Showing posts with label Curtin Life. Show all posts
Showing posts with label Curtin Life. Show all posts

Saturday, August 31, 2013

[Travelog] Kisah 5 buku

Nukilanku satu masa dulu. Moga mampu beri saham buatku di akhirat kelak...
[Based on a true story] :)
Bismillahirrahmanirrahim

--------------------------------------------------------------------------

4.45 petang. Sudah kesekian kalinya pandanganku jatuh pada jarum jam di dinding makmal pharmaceutics ataupun ‘super lab’ itu. Letih. Ya, aku sudah keletihan dengan kelas hari ini. Tambahan pula hari ini merupakan hari cuti am di Perth, maka aku terpaksa berjalan dari rumahku untuk ke universiti. Perjalanan yang selalunya mengambil masa selama 7 minit dengan bas menjadi setengah jam. Allah, berikan aku kekuatan!

“I guess all of you here really wish to end this class early,” bicara Andrew, si tutor, sambil tersengih melihat wajah-wajah kami yang jelas kelihatan tersiksa dengan saat-saat terakhir.

“Yessss!” balas beberapa orang rakan sekelasku dengan nada mendatar. Kami semua tertawa. Ternyata bukan aku seorang sahaja yang keletihan hari ini.

“Okay, I guess, that’s all for today!” ujar Andrew sambil tersenyum. Kelas yang senyap sunyi bertukar menjadi hingar dengan sekelip mata. Yang tadinya hampir terlelap telah kembali segar, yang tadinya diam seribu bahasa kini riuh dengan kisahnya. Ajaib. Adakah ini cuma berlaku di sini? Magis apakah ini? Aku tersenyum sendiri.

Indah sungguh perancangan ilahi, aku dihantar pulang oleh seorang sahabat, Xin Li. Maka tidak perlulah aku berjalan kaki untuk pulang. Pertemuan dengan Xin Li juga tidak disangka-sangka.

“Here it is Syazleen, I don’t want to throw any religious thing away. It’s not appropriate,” ujar Xin Li sambil menunjukkan padaku sekeping kad tersisip kemas di bahagian cermin di atas tempat duduk pemandu.

Xin Li, sahabatku dari Malaysia. Kebetulan dia baru sahaja membeli kereta dari seorang lelaki muslim. Namun, lelaki tersebut telah meninggalkan sesuatu dengan tulisan-tulisan yang tidak difahami Xin Li. Syukur kerana Xin Li tidak berniat untuk membuang tulisan itu, sebaliknya meminta aku untuk menyimpannya. Ianya ternyata sebuah kad kecil, tertulis kalimah-kalimah yang sangat-sangat aku kenali.

Asmaul husna.

“What is that Syazleen? Do you understand what it says?” ujar Xin Li ingin tahu.

“Well, do you know that we muslims call our god Allah?” Xin Li mengangguk.

“In Islam, we also have 99 different names with 99 different meaning to address Him and some of the names are written on this card,”

“Oh, I don’t know that. Lucky I did not throw it away,”

“Thank you Xin Li,” ujarku ikhlas sambil melemparkan senyuman buatnya. Aku tatap kad kecil itu. Ralit aku sebentar dengan tulisan di atasnya. Unik.

‘Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Razzaq,’ tuturku sendirian di dalam hati. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang , Maha Pemberi Rezqi.
_______________________________________________________

“Assalamualaikum,” ujarku seraya membuka pintu bilikku. Sudah menjadi kebiasaan, aku selalu memberi salam sebelum memasuki bilik meskipun kutahu tiada siapa di dalamnya. Kad kecil pemberian Xin Li ku sisipkan di cermin solek. Tanpa berfikir dua kali aku lontarkan badanku yang keletihan di atas katil yang empuk lagi sejuk itu. Alhamdulillah. Bahagia. Aku memejamkan mata, meskipun badanku sedang berehat namun mindaku masih bergerak laju. Merancang aktiviti pada malam ini. Perlu siapkan Powerpoint untuk pembentangan hari Khamis nanti, perlu masak makan malam, perlu muat turun nota-nota dari ‘Blackboard’ dan…

Mataku yang terpejam kini kembali terbuka luas. Aku bingkas dari keempukan selimut dan katil dan mencari 5 buah buku itu. Ya. 5 buah buku!

‘Ya Allah, aku terlupa!’ jeritku kecil.

5 buah buku yang kupinjam dari perpustakaan sebulan yang lalu. Kini sudah hampir 2 minggu melepasi tarikh tamat. Aku tatap kelima-lima buku itu. Kesemuanya tebal-tebal belaka.

‘Jangan beralasan lagi hari ini Syazleen, buku ini harus dipulangkan hari ini juga!’ tekadku pada diri sendiri.
2 minggu yang lepas aku masih lagi Armadale Health Service untuk praktikal tahun akhir farmasi. Setiap hari aku ke sana pukul 8 pagi dan pulang kira-kira pukul 6 petang. Aku tidak punya masa untuk ke universiti, apatah lagi untuk ke perpustakaan. Tambahan pula aku sangat sibuk dengan urusan-urusan praktikal hingga terlepas pandang akan tarikh tamatnya tempoh peminjaman buku-buku itu.

Badan yang letih lesu itu aku gagahkan ke bilik mandi. Air yang sejuk itu ternyata menyegarkan mata yang hampir terpejam. Seusai mandi, aku berteleku sebentar di atas sejadah kelabu pemberian adikku. Pemberiannya buatku sebelum aku terbang menyambung perjuangan menjejak segenggam ijazah di bumi Kanggaru ini, di Perth, Australia Barat.

Sedar tidak sedar sudah 4 tahun aku di tanah ini. Tanah asing yang jauh beribu batu dari tanahairku. Selalu aku terfikir, kekuatan apakah yang menyusup dalam diri untuk membolehkan aku begitu tabah mengharungi segalanya di sini. Namun, setiap kali juga aku tersenyum kerana aku sudah tahu jawapannya. Kerana aku ada Dia yang sentiasa memerhati.

