Monday, January 31, 2011

TBG 6 : Kampung beruang!!

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, masih diberikan nafas dan kudrat untuk meneruskan perkongsian saya yang tak seberapa. Namun, dalam berkongsi ada baiknya andai kita turut berkongsi memanjatkan doa buat sahabat2 yang berada di mesir. Semoga Allah melindungi mereka. Keadaan makin dahsyat. Itulah yang terjadi andai tersalah memilih pemimpin. Semoga Malaysia terhindar dari bencana ini...ameen...

Baiklah, pada hari ini kami berangkat ke Bearstown! Comelkan nama dia? Tapi memang sungguh tempat tu namanya bearstown. Kenapa? Wallahualam. Kenapa kami ke sana? kerana....disinilah saya berski buat kali pertama!!!

Bearstown adalah tempat kedua terjauh yang kami sampai selain daripada Nami Island. Perjalanan memakan masa hampir 2 jam. Saya suka hari ini sebab pada hari ini saya telah berjaya bertemu dengan winter coat yang murah dan labuh dan cantik!!! hehe...terima kasih Lotte shop! (^^) Namun, saya terpaksa angkut winter coat tu ke ski resort, nak patah balik umah tak sempat. hee~ lagipun hari ini kami pergi bersama seorang lagi tour guide, Dzulhelmy a.k.a DZ, so tak naklah menyusahkan sesiapa...(^^!)

Sepanjang 2 jam lebih di atas bas, apalagilah yang boleh dilakukan selain tidur. Kan? Sekali sekala saya terbangun dek gegaran bas pabila merentasi kawasan bandar yang kecil tapi sesak. Oleh kerana hari ini kami akan ke ski resort maka taklah pula saya membawa apapa bekal makanan. Nasib baik kat lotte department tadi ada Krispy Kreme, takdelah lapar sangat. hee~

Turun dari bas kami perlu berjalan sejauh 10 minit menaiki bukit untuk sampai ke sana. Dari kejauhan lagi saya dapat lihat slope2 ski yang berwarna putih...Allah, jatuh cinta lagi. kali ini dengan salji putih itu. Cantiknya! Ramai juga orang yang berski ketika itu. Dari budak kecil sampai orang dewasa, semua peringkat umur adalah. (^^)

THE slopes..hee~

Many2 people!

Bayaran ski di Korea sangat berpatutan. Ada orang kata, kalau nak main ski yang murah datanglah ke Korea. Malah ada senior saya cakap, main ski kat New Zealand boleh mencecah hingga 80aud tapi di sini, sewa skisuit, ski equipment dan naik lif = 38 000 won = 38 aud. Murah kan? Saya suka benda murah tapi worth it. (^^)

..:Kami sebelum kejadian:..

Kami tiba pada pukul 11 tapi pukul 1 baru mula main. Kenapa? Mana taknya, nak salin baju lagi, kasut dia lagi. Ya Allah pakai kasut ski adalah satu perkara yang sangat menyeksakan. Lenguh betul nak berjalan dengan kasut tu. huu~ Nasib baik baju yang dia bagi tu fit saya nicely.

..:Kami semasa kejadian:..hee~

And for the first time saya berski! ya rabbi susah jugak ski ni rupanya...
Jealousnya saya tengok budak2 korea yang dah skilled main ski ngan snowboard. Tour guide kami, nabilah-unni ngan ayie-unni pun mantap jugak. Yelah, orang yang dah ada pengalaman kan. (orang jeles berkata2) Wuu~ saya ni jatuh berapa banyak kali tak terkira. Tapi saya tak mahu mengalah! Nak jugak pandai ski! (^^!)

Tapi, ternyata, terbukti, saya bukanlah dilahirkan untuk berski. Ski is SO not my cup of tea. Main roller coaster, gyro drop or any OTHER extreme games, yes I can do that, but ski? huu~ saya jadi macam nobita. Fail! Oleh kerana kami dah beli satu tiket naik lif, mahu tak mahu kenalah jugak naik salah satu slope yang banyak2 itu. Nasib baik kami naik yang beginner, kalau advanced mahu nangis saya di atas tu agaknya.

dah kat atas slope...pemandangan kat sini, subhanallah...superb!!

