Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, itu adalah hati.” (HR. Bukhori)
Monday, December 28, 2009
Boxing Day n New Year day
Monday, November 23, 2009
Money Matters
Thursday, September 24, 2009
PERTAMA KALI
Pertama kali dalam hidupku, solat terawih jemaah bersama muslim berlainan bangsa dan negara, berlainan bahasa dan pemahaman, berlainan adat dan budaya. Keramahan mereka menambat hati, keikhlasan mereka dapat dirasakan. Mungkin bahasa dan adat memisahkan kami...tapi tatkala sujud pada ilahi niat kami bersatu, ingin mengharap redha dan rahmat Ilahi semata.
Pertama kali dalam hidupku, tiada istilah shopping baju raya or kuih raya. Macam mana nak shopping? Semuanya tiada dijual di sini. Baju kurung? Tudung bawal? Biskut almond London? Tiada lagi buatku...tiada lagi masakan mama untuk berbuka, atau kerenah adik2ku di saat itu...semuanya tiada..
Pertama kali dalam hidupku, menikmati keseronokan iftar bersama senior2 sama ada di rumah2 mereka ataupun di musalla..selain dapat berjimat (hehe), kerinduan terhadap keluarga luput sebentar...telatah mereka menghiburkan...dalam bersenda, bicara mereka masih berhikmah, ada saja soal ilmiah yg dibincangkan (in dis case kebanyakannya about drugs + therapies + pharmacological stuff hehe)...menarik sungguh pengalaman ini...
Pertama kali, di saat takbir raya berkumandang, hatiku sayu...sungguh, tak pernah hati ini merintih sesayu ini...takbir raya, lagu raya, malah ucapan selamat hari raya maaf zahir batin...sangat2 memberi kesan...wahai tuhan, emotional kah daku? Rasionalkah daku bersikap begini?
Pertama kali, takbir raya dialunkan sendiri bersama senior2 sekalian...selama ini, takbir raya yang hanya didengarkan di corong2 radio atau kaca2 televisyen, tapi syawal ini...takbir raya kami alunkan sendiri...beramai2...memang kesyahduan itu ada...namun, telatah rakan2 telah menghakis perasaan sayu ini sedikit sebanyak...thanx guys (^^)
Pertama kali, aku merasa kemeriahan beraya di negara orang...konvoi 10 buah kereta dari Bentley ke Hepburn untuk solat sunat aidilfitri di sebuah masjid di sana...perjalanan memakan masa setengah jam...mengapa perlu bersusah payah? Kerana hanya di masjid inilah, khutbah aidilfitrinya dwibahasa, bahasa melayu dan bahasa inggeris...kerna hanya di masjid inilah, begitu ramai muslim berbangsa melayu dapat di temui...tidak kisahla Malaysia, singapura mahupun Indonesia...semuanya ada di sini...kerna di masjid ini jugalah, juadah hari raya kebanyakannya juadah melayu.. ya Allah, menariknya pengalaman ini..
Pertama kali dalam hidupku, di pagi aidilfitri, tidak mampu bersalaman dengan kedua orang tuaku, adik beradikku dan ahli keluarga yang lain...hatiku sedih...tipulah, aku tak mampu berbohong bila tiba soal hati...aku sedih dan sayu...namun aku kuatkan hati...aku tabahkan emosi...di hari mulia ini aku harus tersenyum...aku harus meraikan kemenangan ini...
Pertama kali dalam hidupku, tiada istilah duit raya..haha...mengapa? mungkin kerana aku telah dianggap dewasa ataupun mungkin kerana di sini pemberian duit raya itu tidak diamalkan...entahla...huhu
Pertama kali di pagi aidilfitri, tiada baju raya buatku...baju raya still on the way...masih belum sampai dari Malaysia...meskipun sedih...ku pujuk hatiku ini...sunatnya adalah memakai pakaian terbaik yang ada dan tidak semestinya pakain baru...kan2? tapi...still sedih la jugak...huhu
Pertama kali dalam hidupku jua...syawal kedua di sambut di dalam exam hall...tepat 8 pagi 2 syawal, aku sedang berjihad menjawab paper mid semester test pharmaceutical chemistry...malah usai test tersebut, tutorial menanti...malah lusa kemudiannya, mid sem test untuk epidemiology dan biostatistics pula menanti...wahai tuhan...mencabarnya aidilfitri ini...semoga keberkatan aidilfitri ini ada buatku...