Setelah selesai menunaikan solat maghrib, aku mengemaskan diri. Tudung oren pic aku kenakan sekemasnya. Stoking hitam kusarung buat melindungi kakiku dari kedinginan malam. Tidak lupa baju tebal berwarna hitam buat pemanas badan. Setelah meneliti parasku di cermin, aku menarik nafas lega. Tidak mungkin aku dapat lega jika aku keluar tanpa menutup apa yang perlu ditutup dari pandangan ajnabi. Auratku. Setelah berpuas hati, aku lantas mencapai kunci kereta dan bergegas ke perpustakaan.

Jam 815 malam.

Kereta putih Camry kepunyaan rakan serumahku diparkir di belakang bangunan 305, atau bangunan farmasi. Parkir ini adalah parkir yang paling dekat untuk ke perpustakaan. Polisi di Curtin Universiti, jika mahu meletakkan kenderaan dalam kawasan university, $2 sejam perlu dibayar. Untungnya polisi itu tidak lagi aktif selepas jam 5 petang.

Perpustakaan Curtin ditutup pada jam 10 malam. Namun, tidak ramai kelibat pelajar yang kelihatan di ruang legar perpustakaan. Mungkin kerana musim peperiksaan belum tiba. Jika minggu ini adalah ‘study-free week’ sudah pasti perpustakaan ini penuh dengan manusia meskipun sudah jauh malam. Aku menyusun langkah ke kaunter perpustakaan. Cuma 2 atau 3 orang petugas sahaja yang kelihatan di belakang kaunter itu.

Setiap langkah aku semat dengan kalimah istighfar dan selawat. Buat penguat hati dan penajam fikiran. Sepanjang perjalanan di dalam kereta tadi lagi aku sudah berfikir panjang. Aku perlu positif dan redha  dengan denda yang bakal aku terima. 5 buah buku, 2 minggu terlewat. Memang salah diri sendiri. Aku niatkan denda yang aku bakal terima sebagai pengajaran buat masa akan datang. Semoga Engkau redha ya Allah!

Seorang kakak berambut perang dan berbaju kemeja jalur merah jambu menyambut aku di kaunter. Selepas bertukar senyuman dan ucapan aku mengeluarkan 5 buah buku tersebut. Diantaranya adalah 2 buah buku karangan Miklos Bodanszky, buku yang aku ingin perbaharui tempoh pinjaman kerana ia masih aku gunakan sebagai rujukan untuk projek honours yang masih di peringkat draf itu. Sementara yang lain ingin aku pulangkan.

Setelah mengimbas kod bar di bahagian kulit belakang buku-buku tersebut, si kakak memandang aku dan melepaskan satu keluhan. Aku hairan. Apa terjadi?

“It’s $68” ujar si kakak sambil mengerling kearahku.

‘Gulp’, telingaku menangkap bunyi aku menelan airliur mendengar jumlah denda yang dikenakan. Namun, denda tetap denda bukan. Aku memulangan semula kerlingan si kakak dengan senyuman sambil menarik nafas sedalam-dalamnya.

“I see. Ok then,” ujarku pada si kakak. Pandanganku tepat memandang kearahnya. Tekad dan redha. Mungkin itu aura yang terpancar dari wajahku ketika itu.

“The fine is quite high,” ujar si kakak seakan-akan bersimpati dengan keadaanku. Kerlingannya kini tepat ke wajahku. Tanpa berkelip sekalipun.

"Well, that's ok. I have to pay for it anyway , right?" ujarku sambil melemparkan senyuman semampu yang boleh. Tanganku mula meraba-raba di dalam beg kain yang dibawa bersama. Mencari dompet.

"UNLESS," kata si kakak tiba-tiba. Tanganku berhenti meraba. Aku pandang kakak itu dengan penuh minat.

Unless bermaksud melainkan jika.

‘Melainkan jika apa?’ aku berbicara sendiri. Masa seakan-akan berhenti. Aku berdebar-debar menunggu patah perkataan seterusnya dari kakak pustakawan. Teringat pula aku akan kisah animasi Lorax yang diadaptasi dari novel kanak-kanak karangan Dr Seuss.

"UNLESS there are reasons that prevent you from returning the book on time,"

Ini bermaksud kakak pustakawan memberi ruang kepadaku untuk menjelaskan mengapa aku tidak memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan. Dalam erti kata lain, aku diberi peluang kedua! Allahu allah, seronoknya!

Namun, aku cuba kawal emosiku dengan sebaiknya. Tidak bermakna sebab musabab yang aku kemukakan padanya nanti boleh menjadi justifikasi mengapa aku terlewat memulangkan buku. Lalu dengan tenang aku menyusun kata dan menjelaskan padanya.

Aku ceritakan padanya bahawa 2 minggu lepas aku masih di Armadale Hospital, atas urusan praktikal. Praktikal di jabatan Farmasi Armadale bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada jam 5 petang setiap hari. Armadale merupakan satu pekan kecil yang jauhnya lebih kurang 25km dari universiti. Satu jarak yang agak jauh bagi aku yang tidak mempunyai kereta sendiri. Setiap hari aku menumpang kereta kawanku untuk ke sana. Kebetulan kami ditempatkan di hospital yang sama.

Kakak pustakawan mengangguk-angguk memahami masalahku. Namun, dia tidak dapat berbuat apa-apa. Lalu si kakak memanggil ketua pustakawan yang bertugas malam itu. Aku terkesima dengan tindakannya. Dalam hati aku risau jika isu ini diperbesar-besarkan. Sedangkan aku sudah bersedia untuk membayar $68 jumlah denda yang dikenakan. Aku cuba bertenang. Mungkin Allah ada rancangan buatku.

