Saturday, August 31, 2013

[Travelog] Kisah 5 buku

Nukilanku satu masa dulu. Moga mampu beri saham buatku di akhirat kelak...
[Based on a true story] :)
Bismillahirrahmanirrahim

--------------------------------------------------------------------------

4.45 petang. Sudah kesekian kalinya pandanganku jatuh pada jarum jam di dinding makmal pharmaceutics ataupun ‘super lab’ itu. Letih. Ya, aku sudah keletihan dengan kelas hari ini. Tambahan pula hari ini merupakan hari cuti am di Perth, maka aku terpaksa berjalan dari rumahku untuk ke universiti. Perjalanan yang selalunya mengambil masa selama 7 minit dengan bas menjadi setengah jam. Allah, berikan aku kekuatan!

“I guess all of you here really wish to end this class early,” bicara Andrew, si tutor, sambil tersengih melihat wajah-wajah kami yang jelas kelihatan tersiksa dengan saat-saat terakhir.

“Yessss!” balas beberapa orang rakan sekelasku dengan nada mendatar. Kami semua tertawa. Ternyata bukan aku seorang sahaja yang keletihan hari ini.

“Okay, I guess, that’s all for today!” ujar Andrew sambil tersenyum. Kelas yang senyap sunyi bertukar menjadi hingar dengan sekelip mata. Yang tadinya hampir terlelap telah kembali segar, yang tadinya diam seribu bahasa kini riuh dengan kisahnya. Ajaib. Adakah ini cuma berlaku di sini? Magis apakah ini? Aku tersenyum sendiri.

Indah sungguh perancangan ilahi, aku dihantar pulang oleh seorang sahabat, Xin Li. Maka tidak perlulah aku berjalan kaki untuk pulang. Pertemuan dengan Xin Li juga tidak disangka-sangka.

“Here it is Syazleen, I don’t want to throw any religious thing away. It’s not appropriate,” ujar Xin Li sambil menunjukkan padaku sekeping kad tersisip kemas di bahagian cermin di atas tempat duduk pemandu.

Xin Li, sahabatku dari Malaysia. Kebetulan dia baru sahaja membeli kereta dari seorang lelaki muslim. Namun, lelaki tersebut telah meninggalkan sesuatu dengan tulisan-tulisan yang tidak difahami Xin Li. Syukur kerana Xin Li tidak berniat untuk membuang tulisan itu, sebaliknya meminta aku untuk menyimpannya. Ianya ternyata sebuah kad kecil, tertulis kalimah-kalimah yang sangat-sangat aku kenali.

Asmaul husna.

“What is that Syazleen? Do you understand what it says?” ujar Xin Li ingin tahu.

“Well, do you know that we muslims call our god Allah?” Xin Li mengangguk.

“In Islam, we also have 99 different names with 99 different meaning to address Him and some of the names are written on this card,”

“Oh, I don’t know that. Lucky I did not throw it away,”

“Thank you Xin Li,” ujarku ikhlas sambil melemparkan senyuman buatnya. Aku tatap kad kecil itu. Ralit aku sebentar dengan tulisan di atasnya. Unik.

‘Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Razzaq,’ tuturku sendirian di dalam hati. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang , Maha Pemberi Rezqi.
_______________________________________________________

“Assalamualaikum,” ujarku seraya membuka pintu bilikku. Sudah menjadi kebiasaan, aku selalu memberi salam sebelum memasuki bilik meskipun kutahu tiada siapa di dalamnya. Kad kecil pemberian Xin Li ku sisipkan di cermin solek. Tanpa berfikir dua kali aku lontarkan badanku yang keletihan di atas katil yang empuk lagi sejuk itu. Alhamdulillah. Bahagia. Aku memejamkan mata, meskipun badanku sedang berehat namun mindaku masih bergerak laju. Merancang aktiviti pada malam ini. Perlu siapkan Powerpoint untuk pembentangan hari Khamis nanti, perlu masak makan malam, perlu muat turun nota-nota dari ‘Blackboard’ dan…

Mataku yang terpejam kini kembali terbuka luas. Aku bingkas dari keempukan selimut dan katil dan mencari 5 buah buku itu. Ya. 5 buah buku!

‘Ya Allah, aku terlupa!’ jeritku kecil.

5 buah buku yang kupinjam dari perpustakaan sebulan yang lalu. Kini sudah hampir 2 minggu melepasi tarikh tamat. Aku tatap kelima-lima buku itu. Kesemuanya tebal-tebal belaka.

‘Jangan beralasan lagi hari ini Syazleen, buku ini harus dipulangkan hari ini juga!’ tekadku pada diri sendiri.
2 minggu yang lepas aku masih lagi Armadale Health Service untuk praktikal tahun akhir farmasi. Setiap hari aku ke sana pukul 8 pagi dan pulang kira-kira pukul 6 petang. Aku tidak punya masa untuk ke universiti, apatah lagi untuk ke perpustakaan. Tambahan pula aku sangat sibuk dengan urusan-urusan praktikal hingga terlepas pandang akan tarikh tamatnya tempoh peminjaman buku-buku itu.

