Tuesday, December 28, 2010

Malaysia?? Antara Takut dan Gembira

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat2? Semoga ceria dan gembira sentiasa insya Allah. Jangan pernah berhenti menikmati hidup ini, use it till the last breath ok. (^^)

Baiklah entry kali ini muncul setelah hampir sebulan saya pulang ke malaysia. aduh, seperti yang selalu sangat saya ungkapkan dalam penulisan2 yg lepas, saya sgt susah nak konsisten dlm bidang ni, jadi kalu ada siapa2 yg sudi nak katok saya, saya sangat2 galakkan...(^^!)

Malaysia. Negaraku tanah tumpahnya darahku. Lirik yang saban kali diucapkan di lidah2 kita sebagai rakyat. Namun, Alhamdulillah berkat rezeki Ilahi, saya kini bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga student di Australia. Alhamdulillah. ini adalah satu nikmat yang saya tak pernah berhenti bersyukur atas pemberiannya. Terima kasih ya Allah.

Cuti musim panas adalah cuti yang sangat2 dinantikan oleh semua pelajar luar negara. Masakan tidak, waktu2 sebeginilah, kami akan berbondong2 memenuhi seat2 kapal terbang MAS dan AirAsia dan sanggup terbang merentasi jutaan batu nautika demi untuk menghirup kembali udara Malaysia.

Namun, baru2 ini, perspektif saya berbelah bagi kepada 2. ini hanyalah sekadar perkongsian pada sahabat2, mana yg baik harap jadi teladan, yg buruk jgn pula diikuti.

"Saya takut nak balik malaysia. Tapi saya nak jugak balik malaysia"?

"Gila ke budak ni??" mungkin itu reaksi sesetengah org. tapi frankly speaking, memang perasaan tu wujud dlm diri saya.

Kenapa takut? mungkin soalan yg akan dilontarkan.

Korang tak takut ke? isu buang anak yg sangat berleluasa sekarang? Ish, macam makin menjadi je, siapa tak takut hidup dalam persekitaran yang kita boleh jumpa mayat bayi dalam tong sampah!! korang tak takut ke?

Korang tak takut ke? Isu kemalangan jalan raya yang menjadi2. Mula2 5 nyawa, pastu 10, sekarang dah nak sampai 30 nyawa terkorban. Apa sudah jadi dengan harga nyawa seorang manusia? Korang tak takut ke?

Korang tak takut ke? Makanan2 di msia masih mengekalkan karakternya yang tinggi kalori. Masyarakat Msia sendiri masih dengan mentaliti yang lama. Masih kedarah 3-4 pinggan nasi sehari. Sekarang lebih 30% rakyat malaysia obesiti. Korang tak takut ke?

Korang tak takut ke? Ketika azan berkumandang, orang masih sibuk berjual beli. Masjid jadi macam perhiasan, makin cantik tapi makin kurang penghuni. Anak murid tidak lagi hormatkan guru, parents terpaksa dengar cakap anak bukan sebaliknya, itu tak kira lagi dengan kes pembunuh upahan, bapa bunuh anak, anak bunuh mak....

Sekarang apa perasaan korang? korang takut tak? Swallow it guys, yes! That is MY country. YOUR country, OUR country, MALAYSIA.

Tapi saya nak jugak balik malaysia.

"Sudah, budak ni memang sewel, sila masukkan dalam wad psikiatris. Tadi cakap takut, apsal balik jugak?"

Saya nak balik sebab, di sinilah saya dilahirkan. Saya dilahirkan dalam keluarga Islam di Malaysia. Islam tak pernah ajar umatnya lari dari masalah tapi Islam ajar kita untuk berhadapan dengan masalah, jadi I wanna do just that!

Saya nak balik sebab banyak sangat ilmu2 yang ada kat Malaysia yang saya nak kutip. Saya dapat beli buku2 yang berkualiti dengan senang, jumpa kawan2 yang sama macam saya, dapat berdiskusi dan berkongsi masalah dengan mereka. Jadi saya nak balik!

Saya nak balik sebab saya nak tunjukkan pada orang lain, mungkin saya mula dengan famili saya dahulu, saya nak tunjuk yang hidup kita bukan hanya untuk bersuka ria. Betul kita kena hargai setiap nafas yang ada tapi janganlah sampai kita lupa yang setiap nafas itu ada takdir Allah di dalamnya. Kalau sampai satu hari takdir Allah tetapkan kita harus bertemu denganNya, saya harap kami sudah bersedia ketika itu.

Dan akhir sekali, saya nak balik sebab saya rakyat Malaysia. Segala nikmat yang saya kecapi kini mungkin berbeza andai takdir Allah tetapkan saya lahir di dalam keluarga lain dan negara lain. Jadi saya mahu pulang ke Malaysia dan berbakti pada negara saya nan satu ini. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baik negara sendiri.

Entry ini tidak lain hanya mahu semua di sini berfikir. Memang banyak masalah sekarang di negara kita ini. Tetapi sampai bila ia akan terus bermasalah? Kitalah yang harus betulkan keadaan. Ubah diri, ubah orang sekeliling. Tak tahu macam mana? Nampak Al-Quran kat atas rak tu? Selaklah ia, bacalah ia, fahamilah ia...ia bukan hanya sebuah naskah..Its AL QURAN. Ayat cinta Allah pada kita. (^^)

FastaBiQuL Khairat (^^)

1 comment:

  1. aleen kena balik sebab aleen kena jumpa akak hehehhe

    ReplyDelete