Tuesday, July 12, 2011

A warming winter~

"Sejuknya Ya Allah, sejuknya Ya Allah, sejuknya ya Allah!!" itulah zikirku sehari-hari kebelakangan ini. Bumi Perth sememangnya sangat sejuk tahun ini. Terkenang daku akan jaulahku ke Korea tak lama dahulu. Keadaannya hampir sama cuma saljinya tiada. Senyum. Mungkin itulah uniknya Perth jika mahu dibandingkan dengan tempat lain.

"Kak Aleen!" satu suara memanggil
"Yes?" sahutku
"Saya nak mintak guna internet rumah ni boleh?" aku terdiam sambil memandangnya. Ada lagging time 2-3 saat di situ.
"Eh, boleh sangat. Guna jelah, tak payah mintak2,"
"Terima kasih kak Aleen," ujarnya sambil berlalu pergi dengan senyuman.

Aku turut tersenyum dan terdetik di hati. Adikku ini sangat particular dalam menggunakan barang2 kepunyaanku. Tak kisahlah makanan ke, minuman ke, barang2 ke, dari setiap segi, pasti mereka akan meminta izin dahulu. Aku senang. Sangat senang sebenarnya dengan sikap ini. Alangkah bagusnya jika semua orang mampu bersikap sebegini. Seandainya mereka tidak meminta izin sekalipun, pasti sahaja aku izinkan.

'Mereka ini bukan sebarang adik, adik ini adik solehah,' aku berkira2 di dalam hati.

"Eh, korang ni tak sejuk ke duduk atas lantai ni? Lantai rumah kak aleen ni kayu tau. Sejuk. Dah2 pegi duduk kat depan,"
"Takpe kak. Kalau akak nak tahu rumah saya lagi sejuk daripada ni. Dalam rumah pukul 1 tengahari pun boleh keluar asap! Ha, lagi dahsyat tu kak. Takpe3. Akak jangan risau ye,"

Aduhai. Habis dicantasnya hujah aku begitu sahaja. Sebagai tuan rumah, sememangnya aku sangat risau. Risau amat dengan keadaan adik2ku ini. Sejuk ke? Tahan ke mereka dengan sejuk2 macam ni? Tapi celoteh mereka menunjukkan mereka sangat selesa. Secara tidak langsung rumah ini turut sama kelihatan selesa. Mungkinkah itu berlaku kerana adanya kalian di sini?

"Akak nak tolong apa2 tak?" ujar satu suara sambil menonjolkan muka di beranda dapur. Satu sengihan manis terlekat diwajahnya. Aku tersenyum.
"Tak payahlah. Dah nak siap dah ni,"
"Susah2 je akak ni," ujar satu suara di belakangnya.
"Haah, susah2 je kak aleen," ibarat satu angkatan, semua bersuara. Mungkin nada dan intonasi sedikit berbeza tetapi maknanya tetap sama. (^^!)
"Aleen, meh kita tolong eh," ujar suara seorang sahabat pula. Senyum lagi. Rasanya bila agaknya senyum ini bakal hilang dari wajahku? Aku dikelilingi insan2 hebat. Alhamdulillah ya Allah.

"Makan banyak2 ye semua," aku senang. Ini sifat baru yang Allah tanamkan dalam hati. Sifat memberi. Aku senang bila memberi. Aku juga senang bila orang sudi menerima. Alhamdulillah3. (^^)
"Eh, jangan makan banyak sangat korang. Kita kena ambil iktibar dari wish list kak aleen yang terakhir,"
"Wish list yang terakhir? apa tu?" soal yang lain.
"Haahla ye, apa tu?" aku turut sama menyoal.

Wish list. Aku senaraikan 55 perkara yang ingin aku capai dalam hidupku. Sebenarnya semua perkara2 yang tertulis itu adalah random stuff. Aku tulis apa sahaja yang terlintas di hati. Alhamdulillah, ada beberapa perkara yang telah berjaya aku capai dengan tidak disangka2. Dialah Maha Pemberi Rezki. Alhamdulillah. Masalahnya cuma, aku sendiri tak hafal kesemua perkara2 yang aku tulis. Bolehlah pula adikku yang seorang ini tahu pula perkara yang terakhir tu kan?

"Ala...yang nak tu...,"(dirahsiakan atas sebab2 tertentu, kalau nak tahu meh datang melawat rumah saya. Hehe)

Ketawa mereka berderai saat itu juga. Aku turut sama ketawa. Tak sangkanya aku. Cerdas sungguh mereka2 ni. Kagum aku kagum.

"Alamak2, kak aleen dah marahlah," nada si adik bertukar kecil. Aduhai2. (^^)
"Hehe, mana ada marah. Sayanglah," kami tertawa bersama.

Senyumanku kian pudar dari wajah. Kini ku sedar, aku sedang duduk sendiri, merenung ruang tamu yang kini sunyi tanpa tetamu. Dapur yang kelam tanpa celoteh chef2 terkenal. (^^) Dan juga bilik kayu yang semakin sejuk, lebih sejuk dari biasa.

Tak pernah kusedari, ruang tamu rumahku ini luas sebenarnya.
Tak pernah kusedari, derapan kayu lantai rumahku ini, mampu menciptakan bunyian pilu sebenarnya.
Tak pernah kusedari, aku akan merindui betapa lunaknya bacaan surah2 lazim kalian ketika kalian mengimami solatku.
merindui lincahnya kalian dalam menyampaikan idea, bernasnya pemikiran kurniaan ilahi, itu kulihat dalam kalian.
merindui senyum tawa gurau senda yang tidak mungkin dapat ditukar ganti.
Allah, aku jatuh sayang. Jatuh sayang pada sahabat2 ini.

Keterlaluankah daku? Mereka adalah sahabat2 yang baru sahaja ku kenali. Bagaimana mungkin ikatan itu terasa begitu erat?
Mengapa aku merasa, masa itu mencemburui kami dan ingin sahaja memisahkan kami.
Allah, beratnya hatiku. Berat sekali.


Oh perjalanan kita, masih jauh....
Jalan yang berliku bakal kita tempuh
Ingatlah kenangan semalam
Jadi azimat penguat semangat
menempuh masa hadapan
harapanku kau kan bahagia...
selalu...

Sahabatku,
Persahabatan ini bukan milikmu.
Bukan milikku jua.
Ia adalah milik Allah subhanahu wa taala.
Kerana Dia. Hanya Dia, kita bertemu.
Moga kita bersahabat dunia akhirat.

Air mataku gugur di saat itu.

Hari pertama bertemu, diri ini tidak mengenali kamu,
Tapi kerana Allah Maha Tahu,
Jalinan hati bersimpul padu,
Ya Allah, moga jalinan ukhwah itu mekar hingga ke syurga
Moga bertemu lagi kak aleen kusayang.

....

Kak Aleen, ukhwah ini ibarat cinta yang tak akan mati. Terima kasih.

Allah...
pertemuanku ini adalah ketentuanMu. Jika Engkau tidak membenarkannya, nescaya aku tidak akan bertemu dengan insan2 hebat seperti mereka.
Doaku saban hari adalah untuk dikurniakan sahabat solehah ya Allah.
Namun, Kau Maha Pemurah ya Allah. Sahabat solehah yang kuingini telah kutemui. Sahabat solehah, sahabat dunia akhirat. Alhamdulillah3.

Namun aku tersedar. Aku sedar yang aku perlu tutup buku semalam dan meneruskan lembaran baru. Kerana masa itu sememangnya amat cemburu pada kita dan aku tak mahu kalah pada sang waktu. Aku tidak mahu hanyut dalam lautan perasaan. Aku hargai setiap waktu ini sahabat. Aku yakin kamu jua begitu. Ketahuilah, meskipun kamu hadir sekejap cuma, tapi kamu telah menempa sejarah hebat dalam jiwa ku yang sebelum ini begitu kecil. Ketahuilah, pertemuan ini sangat bermakna buatku. Dan pada siapa lagi aku harus panjatkan kesyukuran kalau tidak padaNya yang menemukan kita.

Kini aku pandang ruangan kosong itu sekali lagi. Sekeping kad di tangan kusisipkan kembali ke dalam sampulnya. Kekuatan. Iya. Aku dapat rasa kekuatan kalian. Helaan nafas kuhembus perlahan. Kakiku melangkah, meninggalkan ruangan kosong itu. Aku perlu terus berjalan. Berjalan menghadapi duniaku demi akhiratku. Insya Allah, doaku pada ilahi, semoga pada pertemuan seterusnya, kita masih lagi mampu tersenyum pada sesama sendiri. Tersenyum atas rahmat dan inayahNya, insya Allah.