Badan yang letih lesu itu aku gagahkan ke bilik mandi. Air yang sejuk itu ternyata menyegarkan mata yang hampir terpejam. Seusai mandi, aku berteleku sebentar di atas sejadah kelabu pemberian adikku. Pemberiannya buatku sebelum aku terbang menyambung perjuangan menjejak segenggam ijazah di bumi Kanggaru ini, di Perth, Australia Barat.

Sedar tidak sedar sudah 4 tahun aku di tanah ini. Tanah asing yang jauh beribu batu dari tanahairku. Selalu aku terfikir, kekuatan apakah yang menyusup dalam diri untuk membolehkan aku begitu tabah mengharungi segalanya di sini. Namun, setiap kali juga aku tersenyum kerana aku sudah tahu jawapannya. Kerana aku ada Dia yang sentiasa memerhati.

Setelah selesai menunaikan solat maghrib, aku mengemaskan diri. Tudung oren pic aku kenakan sekemasnya. Stoking hitam kusarung buat melindungi kakiku dari kedinginan malam. Tidak lupa baju tebal berwarna hitam buat pemanas badan. Setelah meneliti parasku di cermin, aku menarik nafas lega. Tidak mungkin aku dapat lega jika aku keluar tanpa menutup apa yang perlu ditutup dari pandangan ajnabi. Auratku. Setelah berpuas hati, aku lantas mencapai kunci kereta dan bergegas ke perpustakaan.

Jam 815 malam.

Kereta putih Camry kepunyaan rakan serumahku diparkir di belakang bangunan 305, atau bangunan farmasi. Parkir ini adalah parkir yang paling dekat untuk ke perpustakaan. Polisi di Curtin Universiti, jika mahu meletakkan kenderaan dalam kawasan university, $2 sejam perlu dibayar. Untungnya polisi itu tidak lagi aktif selepas jam 5 petang.

Perpustakaan Curtin ditutup pada jam 10 malam. Namun, tidak ramai kelibat pelajar yang kelihatan di ruang legar perpustakaan. Mungkin kerana musim peperiksaan belum tiba. Jika minggu ini adalah ‘study-free week’ sudah pasti perpustakaan ini penuh dengan manusia meskipun sudah jauh malam. Aku menyusun langkah ke kaunter perpustakaan. Cuma 2 atau 3 orang petugas sahaja yang kelihatan di belakang kaunter itu.

Setiap langkah aku semat dengan kalimah istighfar dan selawat. Buat penguat hati dan penajam fikiran. Sepanjang perjalanan di dalam kereta tadi lagi aku sudah berfikir panjang. Aku perlu positif dan redha  dengan denda yang bakal aku terima. 5 buah buku, 2 minggu terlewat. Memang salah diri sendiri. Aku niatkan denda yang aku bakal terima sebagai pengajaran buat masa akan datang. Semoga Engkau redha ya Allah!

Seorang kakak berambut perang dan berbaju kemeja jalur merah jambu menyambut aku di kaunter. Selepas bertukar senyuman dan ucapan aku mengeluarkan 5 buah buku tersebut. Diantaranya adalah 2 buah buku karangan Miklos Bodanszky, buku yang aku ingin perbaharui tempoh pinjaman kerana ia masih aku gunakan sebagai rujukan untuk projek honours yang masih di peringkat draf itu. Sementara yang lain ingin aku pulangkan.

Setelah mengimbas kod bar di bahagian kulit belakang buku-buku tersebut, si kakak memandang aku dan melepaskan satu keluhan. Aku hairan. Apa terjadi?

“It’s $68” ujar si kakak sambil mengerling kearahku.

‘Gulp’, telingaku menangkap bunyi aku menelan airliur mendengar jumlah denda yang dikenakan. Namun, denda tetap denda bukan. Aku memulangan semula kerlingan si kakak dengan senyuman sambil menarik nafas sedalam-dalamnya.

“I see. Ok then,” ujarku pada si kakak. Pandanganku tepat memandang kearahnya. Tekad dan redha. Mungkin itu aura yang terpancar dari wajahku ketika itu.

“The fine is quite high,” ujar si kakak seakan-akan bersimpati dengan keadaanku. Kerlingannya kini tepat ke wajahku. Tanpa berkelip sekalipun.

"Well, that's ok. I have to pay for it anyway , right?" ujarku sambil melemparkan senyuman semampu yang boleh. Tanganku mula meraba-raba di dalam beg kain yang dibawa bersama. Mencari dompet.

"UNLESS," kata si kakak tiba-tiba. Tanganku berhenti meraba. Aku pandang kakak itu dengan penuh minat.

Unless bermaksud melainkan jika.

‘Melainkan jika apa?’ aku berbicara sendiri. Masa seakan-akan berhenti. Aku berdebar-debar menunggu patah perkataan seterusnya dari kakak pustakawan. Teringat pula aku akan kisah animasi Lorax yang diadaptasi dari novel kanak-kanak karangan Dr Seuss.

