Tuesday, December 28, 2010

Malaysia?? Antara Takut dan Gembira

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat2? Semoga ceria dan gembira sentiasa insya Allah. Jangan pernah berhenti menikmati hidup ini, use it till the last breath ok. (^^)

Baiklah entry kali ini muncul setelah hampir sebulan saya pulang ke malaysia. aduh, seperti yang selalu sangat saya ungkapkan dalam penulisan2 yg lepas, saya sgt susah nak konsisten dlm bidang ni, jadi kalu ada siapa2 yg sudi nak katok saya, saya sangat2 galakkan...(^^!)

Malaysia. Negaraku tanah tumpahnya darahku. Lirik yang saban kali diucapkan di lidah2 kita sebagai rakyat. Namun, Alhamdulillah berkat rezeki Ilahi, saya kini bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga student di Australia. Alhamdulillah. ini adalah satu nikmat yang saya tak pernah berhenti bersyukur atas pemberiannya. Terima kasih ya Allah.

Cuti musim panas adalah cuti yang sangat2 dinantikan oleh semua pelajar luar negara. Masakan tidak, waktu2 sebeginilah, kami akan berbondong2 memenuhi seat2 kapal terbang MAS dan AirAsia dan sanggup terbang merentasi jutaan batu nautika demi untuk menghirup kembali udara Malaysia.

Namun, baru2 ini, perspektif saya berbelah bagi kepada 2. ini hanyalah sekadar perkongsian pada sahabat2, mana yg baik harap jadi teladan, yg buruk jgn pula diikuti.

"Saya takut nak balik malaysia. Tapi saya nak jugak balik malaysia"?

"Gila ke budak ni??" mungkin itu reaksi sesetengah org. tapi frankly speaking, memang perasaan tu wujud dlm diri saya.

Kenapa takut? mungkin soalan yg akan dilontarkan.

Korang tak takut ke? isu buang anak yg sangat berleluasa sekarang? Ish, macam makin menjadi je, siapa tak takut hidup dalam persekitaran yang kita boleh jumpa mayat bayi dalam tong sampah!! korang tak takut ke?

Korang tak takut ke? Isu kemalangan jalan raya yang menjadi2. Mula2 5 nyawa, pastu 10, sekarang dah nak sampai 30 nyawa terkorban. Apa sudah jadi dengan harga nyawa seorang manusia? Korang tak takut ke?

Korang tak takut ke? Makanan2 di msia masih mengekalkan karakternya yang tinggi kalori. Masyarakat Msia sendiri masih dengan mentaliti yang lama. Masih kedarah 3-4 pinggan nasi sehari. Sekarang lebih 30% rakyat malaysia obesiti. Korang tak takut ke?

Korang tak takut ke? Ketika azan berkumandang, orang masih sibuk berjual beli. Masjid jadi macam perhiasan, makin cantik tapi makin kurang penghuni. Anak murid tidak lagi hormatkan guru, parents terpaksa dengar cakap anak bukan sebaliknya, itu tak kira lagi dengan kes pembunuh upahan, bapa bunuh anak, anak bunuh mak....

Sekarang apa perasaan korang? korang takut tak? Swallow it guys, yes! That is MY country. YOUR country, OUR country, MALAYSIA.

Tapi saya nak jugak balik malaysia.

"Sudah, budak ni memang sewel, sila masukkan dalam wad psikiatris. Tadi cakap takut, apsal balik jugak?"

Saya nak balik sebab, di sinilah saya dilahirkan. Saya dilahirkan dalam keluarga Islam di Malaysia. Islam tak pernah ajar umatnya lari dari masalah tapi Islam ajar kita untuk berhadapan dengan masalah, jadi I wanna do just that!

Saya nak balik sebab banyak sangat ilmu2 yang ada kat Malaysia yang saya nak kutip. Saya dapat beli buku2 yang berkualiti dengan senang, jumpa kawan2 yang sama macam saya, dapat berdiskusi dan berkongsi masalah dengan mereka. Jadi saya nak balik!

Saya nak balik sebab saya nak tunjukkan pada orang lain, mungkin saya mula dengan famili saya dahulu, saya nak tunjuk yang hidup kita bukan hanya untuk bersuka ria. Betul kita kena hargai setiap nafas yang ada tapi janganlah sampai kita lupa yang setiap nafas itu ada takdir Allah di dalamnya. Kalau sampai satu hari takdir Allah tetapkan kita harus bertemu denganNya, saya harap kami sudah bersedia ketika itu.

