Tuesday, July 12, 2011

A warming winter~

"Sejuknya Ya Allah, sejuknya Ya Allah, sejuknya ya Allah!!" itulah zikirku sehari-hari kebelakangan ini. Bumi Perth sememangnya sangat sejuk tahun ini. Terkenang daku akan jaulahku ke Korea tak lama dahulu. Keadaannya hampir sama cuma saljinya tiada. Senyum. Mungkin itulah uniknya Perth jika mahu dibandingkan dengan tempat lain.

"Kak Aleen!" satu suara memanggil
"Yes?" sahutku
"Saya nak mintak guna internet rumah ni boleh?" aku terdiam sambil memandangnya. Ada lagging time 2-3 saat di situ.
"Eh, boleh sangat. Guna jelah, tak payah mintak2,"
"Terima kasih kak Aleen," ujarnya sambil berlalu pergi dengan senyuman.

Aku turut tersenyum dan terdetik di hati. Adikku ini sangat particular dalam menggunakan barang2 kepunyaanku. Tak kisahlah makanan ke, minuman ke, barang2 ke, dari setiap segi, pasti mereka akan meminta izin dahulu. Aku senang. Sangat senang sebenarnya dengan sikap ini. Alangkah bagusnya jika semua orang mampu bersikap sebegini. Seandainya mereka tidak meminta izin sekalipun, pasti sahaja aku izinkan.

'Mereka ini bukan sebarang adik, adik ini adik solehah,' aku berkira2 di dalam hati.

"Eh, korang ni tak sejuk ke duduk atas lantai ni? Lantai rumah kak aleen ni kayu tau. Sejuk. Dah2 pegi duduk kat depan,"
"Takpe kak. Kalau akak nak tahu rumah saya lagi sejuk daripada ni. Dalam rumah pukul 1 tengahari pun boleh keluar asap! Ha, lagi dahsyat tu kak. Takpe3. Akak jangan risau ye,"

Aduhai. Habis dicantasnya hujah aku begitu sahaja. Sebagai tuan rumah, sememangnya aku sangat risau. Risau amat dengan keadaan adik2ku ini. Sejuk ke? Tahan ke mereka dengan sejuk2 macam ni? Tapi celoteh mereka menunjukkan mereka sangat selesa. Secara tidak langsung rumah ini turut sama kelihatan selesa. Mungkinkah itu berlaku kerana adanya kalian di sini?

"Akak nak tolong apa2 tak?" ujar satu suara sambil menonjolkan muka di beranda dapur. Satu sengihan manis terlekat diwajahnya. Aku tersenyum.
"Tak payahlah. Dah nak siap dah ni,"
"Susah2 je akak ni," ujar satu suara di belakangnya.
"Haah, susah2 je kak aleen," ibarat satu angkatan, semua bersuara. Mungkin nada dan intonasi sedikit berbeza tetapi maknanya tetap sama. (^^!)
"Aleen, meh kita tolong eh," ujar suara seorang sahabat pula. Senyum lagi. Rasanya bila agaknya senyum ini bakal hilang dari wajahku? Aku dikelilingi insan2 hebat. Alhamdulillah ya Allah.

"Makan banyak2 ye semua," aku senang. Ini sifat baru yang Allah tanamkan dalam hati. Sifat memberi. Aku senang bila memberi. Aku juga senang bila orang sudi menerima. Alhamdulillah3. (^^)
"Eh, jangan makan banyak sangat korang. Kita kena ambil iktibar dari wish list kak aleen yang terakhir,"
"Wish list yang terakhir? apa tu?" soal yang lain.
"Haahla ye, apa tu?" aku turut sama menyoal.

Wish list. Aku senaraikan 55 perkara yang ingin aku capai dalam hidupku. Sebenarnya semua perkara2 yang tertulis itu adalah random stuff. Aku tulis apa sahaja yang terlintas di hati. Alhamdulillah, ada beberapa perkara yang telah berjaya aku capai dengan tidak disangka2. Dialah Maha Pemberi Rezki. Alhamdulillah. Masalahnya cuma, aku sendiri tak hafal kesemua perkara2 yang aku tulis. Bolehlah pula adikku yang seorang ini tahu pula perkara yang terakhir tu kan?

"Ala...yang nak tu...,"(dirahsiakan atas sebab2 tertentu, kalau nak tahu meh datang melawat rumah saya. Hehe)

Ketawa mereka berderai saat itu juga. Aku turut sama ketawa. Tak sangkanya aku. Cerdas sungguh mereka2 ni. Kagum aku kagum.

