Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah exam dah selesai….moga2 Allah tetapkan yang terbaik sebagai natijahnya buat kita Insya Allah.
Sebenarnya kisah hari ni ada buat status kat FB hari tu tapi hati ni rasa tak puas kalau setakat share 2-3 ayat makanya timbullah entry yang bertajuk JODOH? ini…(^^)
10 Zulhijjah 1431H adalah satu tarikh yang sangat3 besar dalam hidup aku.
Awat? ada orang masuk minang ke aleen? Hehe……
buanglah segala prasangka2 yang ada dalam hati korang semua tu dan teruskan membaca…sesungguhnya sahabat2, Allah telah berbicara padaku mengenai jodoh melalui seorang hamba Allah yang tak pernah aku kenali sebelum ini, Bu Mutia.
Ditakdirkan Allah wanita ini duduk disebelahku ketika solat sunat aidiladha di
“Can you speak
Maka kami berbual, ya tentang hal2 biasa sahaja. Tinggal kat mana? Buat apa kat sini? Berapa lama dah kat sini and so on. Sampai satu tahap kami mula berbual tentang kehidupan di
“Masih kecil ya?” ujar bu mutia sambil tersenyum. Aku pun turut tersenyum, dah biasa…ramai yang nampak aku tua dari umur sebenar…huhu…tak awet muda kot…huhu.
Bu mutia kemudian bertanyakan tentang seorang warga
“Maaf bu, saya masih baru di sini. Baru 2 tahun, jadi mungkin saja saya masih belum ketemu ramai orang” –guna slang
“Kamu punya keluarga di sini dik leen?”
“Tidak bu, semuanya di
“Ya cuma suami dan anak sahaja,” perbualan kami terhenti sebentar dek anak2 kecil yang berlari2 di hadapan saf muslimat.
“Jadi kamu bisa bina keluarga sendiri kok dik leen,” aku terpempan dan tentu saja tertawa.
“Nah, di sini
“Waduh buk….” Aku menarik nafas.
“Rasanya lambat lagi kok. Saya ini
“Kamu salah dik leen,” Eh? Aku terdiam. Salah? Dan bu mutia menyambung.
“Jodoh iu tidak perlu dicari. Jodoh itu bukan seperti ilmu. Ya, ilmu itu perlu dicari, dituntut untuk kau perdalami tapi dalam hal jodoh itu lain..” aku mendengar dengan asyik sekali kata2 ibu ini.
“kerana jodoh itu telah Allah tetapkan buatmu dik leen.”
Aku tersenyum sambil bertasbih di dalam hati. Subhanallah. Inilah tazkirah yang paling terkesan pernah aku rasa. Pagi 10 zulhijjah dan dari orang yang aku tak kenali! Allahuakbar~
“Tapi bu, bagaimana kita bisa tahu masanya akan tiba?” soalan yang kurang bijak sebenarnya…hehe
“Dik leen, Allah akan kirimkan jodohmu padamu bila kamu telah betul2 bersedia. Pabila kamu sudah bisa rapi2 rumah, bisa memasak. Jika dikirimnya jodoh itu pada kamu sekarang, adakah kamu bisa sambil menjaga anak sambil belajar, bisa ngak?” aku melihatnya sambil tersenyum dan menggeleng perlahan…Allahuakbar…tepat!
“Makanya kamu tinggal siapkan diri. Carilah ilmu sebanyak2 yang boleh dan banyakkan berdoa agar Allah menemukan kamu dengan jodoh yang terbaik buatmu. Tapi kamu juga masih ya, perlu usaha. Itu mesti.”
“Insya Allah ibu, insya Allah…amen ya rabb”
Kami diam sebentar dan aku turut tenggelam dalam takbir imam bersama input2 yang baru aku terima tadi. Allahuakbar~ ternyata kau tak akan pernah meninggalkan hambaMu sesak dalam mainan hati…Kau berikan ku peringatan dari jalan yang tak disangka2…Alhamdulillah ya Allah.
Setelah usai solat, kami tidak berbicara lama. Bu mutia juga punya kelas selepas solat. Sayang sungguh aku tidak merakamkan gambar bersama bu mutia. Kata2nya yang terakhir padaku..
“Semoga pertemuan yang sebentar ini ada barakahnya ya,” itu sudah tentu ibu. Sudah tentu. Aku tinggalkan
No comments:
Post a Comment