Dan akhir sekali, saya nak balik sebab saya rakyat Malaysia. Segala nikmat yang saya kecapi kini mungkin berbeza andai takdir Allah tetapkan saya lahir di dalam keluarga lain dan negara lain. Jadi saya mahu pulang ke Malaysia dan berbakti pada negara saya nan satu ini. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baik negara sendiri.

Entry ini tidak lain hanya mahu semua di sini berfikir. Memang banyak masalah sekarang di negara kita ini. Tetapi sampai bila ia akan terus bermasalah? Kitalah yang harus betulkan keadaan. Ubah diri, ubah orang sekeliling. Tak tahu macam mana? Nampak Al-Quran kat atas rak tu? Selaklah ia, bacalah ia, fahamilah ia...ia bukan hanya sebuah naskah..Its AL QURAN. Ayat cinta Allah pada kita. (^^)

FastaBiQuL Khairat (^^)

Tuesday, November 23, 2010

JODOH??

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah exam dah selesai….moga2 Allah tetapkan yang terbaik sebagai natijahnya buat kita Insya Allah.

Sebenarnya kisah hari ni ada buat status kat FB hari tu tapi hati ni rasa tak puas kalau setakat share 2-3 ayat makanya timbullah entry yang bertajuk JODOH? ini…(^^)

10 Zulhijjah 1431H adalah satu tarikh yang sangat3 besar dalam hidup aku.

Awat? ada orang masuk minang ke aleen? Hehe……

buanglah segala prasangka2 yang ada dalam hati korang semua tu dan teruskan membaca…sesungguhnya sahabat2, Allah telah berbicara padaku mengenai jodoh melalui seorang hamba Allah yang tak pernah aku kenali sebelum ini, Bu Mutia.

Ditakdirkan Allah wanita ini duduk disebelahku ketika solat sunat aidiladha di Centenary Park yang lepas.

“Can you speak Indonesia?” soalnya. Dalam hati aku tersenyum kecil, waduh bagaimana ngak bisa, sinetron KCB tu bahkan kuulangi setiap waktu, jadi bisa aja…hehe..

Maka kami berbual, ya tentang hal2 biasa sahaja. Tinggal kat mana? Buat apa kat sini? Berapa lama dah kat sini and so on. Sampai satu tahap kami mula berbual tentang kehidupan di Perth. Bu mutia bilang yang dia sudah bekeluarga malah sudah beranak satu, maka aku sedikit terkejut, wah, orangnya kecik je tak sangka dah bekeluarga. Dan bila aku khabarkan yang aku masih undergrad dia pula yang terkejut.

“Masih kecil ya?” ujar bu mutia sambil tersenyum. Aku pun turut tersenyum, dah biasa…ramai yang nampak aku tua dari umur sebenar…huhu…tak awet muda kot…huhu.

Bu mutia kemudian bertanyakan tentang seorang warga Malaysia bernama Kak Nawar, aku terpaksa menggeleng tidak tahu.

“Maaf bu, saya masih baru di sini. Baru 2 tahun, jadi mungkin saja saya masih belum ketemu ramai orang” –guna slang Indonesia eh…hehe- seterusnya perbualan aku dan bu mutia selepas inilah yang aku sangat ingin kongsikan dengan semua.

“Kamu punya keluarga di sini dik leen?”

“Tidak bu, semuanya di Malaysia. Ibu bagaimana?” aku cuba berbasa-basi.

“Ya cuma suami dan anak sahaja,” perbualan kami terhenti sebentar dek anak2 kecil yang berlari2 di hadapan saf muslimat.

“Jadi kamu bisa bina keluarga sendiri kok dik leen,” aku terpempan dan tentu saja tertawa.

“Nah, di sini kan ramai lelakinya, tinggal kamu pilih saja,” Allahuakbar...aku macam pernah dengar dialog yang sama dalam sinetron KCB, tak sangka aku dapat alaminya sendiri…(^_^) setelah sisa2 tawaku habis maka aku jawab cadangan bu mutia itu.

“Waduh buk….” Aku menarik nafas.