Alkisahnya, bila dah naik tu, saya tak berani nak ski turun. Cuak!!! Tinggi kot slope tu. Curam, licin jangan cakap, mestilah licin. Dahla saya masih tak tahu macam mana nak handle, nak brek. Allah, ngerinya...Maka, saya dan sahabat baik saya yang satu ini (nama dirahsiakan..hehe) decide untuk turun berjalan kaki. Yes! kami turun dari puncak setinggi 120m itu ke bawah dengan berjalan! Huhu~ sedih2 tapi bila kenang2 balik kelakar pun ada jugak.

Ski ni best sebenarnya kawan2. Cumanya, kalau orang yang tidak dilahirkan untuk berski macam saya ni ski jadi kurang best sikitlah. Tapi saya still seronok sebab at least dapat merasa dan melihat sendiri slope salji ini. Semoga, kalau saya ada peluang untuk berski buat kali kedua, saya dah ada skill tu...ameen...(^^)

saya yang tidak bersedih walaupun tak berjaya berski...hee~

additional ski members - tour guide n his friends- (^^)

Pulangnya dari berski badan memang lenguh tak terkata. Ditambah pulak dengan keadaan bas yang sejuk, rasanya ahjusshi tu lupa nak on heater agaknya, memang rasa nak balik guesthouse cepat2! huu~ tapi sebelum tu kami singgah makan dulu di sebuah restoran cina. Uiks? boleh makan ke? Kami untung sangat ada tour guide yang boleh berbahasa korea, so dia yang bertanggungjawab untuk cakap kat ahjumma tu. Dan of courselah kami tak boleh makan daging kat kedai2 ni, therefore makan seafood ajelah. (^^)

muka penat masing2..(notice that is my new winter coat! hee~)

Sebenarnya, kumpulan kami macam ragu2 jugak nak makan sebab takut minyak yang digunakan tu bercampur dengan Kokgi (daging). Dz, selaku tour guide menerangkan pada kami bahawa, ulama di sini (yakni Korea) dah bahas panjang lebar tentang perkara ni dan mereka kata dalam keadaan macam ini kita terpaksa yakin dan yang penting kita dah terang pada tuan kedai tu kita ni muslim dan tak boleh makan daging n etc.

Saya pun teringat jugak samada pembacaan atau kata2 seorang ustaz -tak ingat siapa-

"kalau boleh kita jangan siasat sesuatu perkara detail sangat, sebab islam itu mudah. Kalau dari perkara prinsip dah nampak tiada perkara2 haram atau syubhah maka dibolehkan insya Allah. Kita tawakal pada Allah minta dilindungi dari perkara yang tidak baik,"
rasanya ada hadis untuk perkara ini tapi tak ingat pula, nanti kalau jumpa saya sertakan ok. Jangan ambil apa yang saya cakap bulat2 selagi tiada bukti sahih. (^^)

Maka makanlah kami hot noodles with seafood and vegetables dengan harga yang cukup murah, 6000 won. (^^)

THE hot noodles with seafood and vege...

my fav side dish of all time - KIMCHI!!-

Berakhirlah satu chapter lagi di Hanguk. Semakin hari saya semakin sedih, semakin tak mahu balik. Rasa macam tak sabar untuk lihat apalagi yang ada di sini. Namun, saya kena belajar terima hakikat, Seoul negara orang. Biarpun hujan batu di negara sendiri, lebih baik negara sendiri...

annyeong Bearstown...

FastaBiQuL Khairat...huu~

Saturday, January 29, 2011

TBG 5 : Cold day...

Assalamualaikum wbt,

Cold day. Realitinya, setiap hari sejuk tapi sejuk hari ini lain dari biasa walaupun temperature cumalah -12 degree. (cumalah?!). Dan mengikut jadual yang telah dirancang, hari ini kami akan melawat Gyeongbokgung dan Changdeokgung. However, at that time we have no idea that one gung is way too big for us. (^^!)

Pagi ini memang istimewa. Korean yang boleh berbahasa Inggeris sangatlah sedikit jumlahnya bukan? Korean yang berbahasa Inggeris dan bertanya tentang Islam pula bagaimana? 1 in 100? Namun, Subhanallah saya ditemukan dengan seorang ahjusshi yang cukup berminat untuk mengetahui tentang Islam.