"UNLESS there are reasons that prevent you from returning the book on time,"

Ini bermaksud kakak pustakawan memberi ruang kepadaku untuk menjelaskan mengapa aku tidak memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan. Dalam erti kata lain, aku diberi peluang kedua! Allahu allah, seronoknya!

Namun, aku cuba kawal emosiku dengan sebaiknya. Tidak bermakna sebab musabab yang aku kemukakan padanya nanti boleh menjadi justifikasi mengapa aku terlewat memulangkan buku. Lalu dengan tenang aku menyusun kata dan menjelaskan padanya.

Aku ceritakan padanya bahawa 2 minggu lepas aku masih di Armadale Hospital, atas urusan praktikal. Praktikal di jabatan Farmasi Armadale bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada jam 5 petang setiap hari. Armadale merupakan satu pekan kecil yang jauhnya lebih kurang 25km dari universiti. Satu jarak yang agak jauh bagi aku yang tidak mempunyai kereta sendiri. Setiap hari aku menumpang kereta kawanku untuk ke sana. Kebetulan kami ditempatkan di hospital yang sama.

Kakak pustakawan mengangguk-angguk memahami masalahku. Namun, dia tidak dapat berbuat apa-apa. Lalu si kakak memanggil ketua pustakawan yang bertugas malam itu. Aku terkesima dengan tindakannya. Dalam hati aku risau jika isu ini diperbesar-besarkan. Sedangkan aku sudah bersedia untuk membayar $68 jumlah denda yang dikenakan. Aku cuba bertenang. Mungkin Allah ada rancangan buatku.

“You should consult with your school if you are not on campus and unable to return the books,” ujar ketua pustakawan. Wajahnya yang berusia menampakkan garis-garis kedut di sekitar matanya. Namun demikian, nada suaranya masih tegas ketika berbicara denganku.

“I am so sorry. I do not know that we can do that,” ujarku jujur. Sememangnya aku tidak tahu bahawa kami boleh dikecualikan dalam situasi sebegini.

Ketua pustakawan seterusnya menjelaskan padaku prosedur-prosedur yang boleh diambil sekiranya kita tidak dapat memulangkan buku pada tempoh yang ditetapkan.  Aku mengangguk-angguk penuh minat.

‘Mereka sangat berbudi bahasa’ bisikku di dalam hati. Aku membayangkan satu syarahan panjang yang penuh dengan kata-kata sinis lagi tajam untuk menghujani diriku atas kesalahan yang telah aku lakukan. Tapi sebaliknya aku dilimpahi dengan kata-kata semangat yang prihatin denganku dan sedang cuba memastikan aku tidak mengulangi kesalahan buat kali kedua.

Sebait ayat Allah dari surah arrahman ayat 13 berputar dalam mindaku.

"Nikmat TuhanMu yang manakah yang ingin kamu dustakan?"

"You know what, I think I can reduce the fine by half, to $34"

Nafasku terhenti. Mataku tidak berkelip memandang ketua pustakawan itu. Allah, aku tak salah dengar ke ni?

“Make sure you keep this in mind. Please do not repeat the same mistake,” tambahnya lagi. Aku mengangguk laju. Nampaknya aku tidak tersalah dengar. Alhamdulillah!!!

“Thank you. Thank you. Thank you very much Maam. I will always remember this!” ujarku padanya.

"I think you are lucky tonight, we do not usually reduce library fine," bisik si kakak pustakawan setelah ketuanya berlalu pergi. Aku tersenyum mendengarkannya.

‘Luck? Tuah? Bukan. Ini bukan tuah, inilah perancangan Allah yang telah tertulis buatku,’

Aku tatap resit itu. Jumlah yang dahulunya $68 kini telah berkurang pada $34. Darah merah menyerbu ke wajahku. Mataku terasa hangat. Aku berasa malu sekali. Malu dengan pertolongan yang tidak disangka-sangka ini. BantuanNya masih lagi hadir buatku. Insan yang terkadang masih lagi lalai dan beralasan denganNya.

"Alhamdulillah"

Senyum. Senyuman syukur dan redha seorang hamba. Ternyata begitu banyak cara Allah akan menguji kita. Terpulang pada kitalah untuk memandangnya sebagai sesuatu yang positif atau sebaliknya.

Semakin aku menghampiri hari-hari terakhirku di bumi Perth ini, semakin banyak pengajaran yang Dia kirimkan buatku.

“Ya Allah, semoga bantulah aku untuk sabar dan redha bila diuji, dan syukur bila diberi nikmat, Aamiin, insya Allah. Alhamdulillah,”


Fastabiqul khairat~

Wednesday, April 3, 2013

[Personal view] TOP 3 MEMORABLE THINGS WHILE IN PERTH

Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillahi rabbil 'alamin....
Allah telah memberi keizinan dan kekuatan untuk kita bernafas dan menikmati keindahan iman dan Islam pada hari ini.

