Friday, October 21, 2016

Honshu Day 1: Konnichiwa minna-san!!


Travelog Pulau Honshu

Day 1

Seakan tidak percaya, akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke bumi matahari terbit. Excitednyaaaa! Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.....

Tetapi sejujurnya, sepanjang perjalanan, hati kecil ini tak henti-henti berdoa agar dipermudahkan. Sebab sebelum datang ke Jepun ni, saya banyak sangat baca pengalaman orang yg travel ke luar negara. Ada yg kena tahan polisla, masuk lokaplah, kemalanganlah. (haha, risau letu) Jadi sejak sampai airport sehinggalah lepas gate immigration, memang tak henti2 berdoa. Semoga Allah permudahkan...aameen...


Ini masih langit Malaysia. Hehe

Muka senyum dalam hati Allah saja yang tahu. Lama tak fly jauh2 ni oiii

Tips: ketika di atas flight, anda diminta mengisi declaration form. Sila isi dengan LENGKAP. Terutama bahagian alamat dan no telefon. Jika didapati tidak lengkap, anda mungkin terkandas di bahagian kastam. (Yes, it happened to us). Alhamdulillah saya lepas, kawan2 tak lepas. Tapi bila kita beri maklumat lengkap dsbnya, akhirnya diberi juga pelepasan masuk ke negara Jepun...alhamdulillah

Ok selepas keluar dari gate immigration, perkara pertama saya buat adalah....

Cari money changer!

"Tak tukar duit masa di Penang ke?" mungkin ada yang ingin tahu

Eh tukar...cuma saya ada lebihan duit AUD dalam simpanan. Lepas research, macam better tukar di Jepun so itulah alkisahnya.

Tips: Money changer di Jepun banyak di Airport ya kawan2. Kalau keluar dari airport kena pegi bank which is quite troublesome, jadi, kalau rasa tak cukup duit, tukarlah siap2 atau bawalah credit card. Pastikan credit card telah diaktifkan utk penggunaan di luar negara. Bukan nak kata saya ni boros...tidakk...(haha) tapi sebagai backup kalau berlaku perkara yang tidak diingini.

Kansai Airport Women's Prayer Room
Selepas tukar duit, kami bergegas ke information counter. Tapi tiba-tiba kami ditahan dan ditemuramah pula oleh 2 orang keisatsukan yang kakkoi!!! Hahaha...gomenasai (Memang kakkoi nak wat camner) Dari mereka kami tahu yang ada beberapa restoran halal di Kansai Airport dan Kansai Airport turut menyediakan prayer room buat Muslim visitor.

Maka kami pun bergeraklah ke prayer room. Cukup luas dan selesa bilik solat di Kansai Airport. Sempatla kami berehat-rehat sebelum meneruskan pengembaraan. 

Tips: jangan takut bertanya. Pergi saja mana-mana information counter, insya Allah mereka akan membantu 😊

 Sebelum berangkat ke Kyoto, kami perlu exchange JR pass dan purchase ICOCA card. Inilah dua item paling penting di sepanjang pengembaraan ini.


Apa itu JR Pass??

JR pass adalah satu tiket pengangkutan di Jepun yang hanya boleh dibeli di luar Jepun. Ada saja option untuk travel tanpa JR pass tapi bagi kami, kami tidak menyesal langsung membeli JR pass. This pass is valid for 7 days and it covers all JR trains/certain buses and shinkansen all over Japan!! Yup, not just Honshu guys, even Kyushu, Shikoku and Hokkaido! Tapi trip kami hanya di Honshu. Itupun tidak semua. 

Untuk lebih terperinci boleh baca di sini 
Kami beli JR Pass dari JTB Malaysia cawangan Penang. Ini link akses website JTB untuk beli JR pass.
#Maafkan wajah sis yang excited dapat pegang JR Pass. Hehe

Kenapa ambil JR Pass, kayanya korang!
JR pass, ICOCA card,
Haruka return tickets,
and Hikari 514 to Tokyo

Err, tidaklah begitu kaya. Itinerary kami bermula dan berakhir di Osaka. Kami mendarat di Kansai dan akan pulang ke Malaysia juga dari Kansai. Tapi dah alang-alang sampai Jepun, takkan tidak mahu singgah Tokyo? Kan2? Namun, perjalanan Kyoto - Tokyo bukan dekat ye kengkawan. 513.60km!!