“You should consult with your school if you are not on campus and unable to return the books,” ujar ketua pustakawan. Wajahnya yang berusia menampakkan garis-garis kedut di sekitar matanya. Namun demikian, nada suaranya masih tegas ketika berbicara denganku.

“I am so sorry. I do not know that we can do that,” ujarku jujur. Sememangnya aku tidak tahu bahawa kami boleh dikecualikan dalam situasi sebegini.

Ketua pustakawan seterusnya menjelaskan padaku prosedur-prosedur yang boleh diambil sekiranya kita tidak dapat memulangkan buku pada tempoh yang ditetapkan.  Aku mengangguk-angguk penuh minat.

‘Mereka sangat berbudi bahasa’ bisikku di dalam hati. Aku membayangkan satu syarahan panjang yang penuh dengan kata-kata sinis lagi tajam untuk menghujani diriku atas kesalahan yang telah aku lakukan. Tapi sebaliknya aku dilimpahi dengan kata-kata semangat yang prihatin denganku dan sedang cuba memastikan aku tidak mengulangi kesalahan buat kali kedua.

Sebait ayat Allah dari surah arrahman ayat 13 berputar dalam mindaku.

"Nikmat TuhanMu yang manakah yang ingin kamu dustakan?"

"You know what, I think I can reduce the fine by half, to $34"

Nafasku terhenti. Mataku tidak berkelip memandang ketua pustakawan itu. Allah, aku tak salah dengar ke ni?

“Make sure you keep this in mind. Please do not repeat the same mistake,” tambahnya lagi. Aku mengangguk laju. Nampaknya aku tidak tersalah dengar. Alhamdulillah!!!

“Thank you. Thank you. Thank you very much Maam. I will always remember this!” ujarku padanya.

"I think you are lucky tonight, we do not usually reduce library fine," bisik si kakak pustakawan setelah ketuanya berlalu pergi. Aku tersenyum mendengarkannya.

‘Luck? Tuah? Bukan. Ini bukan tuah, inilah perancangan Allah yang telah tertulis buatku,’

Aku tatap resit itu. Jumlah yang dahulunya $68 kini telah berkurang pada $34. Darah merah menyerbu ke wajahku. Mataku terasa hangat. Aku berasa malu sekali. Malu dengan pertolongan yang tidak disangka-sangka ini. BantuanNya masih lagi hadir buatku. Insan yang terkadang masih lagi lalai dan beralasan denganNya.

"Alhamdulillah"

Senyum. Senyuman syukur dan redha seorang hamba. Ternyata begitu banyak cara Allah akan menguji kita. Terpulang pada kitalah untuk memandangnya sebagai sesuatu yang positif atau sebaliknya.

Semakin aku menghampiri hari-hari terakhirku di bumi Perth ini, semakin banyak pengajaran yang Dia kirimkan buatku.

“Ya Allah, semoga bantulah aku untuk sabar dan redha bila diuji, dan syukur bila diberi nikmat, Aamiin, insya Allah. Alhamdulillah,”


Fastabiqul khairat~

Wednesday, April 3, 2013

[Personal view] TOP 3 MEMORABLE THINGS WHILE IN PERTH

Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillahi rabbil 'alamin....
Allah telah memberi keizinan dan kekuatan untuk kita bernafas dan menikmati keindahan iman dan Islam pada hari ini.

Sebenarnya saya tulis artikel ini semasa saya masih belum graduasi. Tapi tulis tak habis...
haha
tangguh lagi...
so saya sambung hari ni ye...
Tak nak alter apape sangat.
sebab semua ini saya tulis secara spontan. lahir dari hati. takde tapis2...hehe

Teruskan membaca ya...:)

Bismillah~

Dalam sedar tak sedar, saya kini hampir2 menamatkan pengajian saya di bumi Kanggaru ini.
Oh Tuhan, cepat sungguh masa berlalu!

Benarlah kata-kata imam Ghazali pada anak muridnya,
"Yang paling jauh itu masa lalu, sedangkan yang paling dekat itu MATI"
Banyak sangat perkara yang saya harap saya boleh patah balik dan buat benda tu, namun mengapa perlu berkalau-kalau sedangkan ada masa depan yang PASTI esok hari.

Post hari ini adalah untuk berkongsi

TOP 3 MEMORABLE THINGS WHILE IN PERTH

1. Hidup berdikari

"Awat cliche sangat nih? BORIIIIIIIIIING..."

Senyum.

Biarlah kalau orang nak kata boring pun tapi ini merupakan salah satu pengalaman yang sangat7xx berharga yang saya pelajari di sini yang telah mengubah hidup saya.

Dahulu saya hidup dalam comfort zone. Saya takut nak bergaul dengan orang. Dan saya selalu menyusahkan orang yang saya kenal, selalu mengadu masalah dengan diorang, selalu mengharapkan kata-kata semangat dari mereka.

Salahke?

Tak, sikit pun tidak. Yang salah itu apabila saya TERRR-------LALU (ok u got my point) bergantung harap dengan diorang sampai saya TERLUPA PADA ASSAMAD- Maha Diperlukan.

Allah.

Ya, di oversea inilah, di Perth inilah, saya kenali Pencipta saya.

Di sini, tanpa sahabat handai yang mampu saya kongsikan masalah saya, saya perlu berdikari. Lebih teruk lagi, saya adalah seorang gadis yang selalu menangis. Dahulu, saya menangis mencari Allah hanya bila saya ada masalah2 besar sahaja. Bila nak exam, bila sakit, bila ada pertandingan. Tapi bila senang, tidak pula saya tahu untuk bersyukur.