“Rasanya lambat lagi kok. Saya ini kan masih belajar. Masih belum bisa. Lagipun, memang benar ramai sahaja lelakinya di sini, tapi kan buk, cari lelaki untuk dibuat suami itukan bukannya mudah?” ujar aku. Tak tahulah kenapa tapi aku boleh pulak berbicara bab2 sensitif macam ni dengan ibu ini. Ibu yang baru hari itu kukenali.

“Kamu salah dik leen,” Eh? Aku terdiam. Salah? Dan bu mutia menyambung.

Jodoh iu tidak perlu dicari. Jodoh itu bukan seperti ilmu. Ya, ilmu itu perlu dicari, dituntut untuk kau perdalami tapi dalam hal jodoh itu lain..” aku mendengar dengan asyik sekali kata2 ibu ini.

“kerana jodoh itu telah Allah tetapkan buatmu dik leen.”

Aku tersenyum sambil bertasbih di dalam hati. Subhanallah. Inilah tazkirah yang paling terkesan pernah aku rasa. Pagi 10 zulhijjah dan dari orang yang aku tak kenali! Allahuakbar~

“Tapi bu, bagaimana kita bisa tahu masanya akan tiba?” soalan yang kurang bijak sebenarnya…hehe

“Dik leen, Allah akan kirimkan jodohmu padamu bila kamu telah betul2 bersedia. Pabila kamu sudah bisa rapi2 rumah, bisa memasak. Jika dikirimnya jodoh itu pada kamu sekarang, adakah kamu bisa sambil menjaga anak sambil belajar, bisa ngak?” aku melihatnya sambil tersenyum dan menggeleng perlahan…Allahuakbar…tepat!

“Makanya kamu tinggal siapkan diri. Carilah ilmu sebanyak2 yang boleh dan banyakkan berdoa agar Allah menemukan kamu dengan jodoh yang terbaik buatmu. Tapi kamu juga masih ya, perlu usaha. Itu mesti.”

“Insya Allah ibu, insya Allah…amen ya rabb”

Kami diam sebentar dan aku turut tenggelam dalam takbir imam bersama input2 yang baru aku terima tadi. Allahuakbar~ ternyata kau tak akan pernah meninggalkan hambaMu sesak dalam mainan hati…Kau berikan ku peringatan dari jalan yang tak disangka2…Alhamdulillah ya Allah.

Setelah usai solat, kami tidak berbicara lama. Bu mutia juga punya kelas selepas solat. Sayang sungguh aku tidak merakamkan gambar bersama bu mutia. Kata2nya yang terakhir padaku..

“Semoga pertemuan yang sebentar ini ada barakahnya ya,” itu sudah tentu ibu. Sudah tentu. Aku tinggalkan Centenary Park dengan satu fahaman baru, satu keyakinan yang bertambah dan senyuman yang tak luput2 dari wajahku. Semoga kita bisa ketemu lagi buk…insya Allah..

Wallahualam

FastaBiQuL Khairat (^^)v

Wednesday, October 13, 2010

It's On!

Assalamualaikum wbt,

Sahabat2 yang dirahmati sekalian. Akhirnya saat yang ditunggu2 telah tiba! Pendaftaran FH 2010/2011 kini telah dibuka. Cepat-cepatlah mendaftar ye. di sini saya sertakan sekali sedikit info2 terbaru dari penganjur FH.

Tarikh :24-26 Dec 2010

Tempat : To be Advised

Bayaran : RM15 - kalau dalam aud, $5 je kot...adeh bestnya korang-

Pendaftaran : sila layari website FH ...ada saya sediakan linknya di bawah blog. (^_^)

Wah....berita hebat ni! (^_^) hehe saya pulak yg excited. Speaker jemputan pastinya hebat2 juga. Saya akan post progress terbaru dari semasa ke semasa ye. Insya Allah. Saya sertakan sekali teaser kedua FH buat tatapan semua. Semoga semangat kamu ingin menggapai awan itu lebih tinggi dari biasa...

Don't just jump...LET's FLY HIGH!



Sedikit review tentang teaser. kebanyakan gambar2 itu lokasinya di Perth, Western Australia -tempat daku bermastautin kini...hehe- Gambar speaker dalam video diatas merupakan seorang yang amat dikenali melalui blognya Saifulislam.com dan juga bukunya "Aku Terima Nikahnya". Ustaz Hasrizal. Jadi?? What's de doubt? Throw it away and feel it urself.