Akan ku nantikan saat itu.


FastaBiQuL Khairat

Saturday, July 9, 2011

Mana saksi kata janjimu?

Assalamualaikum wbt,

Kita seringkali berjanji, namun sejauh mana kita berusaha menunaikan janji tersebut?

Kita berjanji dalam setiap perkara, setiap saat, tanpa kita sedari.
Kita janji, nak sapu sampah, bersihkan rumah, basuh kain baju,
Kita janji, nak habiskan mathurat, nak baca quran, solat sunat dhuha dan witir,
Kita janji nak baca banyak buku, nak tambah ilmu dunia dan akhirat,
Kita janji nak telefon mak ayah, nak tanya khabar kawan2, nak tahu keadaan famili,

Kita janji, dan berjanji dan berjanji dalam setiap perbuatan. Agak2 tertunaikah setiap janji itu?

Sahabat2, kalau kita berjanji dengan manusia, tapi tidak tertunai maka akan berdosalah kita pada manusia itu. Dosa itu tidak terampun melainkan kita memohon maaf pada yang berhak dan kita dimaafkan pula oleh si dia.

Bagaimana jika kita berjanji dengan Allah?

Kita berjanji mahu menjadi seorang muslim.

Tertunaikah janji itu?

Janji bukan perkara ringan sahabatku. Janji bukan sekadar mainan lidah.

One of the strength of being a good leader is by honoring the promises and commitments made- Prof Hamdi

Mahu jadi pemimpin yang baik juga perlukan sifat ini. Sifat menunaikan janji.

Baiklah, berbalik kepada menunaikan janji pada Ilahi, mampukah kita?
Di saat kita berjanji untuk meleburkan diri dalam perjuangan dijalanNya yang pastinya berliku2 ini, bersediakah kita?
Ya, awalnya pasti kita rasa,
"Aaaah, akan kutepis semua dugaan yang mendatang demi cintaku padaMu rabbi!"

Awalnya.

Akhirnya bagaimana? Tewas? Or barely standing?

Sememangnya, satu elemen penting yang perlu ada setelah berjanji adalah untuk terus teguh mempertahankan janji itu. Saya pasti semua telah berjanji, insya Allah, tidak pernah tertinggal dari berjanji dengan kalimah syahadah...

shahadah
Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,
Dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Jadi kalian takkan mampu lari. Ini bukti janji kalian. Di mahkamah agung kelak, ini adalah bukti sahih yang akan dipersembahkan dihadapan ilahi. Bersediakah anda untuk disoal "Mana saksi kata janjimu itu?"

Saya menulis ini untuk peringatan pada diri sendiri. Saya menulis untuk memberitahu pada diri agar menangislah. Menangislah jika kau ingin menangis! Bukankah Allah kurniakan padamu titisan-titisan itu untuk kau gunakan di kala dinihari?

Wahai diri, ketahuilah, bilamana kamu telah berjanji, Allah akan menuntut janjimu itu.
Wahai diri, ketahuilah, bilamana kamu telah berjanji, dunia ini sangat kecil bagimu jika kamu benar2 memahami,
Wahai diri, ketahuilah, kamu telah berjanji, dan Allah juga telah berjanji denganmu,
Ketahuilah diri, janji Allah itu lebih agung dari janji manusia!!!
Ketahuilah diri, janji Allah itu adalah sesuatu yang PASTI berlaku, bukan barely, bukan maybe, tapi PASTI berlaku.

Allah menuntut janjimu dengan mengurniakan dugaan ke atasmu diri. Jadi sabarlah diri. Sabar dengan dugaan2 ini. Kamu kata kamu yakin, jadi mengapa perlu bersedih? Senyumlah diri, senyumlah. Hikmahnya ada insya Allah. Insya Allah.

Dunia itu kecil bagimu diri kerna ada akhirat yang luas menanti. Apalah ada pada harta jika hanya melalaikan. Apalah ada pada rupa yang akan hilang dimamah usia. Begitu juga dengan kata2 dan pandangan manusia di dunia, adakah semua itu lebih bernilai dari pandangan ilahi? Astaghfirullahal'azim.

Ayat Jual Beli

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat(waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.” (QS As-Shaaf : 10 – 13)

Ini janji Allah. No explanation required. Done said. Well verse. Alhamdulillah.

Sabarlah wahai diri. Janji ini akan menuntut bermacam2 perkara darimu. Lapangkan dada selapang2nya. Besarkan hati sebesar2nya. Tukar paradigma. Allah menyayangimu. Ujian itu hadiah si Dia padamu, tanda peringatan Dia tentangmu. Tidakkah itu sweet skali diri? (^^)

Allah, airmata ini pasti akan gugur. Pasti. Namun, bantulah aku untuk bangkit ya Allah. Aku yakin akan pertolonganMu, aku yakin kau akan membantuku. Keyakinan ini sahajalah yang kupegang selama ini, yang membawaku sejauh ini. Semoga Kau tetapkan hatiku, agar dapat berjumpa denganMu dengan keadaan yang Engkau redhai.

Ameen.

Fastabiqul KhairaT.

Monday, June 20, 2011

Sambutlah tanganku.

Assalamualaikum wbt,

Berikut adalah sambungan dari nukilan saya, Biar sampai syurga. Tujuan asal nukilan ini tercipta adalah demi mengajak semua insan sama2 kasih dan sayang pada baginda, dan pastinya niat itu tidak berubah hingga ke hari ini. Namun, dalam diam, saya tahu diri ini banyak kekurangan. Mohon mereka yang sudi menegur, tegurlah saya. dan saya sebagai insan yg ditegur insya Allah cuba sedaya upaya untuk tidak melatah.

Kusandarkan semuanya pada ilahi. Ayuhlah. Sambutlah tanganku. Ayuh kita bersama. Biar sampai syurga.

Satu senyuman manis dan segar dilemparkan dari susuk wajah itu.

“Akulah Ansar yang tidak akan meninggalkan muhajirinnya walau ke mana sahaja dia pergi,”

“Andai Muhajirin ini sesat dan tidak dapat mencari jalan pulang?”

“Ansari tak akan benarkan itu berlaku. Jika benar sahabat, biarlah sampai ke syurga,”

“Wah, jiwangnya Cik Nur Ansari ni,” ketawa kecil pecah sesama mereka.

“Saffiyatul Muhajireen pun sama juga kan? Sudikah kamu menjadi saudaraku?” ujar Ansari ceria sambil menghulurkan tangan. Hampir sahaja huluran itu disambut namun alunan muzik hingar mematikan suasana.

Irene menjegilkan mata. Argh! Mimpi itu bertandang lagi! Alarm telefon bimbit dimatikan. Irene menghela nafas sambil memandang siling yang putih bersih. Huluran tangan itu, ketawa itu dan tidak dilupakan janji itu. Wajah Irene bertukar rasa, dari perasaan rindu, amarah pula yang bergelora.

‘Jauhkan diri dari aku!’ jerit Irene di dalam hati. Bantal dan selimut dilempar ke dinding. Nyata, hari ini bakal jadi satu hari yang malang!

Aku mengatur langkah ke musolla. Meskipun jauh aku tak kira. Aku tamakkan jaminan pahala Tuhanku kepada sesiapa yang melangkah ke rumahNya. Allah, sudah hampir 12.30 tengahari! Aku tak mahu terlepas jemaah! Dalam mempercepatkan langkah, aku tak pernah jemu menghayati dedaunan gugur di sepanjang laluan ke musolla ini. Peluang menuntut di negara orang ini bukan kebetulan, tapi rancangan Allah jua. Akan kumanfaatkan peluang ini demi jalanMu insya Allah.

Aku menggeleng cuma tatkala melihat sekumpulan manusia sedang bergelak ketawa, bertepuk tampar memegang tin-tin di tangan yang tidak lain minuman yang diharamkan itu. Na’udzubillah min zalik. Jauhkanlah aku dan sahabat-sahabatku dari minuman itu ya Allah. Namun, langkah terhenti, mata membulat tatkala tepandang satu situasi.

“Here, have some Irene. Come on, one sip. Just a little bit,” rayu seorang jejaka tinggi lampai berambut merah.

“Naa, you know I can’t Dash,” kerling Irene sambil memandang sekilas pada Dash.

“One sip, just one. I promise I’ll buy you that Billabong handbag you wanted so much,” Dash menduga. Dia tahu benar kesukaan gadis itu.

