Sunday, November 6, 2016

Honshu Day 3: Pencuri hati

Bismillahirrahmanirrahim
Here goes
Honshu Day 3

I was thrilled and super nervous this day. Why? Sebab hari ini kami akan naik Shinkansen Hikari!!

Siapa yang tidak kenal kejuruteraan Jepun yang satu ini. Kelajuannya yang selama ini sekadar ditonton dari kaca TV, dapat kami rasai sendiri. Alhamdulillah! Sebab tu nervous tu. Hehe

Disebabkan terlalu nervous kami semua sampai satu jam lebih awal. Haha. Maafkan saya kawan2. Masih tak pandai bajet waktu. Tapi saya cuba nasib untuk tukar tiket pada waktu lebih awal. Alhamdulillah, mungkin rezeki kami, kami dapat tukar tiket dari jam 1033 kepada jam 933 pagi. Alhamdulillah!

Tips: mulanya kami teragak-agak mahu bertanya. Sebab communication barrier kan. But strangely, it was easy and I start to develop this love of having conversation with Japanese people. Sebabnya mereka akan cuba sedaya upaya untuk membantu. Saya dapat tahu yang kami boleh awalkan tiket pun melalui info counter sahaja. Terima kasih semua insan yang telah memudahkan hidup kami!! 

Disebabkan kami ada JR pass so tak perlu bayar apa-apa. Tukar tiket dan reserved seat juga percuma. Kalau tanpa JR pass, harga yang perlu dibayar boleh menjangkau RM400, one way - macam naik flight kan?

Sedang menunggu Hikari dengan penuh debaran

She's here!!

Shinkansen is truly a marvel. The speed, the design, the comfort. Everything is awesome. Kita boleh juga lihat Gunung Fuji jika cuaca mengizinkan 😊😊😊

Bertolak jam 9.33 pagi, tiba tepat jam 12.10 tengahari, tidak lambat tidak awal. Kagum lagi dengan ketepatan waktu warga Jepun. Sungguh kita sangat jauh jika mahu dibandingkan dengan mereka dalam hal yang satu ini.

Sampai saja Tokyo Station, saya jadi mati akal sebentar. Sibuknya!!! Kalau nak dibandingkan dengan Kyoto Station, Tokyo mungkin 5 kali ganda lebih sibuk. Hampir setengah jam juga saya mundar mandir. Nak pegi mana, nak simpan beg ke, atau nak check in terus? Huwaaa

Akhirnya kami ambil keputusan untuk check in dahulu. Host airbnb di Tokyo, Sam menghubungi saya melalui whatsapp dan memberi penunjuk arah melalui gambar. Asalnya Sam meminta kami check in jam 2 petang. Tetapi, bila saya menghubungi Sam pada jam 1 petang, dia memberi izin untuk masuk awal. Sugoiiii.. .arigatou Sam!!

Sampaaaai (^^)

Maka dapatlah kami simpan beg, bersihkan diri, makan dan solat dengan selesa sebelum memulakan eksplorasi bandar Tokyo!!

Destinasi pertama kami semestinya Shibuya crossing! Tempat ini wajib pergi kalau ke Tokyo! Mula-mula masa plan itinerary, saya doubt jugak, perlu ke? Alhamdulillah digerakkan hati untuk include juga. Kalau tidak, mesti tidak dapat melihat sendiri lintasan tersibuk di dunia!


Structured chaos!
Shibuya crossing, checked!
Tips: kebanyakan tourist attraction di Tokyo hampir dengan JR trains. JR trains lebih murah dari Tokyo Metro. Tapi kedua-duanya ada menawarkan tourist pass untuk pelancong luar negara. Jadi, rancang itinerary anda sebaik2nya!

Dari Shibuya, kami ke Harajuku. Kenapa Harajuku? Kerana Hatiku di Harajuku. Haha ini tajuk novel RAM. Silap tak bawak skali amik gambar. Hehe. Di sini kami dapat makan crepe yang manis dan sedap! Lagi sedap dari crepe durian di Malaysia (this is my own personal opinion, peace!)

Harajuku checked!

Takeshita street, nak cari cosplayer tak jumpa pula
Hentian terakhir kami adalah Tokyo Metropolitan Building di Shinjuku. Penat juga nak menapak mencari bangunan ni. Syukur kerana tiada bayaran masuk di kenakan. Dapatlah kami melihat Tokyo Skyline at night. 


From Oppo Find 7a yang berusia 2 tahun. hehe
Tapi highlight of the day for me is Tendon Tempura Tenya!! Nampak tak muka excited makan tempura ni. Ya Allah tak dapat nak diceritakan betapa sedapnya tempura ni. Saya amik Tenya All-Star kot, tak ingat nama. Harga mahal sikit tapi sangat3lah worth it. Rindunyaaa. Tolong buka satu cawangan di Malaysia pleaseee. Saya tau mereka dah ada satu cawangan di Jakarta. Mungkin next Pulau Pinang?? Hehe...allahumma aameen...

Tendon All-star, oishi!!
Control.
See food.
Burst with emotions. Haha
Wanna see the real me? Take me to super tasty dinner. :P
Tips: makanan halal memang satu cabaran. Jadi banyakkan buat kajian tentang makanan halal. Sebaik-baiknya halal dan murah dan Japanese authentic dish. Takkan mai jauh2 nak makan nasi kandaq jugak kot. Hehe

Esok kami ke Fuji. Allahu hati berdebar-debar lagi. Macam nak jumpa kekasih hati. Yang tak pernah bersua muka tapi sangat dirindui. Fuji-san!! Matte kudasai-yo!

Group photo satuuu :)

Honshu Day 3
Kyoto-Tokyo (by shinkansen Hikari)
Koenji (airbnb)
Shibuya crossing (no admission fees)
Harajuku shopping street (no admission fees)
Tokyo metropolitan building (no admission fees)

Cost for day 3
Shinkansen : covered by JR pass
Breakfast onigiri : 300 yen
Jalan-jalan sekitar tokyo : covered by JR pass
Crepe: 500 yen (kongsi ngan kak su)
Dinner : 980 yen
Total : 1780 yen (RM72)

Fastabiqul khayrat~

P/s: kos yang saya tulis di atas lebih kepada perbelanjaan yang dikeluarkan hari itu. Harga lebih kurang sebab ada je barang yang saya tak ingat exact harga dia berapa. Nampak murah tapi itu adalah kos sebelum campur dengan kos accomodation dan JR pass na. Dislaimer awal2. Hehe. 

#Honshuday3
#travelogpulauhonshu
#shibuya
#harajuku
#tokyometropolitanbuilding
#tokyo