FastaBiQuL Khairat (^^)v

Friday, October 8, 2010

Sunyi.

"Aleen, aku rasa sunyilah kat sini" keluh salah seorang sahabat yg kukasihi baru2 ini...
"Aku pun pernah rasa sunyi, sahabatku,"


Kesunyian. Apakah itu? Saya tak ada kamus dewan bahasa dan pustaka dengan saya sekarang...tapi kalau ikut pemahaman saya, kesunyian ini ibarat sebuah rumah yg besar tanpa penghuni, ibarat lengang jalan di malam hari, ibarat beningnya dinihari...kadang2 menenangkan, kadang2 menyedihkan...

Kesunyian. Macam mana boleh timbul rasa sunyi ni? Dahulu, zaman di Irshad, demi Allah, hatta sesaat pun saya tak pernah rasa sunyi. BENAR. Hatta sesaat pun! wah, sampai macam tu sekali? Senyum. Syukur alhamdulillah saya punya pendorong hebat ketika di Irshad.

Tatkala sedih dan menangis di tangga, tanpa dipinta datanglah tangan lembut memegang bahumu, menghentikan airmatamu...tanpa dipinta. Tatkala hati sesak menanggung bebanan, datanglah si dia, menanti di hadapanmu, mendengar penuh sabar. Tatkala ujian dan dugaan melanda, berkumpullah kami, di meja batu itu, berdiskusi, meluahkan perasaan....

Ya....masih kuingat, di meja batu itu, di bilik rehat itu, di kelas itu, di dorm itu, di SEKOLAH itu...Allah menemukan aku dengan sahabat2 yang mengisi ruang2 di dalam hati, yang menjadi sandaran ketika susah mahupun senang...rakan2 ketawa dan menangis...rakan2 yg menegur ketika salah dan menerima kita seadanya kita...merekalah insan yang kugelar SAHABAT...

Ya, kami semua tidaklah sempurna, masing2 punya kelemahan masing2 dikala itu...punya peribadi masing2 yang sangat berbeza...hehe...buat aku mahu ketawa sahaja...tapi itulah mereka, sahabat2 yang kukasihi.

Namun sahabat2...kesunyian itu pada Aleen sekarang adalah sesuatu yang sangat Aleen tnggu2. Apabila diluar negara baru Aleen tersedar sesuatu. Aleen sedar bahawa sunyi itu sebenarnya satu nikmat.

Bila kita dalam persekitaran yang sunyi, tiba2 kita perlukan tempat bergantung kan? tempat berharap, tempat meluahkan perasaan.

Sebenarnya, sahabat2 yang saya kasihi semua, kita semua tak lain adalah wasilah Allah dalam menyalurkan kasih sayangNya pada hamba. Sahabat2 saya dahulu adalah satu nikmat yang tak terhingga pernah dikurniakan pada saya. Sahabat2 saya di irshad adalah salah satu percikan kasih sayang Allah pada saya.

Tapi sekarang, sahabat2 ini telah dijauhkan dari saya. Tiada lagi tangan lembut memegang bahu andai aku menangis. Tiada lagi senyum tawa gurau mesra bersama mereka. Namun akhirnya Aleen sedar, meskipun sahabat2 ini tiada, Aleen tak sendiri. Tak pernah sendiri...malah Allah buka mata dan hati bahawa, Tuhan kitalah yang sepatutnya lebih dekat dengan kita. Tuhan kitalah tempat bergantung, mengadu, bergelak ketawa, menangis hiba...ya, sepatutnya dengan Dia...Dia, rabbul Izzati.


Ya, sekarang bila rasa sunyi, sebagai manusia Aleen akan mengeluh terkadang menangis. Tapi cepat2 tangisan itu ditahan, dan hamdalah pula yang harus terucap. Kerana dengan adanya kesunyian ini, Allah beri peluang pada kita untuk isi jiwa kita dengan mendekatkan diri padaNya.