Option 1: naik domestic flight
Pros - cepat
Cons - mahal dan tak terus sampai tokyo, more travel required

Option 2: naik overnight bus
Pros - murah giler, tidur dlm bas, jimat satu hari accommodation.
Cons - 8 jam dalam bas oii...burn satu hari, penat, 

Option 3: naik shinkansen
Pros - laju gile! 3 jam dah sampai. Selesa pulak tu. Terus sampai Tokyo station
Cons - mahal. (Tapi jadi murah kalau guna JR pass)

Di sinilah kebaikan JR Pass. Hanya bayar sekali sahaja di Malaysia, maka kami boleh naik shinkansen tanpa had untuk 7 hari! Siap boleh reserve seat lagi. No extra charge. Di Tokyo, major attractions semua dekat dengan JR station, lagi la senang. Jadi kami tekad! Kita amik JR pass!! 



JR pass done!
ICOCA & Haruka done!

Oh lupa nak cerita sikit tentang Haruka.
ICOCA ialah nama untuk kad IC (ala-ala TnG kat msia) di Osaka. Haruka pula nama train yang menghubungkan Kansai Airport dengan bandar-bandar utama di Osaka.

Itinerary kami:
Day 1: Kansai Airport ---> Kyoto
Day 10: Osaka ----> Kansai Airport

Jadi kami ambil keputusan untuk naik Haruka, yang boleh dibeli dengan harga diskaun jika dibeli bersama-sama dengan ICOCA card. Memang alang-alang nak guna ICOCA so tak rugi pun ambil set ICOCA dan Haruka. Sekurang-kurangnya, hari akhir kami di Jepun, tak perlu keluar duit belanja untuk transport dah. Alhamdulillah

Dan bermulalah pengembaraan ke Kyoto!!!

Operator Haruka ni perempuan tau! Sugoiii! 
Teringat babak-babak dalam Train to Busan. Haha. 

Sampai di Kyoto, jam baru menunjukkan pukul 1 petang. Disebabkan kami hanya dibenarkan untuk check in ke airbnb selepas jam 3, jadi kami simpan beg di dalam coin locker dahulu dan ambil keputusan untuk ke....Fushimi Inari!!

Sebelum ke mana2, mari topup ICOCA dahulu! Masukkan 10,000 yen terus.
Kalau tak cukup, nanti kita topup kemudian

We are here! And yes, it's raining. Hujan pun rahmat Allah kan? :)
Mari bergambar!!

When you take their picture.
Cantiknya
When they take your picture.
Why??? Haha
Gambar dramatik yang wajib ada.


Realitinya, kami hampir basah kuyup. Hehe
Tiang bukan sebarang tiang. Tiang jingga ini di Fushimi Inari, Kyoto, Japan!! And yes, rain does not stopped us from making memories. Actually it becomes more memorable this way. 😊😊😊Fushimi Inari adalah salah satu lokasi menarik untuk ambil gambar-gambar dramatik. Haha #gambardramatikftw

Selepas kepenatan bermain hujan di Fushimi inari, kami ke Gion untuk dinner di Naritaya. Dinner yakiniku! Yakiniku okayy! Oishi neee!!


Daging nipis-nipis je, nak beli banyak-banyak mahal.
So kita makan kongsi-kongsi lah ye, balik kang masak megi.
Hehe.
Dan akhirnya kami check in ke airbnb yang terletak di Uzumasa. Agak dramatis juga nak mencari rumah Yui ni (nama host airbnb). Dengan penat dan sesat, syukur ada sorang yasashi oneesan tolong tunjukkan jalan. Penting juga untuk kita tahu sedikit phrases japanese, barulah japanese pun semangat nak membantu kita. Dengan susah payah dia terangkan pada kami simpang mana yang perlu dilalui. Alhamdulillah tiba di rumah Yui pada jam 8 malam. Jam 8 macam jam 10 dah di Jepun, Isya' dah lama masuk, pukul 7 dah isya' tau.

Dan berakhirlah hari pertama.
Serius masih rasa seperti mimpi. 
Malam sebelumnya masih terasa bayu tanah melayu
Pagi ini bermain rintik hujan pulau honshu
Kalau benar ini mimpi
Biarkan aku terus beradu
Namun ternyata ini realiti
Sungguh aku sangat2 bersyukur pada ilahi

Alhamdulillah

In short
Day 1 (3/10/16)
KUL - KIX
KIX - Kyoto station (by haruka)
Fushimi Inari (free admission)
Gion Naritaya Yakiniku
Uzumasa (airbnb)

Cost for day 1
Icoca & Haruka (return harukas tix for KIX) = 4700yen
Coin locker = 500 yen
Dinner = 1500 yen
Total = 6700 yen (RM270)

Insya Allah nantikan post kedua, ketiga dan seterusnya.
Insya Allah akan ada satu post kos yang dikeluarkan SEBELUM fly.
Insya Allah3 nak sangat kongsikan semua.
Sekurang-kurangnya untuk peringatan pada diri saya sendiri.
Dan sangat bersyukur kalau boleh memberi manfaat pada orang lain.

Ayuh bersamaku. Ikimashou!

Alhamdulillah3
Fastabiqul khayrat~

No comments:

Post a Comment