“Are you drunk? Are you even serious??” Irene separa menjerit. Tin itu direnungnya dalam-dalam. Alah, seteguk cuma. Siapa yang kisah? Tangannya dipanjangkan untuk menyambut tin itu.

“DANG!”

Hilai tawa manusia hilang. Sepi. Mata-mata kini tertumpu di satu sudut bangunan. Satu tin beer kini terhambur isinya ke tanah. Seorang gadis bertutup kepalanya berada di tengah-tengah kelompok manusia itu.

“Selagi adanya Ansari di sini, jangan kau berani nak pegang air syaitan itu Muhajireen!” suaraku meninggi.

Irene terkesima. Dash apatah lagi. Langkahnya terundur setapak ke belakang.

“Mr. Dash, can you please kindly do not drag this friend of mine into what you are doing right now. I won’t tolerate if our dignity as muslims is at stake. Sorry to say, but I am firm with my stance,” mataku tajam memandang kearah Dash. Dash kelu tidak terkata. Aku harus berani menghadapinya. Sedangkan Rasulullah berani menghadapi masyarakat kafir Quraisy yang lebih dahsyat dari ini, aku juga harus cuba!

“Irene, who is this? Nevermind. I’ll get going now,” rengus Dash sambil mengisyaratkan rakan-rakannya yang lain untuk berlalu meninggalkan Irene.

“What? Hey come on guys. Guys! Dash!” biar sekuat mana Irene memanggil, mereka terus berlalu. Kedengaran kata-kata kesat yang terkumat kamit daripada bibir masing-masing. Irene menahan amarah. Perempuan ni!

“Hei, puas hati kau halau kawan-kawan aku? Seronok tengok aku sorang-sorang lepas ni? Kau ni dengki kenapa?”Irene menghamburkan amarahnya.

Untukmu agamamu, dan untukku, agamaku," tenang aku menyampaikan ayat ini. Irene terdiam.

“Saya percaya awak tahu ayat ini dan juga kisah disebaliknya,” sambungku kembali. Irene tersentap. Surah Al-Kafiruun.

“Maaf tadi terkasar bahasa dengan awak. Awak kenal saya bukan? Tak mungkin saya gembira melihat awak keseorangan. Tapi itu lebih baik daripada biarkan awak bergelumang dengan dosa,” melihat Irene diam aku bersyukur. Diam itu tandanya berfikir. Semoga kau sedar sahabatku.

“Jom ke musolla,” aku menghulurkan tangan. Hatiku sebak tiba-tiba. Semoga kali ini huluranku disambut.

Irene memandang huluran tangan dan wajah itu. Wajah itu masih sama seperti dalam mimpinya, auranya juga tetap bercahaya. Cuma kali ini tubir matanya digenangi air. Meskipun ditahan, tak mampu disembunyikan.

‘Kalau kau tak suka lihat aku sendirian, kenapa kau tinggalkan aku dahulu?,’ monolog Irene di dalam hati sambil berlalu meninggalkan Ansari. Dan tangan itu akhirnya menyeka air di matanya.

TBC...

FastaBiQuL Khairat

Wednesday, May 18, 2011

Biar Sampai Syurga : Prolog

Assalamualaikum wbt,

Sebenarnya sahabat2 sekalian, saya ada satu impian semenjak sekolah menengah yang saya harap dapat dicapai bila meningkat dewasa.

Impiannya, menulis.

Bukan calang2 tulisan, tapi tulisan yang mampu membuat insan2 lain terkesan di hati. (^^) Makanya terbitlah nukilan saya nan satu ini. Diharap ada yang sudi membaca. Ada juga yang sudi menegur. Andai bosan katakan bosan. Andai bagus, ucapkan tasbih padaNya, kerana Dialah pengilhamnya...saya sekadar penterjemah yang daif. Semoga sama2 kita mampu...sama2 kita berjalan...biarlah sampai syurga.

---------------------------------------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim....

Irama paluan gendang diikuti paduan suara Raihan, Hijjaz dan juga munsyid yang lain sayup-sayup berkumandang dari telefon Sony Ericson W595 di sisi katilku.

“Ya Nabi Salamun Alaik, Ya Rasul Salamun Alaik,” entah mengapa lagu ini kujadikan getaran bunyi pertama yang kudengar hampir setiap pagi. Irama paluan gendang bersama selawat kepada baginda nabi ternyata sungguh menyegarkan. Aku lantas bangun untuk bersolat subuh pada hening 4.30 pagi itu.

Usai solat ku berteleku di atas sejadah. Jika aku berada di tempat para sahabat yang terdahulu, pastinya sekarang aku sedang mendengar kuliah subuh dari baginda. Pastinya sungguh indah saat-saat itu. Mendengar suaranya, menatap wajahnya. Argh, bagaimana ingin ku lawan perasaan rindu ini?!

Pada waktu-waktu sebegini, pandanganku tiba-tiba jatuh ke senaskah mathurat di atas meja belajar. Al- Ma’thurat, himpunan zikir-zikir pilihan yang sering meniti di bibir baginda yang disusun oleh Al-Imam Assyahid Hassan Al Banna. Kucapai ma’thurat yang senaskah itu lalu kulagukan sepenuh hati. Setiap baris ayatnya begitu bermakna, mengagungkan kebesaran Allah tuhan sekalian alam.

“DANG!” bunyi hentaman pintu kedengaran. Lelehan airmata kerna begitu asyik dengan doa di penghujung mathurat kuseka secepatnya. Oh, tidak! Sekali lagi?

“Hei! Kau ni memang tak faham bahasa ke? Pagi-pagi buta ni orang nak tidurlah. Nak nyanyi perlahan-lahan sikitla. Faham?”

‘Sabar hati. Sabar. Bukan kau tak kenal dia. Dia memang putus fius sikit. Tak larat dah aku nak nasihatkan,’ pujuk aku pada sang hati yang sudah mula menggelegak.

“Kau ingat ni masjid ke? Selalu orang baca ayat-ayat ni untuk orang mati je. Siapa pulak yang mati hari ni?” pedas. Oh, aku tak tahan. Ma’thurat ku genggam erat-erat. Berani kau mempersendakan manusia paling tinggi darjatnya di sisi Allah. Manusia yang membawa rahmat ke seluruh alam!!

Amar ma’aruf nahi mungkar. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.

‘Ya Allah, semoga Kau redha dengan tindakan ku ini,’ hampir saja aku melayangkan tapak tanganku ke wajah selamba itu.

“Ya Nabi Salamun Alaik, Ya Rasul Salamun Alaik” satu irama kedengaran. Aku dan dia terkedu. Mata kami jatuh ke satu sudut di atas katilku. Tanganku diturunkan dari udara lalu ia jatuh menyentuh ke bahagian jantungku. Allah. Astaghfirullah. Ampuni aku ya Allah!

“Heh, wateva,” ujar si mulut celupar itu sambil berlalu pergi.Sebelum dia berlalu sempat kusambar bahunya dan berkata,

“That is selawat, if you want to know. And what I have been singing just now, is not a typical hedonism song. It’s called al-ma’thurat, something you had already memorized, long time ago, my friend,” ujarku tepat ke dalam matanya. Tanganku ditepis dengan penuh emosi. Dia meninggalkan aku dengan wajah kelat masam mencuka. Sambil melihat dia berlalu pergi, kalimah syukur tiada henti kuucapkan. Alhamdulillah. Aku hampir menjadi mangsa kepada nafsu amarahku. Alhamdulillah, Kau menyelamatkan aku ya Allah.

Aku meneruskan pembacaan doa yang tergendala sebentar tadi,

Doa Rabitah

“Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU, bertemu untuk mematuhiMU, bersatu memikul beban dakwahMU, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya. Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMU yang tidak kunjung malap.Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMU.Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentangMU.(Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU.Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebak-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini,”

Amin ya rabbal ‘alamin.


TBC....

FastaBiQuL Khairat

Friday, April 29, 2011

My life so far...

Assalamualaikum wbt,

Wah...ada 2 hari lagi sebelum bulan Mei menjengah dan saya memang tak ada idea langsung nak tulis pasal apa...
not dat I hope someone will read it, tapi saya rasa semua blogger memahami perasaan saya. Rasa kebersalahan yang teramat sangat pada diri sendiri!! (T.T)

Ya Allah, dah sebulan lebih tak jenguk blog. Apalah nak jadi. Blog satu ni pun tak terjaga, macam mana nak jaga anak? (erk, ok out of topic) jadi berbalik pada time management sebenarnya. Tipulah kalau kata tak ada masa. Masa yang Allah bagi 24/7 tu takkan lah tak boleh bagi sikit kat blog ni.