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Begitu banyak pertama kali dalam hidup kita...dan adakalanya kita tak pasti samada adakah yang pertama kali itu akan disusuli dengan kedua kali atau ketiga? atau mungkinkah yang pertama kali itu...akan menjadi terakhir kali buat kita?
Maka rakan2 pembaca sekalian...hargailah setiap detik nafas kurniaan ilahi...manfaatkan setiap waktu yang ada...kerna kita tidak tahu, adakah pertama kali itu akan kekal sebagai pertama kali atau menjadi terakhir kali buat kita...
Jazakallah...
*FasTabiQuL KhaiRaT*
Tuesday, August 25, 2009
Speechless
-Michael Jackson-
I dunno why….I’m so into this song currently…
This is a song from Invincible, the King Of Pop album.
Never heard it before…seriously…
And when I was browsing the net and come across the lyrics, it looked typical…
But when I heard the song at youtube…I was touched…
Huhu…what’s happening to me?? (T.T)
Anyway…I dedicated this song to all of my friends and family out there…
I really miss you guys…(T.T)
Saturday, August 22, 2009
1 Ramadhan 1430H
1 Ramadhan 1430H
Tepat jam 5.54 petang waktu
Sejam sebelum peristiwa….kira2 4.00 petang
Ahlul Bait Raihan datang ke rumah kami yang masih tanpa nama ini…(semua rumah senior2 ada nama…tak aci…nak gak nama rumah…kawan2 yang ada idea leh usul2kan…hehe). Kak Umai, kak Fizah, kak Syazwan and Kak Nabilah dating bersama sekotak jus mango + orange yang sangat lazat sekali…mekasih korang. Tujuan kedatangan adalah untuk berbincang tentang menu untuk majlis iftar MISWA insya Allah…Aku yang sekadar ahli biasa ni menyelit skit2 jelah…hehe…dan akhirnya terbuka satu kisah tentang sebuah masjid di hujung treasure road…
“Korang solat terawih kat mana hari ni? Malam ni dah 1 ramadhan
“Kami nak pi masjid turki yang ada kat ujung jalan kat umah kami tu,” ujar kak syazwan
“Ha…kitaorang pun ingat nak gi situ gak,” zack bersuara
“Apa kata kita pegi awal sket sebab diorang mesti sediakan makanan untuk berbuka, diorang puasa sehari awal daripada kita,” tambah kak syazwan lagi. Aik?? Nape plak??
“Yeke kak syazwan? Awat cam tu eh?” aku bertanya…peliknya.
“Entahla, diorang ikut waktu turki kot,” mengikut pertimbangan daku yang daif ini, puasa boleh ditentukan dengan dua cara, satu melalui hilal atau anak bulan dan satu lagi mengikut pengiraan kalender hijri. Mungkin depa ni mazhab lain…wallahualam…
“Kalau camtu nak pi pukul brapa ni?” loghat aku dah bercampoq aduk dah…hahaha
“Dalam 6.50 kita gerak dari rumah kami lah, sebab isyak pukul 7.15,” Kak Umai pula bersuara.
“Okay. Kalau camtu dalam pukul 6.30 kami sampai pegi umah korang eh. Pastu kita pegi sama2,”
Sejam selepas peristiwa….kira2 6.55 petang
Kami dengan dua buah kereta menuju ke masjid yang disebut2 tadi…
Suleiimann Camii, nama masjid terpapar di pintu masuk. Tatkala sampai dipekarangan masjid, seribu satu persoalan menerjah fikiran aku…
“memang tak ramai orang terawih ke kat
Ternyata interiornya tak banyak beza dari masjid2 di
Dan mata2 kami tertumpu pada notis yang ditampal di almari betul2 di hadapan pintu masuk.
