Wednesday, May 18, 2011

Biar Sampai Syurga : Prolog

Assalamualaikum wbt,

Sebenarnya sahabat2 sekalian, saya ada satu impian semenjak sekolah menengah yang saya harap dapat dicapai bila meningkat dewasa.

Impiannya, menulis.

Bukan calang2 tulisan, tapi tulisan yang mampu membuat insan2 lain terkesan di hati. (^^) Makanya terbitlah nukilan saya nan satu ini. Diharap ada yang sudi membaca. Ada juga yang sudi menegur. Andai bosan katakan bosan. Andai bagus, ucapkan tasbih padaNya, kerana Dialah pengilhamnya...saya sekadar penterjemah yang daif. Semoga sama2 kita mampu...sama2 kita berjalan...biarlah sampai syurga.

---------------------------------------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim....

Irama paluan gendang diikuti paduan suara Raihan, Hijjaz dan juga munsyid yang lain sayup-sayup berkumandang dari telefon Sony Ericson W595 di sisi katilku.

“Ya Nabi Salamun Alaik, Ya Rasul Salamun Alaik,” entah mengapa lagu ini kujadikan getaran bunyi pertama yang kudengar hampir setiap pagi. Irama paluan gendang bersama selawat kepada baginda nabi ternyata sungguh menyegarkan. Aku lantas bangun untuk bersolat subuh pada hening 4.30 pagi itu.

Usai solat ku berteleku di atas sejadah. Jika aku berada di tempat para sahabat yang terdahulu, pastinya sekarang aku sedang mendengar kuliah subuh dari baginda. Pastinya sungguh indah saat-saat itu. Mendengar suaranya, menatap wajahnya. Argh, bagaimana ingin ku lawan perasaan rindu ini?!

Pada waktu-waktu sebegini, pandanganku tiba-tiba jatuh ke senaskah mathurat di atas meja belajar. Al- Ma’thurat, himpunan zikir-zikir pilihan yang sering meniti di bibir baginda yang disusun oleh Al-Imam Assyahid Hassan Al Banna. Kucapai ma’thurat yang senaskah itu lalu kulagukan sepenuh hati. Setiap baris ayatnya begitu bermakna, mengagungkan kebesaran Allah tuhan sekalian alam.

“DANG!” bunyi hentaman pintu kedengaran. Lelehan airmata kerna begitu asyik dengan doa di penghujung mathurat kuseka secepatnya. Oh, tidak! Sekali lagi?

“Hei! Kau ni memang tak faham bahasa ke? Pagi-pagi buta ni orang nak tidurlah. Nak nyanyi perlahan-lahan sikitla. Faham?”

‘Sabar hati. Sabar. Bukan kau tak kenal dia. Dia memang putus fius sikit. Tak larat dah aku nak nasihatkan,’ pujuk aku pada sang hati yang sudah mula menggelegak.

“Kau ingat ni masjid ke? Selalu orang baca ayat-ayat ni untuk orang mati je. Siapa pulak yang mati hari ni?” pedas. Oh, aku tak tahan. Ma’thurat ku genggam erat-erat. Berani kau mempersendakan manusia paling tinggi darjatnya di sisi Allah. Manusia yang membawa rahmat ke seluruh alam!!

Amar ma’aruf nahi mungkar. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.

‘Ya Allah, semoga Kau redha dengan tindakan ku ini,’ hampir saja aku melayangkan tapak tanganku ke wajah selamba itu.

“Ya Nabi Salamun Alaik, Ya Rasul Salamun Alaik” satu irama kedengaran. Aku dan dia terkedu. Mata kami jatuh ke satu sudut di atas katilku. Tanganku diturunkan dari udara lalu ia jatuh menyentuh ke bahagian jantungku. Allah. Astaghfirullah. Ampuni aku ya Allah!

“Heh, wateva,” ujar si mulut celupar itu sambil berlalu pergi.Sebelum dia berlalu sempat kusambar bahunya dan berkata,

“That is selawat, if you want to know. And what I have been singing just now, is not a typical hedonism song. It’s called al-ma’thurat, something you had already memorized, long time ago, my friend,” ujarku tepat ke dalam matanya. Tanganku ditepis dengan penuh emosi. Dia meninggalkan aku dengan wajah kelat masam mencuka. Sambil melihat dia berlalu pergi, kalimah syukur tiada henti kuucapkan. Alhamdulillah. Aku hampir menjadi mangsa kepada nafsu amarahku. Alhamdulillah, Kau menyelamatkan aku ya Allah.

Aku meneruskan pembacaan doa yang tergendala sebentar tadi,

Doa Rabitah

“Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU, bertemu untuk mematuhiMU, bersatu memikul beban dakwahMU, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya. Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMU yang tidak kunjung malap.Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMU.Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentangMU.(Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU.Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebak-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini,”

Amin ya rabbal ‘alamin.


TBC....

FastaBiQuL Khairat