....

ok dah habis marah diri sendiri mari kita teruskan pada tajuk hari ini. (^^!) My life so far.

Alhamdulillah, officially dah jadi 3rd year farmasi student. Satu realiti yang tak mungkin terjadi andai nafas tidak berada dalam jasad ini. Maka Alhamdulillah pada tuhan sekalian alam.

Dulu masa 2nd year, ramai senior kata "2nd year susah, jangan main2," maka saya pun take it by heart dan study bersungguh2.
Tapi sekarang masa 3rd year, senior2 berkata lagi "3rd year susah haih. Baik stadi betoi2," (ini dialog saya buat sendiri eh) maka saya mula menggaru2 kepala. Aish, every year dengar benda yang sama, penatlah stadi macam ni. Ha! Jadi apa moral of the story?

Kehidupan ini bukanlah bermakna semakin tua semakin mudah, tetapi semakin tua semakin berilmu. Untuk jadi berilmu, lebih banyak dugaan dan rintangan yang menanti. Jadi, kita perlu bersedia menghadapi ilmu itu, bukan kesusahan itu. Andai kata kesusahan itu telah hilang, mana pergi punca semangat kita untuk belajar? Turut sama hilangkah? Tidak2. Maka sandarkan niat belajar demi ilmu. Dan bukan sebarang ilmu. Ilmu Ilahi jua. Semoga semakin tua, semakin banyak ilmu, semakin dekat dengan Allah, insya Allah...(^^)

Satu perkara positif yang sangat saya suka tahun ini ialah saya rasa (rasa ye, tak bermakna betul) kualiti masakan saya dah improve sedikit sebanyak. Hee~ ini bukannya nak promote tapi kalau korang kenal saya, saya ni bukanlah seorang tukang masak yang baik. so-so aje. Jadi saya sangatlah sedih dengan disability saya yang satu ni. Maka tahun lepas saya tulis dalam wish list (yang saya masih simpan sampai sekarang..wish list no 20 kalau tak salah- out of 50) saya nak jadi tukang masak yang baik. Alhamdulillah ada peningkatan! Kenapa? Apa moral of the story di sini?

Saya rasa, saya kurang pandai memasak dulu2 tu sebab saya tak yakin dengan kebolehan diri. Saya masih di takuk lama. Di takuk yang terlalu rendah hingga merasakan semua orang dalam dunia ni lebih baik dari saya (i still feel dat way sumtimes) dis is what we call inferiority complex.

Macam mana saya hilangkan perasaan ni? CONFIDENT!
Mana saya dapat confident tu? bukan boleh beli kat kedai. (^^!) Betul, dan proses ini sebenarnya memakan masa dan memerlukan keinginan jugak.

Kalau kita cuma cakap nak jadi pandai nak jadi pandai tapi tanpa usaha, bolehkah semua itu dicapai? Wallahualam, tapi saya yakin jawapannya TIDAK! Believe me, tulis blog pun boleh tingkatkan keyakinan. Betul tak my blogger readers n friends? (^^) Jadi BELIEVE in yourself and have FAITH in everything you do. Insya Allah boleh!! (sambil tulis ni teringat lagu arashi - i'm here for you...(^^))

Saya akhirnya telah mendapat salah satu nikmat yang sangat3 besar yang pernah saya dapat dengan belajar kat overseas ni. IPHONE 4! Alhamdulillah. Iphone sememangnya dah jadi igauan sejak dulu lagi. Tapi berkat kesabaran dan ketidak putus asa an akhirnya iphone 4 dalam genggaman. Er, ada moral of the story ke kat sini? (^^!)

Ada. Kan setiap perkara yag berlaku tu ada hikmahnya. Moralnya adalah bersabar, dan jangan putus harap. Yang bagi iphone ni siapa? Kalau Allah kata tahun depan baru dapat, maka tahun depanlah baru dapat. Tapi Allah cepatkan bagi tahun ni. Insya Allah dalam sabar ada berkat, dalam doa pasti ada makbulnya. Jadi sahabat2 sekalian, fasobrun jamil. Kadang2 apa yang kita mahukan sangat2 tu yang paling buruk untuk kita sebab tu Allah jauhkan. Bersangka baik dengan Allah dalam setiap hal. Pasti tidak kecewa. (^^)

Maka di sini sahajalah alkisah my life. Banyak lagi nak tulis, tapi saya tak nak blog ni jadi livejournal pulak. Hehe. Biarlah rahsia apa yang rahsia. Ok, tak ada kaitan. Sekian. Ja~ mata! (^^)

FastaBiQuL Khairat

Monday, March 7, 2011

Revolusi response-ability...

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah berkat izinNya sekarang saya telah bergelar pelajar farmasi tahun ketiga di Curtin University!! Alhamdulillah33x Saya sangat3 sedar tanpa izinNya memang tak mungkin saya sampai ke tahap ini. Saya bukanlah pelajar yang terbaik di antara terbaik, saya bukanlah seorang yang sangat berilmu, malah skil komunikasi dan penulisan pun masih di takuk lama. Namun, tak akanlah saya hanya berdiam diri? Tidak. Saya minta, minta dan minta. Akhirnya Dia beri pada saya. without hesitation. Teringat kata2 Dr.Asri dalam ceramahnya yang saya dengar kat youtube...

"Jikalau Allah hendak memberi kebahagiaan pada seseorang, ia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah menghalang kebahagiaan seseorang, dia tidak boleh dihulur apa-apa tangan sekalipun,"

Baiklah, responsibility bermakna tanggungjawab. Banyak jenis tanggungjawab dalam dunia. Responsibility as a child, as parents, sister, brother, friends, student and of course as His servant azza wa jalla. Banyak kan?

Fuh~ sound serious gal...
Well, it is. Kinda~

Kenapa cakap soal tanggungjawab? Sebab alhamdulillah baru2 ini saya telah dipertanggungjawabkan 2 tugas besar. Paling besaQ sejak berada di Perth ni. Mentor dan Ahli Panel.

Baiklah, mungkin saya overreacted. (^^!)

Mentor

Alhamdulillah, dengan hanya mengisi sekeping borang, dengan tidak menghadiri introductory briefing, dengan berbekalkan ilmu yang tidak seberapa dan sokongan seorang supervisor dari lab microbiology, saya kini bergelar Pharmacy Student Mentor 2011. Saya sangat tidak menyangka diberi peluang ini. Maka saya harus melaksanakan tugas ini sebaik mungkin, insya Allah.

Beloved mentor badges (^^)

Baiklah, apa tugas seorang mentor ni? Mentor di Curtin agak berbeza dengan mentor di Msia. Kalau msia, mentor tu maksudnya orang mengajar, mendidik si mentee hingga menjadi bijak pandai kan? Tugas mentor curtin tidaklah seberat itu. Saya sendiri tahu tahap diri, mana layak nak educate orang lagi. hee~ Tugas mentor di curtin adalah untuk membantu junior2 1st year dalam transition state from high school or colleges. Jadi saya harus memastikan setiap soalan mereka tentang uni life perlu dijawab. Saya juga perlu menunjukkan jalan yang benar kepada mereka. Meaning:- direct them to the respective body to help solve the miseries...hehe (^^)

Setakat ini, not bad. Alhamdulillah. Mungkin sebab baru 1st week of uni. Jadi masih bleh balance tugas mentor dan student. Saya sangat2 berharap mentor menjadi satu batu loncatan untuk meningkatkan tahap confident dalam diri.

Sahabat2 yang ada soft skill dalam diri tolong jangan blockkan kemahiran anda tu. Once block, clogged, rusty...memang susah nak polish balik. Saya sangat3 menyesal sebab tak kekalkan skil saya yang satu ni masa di intec. Keyakinan diri terus hilang. Saya cuma berada dalam kumpulan saya, tidak cuba untuk pergi lebih jauh, tidak berani untuk ambil risiko. Kenapa saya jadi macam tu? sebab saya takut saya tak dapat fly. saya takut tak dapat balance study. SAYA TAKUT. Jadi saya larikan diri dari tanggungjawab itu. Dan saya rasa kesannya sekarang. Sahabat2, masih belum terlambat to reverse and move forward via the other way. Percaya pada Allah. Dia telah tetapkan yang terbaik untuk kita insya Allah.

Ahli panel

Ahli panel? Juri awam ke? Hehe...bukanlah. Tapi ahli panel forum.

Alhamdulillah, saya diamanahkan oleh MISWA untuk membawa watak ahli panel dalam program sambutan maulidurrasul 2011 di perth 25 mac yang lepas.