Makanya, di sini, akhirnya saya cuba, saya belajar untuk mengadu dengan Allah. Dari sekecil-kecil perkara ke sebesar-besar perkara. Tak kisahlah perkara sedih atau gembira. Saya ceritakan pada Allah, dalam doa, dalam solat, setiap masa dan ketika. Lambat laun, saya mampu menangis kerana Allah. Kerana Allah!! Bukan kerana masalah saya, bukan kerana tidak ada tempat bergantung tapi kerana Allah. Dan saya yakin, semua ini tidak akan berlaku kalau Allah tidak mencampakkan saya sendirian di kotaraya Perth ini.

Dan apabila rahmat Allah itu terasa sangat dekat dengan diri saya, Allah hadirkan sahabat2 yang mencintai saya kerana Allah. Yang mempunyai pemikiran yang sama dengan saya, yang mengajak saya ke arah kebenaran. Nikmat Allah mana lagi yang mahu didustakan?

Allah.

Jadi, perasaan berdikari itulah yang paling saya akan rindui. Sebab perasaan itu telah mampu menggerakkan jiwa dan akal saya, bahawa ada ASSAMAD dan ALBASIR sedang memerhatikan saya. Alhamdulillah



2. Pengalaman buat Honours

Mulanya saya tak mahu disclose kenyataan ini. Kerana saya takut mengundang riak, saya takut dengan kata-kata orang sekeliling dan umpatan yang bakal saya hadapi. Tapi, ketakutan itu bukankah sewajarnya disandarkan pada ALLAH? Maka saya mengambil keputusan untuk menulisnya di sini sebagai satu pengajaran buat saya di masa hadapan, agar mengenang kembali rezeki yang telah Allah berikan pada saya ini.

Pharmacy Honours di Curtin University agak berlainan dengan Honours di universiti-universiti tempatan dan juga universiti lain di Australia. Untuk buat honours anda perlu:-

  • skor 70 untuk semester weight average by the third year
  • lulus ujian bertulis
  • lulus temuduga
Mak aih! dahsyat tak? Huhu. Dan saya langsung tak terlintas untuk lulus ketiga-tiga requirement diatas.

Alhamdulillah, masa second year, Allah mudahkan saya belajar, jadi markah dalam exam pun tinggi2. Saya tak pernah rasa semua tu sebab saya rajin, sebab saya tahu, kalau bukan Allah yang gerakkan hati saya untuk belajar, memang saya tak belajar. Alhamdulillah.

Untuk ujian bertulis dan temuduga tu, saya pergi sebab suka-suka je. Sebab nak ada pengalaman diinterview oleh lecturer. (gedik kan? huhu) ujian bertulis tu pun sebenarnya dia suruh summarize research article bab ticagrelor (ingat sampai sekarang!). Pergi tanpa expectation, tanpa harapan diterima. 

Tapi....

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
(Al-An’am: 17)


Saya telah diterima sebagai salah seorang pelajar honours 2011/2012. Orang lain yang diterima semuanya seronok, gembira. Kecuali 2 orang. Saya dan kawan saya, Alisa.

Saya? Menangis lagi! Haha, saya memang suka menangis. Menangis bukan kerana kegembiraan, menangis kerana Allah telah mentakdirkan saya memikul beban ini di atas bahu saya. Menangis semahu-mahunya untuk menolak tawaran Honours ini.

Saya tak nak buat Honours!

Tapi, lihatlah di mana saya sekarang.

Alhamdulillah, langkah demi langkah saya melaksanakan projek honours saya. Dalam masa yang sama saya perlu hadir ke lecture, tutorial dan tests. Saya tidak terkecuali dari sahabat-sahabat yang lain, cuma saya ada sesuatu yang mereka tidak ada, pengalaman Honours (I supposed more workload is the most appropriate term-hehe).

Sekali lagi, honours adalah cara Allah menarik saya keluar dari kepompong duniawi yang amat selesa ini. Saya akui saya agak terleka ketika di tahun ketiga. Saya banyak bermain, saya kurang belajar, saya telah mendapatkan iphone yang diidam-idamkan. Saya hanyut dan lupa pada As-Samad dan Al-Basir. Maka Allah campakkan honours ini atas bahu saya agar saya tersedar dari lamunan dan anganan yang panjang.

Honours telah mengajar saya untuk berharap sepenuhnya pada Allah. Belajar bahawa kita hanya mampu merancang, natijahnya mungkin baik dan mungkin tidak. Harga sebuah pengakhiran yang baik bukanlah murah. Begitu banyak mahar yang perlu dibayar sepanjang 13 minggu di tahun 3 dan 6 minggu di tahun 4 untuk menghabiskan Honours ini. Jadi saya amat sedih jika ada yang memandang ringan usaha-usaha saya, meskipun saya tahu saya bukanlah bakal pemenang Nobel prize yang diagung-agungkan itu.

Pada hari keputusan diumumkan, saya tercengang melihat keputusan saya. Saya syukur, tapi jujur dalam syukur ada sendu. Walaupun saya ini cuma manusia kecil yang tiada apa, saya masih mengharapkan First Class Honours. Hari yang sama saya berjumpa dengan supervisor saya, Rima Cacetta. Beliau berkata, "You are awarded with First Class Leen. Congratulations!" Jujur, aku tercengang lagi. Biar benar! Rupanya keputusan yang terpampang di laman sesawang itu bukanlah keputusan akhir. Masih ada pengiraan akhir yang tidak aku ketahui untuk membolehkan aku dianugerahkan 1st class honours. Air mata ini mengalir lagi. Rima juga bergenang matanya. Syukur alhamdulillah! 

Ya. Pengalaman ini sangat berharga. Mengajar aku begitu banyak suka dan duka. Mengembalikan aku kepada fitrah kehidupan yang sepatutnya sukar dan penuh ranjau. Bukannya mewah dan goyah dalam hiburan. Alhamdulillah.