"Odiga-??" soalnya. Dengar macam odiga tapi tak tahulah. (Translate: Dari mana?)
"Malaysia," jawab saya sambil tersenyum dan apabila ahjusshi mengangguk ternyata saya tak salah dengar. (^^)
"Why do you wear that on your head?" soalan yang sama sekali lagi. Aku tersenyum.
"I am a muslim," ujarku.
"and muslim women must wear this to cover our hair,"
"o...de," ujar si ahjusshi sambil mengangguk2. Tapi kali ini perbualan kami tak berhenti di sini.

"This is called hijab,"
"what?"
"Hijab, all muslim women must wear this. This is compulsory in our religion,"

Semasa menyebut religion, saya teringat bahawa kadang2 isu agama sangat sensitif sebagai topik perbualan. Especially dengan orang asing, namun nampaknya ahjusshi ni tidak offended malah soalan seterusnya membuat saya terpana.

"So as a muslim who do you serve?"

Sungguh, wallahi, masa ini saya rasa seolah2 malaikat mungkar dan nangkir yang bertanya 'ma rabbuka?' - Allahuakbar~ tazkirah di pagi hari!

"As a muslim, Allah is our god. We serve Allah and Muhammad is our prophet," ujarku selepas menarik nafas dalam2.

Ini soalan tauhid!

"So you serve muhammad as well? Muhammad is your religion?" Nampaknya si ahjusshi confuse antara Allah dan Muhammad.
"Muhammad is our prophet. He was sent as an example for mankind on this world, as guidance from god. Allah is our god, we pray to Allah," ujar saya. Nada suara perlahan, tidak laju tetapi jelas. Dengan harapan si ahjusshi faham dengan jawapan yang diberi.

Ahjusshi mengangguk. Aku tersenyum. Semoga Allah bukakan hati pak cik untuk menerima hidayah. Perbualan kami tidak lama dan kami hanya bertukar senyuman tatkala berpisah. Sungguh, hati ini sangat3 gembira kerana dapat bercerita tentang agama yang dicintai ini pada seorang korean. Alhamdulillah...(^^)

Then, we arrived at Gyeongbokgung! Subhanallah its super big and super huge! Fortunately, gung tu provide free English tour guide. Alhamdulillah, takdelah kami jalan main redah je. The first 10 minutes, memang kami rasa teruja. Mana tidaknya, mungkin inilah gung tempat penggambaran drama goong tu agaknya. Tapi, lama kelamaan, rasa bosan mula menjelma. Ditambah dengan weather yang super sejuk pagi tu, Allah...tak tahan!

Yippeuda!! (^^)


Klimaks kisah kami di gung mungkin ketika changing guard ceremony. Menarik! Changing guard took place every one hour, so after one hour akan ada segerombolan orang keluar dan segerombolan orang masuk. Dengan bunyi gong yang dipalu, memang rasa macam kat era georgyo sekejap. Hee~

Changing guard ceremony.

Kami tinggalkan Gyeongbokgung dan menuju ke Insa-dong. Chakam-man! Apa jadi ngan Changdeokgung? Cancel! Cukuplah satu palace yang menjadi wakil kepada palace2 yang lain, hee~ Now, Insa-dong. Insa-dong best! Tempat yang paling sesuai untuk shopping beg2 duit handmade, handbag yang kiut2. Malah, kat sini ada satu kedai unni yang sangat baik sebab jualkan kami jersi korea 4000 won je = $4 aud.

Tapi hari ini memang sedikit suram buat saya sebab cuaca yang sejuk tadi. Kami terpaksa masuk mana2 cafe demi untuk memanaskan badan. Agak lama juga kami 'menghuni' di dalamnya. Mekasih barista yang sudi melayan (^^) kemudian kami mengalami kesukaran dalam mencari tempat solat. Sedih sangat sebab ada parents room tapi ahjumma tu tak bagi kami guna. Maka kami bersolat depan pintu stor, tempat orang kurang lalu lalang. Alhamdulillah nasib baik ada tempat bersolat tapi memang menggigil jugak time solat. Sejuk!