'Allahuakbar. Ini memang sangat serius! Ini serius! Ahli panel? Gugup. Berapa lama dah tak bercakap depan orang? Berapa lama dah tak praktis berforum? Ada 2 hari je untuk prepare teks? Allahuakbar, bantu aku ya Allah. Dan lagi orientation day sama hari dengan forum. Allah cukup ke tidak masa untuk aku bersedia ni?? '

Itu semua monolog dalaman yang saya alami bila saya dapat berita yang saya adalah ahli panel pada malam sambutan itu. Mulanya saya tolak. Saya rasa orang lain lebih layak untuk berbicara tentang baginda nabi tercinta. Mampukah saya untuk menarik audiens untuk turut sama merindui beliau? Saya khuatir misi itu tak terlaksana. Namun, takdir Allah siapa yang mampu halang? Saya tetap menjadi ahli panel. Tetap akan berada di atas pentas itu untuk menyampaikan.

Maka ketika itu response-ability ini saya tukarkan kepada kewajipan. Ini fardu kifayah aleen. Bahkan besar ganjarannya jika kena cara dan niatnya. Revolusi berlaku dalam diri. Saya harus terima tugas ini. Kalau bukan saya siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi? Dan setelah saya redha dan yakin, kekusutan itu hilang. Sungguh! Rasa nervous itu kurang.

Jika boleh saya bandingkan perasaan berforum ketika sekolah menengah dan sekarang, menjadi ahli panel di sekolah menengah memang banyak tekanan. Saya ingat lagi saat2 saya menyusun ayat di dalam kereta ketika balik dari kampung di Melaka. Waktu ketika itu mungkin 9 malam. Saya paksa diri memerah idea menyusun ayat2 untuk disampaikan dihadapan cikgu lusanya. Tekanan itu memang tak dapat saya lupakan.

Tapi kini, saya tahu saya cuma ada 2 hari untuk bersedia. Malah saya sempat lagi tolong sahabat saya (yg juga ahli panel) memasak untuk gathering junior baru UWA. Malam itu, kami buat full rehearsal tanpa ada teks yang lengkap, cuma point2 sahaja. Tapi, entah mengapa, tekanan itu tidak terasa. Allahuakbar, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Saya cumalah seorang hamba yang menyerahkan jiwa dan raga kepadaNya dan ternyata yang baik itu dariNya dan buruk itu dari saya sendiri.

Alhamdulillah, pada hari berkenaan, debaran itu ada tapi tidak beraja di hati. Yang ada cuma semangat ingin menyampaikan kepada mereka yang ingin mendengar. Tak berhenti2 saya berdoa agar mereka yang hadir dapat memahami tutur bicara saya yang lemah ini. Sekali lagi keyakinan telah muncul dalam hati. Meskipun nyalaannya mungkin tidak sekuat dahulu tapi masih mampu menghangatkan hati yang ingin menyampaikan.

Ahli panel dan moderator. (^^)

"Sampaikanlah dariku walau satu ayat,"

dan untuk melakukan ini saya memerlukan keyakinan dan kekuatan, Alhamdulillah, tugas ahli panel yang saya sangat ingin tolak dahulu ternyata ada hikmahnya. Subhanallahi wabihamdih subhanallahil 'azim~

Saya kongsikan kisah Abdul Rahman bin Auf, sahabat nabi dengan saudara ansarnya Sa'ad bin rabi'. Saya kongsikan juga cabaran2 yang telah saya hadapi sepanjang 2 tahun pengajian di curtin. Tidak lupa pengalaman2 menarik berdialog dengan ahjusshi di Korea ketika jaulah yang lepas. Alhamdulillah respons audiens baik. Sangat baik. (^^) Allah, yang baik itu dariMu, hanya dariMu semata.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)
Inilah dia kisah tanggungjawab dan kewajipan yang sebenarnya tidak banyak bezanya. Mereka punya satu persamaan yang hakiki dan ini bergantung pada si pembuat itu sendiri yakni NIAT. Adakah NIAT anda lillahi ta'ala, atau sebaliknya? Fikir-fikirkan dan selamat beramal! (^^)
FastaBiQuL Khairat

Saturday, February 19, 2011

Saat Pertemuan Bermula : SPB

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat2 yang dikasihi sekalian? Alhamdulillah, dua kaki ini telah menjejak kembali bumi Perth setelah 2 bulan bercuti panjang. Dan saya sangatlah faham apa yang menanti saya di sini. SPB.

SPB??

Saya rasa bagi mereka yang bergelar student uni esp overseas student, SPB bukan istilah baru. Lebih2 lagi mereka yang aktif berpersatuan. SPB a.k.a. Sambutan Pelajar Baru.

Who are eligible for SPB?
> sesiapa sahaja yang menghubungi kami sebelum mereka tiba ke sini.
> of course yang bergelar pelajar sahaja. dan pelajar BARU sahaja. (^^)

Who are conducting SPB?
> tentulah persatuan yang ada kat sesuatu uni, kalau tempat saya, wujudnya satu kelab uni bernama MISWA (Malaysian Islamic Society of WA) yang sangatlah aktif bergerak.
> any other higher authorities such as msd and etc...

Sambutan Pelajar Baru boleh jadi satu term yang sangat berat.
Menyambut? Baru? Sambutan perlukan persiapan rapi dan ianya hanya akan berlaku jika kita mampu ikhlas melaksanakannya. Tapi bagaimana mahu ikhlas jika orang yang disambut itu tidak dikenali?

Jadi sukalah saya nak modify sikit SPB yang bukan sahaja boleh dipanggil Sambutan Pelajar Baru tapi juga Saat Pertemuan Bermula...(^^)

Saat ini akan menjadi saat2 pertama kepada pertemuan2 seterusnya. Pertemuan di alam uni, di alam kerjaya dan mungkin juga di alam akhirat? Insya Allah wallahu'alam. Maka jika saat yang pertama telah dimulakan dengan langkah sumbang -start off the wrong foot,bak kata omputih- bagaimana nanti langkah berikutnya? something for you and me to ponder.

Saat ini akan menjadi saat kita diuji keikhlasan dan kesabaran kita oleh ilahi, dan juga saat kita mampu yakin dan mantap dalam melakukan sesuatu lillahi ta'ala. Apa yang kita dapat dari semua ini? housewarming adik2? Adik2 belanja senior2 makan? Adik2 lebih respect ngan senior?
..::RUGI::..

alangkah ruginya kalau kita cuma dapat yang itu. Kenapa?

Diantara ciri-ciri orang yang beriman adalah mereka yakin dengan ganjaran Allah di akhirat kelak dan segala perbuatan mereka di dunia haruslah berkait rapat dengan akhirat jua.

تِلْكَ الدَّارُ الْآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الْأَرْضِ وَلَا فَسَادًا وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

Ertinya: “Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik, iaitu syurga) itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”. Surah al-Ahzab: 83.

Ini tawaran baik dari Allah, takkan masih mahu berlengah?

Saat ini akan menjadi saat permulaan kepada sebuah ukhuwwah. Saat di mana susah senang kita akan hadapi bersama. Saat untuk menilai hati budi, kepimpinan, toleransi, budi pekerti. Inilah saatnya. Applicable to both participant and program manager team...(^^)

Selepas ini saat akan berubah menjadi minit.
Minit berkembang menjadi jam-jam waktu yang mekar.
Jam meniti pula hari demi hari.
Seterusnya melangkau kepada minggu dan bulan.
Tidak mustahil kekalnya ia hingga bertahun, berdekad dan berkurun lamanya.
Pertemuan yang bermula tanpa akhir, adalah pertemuan yang melekat di hati.


Namun begitu, saat pertama masih penting. Sangat penting, kan? Jadi, hadis pertama dalam hadis 40 berbicara soal niat. Maka, set up ur niat right guys. Are you doing dis for dunya? or for Him? Simple and straight forward...(^^)

Sebenarnya, nukilan ini timbul kerana inilah kali pertama saya terlibat dalam usaha2 SPB. Walaupun kepenatan itu terasa, tetapi sumbangan ini apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan sahabat2 saya yang lain. Sahabat2ku, awak memang hebat!

Nukilan ini juga timbul untuk mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa refleksi dan muhasabah selalu...buat kerana Allah, buat kerana Allah, buat kerana Allah...is what I always mumble to myself everyday...semoga kekuatan itu ada buat saya dan sahabat2 yang lain.