Kalau kita sibuk, ada masa ke kawan2? Aleen bersyukur kerana dapat mengenali rasa sunyi ini. Dengan adanya perasaan ini, Allah itu terasa dekat, sangat dekat. Kawan2 patut cuba juga...(^_^)

Malah, betapa pemurahnya Allah kerana telah mempertemukan saya dengan sahabat2 baru di Pulau Selatan ini. Tak sangka di bumi koala ini kita bertemu. Dan pertemuan ini tak akan berlaku andai tiada takdir Allah tersirat dan mengalir didalamnya. (^_^) Saya bersyukur bertemu dengan korang..(^_^)

Saya sayang sahabat2 saya. Sayang lillahi Taala. Tapi saya juga mahu mencintai Pencipta sahabat2 saya. Pencipta yang telah menemukan saya dengan sahabat2 saya kasihi. Semoga kita bertemu dan berpisah keranaNya ya korang...semoga ukhwah fillah kita abadan abada ila jannah. Harap2 sangat kita tidak bergaduh bila berjumpa di Mahsyar kelak...Allah~

"Pada hari itu (kiamat) sahabat2 karib, sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain, kecuali orang2 yang persahabatannya berdasarkan taqwa" (Az-Zukhruf:67)

Sekian sahabat2 ku tercinta yang berada di seluruh pelusuk dunia...

"sebagai manusia aku sayang padamu..."

FasTabiQuL khaiRaT...(^_^)

Tuesday, October 5, 2010

Further study to OZ NZ?

Assalamualaikum wbt,

Ada keinginan untuk further ke OZ NZ? Ataupun memang dah dalam track ke OZ NZ? -tengah study foundation-

Tiba2 terimbau pengalaman sendiri dahulu........

"Eiiii, cuaknya...dulu before SSABSA cuak tak dapat fly, ni bila result dah lepas baru cuak nak pikir camnelah nak idup kat sana. Mama n ayah jauh, kawan2 pun ngan omputih. Nanti camne nak solat? bukannya ada surau ke masjid ke kat sana. Winter plak sejuk, camne nak wuduk? ada rukhsah ke x? ada makanan halal x kat sana? xkan nak makan sayur je tetiap ari? huhu...tapi yg paling penting siapalah nak tolong aku time kat sana nanti??? wuuuu....(T.T)"

Itulah saya -lebih kurang- time muda2 dulu. Hingusan sungguh. Jadi bagi adik2 nun jauh di Malaysia, yang baru lepas SPM ke, baru lepas SACE ke, IB ke, and banyak lagi degree yang saya tak berapa arif, di sini saya nak promote satu solusi kepada pertanyaan2 itu...

Fly High OZNZ 2011!

Fly High OZNZ adalah satu program pre-departure yang dianjurkan khas buat adik2 sekalian. Saya sebagai senior sangat2lah memahami kecuakan anda sebelum fly. Iyelah, tempat baru, atmosfera baru. Siapalah tempat bertanya kita kan? Jadi dalam program ini, dikumpulkan speaker2 yang mantap dan senior2 dari uni2 di OZNZ sendiri langsung kepada anda. Face to face. Nak tanya apa, silakan...insya Allah jawapannya pasti x mengecewakan.

Insya Allah tarikh Fly High adalah

25-26 December 2010

Jadi........bolehla adik2 buat planning dari sekarang. Bukan mudah nak dapat ilmu secara langsung tentang pengalaman di luar negara. Tapi, de best teacher is still your OWN experience. Insya Allah, time fly nanti, ilmu bakal penuh di dada bersama2 dengan doa dan harapan kami semua.

Mereka2 yang bakal menempuhi PMR, SPM, SACE, IB and de list goes on...saya nak ucap selamat berjaya buat kalian. Semoga segala usaha dan doa kita dimakbulkan Ilahi. Insya Allah, takkan lari gunung dikejar.

Ingatlah bahawa tiada satu pun hembusan nafas insan di muka bumi, yang berlaku tanpa takdir Allah mengalir di dalamnya...

Buatlah yang terbaik, PASTI, Allah juga telah janjikan yang TERBAIK buat kita.

Enjoy this teaser video made by students studying in PERTH, Australia. (not me but my cute friends...hehe)

-mohon sebar2kan ye kawan2- (^__^)



Insya Allah, kalau ada soalan apape tentang Fly High saya boleh cuba sedikit sebanyak menjawab. (^_^) will update the progress soon.......