“Terawih will start at 7.45 pm” mata2 kami beralih pula ke jam dipergelangan tangan dan jam di dinding masjid…baru pukul 7???
“Camne ni umai? Nak tunggu ke? Lambat lagi ni,”
“
“Em…,”
“Jom mengajila…
“Isyak masuk pukul brapa? 7.15
“Jomla sementara tu kita buat halaqah mengaji dulu,”
“Ok”
Itula bibit2 perbualan yan mampu aku recall dari memori aku yang tak seberapa ini….waduh…macem2 halnya ya…hehehe…
Masa pun berlalu, dan bilangan jemaah semakin bertambah. Mula2 dapat dilihat mak cik2 tua yang sampai. Dengan senyuman dan tasbih ditangan, salam diberi. Muka bersih sekali, masya Allah. Kemudian datang beberapa keluarga melayu. Alhamdulillah, ada juga kelibat melayu di sini. Yang penting kita seagama, bila seagama kita bersaudara. Kemudian datang lagi pemudi2 turki yang cantik menawan, alhamdulillah, bukan yang tua sahaja yang mahu mengejar peluang ini…masih ada generasi muda yang tidak mahu ketinggalan. Dan masa masih terus berlalu, jam telah menunjukkan waktu 7.50 malam, imam telah mula berbicara…
‘bagi tazkirah kot’ fikirku…yela…tazkirah in turki…bahasa yang jauh skali dari pemahaman aku yang daif ini…huhu…mataku meliar memandang sekeliling, sesekali terdengar bunyi teriak anak2 kecil berlari di selangi suara si ibu yang menegur..senyum kecil terbit dariku…indahnya zaman kanak2…
Tiba2, sekalian jemaah berdiri…
‘dah nak isyak kot’ aku pun berdiri sama dan menyiapkan diri dan tiba2…makcik kat depan aku rukuk, sedangkan aku tak dengar pun imam angkat takbir…??? Eh2?? Awat ni?
Aku dan kak umai berpandangan…blur sebentar…nape ni??
Kak umai memberanikan diri bertanya gadis turki di sebelahnya tentang solat 4 rakaat yang dikerjakan tanpa imam tadi.
“Oh, dat’s solah sunnah, four rakaah,” aku dan kak umai mengangguk…oh…yeke…takde warning apape tetiba solat sunat…adoooi…hehe
Kemudian terdengar suara si imam and de Turkish girl said to us
“now it’s isya’ prayer, 4 rakaah” aku tersenyum…terima kasihla banyak2…huhu
Usai mengerjakan solat isya tetiba sekalian jemaah berdiri lagi…anggapan ku dah nak terawih kot kemudian tapi gadis turki itu memberitahu…
“It’s solah sunnah again” Oh yeke…kagum juga aku…sekalian jemaah berdiri…betul weh….semua….even makcik yang solat duduk pun wat solat sunat skali…kalau kat msia…aku rasa jarang skali…hmmm…
Dan finally tibalah masa untuk solat terawih yang dinanti2…ya Allah…banyak jugak peristiwa sebelum nak wat solat terawih 1 ramadhan ni. Tapi…peristiwa tak berhenti di sini kawan2…nonono…
Kalau di msia, solat terawih definition is 2 rakaat 1 salam, correct? And aku telah mengaplikasikan definisi itu dengan terawih org2 turki dan nampaknya aku salah….tetttt!!!
Selepas tahiyyat rakaat kedua, imam takbir…
Ha???
Yup…imam takbir and semua orang berdiri, imam pun menyambung fatihah.
