Saturday, July 9, 2011

Mana saksi kata janjimu?

Assalamualaikum wbt,

Kita seringkali berjanji, namun sejauh mana kita berusaha menunaikan janji tersebut?

Kita berjanji dalam setiap perkara, setiap saat, tanpa kita sedari.
Kita janji, nak sapu sampah, bersihkan rumah, basuh kain baju,
Kita janji, nak habiskan mathurat, nak baca quran, solat sunat dhuha dan witir,
Kita janji nak baca banyak buku, nak tambah ilmu dunia dan akhirat,
Kita janji nak telefon mak ayah, nak tanya khabar kawan2, nak tahu keadaan famili,

Kita janji, dan berjanji dan berjanji dalam setiap perbuatan. Agak2 tertunaikah setiap janji itu?

Sahabat2, kalau kita berjanji dengan manusia, tapi tidak tertunai maka akan berdosalah kita pada manusia itu. Dosa itu tidak terampun melainkan kita memohon maaf pada yang berhak dan kita dimaafkan pula oleh si dia.

Bagaimana jika kita berjanji dengan Allah?

Kita berjanji mahu menjadi seorang muslim.

Tertunaikah janji itu?

Janji bukan perkara ringan sahabatku. Janji bukan sekadar mainan lidah.

One of the strength of being a good leader is by honoring the promises and commitments made- Prof Hamdi

Mahu jadi pemimpin yang baik juga perlukan sifat ini. Sifat menunaikan janji.

Baiklah, berbalik kepada menunaikan janji pada Ilahi, mampukah kita?
Di saat kita berjanji untuk meleburkan diri dalam perjuangan dijalanNya yang pastinya berliku2 ini, bersediakah kita?
Ya, awalnya pasti kita rasa,
"Aaaah, akan kutepis semua dugaan yang mendatang demi cintaku padaMu rabbi!"

Awalnya.

Akhirnya bagaimana? Tewas? Or barely standing?

Sememangnya, satu elemen penting yang perlu ada setelah berjanji adalah untuk terus teguh mempertahankan janji itu. Saya pasti semua telah berjanji, insya Allah, tidak pernah tertinggal dari berjanji dengan kalimah syahadah...

shahadah
Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,
Dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Jadi kalian takkan mampu lari. Ini bukti janji kalian. Di mahkamah agung kelak, ini adalah bukti sahih yang akan dipersembahkan dihadapan ilahi. Bersediakah anda untuk disoal "Mana saksi kata janjimu itu?"

Saya menulis ini untuk peringatan pada diri sendiri. Saya menulis untuk memberitahu pada diri agar menangislah. Menangislah jika kau ingin menangis! Bukankah Allah kurniakan padamu titisan-titisan itu untuk kau gunakan di kala dinihari?

Wahai diri, ketahuilah, bilamana kamu telah berjanji, Allah akan menuntut janjimu itu.
Wahai diri, ketahuilah, bilamana kamu telah berjanji, dunia ini sangat kecil bagimu jika kamu benar2 memahami,
Wahai diri, ketahuilah, kamu telah berjanji, dan Allah juga telah berjanji denganmu,
Ketahuilah diri, janji Allah itu lebih agung dari janji manusia!!!
Ketahuilah diri, janji Allah itu adalah sesuatu yang PASTI berlaku, bukan barely, bukan maybe, tapi PASTI berlaku.

Allah menuntut janjimu dengan mengurniakan dugaan ke atasmu diri. Jadi sabarlah diri. Sabar dengan dugaan2 ini. Kamu kata kamu yakin, jadi mengapa perlu bersedih? Senyumlah diri, senyumlah. Hikmahnya ada insya Allah. Insya Allah.

Dunia itu kecil bagimu diri kerna ada akhirat yang luas menanti. Apalah ada pada harta jika hanya melalaikan. Apalah ada pada rupa yang akan hilang dimamah usia. Begitu juga dengan kata2 dan pandangan manusia di dunia, adakah semua itu lebih bernilai dari pandangan ilahi? Astaghfirullahal'azim.

Ayat Jual Beli

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat(waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.” (QS As-Shaaf : 10 – 13)

Ini janji Allah. No explanation required. Done said. Well verse. Alhamdulillah.

Sabarlah wahai diri. Janji ini akan menuntut bermacam2 perkara darimu. Lapangkan dada selapang2nya. Besarkan hati sebesar2nya. Tukar paradigma. Allah menyayangimu. Ujian itu hadiah si Dia padamu, tanda peringatan Dia tentangmu. Tidakkah itu sweet skali diri? (^^)

Allah, airmata ini pasti akan gugur. Pasti. Namun, bantulah aku untuk bangkit ya Allah. Aku yakin akan pertolonganMu, aku yakin kau akan membantuku. Keyakinan ini sahajalah yang kupegang selama ini, yang membawaku sejauh ini. Semoga Kau tetapkan hatiku, agar dapat berjumpa denganMu dengan keadaan yang Engkau redhai.

Ameen.

Fastabiqul KhairaT.

Monday, June 20, 2011

Sambutlah tanganku.

Assalamualaikum wbt,

Berikut adalah sambungan dari nukilan saya, Biar sampai syurga. Tujuan asal nukilan ini tercipta adalah demi mengajak semua insan sama2 kasih dan sayang pada baginda, dan pastinya niat itu tidak berubah hingga ke hari ini. Namun, dalam diam, saya tahu diri ini banyak kekurangan. Mohon mereka yang sudi menegur, tegurlah saya. dan saya sebagai insan yg ditegur insya Allah cuba sedaya upaya untuk tidak melatah.

Kusandarkan semuanya pada ilahi. Ayuhlah. Sambutlah tanganku. Ayuh kita bersama. Biar sampai syurga.

