Wednesday, October 13, 2010

It's On!

Assalamualaikum wbt,

Sahabat2 yang dirahmati sekalian. Akhirnya saat yang ditunggu2 telah tiba! Pendaftaran FH 2010/2011 kini telah dibuka. Cepat-cepatlah mendaftar ye. di sini saya sertakan sekali sedikit info2 terbaru dari penganjur FH.

Tarikh :24-26 Dec 2010

Tempat : To be Advised

Bayaran : RM15 - kalau dalam aud, $5 je kot...adeh bestnya korang-

Pendaftaran : sila layari website FH ...ada saya sediakan linknya di bawah blog. (^_^)

Wah....berita hebat ni! (^_^) hehe saya pulak yg excited. Speaker jemputan pastinya hebat2 juga. Saya akan post progress terbaru dari semasa ke semasa ye. Insya Allah. Saya sertakan sekali teaser kedua FH buat tatapan semua. Semoga semangat kamu ingin menggapai awan itu lebih tinggi dari biasa...

Don't just jump...LET's FLY HIGH!



Sedikit review tentang teaser. kebanyakan gambar2 itu lokasinya di Perth, Western Australia -tempat daku bermastautin kini...hehe- Gambar speaker dalam video diatas merupakan seorang yang amat dikenali melalui blognya Saifulislam.com dan juga bukunya "Aku Terima Nikahnya". Ustaz Hasrizal. Jadi?? What's de doubt? Throw it away and feel it urself.

FastaBiQuL Khairat (^^)v

Friday, October 8, 2010

Sunyi.

"Aleen, aku rasa sunyilah kat sini" keluh salah seorang sahabat yg kukasihi baru2 ini...
"Aku pun pernah rasa sunyi, sahabatku,"


Kesunyian. Apakah itu? Saya tak ada kamus dewan bahasa dan pustaka dengan saya sekarang...tapi kalau ikut pemahaman saya, kesunyian ini ibarat sebuah rumah yg besar tanpa penghuni, ibarat lengang jalan di malam hari, ibarat beningnya dinihari...kadang2 menenangkan, kadang2 menyedihkan...

Kesunyian. Macam mana boleh timbul rasa sunyi ni? Dahulu, zaman di Irshad, demi Allah, hatta sesaat pun saya tak pernah rasa sunyi. BENAR. Hatta sesaat pun! wah, sampai macam tu sekali? Senyum. Syukur alhamdulillah saya punya pendorong hebat ketika di Irshad.

Tatkala sedih dan menangis di tangga, tanpa dipinta datanglah tangan lembut memegang bahumu, menghentikan airmatamu...tanpa dipinta. Tatkala hati sesak menanggung bebanan, datanglah si dia, menanti di hadapanmu, mendengar penuh sabar. Tatkala ujian dan dugaan melanda, berkumpullah kami, di meja batu itu, berdiskusi, meluahkan perasaan....

Ya....masih kuingat, di meja batu itu, di bilik rehat itu, di kelas itu, di dorm itu, di SEKOLAH itu...Allah menemukan aku dengan sahabat2 yang mengisi ruang2 di dalam hati, yang menjadi sandaran ketika susah mahupun senang...rakan2 ketawa dan menangis...rakan2 yg menegur ketika salah dan menerima kita seadanya kita...merekalah insan yang kugelar SAHABAT...

Ya, kami semua tidaklah sempurna, masing2 punya kelemahan masing2 dikala itu...punya peribadi masing2 yang sangat berbeza...hehe...buat aku mahu ketawa sahaja...tapi itulah mereka, sahabat2 yang kukasihi.

Namun sahabat2...kesunyian itu pada Aleen sekarang adalah sesuatu yang sangat Aleen tnggu2. Apabila diluar negara baru Aleen tersedar sesuatu. Aleen sedar bahawa sunyi itu sebenarnya satu nikmat.

Bila kita dalam persekitaran yang sunyi, tiba2 kita perlukan tempat bergantung kan? tempat berharap, tempat meluahkan perasaan.

Sebenarnya, sahabat2 yang saya kasihi semua, kita semua tak lain adalah wasilah Allah dalam menyalurkan kasih sayangNya pada hamba. Sahabat2 saya dahulu adalah satu nikmat yang tak terhingga pernah dikurniakan pada saya. Sahabat2 saya di irshad adalah salah satu percikan kasih sayang Allah pada saya.

Tapi sekarang, sahabat2 ini telah dijauhkan dari saya. Tiada lagi tangan lembut memegang bahu andai aku menangis. Tiada lagi senyum tawa gurau mesra bersama mereka. Namun akhirnya Aleen sedar, meskipun sahabat2 ini tiada, Aleen tak sendiri. Tak pernah sendiri...malah Allah buka mata dan hati bahawa, Tuhan kitalah yang sepatutnya lebih dekat dengan kita. Tuhan kitalah tempat bergantung, mengadu, bergelak ketawa, menangis hiba...ya, sepatutnya dengan Dia...Dia, rabbul Izzati.