FastaBiQuL Khairat (^^)v

Friday, October 1, 2010

KeredhaanMu ya Allah....(T.T)

KeredhaanMu

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih


Lagu : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records)
Lirik : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records)
Penyusun Muzik : Trabye
Penerbit : Faizal Osman
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.




FastaBiQuL Khairat....

Thursday, July 29, 2010

YES2010

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Allah beri peluang dan kesempatan bukan sahaja buat saya si blogger tapi juga sahabat2 skalian untuk masih bernafas di muka bmi Allah azza wa jalla ini...alhamdulillah....

Hari ini, genap seminggu berakhirnya program Youthful Extraordinary MuSlim 2010 a.k.a YES 2010 di Perth kelolaan Malaysian Islamic Society of WA (MISWA).
Banyaaaaaaaaaaakk sungguh ilmu yang dapat dikutip sepanjang program...harap2 tak keciciranlah ye...ameen...dan saya dedikasikan satu posting untuk berkongsi dengan kalian tentang YES 2010.

Program YES 2010 adalah satu program yang ala2 program motivasi yang berbentuk Islamik tapi penumpuan rasanya lebih kepada ukhwah dan leadership...insya Allah...

"Alah...bosannya, kat Malaysia berlambak kot program macam ni....baik aku baca posting lain"

saya pun akan cakap benda yang sama kalau baca pendahuluan posting ni...program motivasi? aduh bosannya....tapi sahabat2 sekalian...tolonglah percaya...YES 2010 insya Allah ada kelainannya....bukan sebab saya adalah fasinya...(hehe) tapi ada sesetengah sudut yang mana program2 di Msia mungkin terlepas pandang akan dapat ditemui dalam YES 2010...insya Allah...

Apa kelainannya? Ukhuwah...

saya yakin pembaca sekalian pasti tahu ukhuwah...perkataan ini diambil dari bahasa arab yang bermaksud persaudaraan...yes...persaudaraan...silaturrahim...

Kalian kena ingat satu perkara...kami di Perth tak sebertuah sahabat2 di Msia yang majlis ilmunya di mana2...hampir setiap hari, setiap waktu, even time cuti pun masih ada program2 ilmu...dan kebarangkalian untuk jumpa wajah2 baru amatlah tinggi apabila menyertai program2 tersebut...jadi jaringan network itu luas insya Allah...

Kami di sini, hanyalah kami...siapalah lagi yang ada di sini? komuniti melayu muslim sangat sedikit...komuniti yang dahagakan ilmu terutamanya ilmu2 agama juga amat sedikit... YES 2010 memberi peluang kepada kami para student untuk meneroka ilmu2 kepimpinan, tak lupa kepada para pelajar 1st year dari segi ilmu2 duniawi serta ukhrawi...namun dari satu sudut...para junior dan senior ini dapat disatukan dalam satu medan iaitu medan UKHUWAH...

YES 2010 didasari oleh 2 speaker yang bukan calang2 hebatnya....seorang dari MelB dan seorang dari Canberra. Ustaz Nushi Mahfodz, kalau tak salah merupakan seorang pensyarah di UIA, sahabat2 UIA kalau kenal ustaz nushi...saya pun dah kenal siapa ustaz nushi...(^^)
seorang lagi merupakan seorang novelis yang berkelulusan engineering dari universiti Ibaraki, Jepun! Ilham Hamdani...pernah dengar nama ini? yes inilah penulis novel Hidayah Cinta yang dijemput khas oleh MISWA ke YES 2010.

"Selagi mana anda boleh bercakap, dan orang faham apa yang anda cakapkan, bermakna anda boleh menulis,"
quote kata2 En Ilham Hamdani ketika slotnya tentang Hidayah Cinta...saya akan cuba pegang kata2 ini, agar force untuk menulis dan berkongsi itu ada...lillahi taala insya Allah...

"Bila orang cakap tentang Islam, orang nampak Ustaz...tapi sebenarnya Islam bukan hanya untuk Ustaz..Islam untuk KAMU! Kamu yang bakal engineer, bakal pharmacist, accountant, dan macam2 lagi. Kenapa? Untuk membuktikan bahawa segala apa yang Allah ciptakan di atas muka bumi ini tak lain tak bukan adalah seruan untuk kita bertaqwa. Ayat pertama yang Allah turunkan pun sudah menyentuh tentang hakikat penciptaan manusia yakni ilmu sains dan biology!! maka Islam itu untuk anda semua..dan semua ilmu ini tak lain hanya untuk menambah ketaqwaan kita...insya Allah" saya modify sikit2 dari memori saya yang taklah sekuat mana...(^^i) hee~

Allah...mantapnya mereka, syukur ke hadrat ilahi kerana saya dan sahabat2 perth diberi kesempatan untuk bertemu dua insan ini. Harap2 ia dapat memberi impak positif bukan saja pada saya tetapi pada sahabat2 yang lain juga...insya Allah...