2. Bulatan Gembira a.k.a usrah :)

Saya akui, setelah berada di Malaysia, biah di sekeliling saya ini tidaklah seperti biah di Perth. Bumi Perth itu, meskipun bahangnya membakar di musim panas, dinginnya membeku di musim sejuk, namun ia tetap subur dengan dakwah dan tarbiayyah para ahlinya. Ahlinya yang mengejar keredhaan Ilahi sambil menagih ilmuNya nan luas di bumi Selatan.

Sesiapa yang berada di dalam situasi ini pasti akan mengerti, betapa pentingnya peranan bulatan gembira ini. Saya pula adalah jenis orang yang memaksa diri. Saya paksa diri saya, kadang2 rasa macam tak nak pergi saja usrah, tak nak baca buku untuk bagi perkongsian, tak nak itu, tak nak ini, tapi alhamdulillah, Allah bagi juga tarikan untuk saya supaya TETAP hadir ke bulatan gembira walau dalam situasi apapun saya berada.


Mula dengan keterpaksaan tapi akhirnya membuahkan kerelaan yang manis sekali. Ah, rindunya...rindu sekali dengan bulatan gembira ini. Taman syurga duniawi, yang dilembayungi malaikat, didengar doanya oleh Ilahi. Tidak rindukah kalian, dengan segala ilmu yang mendekatkan kita padaNya, dengan segala teguran yang membuatkan kita tersentap? dengan segala perkongsian yang membuatkan orang lain mengerti, dan yang paling penting dengan ketenangan yang hadir tatkala ayat-ayat suciNya dihadamkan dan disantuni secara jamaie?

Bulatan gembira di Perth ni unik sekali. Selepas habis usrah, KONFEM ada sesi makan2. Kadang2 usrah buat kat luar, BBQ sekalilah. Ada sekali tu pergi jalan2 kat Kings Park, dan ada sesi perkongsian dari semua orang. Setiap kali usrah mesti belajar benda baru. Kalau bukan benda baru pun, mesti dapat tajamkan memori kita tentang sirah, tajwid dan banyak lagi cabang ilmu agama.

Janganlah sampai kita terlalu mengejar fardu kifayah (farmasi, engineering, architecture, medik dan sebagainya) sampai kita mengabaikan ilmu fardhu ain kita sahabat2. Ilmu Fiqah, Aqidah, Tasawuf kita. Saya akui saya pun masih belum cukup mantap lagi ilmu2 ini, tapi sampai bila kita mahu beralasan?

Mungkin ada sahabat yang tidak nampak pentingnya usrah. Nasihat saya, biar sesal dahulu, jangan sesal kemudian. Hargailah usaha pihak2 yang telah bertungkus lumus menjayakan bulatan gembira di tempat kalian. Bulatan gembira inilah makanan jiwa kita, bukannya drama2 korea, lagu2 inggeris dan filem2 barat. Bulatan gembira bukanlah berfungsi untuk menstresskan diri kita, tetapi menenangkan hati.

ALLAH...aku rindu...

Teringat kata2 Saidina Ali yang cukup mashyur

‘Apabila engkau berasa penat dalam melakukan kebaikan, 
ingatlah penat itu akan hilang dan kebaikan yg dilakukan akan terus kekal. 

Dan apabila engkau berasa seronok dalam melakukan dosa, 
ingatlah keseronokan itu akan hilang, tetapi dosa yg dilakukan akan terus kekal’ 

(Saidina Ali)

Baiklah sahabat2...semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmatnya walau di mana sahaja kita berada, Allah, rahmatilah kami! Jangan Kau sesatkan setelah Kau berikan hidayah pada kami...Aamiin

Wassalam~
FastaBiQuL Khairat

Monday, February 25, 2013

Pergi tak kembali II

Assalamualaikum wrt,

Alhamdulillah, masih dipanjangkan nafas dalam nikmat Iman dan Islam di bumi Malaysia. Ayuh kita sama2 bersyukur ya sahabat. Walau di mana jua kita berada, kita tetap berada di atas bumi Allah. Jadi, jangan kufur, ayuh syukur~ Okeh, mari sambung kisah suka duka saya di bumi kanggaru selepas berakhirnya bulan Ogos.

SEPTEMBER 2012

Alhamdulillah, selepas segala macam dugaan yang saya tempuhi sepanjang bulan Ogos, Allah beri saya 'kerehatan' di bulan Sept. Kerehatan di sini bermaksud, berehat dari Honours dan akhirnya saya mampu fokus untuk praktikal saya di hospital. Alhamdulillah~

Banyaaaak sungguh perkara yang berlaku ketika saya di Armadale Hospital. 2 minggu yang pertama saya ditugaskan di bahagian dispensary. Bahagian di mana saya perlu menaip label untuk pesakit luar, dan juga untuk inpatient ward. Ward di armadale dipanggil mengikut nama yang tersendiri. Ada Colyer, Karri, Benson dan sebagainya. Menarik kan? :) Di sini saya banyak belajar tentang labelling instructions, c&a label, inpatient outpatient service dan tidak dilupakan webster packing. Haaaa~ webster packing ni xda kat Malaysia. Which I am not sure whether its a blessing or a disaster...:)


 
pictures taken from webstercare*  

Ya Rabbi, nak packing webster ni memanglah satu pengalaman yaaaaang, memenatkan. hehe. Yelaa, banyak kot blister pack yg perlu dikoyakkan, tablet yang perlu dikerat. Allah, kalau sekali sekala ok lah kot...:)

2 minggu berikutnya saya di bahagian clinical. Dimana saya akan mengikut ahli farmasi yang bertugas dan bersama2 mereka ketika sesi ward round dijalankan. Banyak juga kisah di wad. Saya berpeluang untuk melihat sendiri patient-controlled analgesia machine, menemuramah seorang pesakit, menemuramah seorang nurse, case-studied a palliative care patient. :( (end-stage heart failure). Tapi dalam banyak2 cerita saya, Saya paling suka cerita di Banksia Ward, yang telahpun saya kongsikan di facebook saya. So saya copy-paste ajelah kat sini ye...:)

"Today, I went to Banksia Ward, a CLOSED mental health ward, and I went there alone without the ward pharmacist with me. What a courage ay? :) While I was waiting for the nurse at the counter, a patient came and smiled to me, asking for my name. (gasp!!) However, I didnt run away. Hehe. Instead, I smiled in returned. I approached her and let her wrote down my name on her wrinkled palm. I actually recognized this person, I have talked to her before when I followed Jackie (ward pharmacist) last week.