Satu senyuman manis dan segar dilemparkan dari susuk wajah itu.

“Akulah Ansar yang tidak akan meninggalkan muhajirinnya walau ke mana sahaja dia pergi,”

“Andai Muhajirin ini sesat dan tidak dapat mencari jalan pulang?”

“Ansari tak akan benarkan itu berlaku. Jika benar sahabat, biarlah sampai ke syurga,”

“Wah, jiwangnya Cik Nur Ansari ni,” ketawa kecil pecah sesama mereka.

“Saffiyatul Muhajireen pun sama juga kan? Sudikah kamu menjadi saudaraku?” ujar Ansari ceria sambil menghulurkan tangan. Hampir sahaja huluran itu disambut namun alunan muzik hingar mematikan suasana.

Irene menjegilkan mata. Argh! Mimpi itu bertandang lagi! Alarm telefon bimbit dimatikan. Irene menghela nafas sambil memandang siling yang putih bersih. Huluran tangan itu, ketawa itu dan tidak dilupakan janji itu. Wajah Irene bertukar rasa, dari perasaan rindu, amarah pula yang bergelora.

‘Jauhkan diri dari aku!’ jerit Irene di dalam hati. Bantal dan selimut dilempar ke dinding. Nyata, hari ini bakal jadi satu hari yang malang!

Aku mengatur langkah ke musolla. Meskipun jauh aku tak kira. Aku tamakkan jaminan pahala Tuhanku kepada sesiapa yang melangkah ke rumahNya. Allah, sudah hampir 12.30 tengahari! Aku tak mahu terlepas jemaah! Dalam mempercepatkan langkah, aku tak pernah jemu menghayati dedaunan gugur di sepanjang laluan ke musolla ini. Peluang menuntut di negara orang ini bukan kebetulan, tapi rancangan Allah jua. Akan kumanfaatkan peluang ini demi jalanMu insya Allah.

Aku menggeleng cuma tatkala melihat sekumpulan manusia sedang bergelak ketawa, bertepuk tampar memegang tin-tin di tangan yang tidak lain minuman yang diharamkan itu. Na’udzubillah min zalik. Jauhkanlah aku dan sahabat-sahabatku dari minuman itu ya Allah. Namun, langkah terhenti, mata membulat tatkala tepandang satu situasi.

“Here, have some Irene. Come on, one sip. Just a little bit,” rayu seorang jejaka tinggi lampai berambut merah.

“Naa, you know I can’t Dash,” kerling Irene sambil memandang sekilas pada Dash.

“One sip, just one. I promise I’ll buy you that Billabong handbag you wanted so much,” Dash menduga. Dia tahu benar kesukaan gadis itu.

“Are you drunk? Are you even serious??” Irene separa menjerit. Tin itu direnungnya dalam-dalam. Alah, seteguk cuma. Siapa yang kisah? Tangannya dipanjangkan untuk menyambut tin itu.

“DANG!”

Hilai tawa manusia hilang. Sepi. Mata-mata kini tertumpu di satu sudut bangunan. Satu tin beer kini terhambur isinya ke tanah. Seorang gadis bertutup kepalanya berada di tengah-tengah kelompok manusia itu.

“Selagi adanya Ansari di sini, jangan kau berani nak pegang air syaitan itu Muhajireen!” suaraku meninggi.

Irene terkesima. Dash apatah lagi. Langkahnya terundur setapak ke belakang.

“Mr. Dash, can you please kindly do not drag this friend of mine into what you are doing right now. I won’t tolerate if our dignity as muslims is at stake. Sorry to say, but I am firm with my stance,” mataku tajam memandang kearah Dash. Dash kelu tidak terkata. Aku harus berani menghadapinya. Sedangkan Rasulullah berani menghadapi masyarakat kafir Quraisy yang lebih dahsyat dari ini, aku juga harus cuba!

“Irene, who is this? Nevermind. I’ll get going now,” rengus Dash sambil mengisyaratkan rakan-rakannya yang lain untuk berlalu meninggalkan Irene.

“What? Hey come on guys. Guys! Dash!” biar sekuat mana Irene memanggil, mereka terus berlalu. Kedengaran kata-kata kesat yang terkumat kamit daripada bibir masing-masing. Irene menahan amarah. Perempuan ni!

“Hei, puas hati kau halau kawan-kawan aku? Seronok tengok aku sorang-sorang lepas ni? Kau ni dengki kenapa?”Irene menghamburkan amarahnya.

“ Untukmu agamamu, dan untukku, agamaku," tenang aku menyampaikan ayat ini. Irene terdiam.

“Saya percaya awak tahu ayat ini dan juga kisah disebaliknya,” sambungku kembali. Irene tersentap. Surah Al-Kafiruun.

“Maaf tadi terkasar bahasa dengan awak. Awak kenal saya bukan? Tak mungkin saya gembira melihat awak keseorangan. Tapi itu lebih baik daripada biarkan awak bergelumang dengan dosa,” melihat Irene diam aku bersyukur. Diam itu tandanya berfikir. Semoga kau sedar sahabatku.

“Jom ke musolla,” aku menghulurkan tangan. Hatiku sebak tiba-tiba. Semoga kali ini huluranku disambut.

Irene memandang huluran tangan dan wajah itu. Wajah itu masih sama seperti dalam mimpinya, auranya juga tetap bercahaya. Cuma kali ini tubir matanya digenangi air. Meskipun ditahan, tak mampu disembunyikan.

‘Kalau kau tak suka lihat aku sendirian, kenapa kau tinggalkan aku dahulu?,’ monolog Irene di dalam hati sambil berlalu meninggalkan Ansari. Dan tangan itu akhirnya menyeka air di matanya.

TBC...

FastaBiQuL Khairat