However, there's always goodness out of everything. Dengan kesejukan melampau ini, kami memberanikan diri mencuba makanan korea bernama 'Hotteok'. Ia merupakan tepung berbentuk bulat berintikan gula merah dan kacang. Mas issso yo!! (Sedap!!) Inilah pertama kali kami membeli makanan gerai. Sebelum ini memang tak berani. Malah beberapa phrase korean turut dipelajari

Gaa~ sedap3! This is Hottok guys.

"Kokgi nam hepe juseyo!!" (translate: NO meat please) -harap2 betul...-

Dan apabila kami tanyakan pada rakan2 korea, hotteok memang boleh makan. Alhamdulillah...syukur makanan ni halalan tayyiban (^^)

Dan destinasi terakhir pada hari yang sejuk ini adalah Building 63. Again, bagi peminat drama My Girl, inilah bangunan berlif itu. (^^) Ramai di antara kami yang tak berapa meminati bangunan ini. Namun bagi saya, the happiest people in the world make the best out of everything, and i wanna do just that. (^^) Walaupun bangunan ini agak dull, tapi saya akui pemandangan dari tingkat 63 adalah pemandangan yang sangat2 menarik. Saya dapat melihat dengan JELAS Han river yang telah beku, juga inilah satu2nya tempat yang mampu menunjukkan Seoul yang sebenar.

Sebenarnya, dari perspektif 2 anak mata saya, Seoul adalah kota yang sangat padat. Bangunannya dibina berhampiran antara satu sama lain. Pohon2 tidak banyak kelihatan apatah lagi tanah hijau. Kalau berada di atas jalanraya, kita hanya akan nampak bangunan, pandangan mata terbatas oleh bangunan bertingkap yang tinggi dan banyak itu. Dengan berada di bangunan tertinggi ini, saya dapat lihat pelan perancangan Seoul dan terbukti perspektif awal saya tepat. Seoul memang padat, padat maksimum! (^^) -ok, mungkin bukan maksimum-

Anda suka padat maksimum? (^^)

wishing wall?

Seoul Highway -upclose n personal-

Pulangnya kami hari ini dengan hati yang --- undefined. Boleh jadi gembira boleh jadi sedih. Tapi ada orang cakap kalau kita dah jatuh cinta dengan seseorang, semua benda jadi baik. Yang jahat pun pandang sebelah mata je. Kan??? (^^) Itulah yang jadi pada KAMI. (I am not alone in this) Kami dah jatuh cinta dengan Seoul, bagi kami lebih banyak kelebihan dari kekurangan yang ada pada Seoul. Saya tak tahulah kalau kami datang musim spring atau autumm, mungkin tak nak balik malaysia rasanya. (^^)

Namun, Seoul atau Malaysia, Malaysia atau Seoul, kedua2nya ada persamaan. Bumi! Earth! Maka selagi ada umur di atas Bumi Ilahi ini, semoga ada juga peluang untuk bertandang ke sini lagi...insya Allah. (^^)

Up.close.

FastaBiQuL Khairat (^^)

Thursday, January 27, 2011

TBG 4 : Sonata Musim Salju

Assalamualaikum wbt,

Maaflah saya terlewat posting! Bukan niat nak ponteng tapi sebenarnya laptop ni masuk ICU sekejap hari tu. Alhamdulillah sekarang dah upgrade ke Windows 7. Jadi maaf! (^^!) Baiklah!! Ini adalah bahagian yang paling saya tunggu2 dalam part TBG ini. Jaulah ke Pulau Nami!!

Pulau Nami terletak agak jauh dari Seoul. Memang pening jugalah cara2 bagaimana kami tiba ke sana. Kalau tak salah saya, kami perlu naik subway kemudian tukar naik train sampai ke Mang-u. Dari Mang-u, kami berhenti di Gapyeong station - perjalanan hampir sejam-. Dari Gapyeong kami menaiki pula teksi ke Namiseom ferry terminal, naik ferry setelah itu barulah sampai ke Nami Island. (fuh-tarik nafas...)

Mang-U Station

Nampak hebatkan kami yang 1st time ni boleh tak sesat untuk ke Nami Island. Tricknya, bawalah tour guide bersama anda. -hehe-. Jazakallah pada saudara Farid Hakim yang sangatlah baik hati menemani kami ke Namiseom. Kalau saudara ni tak ikut, saya rasa dari 2 jam perjalanan jadi 3-4 jam agaknya...(^^!)