Sebenarnya banyak lagi yang ingin ditulis tapi cukuplah setakat ini...tak mungkin slot 2 jam "Purpose of Life" dan "7 habit of highly effective muslim" dari Ustaz Nushi, juga slot "Hidayah Cinta" dan "Bila Pena menari" dari Ilham Hamdani dapat saya kongsikan di sini...tak mampu rasanya...kalau sahabat2 yang membaca ingin bertanya, silakan...insya Allah akan cuba menjawab...(^^)

Wallahu'alam...

FastaBiQuL Khairat (^^)v

Sunday, July 18, 2010

between TIME and LOVED ONES

Allahuakbar~~~

Setelah sekian lama meninggalkan ruang blogger, hari ini daku terdetik untk menulis biarpun sedikit cuma...
rakan2 sekalian...saya akan cuba menulis biarpn sedikit selagi hayat bernyawa...

Hari ini, seorang sahabat dari SMKA Al-Irshad telah pergi menghadap Ilahi...
kesedihan terasa....meskipun saya bukanlah seorang yang sangat akrab dengan arwah tetapi pemergian arwah sangat terkesan dalam diri...
semoga rohnya dicucuri rahmat di sana insya Allah...al fatihah~

Now...
I have a riddle...
hope u can try to solve it...(^^)
between TIME and LOVED ONES which one u rather let go?
which one that you think you can cope with the consequences when it's gone?

Imam Ghazali once have give riddles to his students:-
"apakah yang paling jauh dan yang paling dekat dengan kita?"

none of them answered correctly, but I am 100% sure dat all of u here can solve this right?
This is a very well known riddle...with very highly unprecedented message shines through it

Yang paling jauh adalah MASA LALU dan yang paling dekat adalah MATI..

so back to my riddle...
between a very good friend and your very precious time which one you rather let go?

"I cannot live without my loved ones, without them who will share my secrets? who will be with me against all odds?"


“Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”
(At-Taubah: 40)

“Dan berserahlah engkau kepada Allah Yang Hidup, Yang tidak mati”
( Al-Furqan: 58)

"I cannot waste my time. I am going to be a very important person for the ummah. Time is very valuable to me"


“Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, melainkan yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"
(Al-'Asr:1-3)

Daripada Anas bin Malik r.a. katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Tiada sempurna iman seseorang kamu sebelum disukai untuk saudaranya, apa yang disukainya untuk diri sendiri"

(Riwayat Sahih Muslim)

Ok, I give you my arguments, I show you that we need BOTH of them, but which one? Just which one that you think you can survive without?

As for me, I have my loved ones and I really love them with all my heart...
but.....
I must train my heart to accept that one day they will no longer be by my side...(this will take time too I guess...huhu)
I must accept that they are not mine...
all my loved ones are HIS...your loved ones too...

I know time is crucial, we are very busy planning for the future...
but...
can anybody give me 100% guarantee that all this planning will happen? will it?
Have you heard " Be! and shall it be" (yassin: 82)?
If He said it happen then it will, but if He said no, then it won't...

There's a reason why He gives us AKAL...and one of them is to make the right choice...
The answer is in ur heart...sometimes you don't need to answer the questions but respond to them...

From today, please appreciate all the TIME given to you by doing beneficial things with beneficial outcome regardless the outcome is seen here or hereafter...insya Allah...

From now onwards, please express love and gratitude to ur LOVED ONES (di sisi syara' only ok), before it's too late....

time will flies....and as it leaves you...one day, ur precious person will too...

