. Tak dapat tidur, pening kepala, tak sedap badan, sentiasa dahaga. Malah seringkali saya ke tandas untuk memuntahkan kembali makanan2 yang telah dimakan. Seksanya Tuhan yang tahu. Dalam hati ingin sekali cepat sampai. Terima kasih pada Najwa dan Kak Nabilah yang menjadi tempat mengadu. Hehe. Chua-e. (^^)
Alhamdulillah, jam 9.30 malam waktu Korea kami tiba di Incheon. Waktu di Malaysia ketika itu 8.30 malam, sejam lebih lewat dari Korea.
Kerana sesudah kesulitan itu ada kesenangan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan (94:5-6)
Bukankah ini janji Allah? Alhamdulillah, sampai sahaja di Incheon ada yang menunggu di pintu keluar. Sungguh tidak disangka. Kami jangka kami akan bertolak sendiri ke guesthouse tanpa bantuan sesiapa tetapi Allah beri kami bantuan tanpa disangka-sangka. Terima kasih pada dua orang pelajar Malaysia di Seoul, Farid Hakim dan Dzulhelmy kerana sudi mengiringi kami dari airport ke guesthouse di Hongdae. (^^)
Incheon International Airport
Namun sebelum itu, sememangnya saya masih tidak percaya sudah menjejakkan kaki ke bumi ginseng yang satu ini. Mungkin keadaan diri yang kurang sihat turut mempengaruh fikiran akal waras saya. Sungguh, rasa teruja itu ada tapi tak banyak. Kenapa? Saya sendiri tak tahu. (^^!)
Tapi, saat menjejakkan kaki keluar dari airport, ternyata weather forecast yang dilihat di kaca TV selama ini bukanlah dusta. -14 darjah celcius!!
"Malam ni memang paling sejuk berbanding malam-malam yang lain" ujar Farid.
Ya Allah, sememangnya saya langsung tidak bersedia. Cuma dengan sehelai kot tebal, seluar slack, dua helai stokin dan sepasang glove, tipulah kalau rasa sejuk itu mampu dihilangkan semudah itu. Rasa macam nak masuk balik dalam plane dan terbang pulang ke Malaysia. Sejukknya!!!
Perjalanan selama sejam dari Incheon ke Hongdae ternyata sungguh selesa kerana bas itu cukup dilengkapi oleh sistem pemanas yang sangat berkesan. Tetapi, saat melangkah kan kaki keluar dari shuttle bas, ya Allah, mungkin suhu telah jatuh ke -20. Sangat sejuk!! kepulan asap tak henti2 keluar setiap kali bernafas. Jari kaki dan tangan bagaikan sudah beku tanpa deria rasa. Oh tuhan, sejuknya!
Namun, bantuan tuhan hadir lagi. Ternyata guesthouse tempat kami menginap betul2 berada di hadapan bustop tempat kami turun. Sangat mudah untuk mencarinya! Malah dengan adanya Farid dan DZ yang fasih berbahasa korea, urusan kami dengan Ann (pemilik guesthouse) menjadi lebih lancar.
Saat menjejakkan kaki ke dalam guesthouse, ternyata sungguh cosy! siap dengan komputer untuk kemudahan internet, build in heater di lantai, dapur n etc etc, tidak keterlaluan kalau saya katakan saya seperti berada di rumah sendiri. (^^) sungguh selesa! Dan tidak keterlaluan juga untuk saya katakan inilah saat yang paling ditunggu2. hehe. Berehat di atas katil!
Tingkat bawah bilik
Tingkat atas
Ternyata apa yang dapat saya simpulkan hari ini, sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa. Baru 10 jam yang lepas saya dikelilingi oleh keselesaan Malaysia yang bersuhu panas dan lembap namun sekarang suhu di sini sangat2 berbeza dari di Malaysia. Salji putih ada di mana2. Pakaian harus kemas melindungi kulit. Kulit mula terasa kering dek dehydration yang melampau. Manusia hanya makhluk lemah dan dengan melangkah dan mengembaralah baru kita dapat menyedari dan mentadabbur betapa luasnya kuasa Allah itu. Jangan bataskan niat kita untuk mengembara hanya untuk keseronokan dunia yang tidak kekal. Itu rugi namanya! Luaskan niat seluas kolam air yang tidak mampu dijejaskan oleh sesudu garam hiburan dunia. Pastinya, redha Allah mengiringi. (^^)
FastaBiQuL Khairat (^^)v
aleen nie.. x check dulu ker suhu before pegi? (^-^) hehe.. nie mesti rasa mcm dah kebal kan.. hehehe.. btw.. nanti sambung cerita yer.. + ltk gambar lebih2 skit yer
ReplyDeletehehe...kena marah ngan aini-unni~ (^^)
ReplyDeletealeen lupa bab seluar tu...silap pi pakai seluar slack...patut pakai jeans or at least thermal...haha...memangla sejuk...
insya Allah akan sambung lagi...
gambo banyak ngan kawan2...diorg guna dslr, gambar lebih berkualiti...hehe