She was all smiling and friendly to me as if she was a normal person. And surprisingly we were able to talk about faith, about belief, about my hijab appearance and even about love. How wonderful is that? :) coming from a mental health patient? She even gave me some peppermint lollies, out of the blue. (^^)

Its great being able to talk to the patient. Makes you realize how grateful you should be with your life and your health. Most importantly, your faith. :)

I am so in love with hospital setting. Gonna miss this place. Motivates me everyday. That's the peppermint lollies with my name tag. :) "




2 minggu yang terakhir saya berada di store. Yup, keja kat stor. Tapi stor bukan sebarang stor, stor ini penuh ubat-ubatan. Tugas saya? mengemaskan shelf2 ubat, mengisi troli ubat untuk dibawa ke Imprest ataupun stor farmasi di setiap ward di dalam hospital. Penat, tapi seronok. Tak banyak sangat keje, so bolehlah fokus buat kes study dan audit. Ya kawan2 selain keje dlm hospital, saya masih ada workbook, kes studi dan audit yang perlu dilangsaikan. Lebih2 lagi ini 2 minggu terakhir di hospital jadi dah tak boleh bertangguh! Saya juga berpeluang untuk mengikuti Evonne ke "Staying Fit" awareness campaign. Campaign ini dibuat di luar hospital. Bukan selalu boleh ikut diorg keluar jalan2 sambil belajar. Jadi apalagi. Jooom~ :)



Tanpa disedari, berakhirlah 6 minggu placement di Armadale. Ada yang mungkin kata Hooraaay! Merdeka! Finally!!! Tapi jujur, saya rasa sedih sangat. Staff di Armadale sangat baik dan hebat. They are awesome people both in personality and in their profession. I am so proud to be there even for a short 6 weeks. Awesome experience, great hospitality. Thank you guys! :)




My last day at Armadale Hospital

Debbie: Shazza! Your potato bake is really good. I like it! 
Evonne: Thank you so much girls, you are really helpful
Dale: All the best for your future! :)
Ayme: Keep in touch! See ya on facebook, facebookers!
Ping: I can tell that Syazleen is a good cook (haha, i like dis comment)
Te kai: All the best girls. You did well.
Steph and Mave: See you girls again. Good luck with your studies.
April: Bye girls! Good luck!


Alhamdulillah~

FastaBiQuL Khairat

Friday, February 1, 2013

Pergi tak kembali PART I

Assalamualaikum,

Ah, dalam diam tak diam, sedar tak sedar, kita semua telah menjejak ke tahun 2013. Alhamdulillah wa syukurillah kerana masih memanjangkan usia kita untuk terus mengejar redha dan keampunan dari Nya. Alhamdulillah...(^_^)

Baiklah, bila baca title posting hari ni mesti teringat lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Rabbani satu ketika dahulu kan?

"Pergi tak kembali"

Dimana vokalis utama yang menyanyikan lagu tersebut pun telah pergi menghadap Ilahi. Alfatihah~
Saya, awak, kita, mereka yang masih belum dipanggil menghadapNya inipun ada kehilangan sesuatu setiap hari, dalam sedar tak sedar.

Itulah MASA.

MASA yang berlalu, akan pergi tak kembali. SAAT yang berdetik pantas, takkan sekali-kali bisa diputar kembali.

Tapi apa yang boleh kita lakukan dengan masa lalu adalah bermuhasabah dengan tindakan2 kita yang lepas, kejadian2 yang telah menimpa kita, gelak tawa, tangis duka kita...kita muhasabah kembali..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Inilah tujuan kita bermuhasabah, agar kita sedar kesilapan lalu lantas menjadikan kita seseorang yang kaya dengan pengalaman. Agar kita imbau kekurangan diri, supaya kita tidak sekali-kali lupa akan Dia yang Maha Sempurna.
Jadi, saya nak ambil kesempatan ini untuk bermuhasabah akan perkara2 yang telah berlaku kepada saya sepanjang bulan 8- bulan 1, yang tidak saya kongsikan di blog ini..(mungkin akan ada part I, II, III...hehe, poyo je)

AUGUST 2012
Honours
Mungkin ada sahabat2 yang tidak tahu, tapi alhamdulillah saya adalah salah seorang dari 2 orang pelajar tajaan JPA yang telah ditawarkan untuk menyelesaikan degree dengan gelaran honours. Syaratnya, perlu tulis paper dan present pada senior2 lecturer. Alhamdulillah, data saya telah lengkap dan kini tinggal tugasan menulis paper dan presentation sahaja pada bulan 10 nanti. At least that was what I have in mind. But He always is the best planner. Walaupun dah ada data, menulis bukanlah kerja yang mudah kerana saya terpaksa seimbangkan waktu dengan latihan praktikal SPP. Jadi, saya banyak menghabiskan masa di Abacus lab dekat musolla untuk menyelesaikan paper. Lebih praktikal, senang untuk solat. :)

My beloved Crystals~ (^_____________^)