Jadi ingatkan diri sendiri saja macam tak best, so nak ajak jugaklah semua orang untuk sama2 ingat untuk buat semua perkara kerana Allah. Barulah hidup ini akan insya Allah aman tanpa dosa. Tak percaya? Cuba try skali, berani ke nak buat dosa kerana Allah? (^^!)-geleng2- kalau nak juga buat dosa carilah tempat di mana Allah tidak melihatmu, makanlah sesuatu yang bukan dariNya, dan hiduplah kamu bukan diatas bumiNya.

Saat pertemuan bermula, bismillah jadi pembuka bicara, biar diberkati segenap pertemuan.
Saat perpisahan bertandang, bukan selamat tinggal jadi kalam akhirnya, tetapi berjumpa lagi menjadi harapan,
andai bukan di dunia ini, pastinya di syurga nan abadi
insya Allah.

Ma'assalaamah.

FastaBiQuL Khairat

Thursday, February 10, 2011

TBG 8: THE END

Assalamualaikum wbt,

As much as I dont wanna write dis entry, dat much as I shud snap out of it. Now I am, back to reality. Baiklah sahabat2 seantero dunia kesayangan sekalian, inilah entry terakhir (kah?) Travelog Bumi Ginseng ini. Semoga sedikit sebnyak perkongsian ini dapat membawa kalian seolah2 merantau ke sana, dan semoga sedikit sebanyak matlamat TBG saya untuk menerangkan jaulah bukanlah bermakna hiburan hedonisme semata2 tetapi adalah mentadabbur alam insya Allah sampai pada yang membaca. Yang penting nun.ya.alif.ta. NIAT (^^) insya Allah

(p:s// alhamdulillah, gambar dah diupload...feel free to embrace the moment together with us(^^))

BAIK! THE last day finally here.

SAD?

I can't lie, I am sosuperdupermegafoxy (AVPM pyer pasal) SAD (^^!)

Saya bangun di pagi yang dingin itu. Somehow, saya dah dapat sesuaikan diri dengan kesejukan melampau kota Seoul. No more kulit mengelupas, no more super-tebal coat and socks. Just..

I fit in

Sejurus sebelum sarapan, kami berbual.

"Korang, tak sejuk sangat malam tadi kan?"
"Haah, ok2 je. Tak pakai pun stokin o sweater macam mula2 dulu"
"Korang tau malam tadi Sal cakap snowing tapi dia ingat benda tu normal so dia buat tak tahu je,"
"Yeke, alah sayangnya," ujarku sambil bermalas2 di bawah quilt yang sangat cozy itu. Tiba2 terlintas untuk menarik langsir dan melihat panorama subuh kota Seoul. Diameter mata meningkat begitu juga desibel peti suara.

"KORANG! SNOW! SEKARANG TENGAH SNOWING!!"

Berdentam dentum mereka berlari2 anak memenuhi tingkap guesthouse kami. Subhanallah!! Akhirnya kami dapat juga melihat salji turun secara langsung. LIVE from Seoul. Hee~ Alhamdulillah, tipulah kalau saya kata mata saya tidak berair in amazement. Walaupun saya dan si salji dihalang oleh kaca tingkap itu, tapi saya tetap puas. Mungkin next time I will experienced snowing kat negara lain pulak. Japan? UK? France? Spain? Insya Allah. (^^) and this time hopefully I can stand there and feel it with my bare hands.

Kami perlu check out from guest house jam 1130 pagi tapi check in flight pukul 800 malam. Uih?? Ottoke? Alhamdulillah, kami dapat owner guesthouse yang sungguh baik hati. Ann and her husband. Both helpful. Diorang bagi izin tumpangkan luggage sampai pukul 700 malam, FREE OF CHARGE. and also, dia bagi kami guna printer untuk print boarding pass and itinery, also FREE OF CHARGE. This makes me wonder, tak sangka, dalam dunia yang penuh dengan dunia ini, masih lagi ada yang tidak mementingkan hal2 duniawi -sedangkan mereka bukanlah muslim (yet, hopefully there's a yet)-

Baiklah, setelah settle urusan check out and luggage, kami bergerak ke kedai kopi. Ahah! Ini bukan sebarang kedai kopi. Ini kedai kopi kegemaran ramai. Coffee Prince Cafe. And yes, it actually exists!

THE cafe from outside...cam angker kan?? hehe~ (^^)

I didn't follow the drama so I dunno much. But what I know, cafe ni dibina semata2 untuk penggambaran drama ni. Hmm, impressive. Dan juga, masih ada kesan2 mural/ lukisan di dinding dan tingkap cafe sepertimana ditinggalkan oleh sang hero dan heroin drama ni. (^^)
Walaupun tak ikut dramanya, saya rasa rugi kalau dah alang2 sampai tapi tak masuk. Jadi redah masuk jelah dan apalagi, bergambar! hee~

interior

signature pelakonss...(^^)

hana honey latte juseyo!! (satu honey latte please!!)

Mencari kedai ini agak susah sebab it's agak tersorok. Hidden among other tall buildings. Yang tak bestnya cafe ni, dia amalkan policy no sharing is allowed. So nak masuk kedai kena jugak beli a cup of coffee or elssseee...and no sharing! remember dat! hehe.

while waiting for a cup of coffee

Painting yang ada dalam drama

my honey latte!! (^^)

"Hekeleh, kopi secawan pun nak share ke?"
"Alamak, kalau dah harga sampai 8500 won secawan kalau tak share cam tak best je der," fuh, tiba2 bahasa rempit. Hee~ Orang berbudi kita berbahasa. Dah negara orang, kedai orang, kita ikutlah apa yang boleh. Kalau tak nak ikut pun boleh tapi jangan masuklah kedainya..hehe

dengan barista yang suka bergambar...(^^)

Baiklah dari situ, kami di bawa oleh tour guide bukan kesekian kalinya ke dongdaemun. Dongdaemun, seperti myeongdong, Namdaemun, E-dae adalah tempat membeli belah. Tapi, 1st word yang keluar dari tour guide bila sebut Dongdae is

IKAN BAKAR

THE IKAN BAKAAAARssss.....(^^!)

Dengan renungan kosong kami respon semula. Ikan Bakar?? Er, tak sama ke ikan bakar msia ngan korea ni? Bakar atas api jugak kan? Hehe. That time, memang sangat tidak stujulah kami untuk makan ikan bakar itu. Tapi lepas penat berjalan, perut lapar, ikan bakar pun ikan bakarlah. (^^) and we totally regret whatever we said before.

Sebelum sampai lagi ikan bakar tu, aromanya, memang tak dapat saya lupakan sampai sekarang. Dengan side dish yang sangat menarik, memang buat kami ternanti2 -alahai sedapnya- dan bila ada di depan mata, apatah lagi di dalam mulut di atas deria rasa yang Allah bagi ni, saya cair. CAIR dengan rasa ikan bakar ni.

Sahabat.......saya....speechless....yang boleh saya cakap memang

superdupermegafoxyawesome SEDAP!!!

Kailan.

sup jagung..

pudina leaves...

one whole set of side dishes!! huaaa....

and of course meal of the day...IKAN BAKAQ!! Korean style! (^^)

Pengalaman makan ikan bakar di dongdae memang antara best moments dan sangat sesuai menjadi penutup kisah kami di Seoul. Kami sempat lagi bergambar dengan tuan punya kedai ikan bakar. Hee, memang menarik. (^^)

muka gembira lepas makan ikan bakar...hehe (^^)

Dalam perjalanan pulang, kami menelusuri satu sungai/parit wallahualam kat Dongdae tu. Sebab bentuk macam parit tapi jernihnya macam sungai! Subhanallah.

Alkisah dari tour guide, parit ni dulunya dibina untuk membersihkan Seoul dari sampah sarap. Dan terbukti memang Seoul sekarang bersih. Nak jumpa tong sampah susah, sampah lagilah! Hebat. Mahu lebih hebat? Orang yang mebina parit ini sekarang telah menjadi presiden Korea! Speechless, drop jawwed? dun wori, me too. Sahih? Wallahualam. Tapi melihat kejernihan sungai tersebut, saya rasa memang tidak mustahil. Anything is possible when He said it. (^^)

The so-called parit...(^^)

subhanallah...(^^)

Dan kami pulang semula ke Hongdae dengan hati yang berat. Sedih mahu berpisah, memang . . . . (T___________T)
Anyways, kami pergi semula ke rumah Ann for our luggage. Sempat juga snapped 1/2 pic with her. Dan paling tidak disangka2, Ann menghulurkan sepeket souvenir untuk kami berenam. Saya memang tersentap di situ. Kamsa hamnida tak habis2 kami ucapkan. Ya Allah, murah hatinya Ann. Tak tahulah samada ini budaya mereka kepada tetamu tetapi memang inilah yang sangat2 dianjurkan Islam untuk memuliakan tetamu apatah lagi memberi hadiah! Saya nak cadang pada sahabat2 untuk post merchandise from OZ pada Ann nanti. Orang berbudi kita bebahasa kan? (^^)

Ann-ssi, komawo~ (^^) annyeong...

