1 Ramadhan 1430H
Tepat jam 5.54 petang waktu
Sejam sebelum peristiwa….kira2 4.00 petang
Ahlul Bait Raihan datang ke rumah kami yang masih tanpa nama ini…(semua rumah senior2 ada nama…tak aci…nak gak nama rumah…kawan2 yang ada idea leh usul2kan…hehe). Kak Umai, kak Fizah, kak Syazwan and Kak Nabilah dating bersama sekotak jus mango + orange yang sangat lazat sekali…mekasih korang. Tujuan kedatangan adalah untuk berbincang tentang menu untuk majlis iftar MISWA insya Allah…Aku yang sekadar ahli biasa ni menyelit skit2 jelah…hehe…dan akhirnya terbuka satu kisah tentang sebuah masjid di hujung treasure road…
“Korang solat terawih kat mana hari ni? Malam ni dah 1 ramadhan
“Kami nak pi masjid turki yang ada kat ujung jalan kat umah kami tu,” ujar kak syazwan
“Ha…kitaorang pun ingat nak gi situ gak,” zack bersuara
“Apa kata kita pegi awal sket sebab diorang mesti sediakan makanan untuk berbuka, diorang puasa sehari awal daripada kita,” tambah kak syazwan lagi. Aik?? Nape plak??
“Yeke kak syazwan? Awat cam tu eh?” aku bertanya…peliknya.
“Entahla, diorang ikut waktu turki kot,” mengikut pertimbangan daku yang daif ini, puasa boleh ditentukan dengan dua cara, satu melalui hilal atau anak bulan dan satu lagi mengikut pengiraan kalender hijri. Mungkin depa ni mazhab lain…wallahualam…
“Kalau camtu nak pi pukul brapa ni?” loghat aku dah bercampoq aduk dah…hahaha
“Dalam 6.50 kita gerak dari rumah kami lah, sebab isyak pukul 7.15,” Kak Umai pula bersuara.
“Okay. Kalau camtu dalam pukul 6.30 kami sampai pegi umah korang eh. Pastu kita pegi sama2,”
Sejam selepas peristiwa….kira2 6.55 petang
Kami dengan dua buah kereta menuju ke masjid yang disebut2 tadi…
Suleiimann Camii, nama masjid terpapar di pintu masuk. Tatkala sampai dipekarangan masjid, seribu satu persoalan menerjah fikiran aku…
“memang tak ramai orang terawih ke kat
Ternyata interiornya tak banyak beza dari masjid2 di
Dan mata2 kami tertumpu pada notis yang ditampal di almari betul2 di hadapan pintu masuk.
“Terawih will start at 7.45 pm” mata2 kami beralih pula ke jam dipergelangan tangan dan jam di dinding masjid…baru pukul 7???
“Camne ni umai? Nak tunggu ke? Lambat lagi ni,”
“
“Em…,”
“Jom mengajila…
“Isyak masuk pukul brapa? 7.15
“Jomla sementara tu kita buat halaqah mengaji dulu,”
“Ok”
Itula bibit2 perbualan yan mampu aku recall dari memori aku yang tak seberapa ini….waduh…macem2 halnya ya…hehehe…
Masa pun berlalu, dan bilangan jemaah semakin bertambah. Mula2 dapat dilihat mak cik2 tua yang sampai. Dengan senyuman dan tasbih ditangan, salam diberi. Muka bersih sekali, masya Allah. Kemudian datang beberapa keluarga melayu. Alhamdulillah, ada juga kelibat melayu di sini. Yang penting kita seagama, bila seagama kita bersaudara. Kemudian datang lagi pemudi2 turki yang cantik menawan, alhamdulillah, bukan yang tua sahaja yang mahu mengejar peluang ini…masih ada generasi muda yang tidak mahu ketinggalan. Dan masa masih terus berlalu, jam telah menunjukkan waktu 7.50 malam, imam telah mula berbicara…
‘bagi tazkirah kot’ fikirku…yela…tazkirah in turki…bahasa yang jauh skali dari pemahaman aku yang daif ini…huhu…mataku meliar memandang sekeliling, sesekali terdengar bunyi teriak anak2 kecil berlari di selangi suara si ibu yang menegur..senyum kecil terbit dariku…indahnya zaman kanak2…
Tiba2, sekalian jemaah berdiri…
‘dah nak isyak kot’ aku pun berdiri sama dan menyiapkan diri dan tiba2…makcik kat depan aku rukuk, sedangkan aku tak dengar pun imam angkat takbir…??? Eh2?? Awat ni?
Aku dan kak umai berpandangan…blur sebentar…nape ni??
Kak umai memberanikan diri bertanya gadis turki di sebelahnya tentang solat 4 rakaat yang dikerjakan tanpa imam tadi.