"Alamak2, kak aleen dah marahlah," nada si adik bertukar kecil. Aduhai2. (^^)
"Hehe, mana ada marah. Sayanglah," kami tertawa bersama.

Senyumanku kian pudar dari wajah. Kini ku sedar, aku sedang duduk sendiri, merenung ruang tamu yang kini sunyi tanpa tetamu. Dapur yang kelam tanpa celoteh chef2 terkenal. (^^) Dan juga bilik kayu yang semakin sejuk, lebih sejuk dari biasa.

Tak pernah kusedari, ruang tamu rumahku ini luas sebenarnya.
Tak pernah kusedari, derapan kayu lantai rumahku ini, mampu menciptakan bunyian pilu sebenarnya.
Tak pernah kusedari, aku akan merindui betapa lunaknya bacaan surah2 lazim kalian ketika kalian mengimami solatku.
merindui lincahnya kalian dalam menyampaikan idea, bernasnya pemikiran kurniaan ilahi, itu kulihat dalam kalian.
merindui senyum tawa gurau senda yang tidak mungkin dapat ditukar ganti.
Allah, aku jatuh sayang. Jatuh sayang pada sahabat2 ini.

Keterlaluankah daku? Mereka adalah sahabat2 yang baru sahaja ku kenali. Bagaimana mungkin ikatan itu terasa begitu erat?
Mengapa aku merasa, masa itu mencemburui kami dan ingin sahaja memisahkan kami.
Allah, beratnya hatiku. Berat sekali.


Oh perjalanan kita, masih jauh....
Jalan yang berliku bakal kita tempuh
Ingatlah kenangan semalam
Jadi azimat penguat semangat
menempuh masa hadapan
harapanku kau kan bahagia...
selalu...

Sahabatku,
Persahabatan ini bukan milikmu.
Bukan milikku jua.
Ia adalah milik Allah subhanahu wa taala.
Kerana Dia. Hanya Dia, kita bertemu.
Moga kita bersahabat dunia akhirat.

Air mataku gugur di saat itu.

Hari pertama bertemu, diri ini tidak mengenali kamu,
Tapi kerana Allah Maha Tahu,
Jalinan hati bersimpul padu,
Ya Allah, moga jalinan ukhwah itu mekar hingga ke syurga
Moga bertemu lagi kak aleen kusayang.

....

Kak Aleen, ukhwah ini ibarat cinta yang tak akan mati. Terima kasih.

Allah...
pertemuanku ini adalah ketentuanMu. Jika Engkau tidak membenarkannya, nescaya aku tidak akan bertemu dengan insan2 hebat seperti mereka.
Doaku saban hari adalah untuk dikurniakan sahabat solehah ya Allah.
Namun, Kau Maha Pemurah ya Allah. Sahabat solehah yang kuingini telah kutemui. Sahabat solehah, sahabat dunia akhirat. Alhamdulillah3.

Namun aku tersedar. Aku sedar yang aku perlu tutup buku semalam dan meneruskan lembaran baru. Kerana masa itu sememangnya amat cemburu pada kita dan aku tak mahu kalah pada sang waktu. Aku tidak mahu hanyut dalam lautan perasaan. Aku hargai setiap waktu ini sahabat. Aku yakin kamu jua begitu. Ketahuilah, meskipun kamu hadir sekejap cuma, tapi kamu telah menempa sejarah hebat dalam jiwa ku yang sebelum ini begitu kecil. Ketahuilah, pertemuan ini sangat bermakna buatku. Dan pada siapa lagi aku harus panjatkan kesyukuran kalau tidak padaNya yang menemukan kita.

Kini aku pandang ruangan kosong itu sekali lagi. Sekeping kad di tangan kusisipkan kembali ke dalam sampulnya. Kekuatan. Iya. Aku dapat rasa kekuatan kalian. Helaan nafas kuhembus perlahan. Kakiku melangkah, meninggalkan ruangan kosong itu. Aku perlu terus berjalan. Berjalan menghadapi duniaku demi akhiratku. Insya Allah, doaku pada ilahi, semoga pada pertemuan seterusnya, kita masih lagi mampu tersenyum pada sesama sendiri. Tersenyum atas rahmat dan inayahNya, insya Allah.

Akan ku nantikan saat itu.


FastaBiQuL Khairat

No comments:

Post a Comment