Saturday, June 23, 2012

Awak...awak penah kena tegur?

Assalamualaikum,

"Sahabat. Awak pernah kena tegur?" A bertanya.
Senyum. "Mestilah pernah!" jawab si B.
"Kena tegur tak pakai stokin, kena tegur gelak kuat, kena tegur basuh pinggan tak bersih. Banyaklah kan?"
A senyum kembali.
"Apa awak rasa bila ditegur?" soalan dilemparkan.
"Hmm, mula2 tu mestilah rasa sedih. Sedih sebab teruk sangatkah aku ni? Sampai orang nak tegur? Kenapa nak tegur aku? Orang lain tu? Asyik2 akuuu je" nadanya kian mengendur.
"Lepas tu mestilah aku rasa marah, lebih2 lagi bila cara orang tu tegur tak kena. Hish!!" intonasinya berubah lagi.
"Kadang2, aku rasa aku macam nak counter-attack je teguran tu. Apa orang kata, nak bidas balik? yes, nak bidas je apa yang dia cakap. Masa tu kalau aku menang aku akan rasa puas sangat! Padan muka!" senyuman yang begitu sukar ditafsirkan terpancar.
"Sekarang...ada orang berani tegur awak tak?" soal A sambil memandang wajah B.
"Dah kurang dah, sebab masing2 kan dah dewasa, buat apa nak tegur2 lagi?" Kedua-duanya membisu.
"Tapi..." A mula bersuara

"Saya rasa rindu dengan teguran,"

***********************************************************************

Teguran. Ada dua jenis teguran di dunia ini. Satu yang membina. Satu yang membinasa. Saya terbiasa dengan kedua-duanya. Atau mungkin saya telah alah dengan bisanya? Bisa teguran, tak kira membina atau membinasa, bisanya tidaklah mudah untuk dilupakan.

Saya tahu, teguran itu satu aspek penting dalam kehidupan. Tanpa teguran, mana mungkin kita dapat bezakan yang baik dan yang buruk, yang asli dan palsu, yang kekal dan sementara? Walaupun begitu mengapa ramai yang suka melarikan diri daripada menegur dan ditegur? Kenapa ya? adakah bila kita ditegur bermakna kita ini salah? atau bila kita menegur bermakna kita ini hebat?

Saya rasa, satu budaya yang kurang sihat pada masa sekarang adalah kurang menegur. Ya. Kita kurang menegur sesama kita. Sesama manusia! tidak kiralah yang Islam ataupun tidak. Bila kali terakhir kalian menegur seseorang? tadi? dua hari lepas? dua bulan lepas?

Sepatutnya teguran ini dimanfaatkan. Diolah menjadi sesuatu yang membina. Itulah positive minded! Melihat sesuatu dengan kaca mata hamba! Yakin bahawa teguran ini dari ilahi untuk menguatkan kita! Bukan untuk menjatuhkan jauh sekali membinasakan.

Bagi mereka yang suka menegur pula, rata2 tidak mempunyai satu elemen asas dalam teguran itu. Seni! Yes. Seni. Pelik bukan? Tiada apa yang perlu dihairankan. Sepatutnya seni inilah yang menjadi matapelajaran di sekolah2 di Malaysia. Malangnya seni ini telah ditenggelamkan oleh seni2 lain seperti seni lawak, seni tari dan seumpamanya. Sedangkan seni teguran inilah yang perlu ditonjolkan dahulu, perlu diperkenalkan dahulu sebelum seni2 yang lainnya.

Apa itu seni teguran? Seni teguran bermakna menegur seseorang dengan berhikmah.

"Oooh, tegur dengan berhikmah, cakap terus terang kan senang, buat suspen aje," mungkin ada yang akan berseloroh.

Saya tanyakan kembali, kalau saya tidak perkenalkan phrase 'Seni teguran' itu tadi, adakah kalian akan berminat untuk membacanya?

.....

(^^) mestilah 'kurang' sikit bukan? Di sinilah seninya. Menggunakan ayat2 yang catchy, unsur2 suspen, unsur2 kontroversi, sangat mudah memancing minat seseorang bukan? Jadi mengapa kita tidak aplikasikannya dalam budaya menegur?

Apa implikasinya jika kita menegur sesorang tanpa seni? Mungkin implikasinya kecil di mata tapi besar di hati yang ditegur. Manusia punya ego. Ego yang sukar ditembusi oleh teguran2 padu tidak berseni. Pabila sebatang paku ditusuk ke dalam dinding batu yang keras, akan berlubang dinding itu. Meskipun paku itu dicabut, lubang itu kekal. Itulah penangan teguran yang tidak berseni. Saya yakin semua orang pernah merasainya. Kan?

Teguran perlu seperti air. Air yang mampu melembutkan kerak yang keras. Air yang menyejukkan dan menghilangkan dahaga. Air yang menjadi keperluan kepada setiap yang bernyawa. Bilamana air itu mencukupi, maka hiduplah sang makhluk dengan izin Tuhannya. Itulah teguran. Essential and irreplacable.

Bagi sahabat2 yang merasa letih dengan teguran2 yang datang dari pelbagai arah, janganlah bersedih. Bukankah lebih menyedihkan jika tiada orang yang akan menegur kita? Bersyukurlah kerana ada insan yang menegurmu, kerana itu mungkin juga teguran Allah buat kamu yang semakin hanyut dan leka dengan dunia yang fana ini... Allah...


*********************************************************************


Ya Allah,
jadikan aku insan yang ikhlas
agar bila tiba saat aku ditegur
aku tidak akan terbejat dan menyimpang dari tujuanku


Ya Allah,
jauhkan aku dari riak dan takbur
kerana itu mampu menjauhkan aku darimu
mengeraskan hati dari mengingatimu


Ya Allah,
andai aku termakan juga dengan mainan hati
kirimkanlah sesorang untuk menarik tanganku kembali
kirimkanlah kata2 semangat padaku
kirimkanlah kasih sayangMu tuhan
melalui insan2 yang berada di sekelilingku


Hanya Engkaulah tempat aku mengadu,
tempat aku meminta 



FastaBiQuL Khairat

No comments:

Post a Comment