Sebenarnya saya tulis artikel ini semasa saya masih belum graduasi. Tapi tulis tak habis...
haha
tangguh lagi...
so saya sambung hari ni ye...
Tak nak alter apape sangat.
sebab semua ini saya tulis secara spontan. lahir dari hati. takde tapis2...hehe

Teruskan membaca ya...:)

Bismillah~

Dalam sedar tak sedar, saya kini hampir2 menamatkan pengajian saya di bumi Kanggaru ini.
Oh Tuhan, cepat sungguh masa berlalu!

Benarlah kata-kata imam Ghazali pada anak muridnya,
"Yang paling jauh itu masa lalu, sedangkan yang paling dekat itu MATI"
Banyak sangat perkara yang saya harap saya boleh patah balik dan buat benda tu, namun mengapa perlu berkalau-kalau sedangkan ada masa depan yang PASTI esok hari.

Post hari ini adalah untuk berkongsi

TOP 3 MEMORABLE THINGS WHILE IN PERTH

1. Hidup berdikari

"Awat cliche sangat nih? BORIIIIIIIIIING..."

Senyum.

Biarlah kalau orang nak kata boring pun tapi ini merupakan salah satu pengalaman yang sangat7xx berharga yang saya pelajari di sini yang telah mengubah hidup saya.

Dahulu saya hidup dalam comfort zone. Saya takut nak bergaul dengan orang. Dan saya selalu menyusahkan orang yang saya kenal, selalu mengadu masalah dengan diorang, selalu mengharapkan kata-kata semangat dari mereka.

Salahke?

Tak, sikit pun tidak. Yang salah itu apabila saya TERRR-------LALU (ok u got my point) bergantung harap dengan diorang sampai saya TERLUPA PADA ASSAMAD- Maha Diperlukan.

Allah.

Ya, di oversea inilah, di Perth inilah, saya kenali Pencipta saya.

Di sini, tanpa sahabat handai yang mampu saya kongsikan masalah saya, saya perlu berdikari. Lebih teruk lagi, saya adalah seorang gadis yang selalu menangis. Dahulu, saya menangis mencari Allah hanya bila saya ada masalah2 besar sahaja. Bila nak exam, bila sakit, bila ada pertandingan. Tapi bila senang, tidak pula saya tahu untuk bersyukur.

Makanya, di sini, akhirnya saya cuba, saya belajar untuk mengadu dengan Allah. Dari sekecil-kecil perkara ke sebesar-besar perkara. Tak kisahlah perkara sedih atau gembira. Saya ceritakan pada Allah, dalam doa, dalam solat, setiap masa dan ketika. Lambat laun, saya mampu menangis kerana Allah. Kerana Allah!! Bukan kerana masalah saya, bukan kerana tidak ada tempat bergantung tapi kerana Allah. Dan saya yakin, semua ini tidak akan berlaku kalau Allah tidak mencampakkan saya sendirian di kotaraya Perth ini.

Dan apabila rahmat Allah itu terasa sangat dekat dengan diri saya, Allah hadirkan sahabat2 yang mencintai saya kerana Allah. Yang mempunyai pemikiran yang sama dengan saya, yang mengajak saya ke arah kebenaran. Nikmat Allah mana lagi yang mahu didustakan?

Allah.

Jadi, perasaan berdikari itulah yang paling saya akan rindui. Sebab perasaan itu telah mampu menggerakkan jiwa dan akal saya, bahawa ada ASSAMAD dan ALBASIR sedang memerhatikan saya. Alhamdulillah



2. Pengalaman buat Honours

Mulanya saya tak mahu disclose kenyataan ini. Kerana saya takut mengundang riak, saya takut dengan kata-kata orang sekeliling dan umpatan yang bakal saya hadapi. Tapi, ketakutan itu bukankah sewajarnya disandarkan pada ALLAH? Maka saya mengambil keputusan untuk menulisnya di sini sebagai satu pengajaran buat saya di masa hadapan, agar mengenang kembali rezeki yang telah Allah berikan pada saya ini.

Pharmacy Honours di Curtin University agak berlainan dengan Honours di universiti-universiti tempatan dan juga universiti lain di Australia. Untuk buat honours anda perlu:-

  • skor 70 untuk semester weight average by the third year
  • lulus ujian bertulis
  • lulus temuduga
Mak aih! dahsyat tak? Huhu. Dan saya langsung tak terlintas untuk lulus ketiga-tiga requirement diatas.

Alhamdulillah, masa second year, Allah mudahkan saya belajar, jadi markah dalam exam pun tinggi2. Saya tak pernah rasa semua tu sebab saya rajin, sebab saya tahu, kalau bukan Allah yang gerakkan hati saya untuk belajar, memang saya tak belajar. Alhamdulillah.

Untuk ujian bertulis dan temuduga tu, saya pergi sebab suka-suka je. Sebab nak ada pengalaman diinterview oleh lecturer. (gedik kan? huhu) ujian bertulis tu pun sebenarnya dia suruh summarize research article bab ticagrelor (ingat sampai sekarang!). Pergi tanpa expectation, tanpa harapan diterima. 

Tapi....