"Ada apa dengan Pulau Nami? Ada hotel 5 bintang? Ada kolam air panas? Ada ada? Ada apa di sana??"
"Ada apa? Macam2 ada...," (^__^)

Baiklah, saya sangat2 percaya semua orang pernah menonton drama Winter Sonata, paling tidak mendengar nama drama, paling tidak mendengar lagunya, paling tidak2 dengar lagu sonata musim salju nyanyian hazami yang sangat popular suatu ketika dahulu. Maka Pulau Nami akan menjadi suatu yang signifikan yang pastinya suatu kerugian bagi mereka yang bertandang ke Korea tetapi tidak mengunjungi Pulau Nami. Tetapi bagi saya yang tidak menonton (sangat) dramanya -cuma mendengar lagu-, meskipun winter sonata mungkin tak berapa signifikan dalam hidup saya, namun saya rasa memang RUGI sangat kalau saya tak datang sini dalam jaulah yang lepas.

Keterujaan kami berenam terpancar sejak tiba di terminal lagi. Dengan bantuan Farid, alhamdulillah dapatlah kami merasa sweet potato rebus dan jagung bakar sebelum menaiki feri. Sebelum ni tak berani cuba makanan2 stall ni. Nikmat makan sweet potato di Nami Island dan makan sweet potato di Malaysia sangat3lah berbeza! (sweet potato je kot) tapi sedapnya tuhan sahaja yang tahu. Alhamdulillah..

THE sweet potato..hee~

Sepanjang perjalanan menaiki feri kami melalui Han River yang telah beku. Ini merupakan pertama kali saya melihat dengan mata sendiri fenomena hebat ini. Sungai yang beku! Subhanallah..cuba bayang sungai perak beku. Hebat kan? (^^)

Semi-frozen Han river...(^^)

Tiba di atas pulau, saya rasa saya pun hampir beku. Sejuknya ya Allah. Memang tebal dah baju yang dipakai tu rasanya. Tapi saya bertekad tak mahu kesejukan ini menghalang saya dari menikmati sonata ini. However, kali ini bukan sahaja kesejukan yang menghalang saya,but dry skin juga...waaa. Satu fakta yang semua orang perlu tahu ialah, kulit kita akan kering ketika dua cuaca extreme. Panas melampau dan sejuk melampau. Tapi panas melampau lebih bahaya sebab boleh mengakibatkan skin cancer lebih2 lagi untuk kulit kurang melanin. (kulit putih pucat ala2 mat salleh- begitulah) Dan saya belajar satu pengajaran yang sangat penting, sadly through the hard way. Kulit mengelupas! (T.T) Yup, kulit saya di atas bibir, bawah hidung mengelupas menjadikan muka saya kurang comel daripada biasa.(er?) Inilah akibatnya kalau malas menyapu moisturiser cream di muka dan tangan. Memang sedih, pedih dan dukacita rasanya. Namun, I've learnt my lesson...huu~ (T.T)


Me and the snow ceremony...(^^!)

Kami berjalan2 di sekitar pulau. Bagi saya yang tak pernah melihat, memegang, menyentuh salji secara langsung, my excitement level memang sangat tinggi. Salji itu dikepal2, dilambung2, dibaling2, dibentuk2 sesuka hati. Allah, seronoknya...sambil menulis ni pun saya rasa alahai, bestnya waktu2 itu. (^^) Tapi sebagai manusia lemah dari negara Khatulistiwa, rasa sejuk memang tak dapat dibendung- salah saya jugak sebenarnya sebab pakai glove wool- mana tak basah glove main salji..hee~ (^^!)

Alhamdulillah, jalan2 sikit jumpa unggun api. Memang pengalaman baru! Barulah saya tahu betapa nikmatnya duduk depan unggun api time winter. Selalu tengok drama macam not effective tetapi berkesan rupanya. Ternyata setiap ciptaan Allah di muka bumi ini ada kelebihannya. Api memanaskan ketika sejuk, ais menyejukkan ketika panas. Subhanallah3x..

