Saturday, March 26, 2016

Manusia ini

Bila kita berharap pada manusia
Ketahuilah manusia itu pastinya akan mengecewakanmu
Kalau bukan hari ini
Mungkin hari esok
Kalau bukan sekarang
Mungkin juga nanti

Walau serapat mana dia dgn kamu
Sekasih manapun dia padamu
Itu cuma madah bicara
Tak siapa tahu isi hati mereka
Benarkah kasih?
Benarkah sayang?

Kemudian kita, manusia yang naif ini
Mungkin akan terus menerus bersangka baik
Terus menerus tunggu dan menanti
Bilakah mungkin kasih dan sayang akan terbukti

Wahai manusia yang kasihan
Mengapa kamu bersandar pada manusia
Bukankah kamu ada tuhanmu
Yang pemilik semua dan segala?

Wahai manusia yang tersisih
Mengapa airmatamu mengalir kerana makhluk sepertimu
Bukankah mereka tidak layak keatas tangisanmu
Yang selayaknya pencipta yang Esa?

Wahai manusia yang lembut hatinya
Kamu adalah ciptaan terindah kurniaan ilahi
Menemani insan disekelilingmu

Mungkin mereka tidak menghargaimu hari ini
Kerana mereka bukanlah sang jauhari
Yang sangat mengenali manikam

Biarlah mereka menyisih dan memulau
Satu hari bila mereka menoleh ingin kembali
Jika nyawa manusia yang kasihan ini masih dipinjamkan jasad
Dapatlah mereka bertemu

Namun, jika nyawa manusia ini sudah kembali kepada pencipta cinta
Maka segala tangisan dan teriakan
Mana mampu menghidupkan kembali
Manusia yang lembut hatinya ini...

FastaBiQuL Khairat