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
(Al-An’am: 17)


Saya telah diterima sebagai salah seorang pelajar honours 2011/2012. Orang lain yang diterima semuanya seronok, gembira. Kecuali 2 orang. Saya dan kawan saya, Alisa.

Saya? Menangis lagi! Haha, saya memang suka menangis. Menangis bukan kerana kegembiraan, menangis kerana Allah telah mentakdirkan saya memikul beban ini di atas bahu saya. Menangis semahu-mahunya untuk menolak tawaran Honours ini.

Saya tak nak buat Honours!

Tapi, lihatlah di mana saya sekarang.

Alhamdulillah, langkah demi langkah saya melaksanakan projek honours saya. Dalam masa yang sama saya perlu hadir ke lecture, tutorial dan tests. Saya tidak terkecuali dari sahabat-sahabat yang lain, cuma saya ada sesuatu yang mereka tidak ada, pengalaman Honours (I supposed more workload is the most appropriate term-hehe).

Sekali lagi, honours adalah cara Allah menarik saya keluar dari kepompong duniawi yang amat selesa ini. Saya akui saya agak terleka ketika di tahun ketiga. Saya banyak bermain, saya kurang belajar, saya telah mendapatkan iphone yang diidam-idamkan. Saya hanyut dan lupa pada As-Samad dan Al-Basir. Maka Allah campakkan honours ini atas bahu saya agar saya tersedar dari lamunan dan anganan yang panjang.

Honours telah mengajar saya untuk berharap sepenuhnya pada Allah. Belajar bahawa kita hanya mampu merancang, natijahnya mungkin baik dan mungkin tidak. Harga sebuah pengakhiran yang baik bukanlah murah. Begitu banyak mahar yang perlu dibayar sepanjang 13 minggu di tahun 3 dan 6 minggu di tahun 4 untuk menghabiskan Honours ini. Jadi saya amat sedih jika ada yang memandang ringan usaha-usaha saya, meskipun saya tahu saya bukanlah bakal pemenang Nobel prize yang diagung-agungkan itu.

Pada hari keputusan diumumkan, saya tercengang melihat keputusan saya. Saya syukur, tapi jujur dalam syukur ada sendu. Walaupun saya ini cuma manusia kecil yang tiada apa, saya masih mengharapkan First Class Honours. Hari yang sama saya berjumpa dengan supervisor saya, Rima Cacetta. Beliau berkata, "You are awarded with First Class Leen. Congratulations!" Jujur, aku tercengang lagi. Biar benar! Rupanya keputusan yang terpampang di laman sesawang itu bukanlah keputusan akhir. Masih ada pengiraan akhir yang tidak aku ketahui untuk membolehkan aku dianugerahkan 1st class honours. Air mata ini mengalir lagi. Rima juga bergenang matanya. Syukur alhamdulillah! 

Ya. Pengalaman ini sangat berharga. Mengajar aku begitu banyak suka dan duka. Mengembalikan aku kepada fitrah kehidupan yang sepatutnya sukar dan penuh ranjau. Bukannya mewah dan goyah dalam hiburan. Alhamdulillah.

2. Bulatan Gembira a.k.a usrah :)

Saya akui, setelah berada di Malaysia, biah di sekeliling saya ini tidaklah seperti biah di Perth. Bumi Perth itu, meskipun bahangnya membakar di musim panas, dinginnya membeku di musim sejuk, namun ia tetap subur dengan dakwah dan tarbiayyah para ahlinya. Ahlinya yang mengejar keredhaan Ilahi sambil menagih ilmuNya nan luas di bumi Selatan.

Sesiapa yang berada di dalam situasi ini pasti akan mengerti, betapa pentingnya peranan bulatan gembira ini. Saya pula adalah jenis orang yang memaksa diri. Saya paksa diri saya, kadang2 rasa macam tak nak pergi saja usrah, tak nak baca buku untuk bagi perkongsian, tak nak itu, tak nak ini, tapi alhamdulillah, Allah bagi juga tarikan untuk saya supaya TETAP hadir ke bulatan gembira walau dalam situasi apapun saya berada.


Mula dengan keterpaksaan tapi akhirnya membuahkan kerelaan yang manis sekali. Ah, rindunya...rindu sekali dengan bulatan gembira ini. Taman syurga duniawi, yang dilembayungi malaikat, didengar doanya oleh Ilahi. Tidak rindukah kalian, dengan segala ilmu yang mendekatkan kita padaNya, dengan segala teguran yang membuatkan kita tersentap? dengan segala perkongsian yang membuatkan orang lain mengerti, dan yang paling penting dengan ketenangan yang hadir tatkala ayat-ayat suciNya dihadamkan dan disantuni secara jamaie?

Bulatan gembira di Perth ni unik sekali. Selepas habis usrah, KONFEM ada sesi makan2. Kadang2 usrah buat kat luar, BBQ sekalilah. Ada sekali tu pergi jalan2 kat Kings Park, dan ada sesi perkongsian dari semua orang. Setiap kali usrah mesti belajar benda baru. Kalau bukan benda baru pun, mesti dapat tajamkan memori kita tentang sirah, tajwid dan banyak lagi cabang ilmu agama.