Specialised Pharmacy Practice (SPP)
Sebenarnya SPP bermula sejak July lagi, sebelum berpuasa lagi. Mengimbau hari pertama menjejakkan kaki ke Belmont Family Pharmacy(BFP), oh, berdebarnya rasa. Mau taknya, saya ni tak ada langsung pengalaman bekerja di farmasi, dan 3 bulan yang lepas saya asyik dengan projek Honours dan tidak tahu menahu langsung dengan alam pekerjaan. Hari pertama, masih takut-takut dengan customer. Masuk hari kedua dan ketiga saya telah disuruh untuk ke front counter, menjaga till dan layan customer. Oh, memang mencabar. Tetapi alhamdulillah customer semuanya bersabar dengan karenah saya dan tidak banyak perkara2 negatif yang berlaku kepada saya sepanjang tugas menjaga till berlangsung. (^_^)
Adakah saya perfect?
Oh mestilah tidak. Saya banyak buat salah. Banyak ubat2 yang saya tidak tahu. Sebelum ni mana pernah kenal Atacand, Marevan, Lipitor, Zanidip dan sebagainya. Kerja di farmasi sangat2 membuka mata saya dengan ubat2 ini. 
Saya di sini untuk SPP Diabetes. Maknanya saya kena jadi expert dengan ubat2 diabetes. Termasuk metformin, thiazolidinediones, glitazones, gliptin, insulin etc etc. Kena jugak tahu macam mana nak guna insulin pen, ambil bacaan glucose, hypoglycaemia attack etc etc. Staff BFP sangat2lah membantu saya. Saya turut diberi peluang untuk organize my own Diabetes Awareness Week (3 hari je sebenarnya) tapi sangat best! Everything that I did, I did it myself. (of course others helped out but the core planning was by me...allahu allah) Pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Terima kasih Allah atas peluang dan ruang. :)
My preceptor, Keshwan and Chris. Awesome pharmacist!

(Professional Pharmacy Practice) PPP Rotation 2
 Alhamdulillah selepas selesai SPP, saya ada PPP, atau saya panggil hospital rotation. Hospital rotation ini bermula seminggu sebelum hari raya. Kebetulan, sahabat baik saya Alisa, (juga seorang pelajar Honours) satu tempat rotation dengan saya. Begitu juga Mei Ing, sahabat baik dari Sibu, Sarawak. Kami bertiga perlu menaiki kereta selama hampir 20 minit sebelum tiba ke Armadale Hospital. Hospital di mana pengalaman berpraktikal saya akan berubah 180 degree. 
Hospital rotation berlangsung selama 6 minggu, jadi 2 minggu pertama sahaja di dalam bulan ogos. Walau bagaimanapun begitu banyak 'deadline' yang saya perlu tempuhi sepanjang bulan 8 ini.
1. Phone call assignment: di mana lecturer/tutor akan call saya waktu kerja/praktikal dan tanya soalan2 drug list. hohoho. I barely passed this one. Why? Because of my second assignment
2. THESIS!! Ya! Inilah sebabnya mengapa saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada drug list saya. Thesis perlu dihantar, tetapi supervisor masih lagi melontarkan komen2/correction2 yang pelbagai. Kertas saya sudah siap ditulis tapi belum dipolish dengan cantik. Grammar, typo, figures...sangat banyak. Pertama kali dalam hidup saya terpaksa tidur selama 2 jam sahaja untuk memastikan thesis saya betul2 siap dengan sempurna. Itu pun selepas Simon Fox sudi bagi extension pada semua pelajar honours gara2 kelambatan para supervisor menjawab emel/ memberi feedback pada draft terakhir thesis kami. Oh, mencabar sungguh menulis thesis + praktikal. Bulan 8 memang bulan yang sangat2 mencabar buat saya. Tapi alhamdulillah, saya sangat2 bersyukur pada Allah yang menyalurkan kekuatan untuk saya terus bergerak. Tidak terkira banyaknya berapa kali saya mengulang2 niat saya...
"Kerana Allah, Kerana Allah, Kerana Allah,"
jujur, kalau bukan kerana Allah, tidak sanggup saya teruskan perjuangan ini. Tapi Demi Allah, demi Ilmu Allah ini, saya gagahkan diri, korbankan begitu banyak masa dan tenaga. Dan segala kekuatan ini Allah yang beri. Ternyata Dialah tuan pemilik segala dan semua. Semoga Allah redha akan usaha saya. Aamin ya rabb..

Makan2 selepas selesai phone assignment+ thesis submission...gelare!!!

3. Workbook. Bila dah berpraktikal, kami diberikan buku kerja/ workbook. Fungsinya? untuk memastikan kami tidak goyang kaki di Hospital. Hehe. Workbook adalah satu platform/indikator yang sangat bagus untuk melihat sejauh mana ilmu2 di dalam hospital yang belum/telah kita pelajari. Tapi workbook juga ada deadline. Ini personal deadline, deadline yang saya cipta sendiri untuk memastikan diri on track. Saya akui, deadline ini memang menjadikan diri saya lebih tertekan. Haha. Tapi, itulah juga yang memastikan saya tidak Over-stress kemudian hari. :)

Waaaah, baru bulan ogos dah panjang lebar ceritanya..sept, oct, nov, dec, jan kena buat posting lain ni.
Hehe. Jazakumullahu khayr kepada yang sudi membaca. Mohon maaf jika ada tersalah dimana2....

FastaBiQuL Khairat~

Wednesday, February 8, 2012

Manusia banyak alam

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah hari ni genaplah aku berada selama 10 hari di Perth dan progress untuk projek honours ku itu sangat 'memberangsangkan'. :)

Pada sahabat yang mengetahui kisah dukaku itu, jazakumullahu khayrun jazak. Sesungguhnya Allah jualah yang telah mengutuskan kalian padaku di saat2 aku memerlukan. Sungguh, insan yang berseorangan sememangnya lebih mudah dibaham serigala daripada yang berada di dalam kumpulan. Tiupan kata2 semangat kalian amatlah dihargai. Aku sayang kalian, ikhlas dari lubuk hati paling dalam. Subhanallah.