Ya, sekarang bila rasa sunyi, sebagai manusia Aleen akan mengeluh terkadang menangis. Tapi cepat2 tangisan itu ditahan, dan hamdalah pula yang harus terucap. Kerana dengan adanya kesunyian ini, Allah beri peluang pada kita untuk isi jiwa kita dengan mendekatkan diri padaNya.

Kalau kita sibuk, ada masa ke kawan2? Aleen bersyukur kerana dapat mengenali rasa sunyi ini. Dengan adanya perasaan ini, Allah itu terasa dekat, sangat dekat. Kawan2 patut cuba juga...(^_^)

Malah, betapa pemurahnya Allah kerana telah mempertemukan saya dengan sahabat2 baru di Pulau Selatan ini. Tak sangka di bumi koala ini kita bertemu. Dan pertemuan ini tak akan berlaku andai tiada takdir Allah tersirat dan mengalir didalamnya. (^_^) Saya bersyukur bertemu dengan korang..(^_^)

Saya sayang sahabat2 saya. Sayang lillahi Taala. Tapi saya juga mahu mencintai Pencipta sahabat2 saya. Pencipta yang telah menemukan saya dengan sahabat2 saya kasihi. Semoga kita bertemu dan berpisah keranaNya ya korang...semoga ukhwah fillah kita abadan abada ila jannah. Harap2 sangat kita tidak bergaduh bila berjumpa di Mahsyar kelak...Allah~

"Pada hari itu (kiamat) sahabat2 karib, sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain, kecuali orang2 yang persahabatannya berdasarkan taqwa" (Az-Zukhruf:67)

Sekian sahabat2 ku tercinta yang berada di seluruh pelusuk dunia...

"sebagai manusia aku sayang padamu..."

FasTabiQuL khaiRaT...(^_^)

Tuesday, October 5, 2010

Further study to OZ NZ?

Assalamualaikum wbt,

Ada keinginan untuk further ke OZ NZ? Ataupun memang dah dalam track ke OZ NZ? -tengah study foundation-

Tiba2 terimbau pengalaman sendiri dahulu........

"Eiiii, cuaknya...dulu before SSABSA cuak tak dapat fly, ni bila result dah lepas baru cuak nak pikir camnelah nak idup kat sana. Mama n ayah jauh, kawan2 pun ngan omputih. Nanti camne nak solat? bukannya ada surau ke masjid ke kat sana. Winter plak sejuk, camne nak wuduk? ada rukhsah ke x? ada makanan halal x kat sana? xkan nak makan sayur je tetiap ari? huhu...tapi yg paling penting siapalah nak tolong aku time kat sana nanti??? wuuuu....(T.T)"

Itulah saya -lebih kurang- time muda2 dulu. Hingusan sungguh. Jadi bagi adik2 nun jauh di Malaysia, yang baru lepas SPM ke, baru lepas SACE ke, IB ke, and banyak lagi degree yang saya tak berapa arif, di sini saya nak promote satu solusi kepada pertanyaan2 itu...

Fly High OZNZ 2011!

Fly High OZNZ adalah satu program pre-departure yang dianjurkan khas buat adik2 sekalian. Saya sebagai senior sangat2lah memahami kecuakan anda sebelum fly. Iyelah, tempat baru, atmosfera baru. Siapalah tempat bertanya kita kan? Jadi dalam program ini, dikumpulkan speaker2 yang mantap dan senior2 dari uni2 di OZNZ sendiri langsung kepada anda. Face to face. Nak tanya apa, silakan...insya Allah jawapannya pasti x mengecewakan.

Insya Allah tarikh Fly High adalah

25-26 December 2010

Jadi........bolehla adik2 buat planning dari sekarang. Bukan mudah nak dapat ilmu secara langsung tentang pengalaman di luar negara. Tapi, de best teacher is still your OWN experience. Insya Allah, time fly nanti, ilmu bakal penuh di dada bersama2 dengan doa dan harapan kami semua.

Mereka2 yang bakal menempuhi PMR, SPM, SACE, IB and de list goes on...saya nak ucap selamat berjaya buat kalian. Semoga segala usaha dan doa kita dimakbulkan Ilahi. Insya Allah, takkan lari gunung dikejar.

Ingatlah bahawa tiada satu pun hembusan nafas insan di muka bumi, yang berlaku tanpa takdir Allah mengalir di dalamnya...

Buatlah yang terbaik, PASTI, Allah juga telah janjikan yang TERBAIK buat kita.

Enjoy this teaser video made by students studying in PERTH, Australia. (not me but my cute friends...hehe)

-mohon sebar2kan ye kawan2- (^__^)



Insya Allah, kalau ada soalan apape tentang Fly High saya boleh cuba sedikit sebanyak menjawab. (^_^) will update the progress soon.......

FastaBiQuL Khairat (^^)v

Friday, October 1, 2010

KeredhaanMu ya Allah....(T.T)

KeredhaanMu

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih


Lagu : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records)
Lirik : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records)
Penyusun Muzik : Trabye
Penerbit : Faizal Osman
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.




FastaBiQuL Khairat....