Seronok tak terkata jumpa unggun api

Micellaneous along the way


Akhirnya, selepas -berjalan, berhenti, bergambar, berjalan- kami tiba di lokasi pepohon yang berderet bersama salji memutih di kiri kanan dilayari pemandangan bukit bukau nan memutih di hujung jalan. Allah~ macam mahu menitik air mata. Cantiknya4! Maka kami, apalagi...camera juseyo!! (^^)


Camera please ~ (^^)

Kami berada di Namiseom dari pagi hingga petang, maka perlulah untuk jamak qasar di Namiseom. Masalahnya tiada surau di sini. TIADA! Eh, sebentar.

"Adakah itu satu masalah sebenarnya?" teringat saya soalan Prof Hamdi dalam program FlyHigh baru2 ini.
"Sebelum kita yakinkan diri kita bermasalah, cuba muhasabah balik adakah masalah itu satu masalah sebenarnya,"

Dan sebenarnya (yuna?) disebalik masalah itu, ini bukanlah satu masalah. Setiap posting mesti ada saya sebut sikit. Islam itu memudahkan. Solatlah kamu di tempat yang aman dan alhamdulillah Namiseom yang besar ini ada tempat yang aman untuk kami sujud kepadaNya.

Tapi kali ini, saya rasa sujud saya lebih terasa. Sungguh! Perasaan hiba menghuni seketika. Sujud di tengah2 pulau, sujud di kalangan ciptaan2 Allah yang indah ini, benar2 membuatkan saya seakan2 tidak mahu bangun. Dan apabila salam diberi, hati bergetar hebat. Subhanallah, selesai menyapu muka dan membuka mata, saya terkedu, air mata berlinang.

'Aku sedang duduk menghadap salah satu keajaibanMu tuhan'

Waktu ketika itu seakan2 5 petang di Malaysia, seolah redup yang bercahaya. Sungai yang putih membeku memantulkan sinar suria mewujudkan spektrum yang tak mampu digambarkan. Dahanan tanpa daun, kesunyian tanpa getaran, yang kedengaran cumalah alunan zikir kami yang baru selesai menunaikan kewajipan yang lima. Kelihatan sekali sekala pohonan bergerak lembut disapa hembusan bayu musim dingin. Biarpun sejuk, saya mengambil masa, memaksa diri menahan dingin musim salju yang membeku. Inilah saat yang paling tak dapat dilupakan di Namiseom. Indahnya~ subhanallahi wabihamdih subhanallahil azim...

This is my favourite spot at Namiseom tapi tak banyak gambar, sejuk sangat. huu~

Kami terpaksa pulang setelah hampir 4 jam di atas pulau ini. Rasa berat, benar2 rasa berat hati. Entah bila lagi rasanya Allah beri peluang untuk datang ke sini lagi. Wallahualam. Setiap langkah kami ambil dengan perlahan, dan kami cuba untuk menghayati setiap saat yang tinggal di atas pulau ini. Namiseom, chua hae.

Perjalanan pulang dirasakan pantas sekali. Namun, di dalam subway, buat pertama kali saya diberi peluang untuk berbual dengan seorang korean yang fasih berbahasa Inggeris.

"Why do you wear...," sambil menunjukkan ke arah kepala.
"I am a muslim. Muslim women have to wear this. It's compulsary in our religion to cover our hair," semangat saya menerangkan pada si ahjusshi. Ahjusshi ini seorang Korean yang tinggal di US tetapi datang melawat keluarga di sini.
"Ah, it must be hard to practice as a muslim during this time especially. Its very cold," ujar ahjusshi. Saya dan Najwa saling berpandangan. Nampaknya persepsi ahjusshi ni dah salah.
"Hmm, actually its not that hard. Moreover as we are trained from small, we already get used to this," ujar saya pada ahjusshi. Tapi nampaknya gagal memancing minat untuk berbicara lebih lanjut.

Ahjusshi itu seterusnya turut menceritakan tentang budaya masyarakat korea dahulukala yang juga sebenarnya memakai kain penutup kepala ala2 tudung tapi zaman sekarang semua itu kuno dan tidak moden. Saya cuma menggangguk. Tidak mahu memprovok. Tidak larat sebenarnya. Lapar dan penat sekali. Akhirnya kami berpisah di Mang-u, dan rasa sedih pula kerana tidak bersungguh dengan ahjusshi tadi. Harap ada peluang lagi untukku...ameen.