Alhamdulillah flight pulang ke Malaysia tidak bermasalah. Cuma ketika dah berada di seat masing2, kami bertiga (Najwa, Nabilah-unni, me) rewind balik apa yang kami dah buat sepanjang seminggu di kota Seoul. Tipulah kalau saya kata tak menitik air mata saya setitis dua. This is it. Annyeong Seoul. Annyeong for the last time.

Datang dengan senyuman, pulang dengan tangisan?? annyeong seoul...(^^)

Ini pengalaman saya yang pertama merantau untuk bercuti ke negara orang dan negara pertama itu adalah KOREA, bukan Singapore, bukan Indonesia, bukan Asia Tenggara. Nampaknya expectations saya akan tinggi selepas ini bila melancong ke negara lain. hehe

Okeh, put dat aside. Yang paling penting, tamatlah riwayat kisah pengalaman kami ke Seoul. Saya siap buat satu album hardcopy untuk simpan semua tiket2 saya sepanjang di Seoul. Kalau ada duit lebih insya Allah cuci gambar jugak...(^^)

Sambil2 bercuti menenangkan fikiran, berehat2, bersantai2, bersuka ria, kita kena ingat yang kita tak pernah cuti daripada menjadi seorang muslim. Jadi bercuti cara muslim pun ada gayanya. Banyak lagi unsur Islam yang boleh diterapkan dalam jaulah kami, itu tak dinafikan. Saya masih belajar. Kadang2, tempat tu tak menarik pun, tapi the way we think will create the emotion and outcome. Jadi kaitkanlah dengan nature kita, sebagai muslim, sebagai melayu, sebagai manusia. Different people have different thoughts sebab tu 1+1=3 bukan 2. (^^)

Jadi ingat, nak pi mana pun lepas ni, jangan target nak dunia sahaja. Hatta nak pi market pun. Mana tau tiba2 dapat iktibar kisah pak cik jual ikan, sayur etc. (ok, melalut) The point is awak akan rugi. Sangatlah rugi. Kita kena jadi tamak. Dunia pun nak, akhirat apatah lagi. Okeh?

Mana yang baik adalah dari Dia yang Maha Kaya dan yang buruk dari hamba yang daif lagi hina ini.

Sekian.
FastaBiQuL Khairat

Monday, February 7, 2011

TBG 7: Pre-finale

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat2 seantero dunia? My biggest apology for not updating my very last 2 days in Korea. Maklumlah, orang lain CNY, kita BK (balik kampung...hee~). Nevertheless, lets get started. Now, where did we stop....

Ahah! Pre-finale...wuu~ sedihnya.

Sedihnya hati mahu menulis posting ini. And seriously, pada hari ini, kesedihan terasa dimana2. At least, I feel sad, dunno how the rest goes, but still I must enjoyed these very last moments in Korea...wuu~

Now, pada hari ini, kami berkunjung ke Itaewon. Ada apa dengan Itaewon? Typical tourist Q. hee~

Alkisah Itaewon ini saya denga dari sahabat2 yg dikasihi. Denga kata Itaewon adalah tempat bersejarah dan merupakan satu tempat yang paling banyak penjajah. Meaning??? Itaewon adalah satu daerah yang ada banyak foreigners such as Americans, Arabs, Chinese memang banyaklah. Siap ada Hard Rock Cafe kat sini.(^^)

Itaewon tidak terlalu jauh dari Hongdae. Dalam 15 minit perjalanan mungkin. Dan saya excited jugak nak datang sini kerana disini ada baaaanyak kedai makanan halal dan juga masjid untuk solat. Mudah, alhamdulillah..

Sekali lagi dengan takdir tuhan, di tengah2 kota Itaewon yang kecil itu, saya dihampiri seorang wanita korea dalam umur 20-an.

"Excuse me,"
"Do you know where is Itaewon Mosque?"

Aigoo~ manalah saya tahu unni. Saya datang ni pun nak pi melawat masjid tu jugak. (^^!)

"Oh, I'm sorry, I don't know but my friend here could help," ujarku sambil menunjuk arah kepada sorang lagi tour guide kami, yang saya tak ingat namanya. Maaflah~ hee~ (^^!)

Maka kami pun berjalan beriringan menuju ke masjid. Saya yang penuh rasa ingin tahu ini pun ambil peluang untuk berbual dengannya.

"Why do you want to visit our masjid?" saya lebih senang guna masjid dari mosque. Lebih arabic (^^)
"I am a student in Seoul University," terang si unni.
"I am curently studying arabic as a minor," aku terpempan

"Wow, dat is very impressive. But why ae you willingly to travel this far just to learn arabic?"
"I like arabic and I wanted to know more about it and I guess masjid is a good place to start," kalau nak dikira rasanya diameter mataku yang kecik ni dah membesa dua kali ganda gamaknya. Subhanallah~

She LIKES arabic. MINAT. SUKA. CINTA? Subhanallah. Tapi, that rings a bell in my head.

"Sister, are you a muslim?"
"No, I am not a muslim," ..:yet:..hopefully there's a yet (^^) And the bell has stopped ringing but tasbih has started to whisper.

Subhanallah!! Hebatnya ya Allah. Lihatlah bagaimana Allah mendetikkan hati si unni ini untuk melangkah mencari masjid Itaewon di tengah2 bandar terpencil ini. Semoga Allah berikan hidayah padamu unni. Ameen. Tazkirah di pagi jumaat.

Allah Maha Besar...

Akhirnya si tour guide mevolunteerkan diri untuk menghantar unni ke masjid sementara kami makan lunch di sebuah kedai pak arab di tepi jalan. Alhamdulillah not bad. Beriyani ayam memang best! Lebih2 lagi makan time sejuk nih. Harga? so-so 8000 won per plate. Or shall I say HUGE plate. (^^)


The Briyani we ate

Ngaa~ the whole plate for me...(^^!)

Satu perkara yang saya sangat2 harap boleh diimplement kat malaysia ialah pabila menghampiri waktu solat jumaat, pak cik2 ni TUTUP kedai. TUTUP. CLOSED. Bagi saya ini barulah Islam yang sebenar, menyahut panggilan azan. Dengar je azan berhenti buat kerja, berniaga, anything, dan terus ke masjid. Hebatkan? Inilah realiti di negara Islam yang lain. Negara Islam Malaysia, ada ke? Rasanya bila azan lagilah ramai manusia yang berjual beli. Ada yang lagi sanggup tak pergi solat jumaat. Guna alasan 3 kali uzur tu. Haish, lelaki ada uzur ke ahjusshi?? aigoo~ -geleng2 kepala- Dan perlu diingatkan, Korea bukan negara Islam. Hmm, does dat rings a bell in your head? If not...dont take it to heart, I know it will soon...insya Allah...(^^)

Baiklah, setelah bersolat di Itaewon, kami melangkah ke Namdaemun (again??) sekali lagi. Yes. Why? Alkisahnya, kami nak membeli kerongsang korea yang famous itu tetapi sepanjang di Namdae hari tu even satu kedai jual brooch pun tak jumpa. Aigoo, ottoke?? Maka di sinilah khidmat tour guide Farid dan kawannya itu kami perlukan. Komawo guys...(^^)

Rupanya, kunjungan sekali itu ternyata tak mencukupi. 2 kali pun rasa tak cukup. Rasa macam nak pegi lagi buat kali ketiga. wuu~ sad2..

Baaanyak nya!!!


And again kami revisit myeongdong. But this time, kami ke sini untuk mencuba Hangbok!

Eh?? Haengbok? Kegembiraan?
No-no-no, HangBok, baju tradisional korea!! (^^)

HangBok untuk dibeli di Namdae

Oh, excitednya saya time ni. Baju itulah yang selalu dipakai ketika event2 rasmi korean macam kahwin, perjumpaan keluarga, king and queen, macam baju kurunglah camtu...(^^) and kebetulan baju yang saya pakai ni memanglah dipakai oleh elite classes..ngehehehe~ (^^)

Us. Trio in action!