Aku duduk berteleku sebentar, nak bangun ke tak? Nak bangun ke tak? Akhirnya aku bangun jugak melihatkan kak umai pun bangun, dan niat aku pun bertukar 2 rakaat ke 4 rakaat. Aku masih
Selepas 8 rakaat, aku pandang jam. Aik? Baru 8.15?? 15 minit je dah abis 8 rakaat?? Nape ek? Lepas 8 rakaat jugak, semua orang berbisik2…nak berenti ke? Kak umai pun kata…sambung jelah…maka kami pun sambung berterawih hingga ke rakaat ke 20!!! Alhamdulillah….Malam pertama terawih dapat 20 rakaat…(^^)
Rahsia solat 20 rakaat dalam masa setengah jam…nak tau?? Bacalah fatihah dalam satu nafas sahaja…ya Allah, serious, imam tu memang sangat mampu membaca fatihah dalam satu nafas, sangat laju tapi takdelah sampai tak dengar huruf apapa…masih jelas dan boleh di fahami…hmm…hebatnye imam masjid ni…dan lagi satu, orang2 turki ni tak buat bacaan duduk di antara dua sujud tu…cepat gile…macam toma’ninah aje rasanya…
Aku mula2 semput jugak nak mengejar…yela…sebab dah biasa baca
Kemudian sampaila untuk solat witir…solat witir kat sini 3 rakaat, ujar gadis turki…aku pun mengangguk faham…tapi dia x cakap pun ada bacaan qunut!!! Wah!! Boleh tak….lepas fatihah rakaat ketiga, imam takbir, aku ingat untuk ruku’ tapi sebenarnya untuk qunut…ya Allah….aku tak tau….huhuhu…aku dah ruku’ and bangun semula…malunya aku Allah je yang tahu…(T.T) Tapi Alhamdulillah…berakhirlah episode pertama terawih di perantauan…
Dah lepas2 solat tu, jemaah kat sini salam dengan semua orang…yup…semua…kenal ke tak kenal ke…saf depan ke saf blakang ke…semua…aku sangat kagum…hebat benar pekerti mereka…kami pun bersiap2 untuk pulang…
Jejakkan kaki ke perkarangan masjid aku terkejut, penuh dengan kereta masya Allah!!! Sampai dah tak nampak tempat parking…besar jugak komuniti Islam di sekitar ini…Alhamdulillah…
Berakhirlah kisah 1 Ramdhan 1430H aku…menarikkan??? Hehe….semoga yang baik boleh dijadikan iktibar, boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian…insya Allah…yang buruk di jadikan sempadan…
Baiklah kawan2…dah pukul sebelas ni…kena bangun awal….subuh kat sini pukul 5.25 pagi…doakan aku boleh bangun…
salam…
Thursday, July 30, 2009
Second Semester!!
- Epidemiology and Biostatistics (wat data collection, microsoft excel, bla bla)
- Genetics in Pharmacy ( meiosis + mitosis+mendel theory+ moooreeee to come...)
- Pharmaceutical Biology (in short physiology...first sem dlu anatomy..huhu)
- Pharmaceutical Chemistry (chemistry is my favourite subject and will always be...(^^) thanks to madam amani...miss u madam...huhu)
- Pharmaceutics ( inilah subject yang membezakan doctor and pharmacist...in this unit we learn about compounding medicine...meaning buat ubat!! (^^) )
Thursday, June 18, 2009
Monster:::monsTrum
Thursday, June 4, 2009
Sahabatku...Salam Imtihan...
Monday, May 18, 2009
Boys Over Flower (korean version)
Boys Over Flower...korean version!!
Title: 꽃보다 남자 / Kgotboda Namja
Also known as: Boys Before Flowers / Boys Over Flowers
Genre: Romance, comedy
Episodes: 25
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2009-Jan-05 to 2009-Mar-31
Related Series: Meteor Garden, Hana Yori Dango, Liu Xing Yu
Lee Min Ho as Goo Joon Pyo
Kim Hyun Joong as Yoon Ji Hoo
Kim Bum as So Yi Jung
Kim Joon as Song Woo Bin
Huhu...takde yang tak best atau best...
The live action ones....
The comic ones...
the differences between em...
you'll be the judge...(^^)
hehe...
on the bright side...
they are my free time...
bak kata kak tina
"enjoy the boringness of Perth"
how am I enjoying it?
by watching onlne dramas...
hehe