Alhamdulillah, Farid yang baik hati sekali lagi sudi membuang meluangkan masa bersama2 kami menikmati dinner di satu kedai di hongdae. Kedai apa? kedai seafood, tapi tak ingat nama- bianhae. Kami makan steamboat seafood ala2 tomyam tapi saya rasa macam lebih kepada sambal seafood yang super pedas!

Alamak rindu plak rasa bila tengok gambar ni.

Er, posing perhaps? (^^)

"Orang korea suka pedas. Tak tahulah kenapa," saintifiknya saya rasa sebab nak meningkatkan metabolisma. Especially time musim sejuk, pedas dan sejuk memang gandingan serasi.

Tapi memang sangat kenyang dan puas hati. Dalam satu steamboat tu ada mini sotong kurita, ketam, fishball, mussel, fish cake, cendawan, sayur2...sedap sangat! (^^)

The shop, tak tahu nama, bian-

Alhamdulillah hari ini memang bermakna. Saya rasa trip ini memang sangat2 berbaloi. Lagu sonata musim salju terngiang2 di telinga pabila feri bergerak meninggalkan pulau, pabila train bergerak meninggalkan gapyeong dan pabila tiba di hongdae. Sedar tak sedar, kami menghampiri hari sabtu. Ya Allah, terima kasih untuk peluang ini, kalau ada rezki ingin sekali aku datang lagi. (^^) Insya Allah....

Dikau bak salju ditiup bayu
Kan rebah di pangkuan bumi
Ku yakini kasih
Restu Illahi

Annyeong Namiseom...

FastaBiQuL Khairat (^^)v

Wednesday, January 26, 2011

TBG 3: Jatuh hati. Ottoke?

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah selesai sudah 2 bab dari sesi pengembaraan kami ke Korea, dan jujur saya katakan apa yang saya dapat setakat ini cumalah kesejukan korea semata2. Namun masuk bab 3, persepsi saya bakal berubah 360 darjah. Terima kasih pada Lotte World!!

Lotte World??

Sahabat2 semua jangan salah baca. Ini adalah L.O.T.T.E bukan LOTTO. Lotto memanglah ada unsur2 judi dan nombor ekor, tetapi Lotte adalah nama sebuah syarikat kewangan terbesar Korea yang berpusat di Seoul. Jaringan Lotte sangat luas dan merangkumi lotte department store, lotte card, lotte confectionary dan semestinya Lotte World.

What is..

Lotte world? Saya pasti kalian pernah dengar Movie World di GoldCoast, Universal Studio di Jepun dan Genting Highlands di Malaysia. Saya percaya kalian dah dapat gambarannya, dan tidak keterlaluan kalau dikatakan Lotte World lebih baik dari semua di atas (kecuali U.S di Jepun, saya tak sampai sana lagi...hee).

Lotte World terletak di Jamsil dan alhamdulillah kami tak perlu menukar laluan subway. Cuma perlu duduk di dalam subway selama hampir setengah jam dan saya sampai ke tempat yang dituju. Mudah! (^^). Dan sebenarnya saya tak sabar sekali untuk sampai ke tempat ini. Kenapa? Ini semua gara2 k-drama Stairway to Heavan yang dimainkan di NTV7. Saya dah lama tak tengok k-drama, tapi bila dah ada depan mata, aigoo, susah nak tinggal. (^^)

Turun sahaja dari subway kami terus masuk ke dalam Lotte department store. Terus masuk! Maknanya kuranglah kesejukan yang kami rasa dari hawa dingin semulajadi dari luar. Sepanjang perjalanan ke pintu masuk, kiri kanan kami begitu banyak kedai2 mewah yang menjual baju2, jam2 dan kasut2. Takut saya nak window shopping. Memang nampak mahal.