Janganlah sampai kita terlalu mengejar fardu kifayah (farmasi, engineering, architecture, medik dan sebagainya) sampai kita mengabaikan ilmu fardhu ain kita sahabat2. Ilmu Fiqah, Aqidah, Tasawuf kita. Saya akui saya pun masih belum cukup mantap lagi ilmu2 ini, tapi sampai bila kita mahu beralasan?

Mungkin ada sahabat yang tidak nampak pentingnya usrah. Nasihat saya, biar sesal dahulu, jangan sesal kemudian. Hargailah usaha pihak2 yang telah bertungkus lumus menjayakan bulatan gembira di tempat kalian. Bulatan gembira inilah makanan jiwa kita, bukannya drama2 korea, lagu2 inggeris dan filem2 barat. Bulatan gembira bukanlah berfungsi untuk menstresskan diri kita, tetapi menenangkan hati.

ALLAH...aku rindu...

Teringat kata2 Saidina Ali yang cukup mashyur

‘Apabila engkau berasa penat dalam melakukan kebaikan, 
ingatlah penat itu akan hilang dan kebaikan yg dilakukan akan terus kekal. 

Dan apabila engkau berasa seronok dalam melakukan dosa, 
ingatlah keseronokan itu akan hilang, tetapi dosa yg dilakukan akan terus kekal’ 

(Saidina Ali)

Baiklah sahabat2...semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmatnya walau di mana sahaja kita berada, Allah, rahmatilah kami! Jangan Kau sesatkan setelah Kau berikan hidayah pada kami...Aamiin

Wassalam~
FastaBiQuL Khairat

Monday, February 25, 2013

Pergi tak kembali II

Assalamualaikum wrt,

Alhamdulillah, masih dipanjangkan nafas dalam nikmat Iman dan Islam di bumi Malaysia. Ayuh kita sama2 bersyukur ya sahabat. Walau di mana jua kita berada, kita tetap berada di atas bumi Allah. Jadi, jangan kufur, ayuh syukur~ Okeh, mari sambung kisah suka duka saya di bumi kanggaru selepas berakhirnya bulan Ogos.

SEPTEMBER 2012

Alhamdulillah, selepas segala macam dugaan yang saya tempuhi sepanjang bulan Ogos, Allah beri saya 'kerehatan' di bulan Sept. Kerehatan di sini bermaksud, berehat dari Honours dan akhirnya saya mampu fokus untuk praktikal saya di hospital. Alhamdulillah~

Banyaaaak sungguh perkara yang berlaku ketika saya di Armadale Hospital. 2 minggu yang pertama saya ditugaskan di bahagian dispensary. Bahagian di mana saya perlu menaip label untuk pesakit luar, dan juga untuk inpatient ward. Ward di armadale dipanggil mengikut nama yang tersendiri. Ada Colyer, Karri, Benson dan sebagainya. Menarik kan? :) Di sini saya banyak belajar tentang labelling instructions, c&a label, inpatient outpatient service dan tidak dilupakan webster packing. Haaaa~ webster packing ni xda kat Malaysia. Which I am not sure whether its a blessing or a disaster...:)


 
pictures taken from webstercare*  

Ya Rabbi, nak packing webster ni memanglah satu pengalaman yaaaaang, memenatkan. hehe. Yelaa, banyak kot blister pack yg perlu dikoyakkan, tablet yang perlu dikerat. Allah, kalau sekali sekala ok lah kot...:)

2 minggu berikutnya saya di bahagian clinical. Dimana saya akan mengikut ahli farmasi yang bertugas dan bersama2 mereka ketika sesi ward round dijalankan. Banyak juga kisah di wad. Saya berpeluang untuk melihat sendiri patient-controlled analgesia machine, menemuramah seorang pesakit, menemuramah seorang nurse, case-studied a palliative care patient. :( (end-stage heart failure). Tapi dalam banyak2 cerita saya, Saya paling suka cerita di Banksia Ward, yang telahpun saya kongsikan di facebook saya. So saya copy-paste ajelah kat sini ye...:)

"Today, I went to Banksia Ward, a CLOSED mental health ward, and I went there alone without the ward pharmacist with me. What a courage ay? :) While I was waiting for the nurse at the counter, a patient came and smiled to me, asking for my name. (gasp!!) However, I didnt run away. Hehe. Instead, I smiled in returned. I approached her and let her wrote down my name on her wrinkled palm. I actually recognized this person, I have talked to her before when I followed Jackie (ward pharmacist) last week.