FastaBiQuL Khairat (^^)v

Wednesday, February 17, 2010

Cuti musim panas di Malaysia I


Salam,
Apa khabar rakan2 yang berada di seluruh pelusuk dunia??
harap2 kalian sihat walafiat insya Allah...
so, here I am...a few days before going back to perth, writing down some stuff to wrap up my days in msia...
DEGANG!! DUSH!!
adoi!! wat was dat for? huhu
for not updating...ada ke patot? lagi 3/4 ari nak balik baru update? ish2...sungguh x patot...
huhu...skali lagi ribuan maaf daku pinta...huhu

orait i will make it short...wat will i write then?hmm... i will sort of like summarize my whole summer break in msia...yg in perth sebulan tu bolehla kot nak selitkan...hehe

Dec 2009 : cuti musim panas dah bermula...cadangnya nak keje...tapi xde rezki...so keje ngan auntie mimi...alhamdulillah, itu pun dah kira ok...and then, dtg pula kekawan dari adelaide ke bumi perth ini...mereka yg terbabit adalah, rosnah, syu, maryam, and nisa...bermulalah episod saya n didi sbg tourist guide...n sal juga sbg driver sdikit sbyk...hehe... Tak lama kemudian mereka pun pulang dan saya bertungkus lumus berpindah ke umah baru n bekerja as floor engineer di sbuah kdai makan...walaupun exhausting GILA...but somehow de experience are still worth it...hee(^^)

didi n me wif my adelaide frens...at umah aunti fauziah...(^^)

Jan 2010 :
1st week- saya pulang tanggal tahun baru...sungguh dramatik...hehe...ats plane xleh tdo...tatau nape...sedangkan air asia comfortable la sket compared to tiger...mebi i'm just not a flight person...i mean, a person who loves to use plane? haha....karut aleen ni...1st week, frankly speaking macam mimpi...macam tak caya ada kat umah...ya Allah mmg sgt2 unbelievable...jumpa kdai makan nasi goreng rm3 pun rasa jakun...huhu...exaggerate ke? hehe...tapi mmg macam mimpi...dan bersyukur sgt sbb mimpi ni...walaupun sbnrnya realiti...syukur2 alhamdulillah...(^^)

selamat jalan Perth...(T.T) here i come malaysia!! (^^)


2nd week-adik2 mula excited coz abg diorg kat matrik dah balik...tapi sush gak nak gi jalan coz kereta saga baru tu tak dapat lagi...huhu...tapi 2nd week ni mmg rasa sonok sgt sbb semua ahli ada di umah...n x sonoknya saya kena masak tetiap ari tuk adik2 yg manja2 ni...huhu...seb baik diorg makan licin...hehe(^^)

3rd week-sbbkan dek wan cuti so kami suma plan vacation to PANGKOR!! subhanallah....sonoknya...hehe....its enchanting, exciting, and a very good place to spend quality times wif loved ones...(^^;) kami snorkelling, beach stroll, swimming, keliling pulau, shopping..hehe...dalam masa 3 hari 2 malam...huhu...adik2 terpaksala ponteng sehari...hehehe...

di kubu belanda at pangkor...hee~


4th week-hujung minggu ni turun ke KL untuk program Flyhigh di bukit cerakah...tapi turun awal sbb follow kak syazwan, dia kena gi awal sbb fasi...saya ni merangkap ajk skit2+pesertala dlm FH2010 tahun ni...hehe...naik tren from BM sampai awal pagi kat KL sentral...ngantok gila...pastu ke KLCC untuk meeting, then ke bangi...kisahnya tersalah turun tren...so t'paksa bli tiket lain...huhu...pengalaman tu...program FH sgt bermakna...pengisian mantap...sgt mengagumi pengalaman Prof Hamdi di London n menghayati kisah Ustaz Hasrizal di Jordan dan UK...fiqh of travellers juga berilmu...tak lupa LDK yg disusun atur oleh team FH...smuanya best...dapat jumpa Solehah di sini...kisah Irshad tersingkap seketika...huhu...aku rindu irshad...kapan mau ke sana???

warga perth bergambar bersama ustaz hasrizal...(^^)


huhu...okla kekawan...aleen janji short, n i think dis is shortla for two months punya event...kan??? hmm...mebi satu hari nanti boleh tulis buku pasal ni n published kat karangkraf...hehe...doa2la ye...aminnn2...(^^)

dat's all for now...Feb 2010 akan menyusul nanti insya Allah...

p:s/ I'm going home at 21/2/2010......hehe (^^)
FastaBiQuL Khairat (^^)v