Tatkala tiba di pintu masuk, sememangnya saya rasa sungguh teruja! Suara kanak2 dimana, interior design yang superb, subhanallah, sememangnya kalau kita manfaatkan akal fikiran macam2 yang boleh dilakukan. Kami membeli tiket full day -9.30 pagi hingga 7 malam- Sepatutnya bayaran yang dikenakan ialah 38 000 won tapi disebabkan cuti agaknya kami dapat discount ke 34 200 won!! Saya memang suka discount. Hehe (^^)

Entrance Lotte world

Lotty and Lorry- maskot lotte world (kelakar kan nama diorang, hehe)

Selepas melepasi pintu masuk, kami perlu menaiki escalator ke atas. Sampai sahaja di atas saya seperti berada di dunia lain! Dunia yang sangat comel dan indah. Senyum tak lekang dari bibir. Bangunan comel ala2 hansel and gratel, belon udara panas, keretapi kecil yang comel, ice skating rink, semua dalam satu bangunan! penuh warna warni! Subhanallah. Tiada rasa hawa dingin langsung. Pelik kan? Inilah kelebihan lotte world. Seperti genting, lotte world ada indoor dan outdoor world. Sekarang kami berada di indoor jadi tak perlulah ber'glove', muffler dan bubble. Memang seronok.

Annyeong haseyo!!

Indoor world sangat besar. Bahkan kami tersesat beberapa kali. Permainan pertama yang dicuba ialah roller coaster (lupa nama). Rating? Moderate. Biasa saja. Roller coaster superman di Movie World lebih adventure rasanya. Namun apa yang paling saya ingat ialah apa yang berlaku selepas ini.

Ada dua sahabat kami yang tidak menaiki game ini dan berkunjung ke folk museum, tapi malangnya tiket masuk yang dibeli tadi hilang semasa perjalanan. Prosedur di sini memang pelik sikit, setiap kali nak main perlu tunjuk tiket, no ticket no play- begitulah. Jadi??? ottoke?? Namun, lebih sedih lagi resit pembelian juga turut hilang. Sudah dicari dalam setiap beg tapi tak pula dijumpai. Aigoo...ottokajo??

Alhamdulillah, nasib baik service centre lotte world sangat friendly dan tak banyak kerenah. Malah, resit pembelian pun tak payah tunjuk terus kami diberikan dengan replacement ticket. Mudah!

Yang paling saya suka di indoor world ialah camelot carousel. Saya bergambar 2 kali di sini. Selain roller coaster ada juga haunted house, theater, hot air balloon, the adventure of sinbad- kalau cerita satu2 memang tak cukup rasanya.

Camelot carousel waktu pagi

Camelot carousel waktu malam

roller coaster yang so-so? hehe

umah hantu yang klaka jugak -komedi seram mungkin? hehe

Kami solat di indoor, sebelum keluar ke outdoor. Malangnya kat lotte world ni tiada kemudahan surau dan makanan halal. Compare to Everland (another theme park in korea), these two facilities memang disediakan tapi saya tak menyesal datang sini. Di sinilah sebenarnya kami berpeluang untuk mempraktikkan ruksah2 agama kita yang sentiasa memudahkan umatnya. Alhamdulillah kami solat dengan tenang tanpa gangguan.

Bridge to outdoor world...interesting kan?

Magic Island!!

Outdoor world is the best! Di sinilah terletaknya magical castle yang selama ini cuma dilihat melalui kaca-kaca tv dan skrin laptop. Subhanallah cantiknya4!!

Subhanallah!!


Tapi bukan sahaja cantik adventurous pulak tu! Ada beberapa games yang saya suka di sini, saya susun ikut favourite ya.

1st place - Atlantis..lain dari yang lain!!

2nd - Gyro drop

3rd - Comet express: also lain dari yg lain tapi not adventurous enough for me...hee~

Dan akhir sekali sebelum pulang kami singgah di lotte mart. Memang mencabar. Semuanya dalam tulisan hang-ul. Niat hendak membeli telur dan beras, tapi alhamdulillah tour guide kami bagi jenama ramen yang boleh dimakan, so dapatlah jugak merasa makanan instant korea. (^^)

Omalneyo?? (^^)

Kami pulang dengan hati yang gembira. Saya personally rasa sudah boleh cope dengan kesejukan ini tapi sedihnya masalah baru yang timbul. Dry skin.

'Tapi tak apa kot, oklah tu esok,' fikir saya di dalam hati. Betul atau tidak? Tunggu posting seterusnya. (^^)

Nampaknya, semakin lama di Seoul hati dah terpaut. Jatuh hati. Aigoo...ottoke?? (^^)

Annyeong haseyo...till next time...(^^)

FastaBiQuL Khairat (^^)v