Me. Doing Solo. Hee~ (^^)

Dari myeongdong kami bergerak ke Ew-dae. Ewha University. Ewha Woman University to be exact. Ngaa?? Women? No men? Er...yes kot. Kalau tak, takkanlah namanya macam tu kan? Kenapa ke sini? Kerana, ada yang kata ewdae night life sama macam hongdae, maka kami pun mahulah pergi mengushar night life itu (note dat nite life is not clubbing k, we never have dat listed in our place to be) Nite life kat sini macam kat myeongdong tulah, ada kedai shopping2, ada food stall yang jual takoyaki, yang jual hotteok. Dat is our nite life and alhamdulillah its healthy (hopefully, insya Allah) hee~(^^)

Takoyaki ka?

Okonomiyaki? Ka?

De rest is history~

wuu...saya sedih sangat hari ini sebab literally today is our last stay in Korea, last night in Seoul. Wuu~I shud never have open my heart to sumone, and yet now its stolen by sumone dat will be very3 far away from me. Seoul (angau kah daku? hehe~ komawo).

Huu~ get a grip aleen. Snap out of it. Be grateful for this chance He had given you. Spare it, share it and you will get more. Insya Allah...

And tomorrow will be THE day. Finale.

FastaBiQuL Khairat

Monday, January 31, 2011

TBG 6 : Kampung beruang!!

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, masih diberikan nafas dan kudrat untuk meneruskan perkongsian saya yang tak seberapa. Namun, dalam berkongsi ada baiknya andai kita turut berkongsi memanjatkan doa buat sahabat2 yang berada di mesir. Semoga Allah melindungi mereka. Keadaan makin dahsyat. Itulah yang terjadi andai tersalah memilih pemimpin. Semoga Malaysia terhindar dari bencana ini...ameen...

Baiklah, pada hari ini kami berangkat ke Bearstown! Comelkan nama dia? Tapi memang sungguh tempat tu namanya bearstown. Kenapa? Wallahualam. Kenapa kami ke sana? kerana....disinilah saya berski buat kali pertama!!!

Bearstown adalah tempat kedua terjauh yang kami sampai selain daripada Nami Island. Perjalanan memakan masa hampir 2 jam. Saya suka hari ini sebab pada hari ini saya telah berjaya bertemu dengan winter coat yang murah dan labuh dan cantik!!! hehe...terima kasih Lotte shop! (^^) Namun, saya terpaksa angkut winter coat tu ke ski resort, nak patah balik umah tak sempat. hee~ lagipun hari ini kami pergi bersama seorang lagi tour guide, Dzulhelmy a.k.a DZ, so tak naklah menyusahkan sesiapa...(^^!)

Sepanjang 2 jam lebih di atas bas, apalagilah yang boleh dilakukan selain tidur. Kan? Sekali sekala saya terbangun dek gegaran bas pabila merentasi kawasan bandar yang kecil tapi sesak. Oleh kerana hari ini kami akan ke ski resort maka taklah pula saya membawa apapa bekal makanan. Nasib baik kat lotte department tadi ada Krispy Kreme, takdelah lapar sangat. hee~

Turun dari bas kami perlu berjalan sejauh 10 minit menaiki bukit untuk sampai ke sana. Dari kejauhan lagi saya dapat lihat slope2 ski yang berwarna putih...Allah, jatuh cinta lagi. kali ini dengan salji putih itu. Cantiknya! Ramai juga orang yang berski ketika itu. Dari budak kecil sampai orang dewasa, semua peringkat umur adalah. (^^)

THE slopes..hee~

Many2 people!

Bayaran ski di Korea sangat berpatutan. Ada orang kata, kalau nak main ski yang murah datanglah ke Korea. Malah ada senior saya cakap, main ski kat New Zealand boleh mencecah hingga 80aud tapi di sini, sewa skisuit, ski equipment dan naik lif = 38 000 won = 38 aud. Murah kan? Saya suka benda murah tapi worth it. (^^)

..:Kami sebelum kejadian:..

Kami tiba pada pukul 11 tapi pukul 1 baru mula main. Kenapa? Mana taknya, nak salin baju lagi, kasut dia lagi. Ya Allah pakai kasut ski adalah satu perkara yang sangat menyeksakan. Lenguh betul nak berjalan dengan kasut tu. huu~ Nasib baik baju yang dia bagi tu fit saya nicely.

..:Kami semasa kejadian:..hee~

And for the first time saya berski! ya rabbi susah jugak ski ni rupanya...
Jealousnya saya tengok budak2 korea yang dah skilled main ski ngan snowboard. Tour guide kami, nabilah-unni ngan ayie-unni pun mantap jugak. Yelah, orang yang dah ada pengalaman kan. (orang jeles berkata2) Wuu~ saya ni jatuh berapa banyak kali tak terkira. Tapi saya tak mahu mengalah! Nak jugak pandai ski! (^^!)

Tapi, ternyata, terbukti, saya bukanlah dilahirkan untuk berski. Ski is SO not my cup of tea. Main roller coaster, gyro drop or any OTHER extreme games, yes I can do that, but ski? huu~ saya jadi macam nobita. Fail! Oleh kerana kami dah beli satu tiket naik lif, mahu tak mahu kenalah jugak naik salah satu slope yang banyak2 itu. Nasib baik kami naik yang beginner, kalau advanced mahu nangis saya di atas tu agaknya.

dah kat atas slope...pemandangan kat sini, subhanallah...superb!!

Alkisahnya, bila dah naik tu, saya tak berani nak ski turun. Cuak!!! Tinggi kot slope tu. Curam, licin jangan cakap, mestilah licin. Dahla saya masih tak tahu macam mana nak handle, nak brek. Allah, ngerinya...Maka, saya dan sahabat baik saya yang satu ini (nama dirahsiakan..hehe) decide untuk turun berjalan kaki. Yes! kami turun dari puncak setinggi 120m itu ke bawah dengan berjalan! Huhu~ sedih2 tapi bila kenang2 balik kelakar pun ada jugak.

Ski ni best sebenarnya kawan2. Cumanya, kalau orang yang tidak dilahirkan untuk berski macam saya ni ski jadi kurang best sikitlah. Tapi saya still seronok sebab at least dapat merasa dan melihat sendiri slope salji ini. Semoga, kalau saya ada peluang untuk berski buat kali kedua, saya dah ada skill tu...ameen...(^^)

saya yang tidak bersedih walaupun tak berjaya berski...hee~

additional ski members - tour guide n his friends- (^^)

Pulangnya dari berski badan memang lenguh tak terkata. Ditambah pulak dengan keadaan bas yang sejuk, rasanya ahjusshi tu lupa nak on heater agaknya, memang rasa nak balik guesthouse cepat2! huu~ tapi sebelum tu kami singgah makan dulu di sebuah restoran cina. Uiks? boleh makan ke? Kami untung sangat ada tour guide yang boleh berbahasa korea, so dia yang bertanggungjawab untuk cakap kat ahjumma tu. Dan of courselah kami tak boleh makan daging kat kedai2 ni, therefore makan seafood ajelah. (^^)

muka penat masing2..(notice that is my new winter coat! hee~)

Sebenarnya, kumpulan kami macam ragu2 jugak nak makan sebab takut minyak yang digunakan tu bercampur dengan Kokgi (daging). Dz, selaku tour guide menerangkan pada kami bahawa, ulama di sini (yakni Korea) dah bahas panjang lebar tentang perkara ni dan mereka kata dalam keadaan macam ini kita terpaksa yakin dan yang penting kita dah terang pada tuan kedai tu kita ni muslim dan tak boleh makan daging n etc.

Saya pun teringat jugak samada pembacaan atau kata2 seorang ustaz -tak ingat siapa-

"kalau boleh kita jangan siasat sesuatu perkara detail sangat, sebab islam itu mudah. Kalau dari perkara prinsip dah nampak tiada perkara2 haram atau syubhah maka dibolehkan insya Allah. Kita tawakal pada Allah minta dilindungi dari perkara yang tidak baik,"
rasanya ada hadis untuk perkara ini tapi tak ingat pula, nanti kalau jumpa saya sertakan ok. Jangan ambil apa yang saya cakap bulat2 selagi tiada bukti sahih. (^^)

Maka makanlah kami hot noodles with seafood and vegetables dengan harga yang cukup murah, 6000 won. (^^)

THE hot noodles with seafood and vege...

my fav side dish of all time - KIMCHI!!-

Berakhirlah satu chapter lagi di Hanguk. Semakin hari saya semakin sedih, semakin tak mahu balik. Rasa macam tak sabar untuk lihat apalagi yang ada di sini. Namun, saya kena belajar terima hakikat, Seoul negara orang. Biarpun hujan batu di negara sendiri, lebih baik negara sendiri...

annyeong Bearstown...

FastaBiQuL Khairat...huu~