She was all smiling and friendly to me as if she was a normal person. And surprisingly we were able to talk about faith, about belief, about my hijab appearance and even about love. How wonderful is that? :) coming from a mental health patient? She even gave me some peppermint lollies, out of the blue. (^^)

Its great being able to talk to the patient. Makes you realize how grateful you should be with your life and your health. Most importantly, your faith. :)

I am so in love with hospital setting. Gonna miss this place. Motivates me everyday. That's the peppermint lollies with my name tag. :) "




2 minggu yang terakhir saya berada di store. Yup, keja kat stor. Tapi stor bukan sebarang stor, stor ini penuh ubat-ubatan. Tugas saya? mengemaskan shelf2 ubat, mengisi troli ubat untuk dibawa ke Imprest ataupun stor farmasi di setiap ward di dalam hospital. Penat, tapi seronok. Tak banyak sangat keje, so bolehlah fokus buat kes study dan audit. Ya kawan2 selain keje dlm hospital, saya masih ada workbook, kes studi dan audit yang perlu dilangsaikan. Lebih2 lagi ini 2 minggu terakhir di hospital jadi dah tak boleh bertangguh! Saya juga berpeluang untuk mengikuti Evonne ke "Staying Fit" awareness campaign. Campaign ini dibuat di luar hospital. Bukan selalu boleh ikut diorg keluar jalan2 sambil belajar. Jadi apalagi. Jooom~ :)



Tanpa disedari, berakhirlah 6 minggu placement di Armadale. Ada yang mungkin kata Hooraaay! Merdeka! Finally!!! Tapi jujur, saya rasa sedih sangat. Staff di Armadale sangat baik dan hebat. They are awesome people both in personality and in their profession. I am so proud to be there even for a short 6 weeks. Awesome experience, great hospitality. Thank you guys! :)




My last day at Armadale Hospital

Debbie: Shazza! Your potato bake is really good. I like it! 
Evonne: Thank you so much girls, you are really helpful
Dale: All the best for your future! :)
Ayme: Keep in touch! See ya on facebook, facebookers!
Ping: I can tell that Syazleen is a good cook (haha, i like dis comment)
Te kai: All the best girls. You did well.
Steph and Mave: See you girls again. Good luck with your studies.
April: Bye girls! Good luck!


Alhamdulillah~

FastaBiQuL Khairat

Friday, February 1, 2013

Pergi tak kembali PART I

Assalamualaikum,

Ah, dalam diam tak diam, sedar tak sedar, kita semua telah menjejak ke tahun 2013. Alhamdulillah wa syukurillah kerana masih memanjangkan usia kita untuk terus mengejar redha dan keampunan dari Nya. Alhamdulillah...(^_^)

Baiklah, bila baca title posting hari ni mesti teringat lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Rabbani satu ketika dahulu kan?

"Pergi tak kembali"

Dimana vokalis utama yang menyanyikan lagu tersebut pun telah pergi menghadap Ilahi. Alfatihah~
Saya, awak, kita, mereka yang masih belum dipanggil menghadapNya inipun ada kehilangan sesuatu setiap hari, dalam sedar tak sedar.

Itulah MASA.

MASA yang berlalu, akan pergi tak kembali. SAAT yang berdetik pantas, takkan sekali-kali bisa diputar kembali.

Tapi apa yang boleh kita lakukan dengan masa lalu adalah bermuhasabah dengan tindakan2 kita yang lepas, kejadian2 yang telah menimpa kita, gelak tawa, tangis duka kita...kita muhasabah kembali..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Inilah tujuan kita bermuhasabah, agar kita sedar kesilapan lalu lantas menjadikan kita seseorang yang kaya dengan pengalaman. Agar kita imbau kekurangan diri, supaya kita tidak sekali-kali lupa akan Dia yang Maha Sempurna.
Jadi, saya nak ambil kesempatan ini untuk bermuhasabah akan perkara2 yang telah berlaku kepada saya sepanjang bulan 8- bulan 1, yang tidak saya kongsikan di blog ini..(mungkin akan ada part I, II, III...hehe, poyo je)

AUGUST 2012
Honours
Mungkin ada sahabat2 yang tidak tahu, tapi alhamdulillah saya adalah salah seorang dari 2 orang pelajar tajaan JPA yang telah ditawarkan untuk menyelesaikan degree dengan gelaran honours. Syaratnya, perlu tulis paper dan present pada senior2 lecturer. Alhamdulillah, data saya telah lengkap dan kini tinggal tugasan menulis paper dan presentation sahaja pada bulan 10 nanti. At least that was what I have in mind. But He always is the best planner. Walaupun dah ada data, menulis bukanlah kerja yang mudah kerana saya terpaksa seimbangkan waktu dengan latihan praktikal SPP. Jadi, saya banyak menghabiskan masa di Abacus lab dekat musolla untuk menyelesaikan paper. Lebih praktikal, senang untuk solat. :)

My beloved Crystals~ (^_____________^)