“Oh, dat’s solah sunnah, four rakaah,” aku dan kak umai mengangguk…oh…yeke…takde warning apape tetiba solat sunat…adoooi…hehe
Kemudian terdengar suara si imam and de Turkish girl said to us
“now it’s isya’ prayer, 4 rakaah” aku tersenyum…terima kasihla banyak2…huhu
Usai mengerjakan solat isya tetiba sekalian jemaah berdiri lagi…anggapan ku dah nak terawih kot kemudian tapi gadis turki itu memberitahu…
“It’s solah sunnah again” Oh yeke…kagum juga aku…sekalian jemaah berdiri…betul weh….semua….even makcik yang solat duduk pun wat solat sunat skali…kalau kat msia…aku rasa jarang skali…hmmm…
Dan finally tibalah masa untuk solat terawih yang dinanti2…ya Allah…banyak jugak peristiwa sebelum nak wat solat terawih 1 ramadhan ni. Tapi…peristiwa tak berhenti di sini kawan2…nonono…
Kalau di msia, solat terawih definition is 2 rakaat 1 salam, correct? And aku telah mengaplikasikan definisi itu dengan terawih org2 turki dan nampaknya aku salah….tetttt!!!
Selepas tahiyyat rakaat kedua, imam takbir…
Ha???
Yup…imam takbir and semua orang berdiri, imam pun menyambung fatihah.
Aku duduk berteleku sebentar, nak bangun ke tak? Nak bangun ke tak? Akhirnya aku bangun jugak melihatkan kak umai pun bangun, dan niat aku pun bertukar 2 rakaat ke 4 rakaat. Aku masih
Selepas 8 rakaat, aku pandang jam. Aik? Baru 8.15?? 15 minit je dah abis 8 rakaat?? Nape ek? Lepas 8 rakaat jugak, semua orang berbisik2…nak berenti ke? Kak umai pun kata…sambung jelah…maka kami pun sambung berterawih hingga ke rakaat ke 20!!! Alhamdulillah….Malam pertama terawih dapat 20 rakaat…(^^)
Rahsia solat 20 rakaat dalam masa setengah jam…nak tau?? Bacalah fatihah dalam satu nafas sahaja…ya Allah, serious, imam tu memang sangat mampu membaca fatihah dalam satu nafas, sangat laju tapi takdelah sampai tak dengar huruf apapa…masih jelas dan boleh di fahami…hmm…hebatnye imam masjid ni…dan lagi satu, orang2 turki ni tak buat bacaan duduk di antara dua sujud tu…cepat gile…macam toma’ninah aje rasanya…
Aku mula2 semput jugak nak mengejar…yela…sebab dah biasa baca
Kemudian sampaila untuk solat witir…solat witir kat sini 3 rakaat, ujar gadis turki…aku pun mengangguk faham…tapi dia x cakap pun ada bacaan qunut!!! Wah!! Boleh tak….lepas fatihah rakaat ketiga, imam takbir, aku ingat untuk ruku’ tapi sebenarnya untuk qunut…ya Allah….aku tak tau….huhuhu…aku dah ruku’ and bangun semula…malunya aku Allah je yang tahu…(T.T) Tapi Alhamdulillah…berakhirlah episode pertama terawih di perantauan…
Dah lepas2 solat tu, jemaah kat sini salam dengan semua orang…yup…semua…kenal ke tak kenal ke…saf depan ke saf blakang ke…semua…aku sangat kagum…hebat benar pekerti mereka…kami pun bersiap2 untuk pulang…
Jejakkan kaki ke perkarangan masjid aku terkejut, penuh dengan kereta masya Allah!!! Sampai dah tak nampak tempat parking…besar jugak komuniti Islam di sekitar ini…Alhamdulillah…
Berakhirlah kisah 1 Ramdhan 1430H aku…menarikkan??? Hehe….semoga yang baik boleh dijadikan iktibar, boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian…insya Allah…yang buruk di jadikan sempadan…
Baiklah kawan2…dah pukul sebelas ni…kena bangun awal….subuh kat sini pukul 5.25 pagi…doakan aku boleh bangun…
salam…
pengalaman yang luar biasa pada akak... i wish i wuz there... huuuu....
ReplyDeletekak ona
assalamu'alaikum...
ReplyDeletesalam ramadhan 1430H buat aleen di sana ..~
pengalaman yg menarik !!~ tak sabar rasanya ingin menjadi sebahagian drpd kisah di atas,heheee~ =P
teruskan mencari HIKMAH KEMBARA...~
lOve u...mg Ramadhan kali ini lebih baik buat kita !!~
assalamu'alaikum...
ReplyDeletesalam ramadhan 1430H buat aleen di sana ..~
pengalaman yg menarik !!~ tak sabar rasanya ingin menjadi sebahagian drpd kisah di atas,heheee~ =P
teruskan mencari HIKMAH KEMBARA...~
lOve u...mg Ramadhan kali ini lebih baik buat kita !!~