Specialised Pharmacy Practice (SPP)
Sebenarnya SPP bermula sejak July lagi, sebelum berpuasa lagi. Mengimbau hari pertama menjejakkan kaki ke Belmont Family Pharmacy(BFP), oh, berdebarnya rasa. Mau taknya, saya ni tak ada langsung pengalaman bekerja di farmasi, dan 3 bulan yang lepas saya asyik dengan projek Honours dan tidak tahu menahu langsung dengan alam pekerjaan. Hari pertama, masih takut-takut dengan customer. Masuk hari kedua dan ketiga saya telah disuruh untuk ke front counter, menjaga till dan layan customer. Oh, memang mencabar. Tetapi alhamdulillah customer semuanya bersabar dengan karenah saya dan tidak banyak perkara2 negatif yang berlaku kepada saya sepanjang tugas menjaga till berlangsung. (^_^)
Adakah saya perfect?
Oh mestilah tidak. Saya banyak buat salah. Banyak ubat2 yang saya tidak tahu. Sebelum ni mana pernah kenal Atacand, Marevan, Lipitor, Zanidip dan sebagainya. Kerja di farmasi sangat2 membuka mata saya dengan ubat2 ini. 
Saya di sini untuk SPP Diabetes. Maknanya saya kena jadi expert dengan ubat2 diabetes. Termasuk metformin, thiazolidinediones, glitazones, gliptin, insulin etc etc. Kena jugak tahu macam mana nak guna insulin pen, ambil bacaan glucose, hypoglycaemia attack etc etc. Staff BFP sangat2lah membantu saya. Saya turut diberi peluang untuk organize my own Diabetes Awareness Week (3 hari je sebenarnya) tapi sangat best! Everything that I did, I did it myself. (of course others helped out but the core planning was by me...allahu allah) Pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Terima kasih Allah atas peluang dan ruang. :)
My preceptor, Keshwan and Chris. Awesome pharmacist!

(Professional Pharmacy Practice) PPP Rotation 2
 Alhamdulillah selepas selesai SPP, saya ada PPP, atau saya panggil hospital rotation. Hospital rotation ini bermula seminggu sebelum hari raya. Kebetulan, sahabat baik saya Alisa, (juga seorang pelajar Honours) satu tempat rotation dengan saya. Begitu juga Mei Ing, sahabat baik dari Sibu, Sarawak. Kami bertiga perlu menaiki kereta selama hampir 20 minit sebelum tiba ke Armadale Hospital. Hospital di mana pengalaman berpraktikal saya akan berubah 180 degree. 
Hospital rotation berlangsung selama 6 minggu, jadi 2 minggu pertama sahaja di dalam bulan ogos. Walau bagaimanapun begitu banyak 'deadline' yang saya perlu tempuhi sepanjang bulan 8 ini.
1. Phone call assignment: di mana lecturer/tutor akan call saya waktu kerja/praktikal dan tanya soalan2 drug list. hohoho. I barely passed this one. Why? Because of my second assignment
2. THESIS!! Ya! Inilah sebabnya mengapa saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada drug list saya. Thesis perlu dihantar, tetapi supervisor masih lagi melontarkan komen2/correction2 yang pelbagai. Kertas saya sudah siap ditulis tapi belum dipolish dengan cantik. Grammar, typo, figures...sangat banyak. Pertama kali dalam hidup saya terpaksa tidur selama 2 jam sahaja untuk memastikan thesis saya betul2 siap dengan sempurna. Itu pun selepas Simon Fox sudi bagi extension pada semua pelajar honours gara2 kelambatan para supervisor menjawab emel/ memberi feedback pada draft terakhir thesis kami. Oh, mencabar sungguh menulis thesis + praktikal. Bulan 8 memang bulan yang sangat2 mencabar buat saya. Tapi alhamdulillah, saya sangat2 bersyukur pada Allah yang menyalurkan kekuatan untuk saya terus bergerak. Tidak terkira banyaknya berapa kali saya mengulang2 niat saya...
"Kerana Allah, Kerana Allah, Kerana Allah,"
jujur, kalau bukan kerana Allah, tidak sanggup saya teruskan perjuangan ini. Tapi Demi Allah, demi Ilmu Allah ini, saya gagahkan diri, korbankan begitu banyak masa dan tenaga. Dan segala kekuatan ini Allah yang beri. Ternyata Dialah tuan pemilik segala dan semua. Semoga Allah redha akan usaha saya. Aamin ya rabb..

Makan2 selepas selesai phone assignment+ thesis submission...gelare!!!

3. Workbook. Bila dah berpraktikal, kami diberikan buku kerja/ workbook. Fungsinya? untuk memastikan kami tidak goyang kaki di Hospital. Hehe. Workbook adalah satu platform/indikator yang sangat bagus untuk melihat sejauh mana ilmu2 di dalam hospital yang belum/telah kita pelajari. Tapi workbook juga ada deadline. Ini personal deadline, deadline yang saya cipta sendiri untuk memastikan diri on track. Saya akui, deadline ini memang menjadikan diri saya lebih tertekan. Haha. Tapi, itulah juga yang memastikan saya tidak Over-stress kemudian hari. :)

Waaaah, baru bulan ogos dah panjang lebar ceritanya..sept, oct, nov, dec, jan kena buat posting lain ni.
Hehe. Jazakumullahu khayr kepada yang sudi membaca. Mohon maaf jika ada tersalah dimana2....

FastaBiQuL Khairat~