Baiklah. Tajuk hari ini kedengaran agak angker. Setuju? Hehe. Angkerlah sangat...:)

Sekali lagi, ini bukan bermaksud manusia itu adalah makhluk jadi2an/orang bunian/orang minyak dan banyak lagi nama2 panggilan yang direkacipta oleh masyarakat (MELAYU khususnya) zaman sekarang. Geleng2 kepala.

Ayuh kita pacukan destinasi minda kita pada hari kita dilahirkan. Ada yang masih ingat suasananya?

"Oh, aku ingat! Tepat 8.02 pagi 21 Februari 1989 aku lahir. Lahir2 terus nangis. Then nampak mama tersenyum kegembiraan menyambut aku. Well, anak sulung kan? Hehe. Tak lama pastu ayah plak masuk bagi iqamat kat telinga aku. Bestnya hari tu,"

. . . .

Ish2. Tipulah. Mana ada orang ingat apa yang berlaku. Betul tak? Kita main agak je tu. Hasil menelaah drama2 yang banyak di kaca TV, akhirnya kita tahu, lahirnya seorang bayi dengan tangisan.

Sahabat2 tahu? Itulah anjakan alam, dari alam rahim ke alam dunia. Sebelum alam rahim adalah alam roh, di mana kita telah mengakui bahawa ALLAH itu tuhan kita. Tak percaya, silalah selak 7:172. :)

Tapi itu x bermaksud kita ni manusia banyak alam. Di alam roh kita cumalah roh, di alam rahim, kita dikenali sebagai janin, di alam dunia kita dikenali sebagai manusia. Jadi, mana mai banyak alam ni??

Sahabat2, bukankah kita membesar dari alam tadika ke alam sekolah rendah, kemudian sekolah menengah, universiti, pekerjaan, perkahwinan dan sebagainya?

Ya sahabat2, semua kita adalah manusia yang melalui banyak alam. Tanpa sedar kita telah melalui proses peningkatan umur dengan pesat dan cemerlang. Daripada tidak tahu membaca sekarang kita sudah pandai membaca. Maju hingga menulis dan sebagainya. Tapi sahabat2, adakah perkembangan minda kita juga meningkat seiring dengan perubahan alam ini?

Jika mahu tahu, tepuk dada tanyalah iman. :) Minda yang berkembang akan mengutip segala mutiara dari alam2 yang di singgahinya. Mutiara itu menjadi bahan bakar sehingga kita terus maju menghampiri Sang Pencipta, menghampiri destinasi hakiki yakni ALLAH SWT.

Contengan ini timbul kerana banyak sungguh senior2 ku yang akan melangkah ke alam pekerjaan. Malah ada yang lebih advance (not a proper choice of word obviously, hehe) akan melangkah ke alam rumahtangga, menuju gerbang perkahwinan. Alhamdulillah. Aku gembira buat mereka. Sungguh. Ternyata mereka telah melepasi satu alam getir yang sebelumnya telah menewaskan ramai manusia tetapi mereka berjaya. Mabruk alaikum! \(^o^)/

Aku jadi terfikir sendiri. Sedar tak sedar aku kini di tahun terakhir pengajian. Sudah 3 tahun aku tempuhi tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah3. (^^) Dan aku juga bakal jadi seperti mereka. Ameen Insya Allah. Jadi apakah persediaanku? Ya Allah semoga Kau permudahkan perjalananku di Bumi Kanggaru ini. Aku juga tidak mahu ketinggalan ya Allah. Aku juga ingin menjadi yang terbaik di kalangan terbaik. Samada di dunia, mahupun di akhirat.

Sungguh, bila kukenang kembali, aku rasa Bumi Kanggaru, alam universiti adalah satu alam PERUBAHAN. Aku banyak belajar perkara2 baru, banyak fahaman aku dicorakkan di sini, dan alhamdulillah aku lebih jelas dengan matlamat hidupku sebagai seorang muslim, mukmin di bumi Allah ini. Ya Allah. Alhamdulillah...Kau sangat sayang padaku...:')

Semoga aku juga jadi mukmin professional yang cemerlang satu tahun dari sekarang, dan aku juga berdoa, semoga aku juga mampu menjadi seperti seniorku yang advance itu tadi. hehe (ok, ini berangan). Ameen.

FastaBiQuL Khairat

Friday, April 29, 2011

My life so far...

Assalamualaikum wbt,

Wah...ada 2 hari lagi sebelum bulan Mei menjengah dan saya memang tak ada idea langsung nak tulis pasal apa...
not dat I hope someone will read it, tapi saya rasa semua blogger memahami perasaan saya. Rasa kebersalahan yang teramat sangat pada diri sendiri!! (T.T)

Ya Allah, dah sebulan lebih tak jenguk blog. Apalah nak jadi. Blog satu ni pun tak terjaga, macam mana nak jaga anak? (erk, ok out of topic) jadi berbalik pada time management sebenarnya. Tipulah kalau kata tak ada masa. Masa yang Allah bagi 24/7 tu takkan lah tak boleh bagi sikit kat blog ni.

....

ok dah habis marah diri sendiri mari kita teruskan pada tajuk hari ini. (^^!) My life so far.

Alhamdulillah, officially dah jadi 3rd year farmasi student. Satu realiti yang tak mungkin terjadi andai nafas tidak berada dalam jasad ini. Maka Alhamdulillah pada tuhan sekalian alam.

Dulu masa 2nd year, ramai senior kata "2nd year susah, jangan main2," maka saya pun take it by heart dan study bersungguh2.
Tapi sekarang masa 3rd year, senior2 berkata lagi "3rd year susah haih. Baik stadi betoi2," (ini dialog saya buat sendiri eh) maka saya mula menggaru2 kepala. Aish, every year dengar benda yang sama, penatlah stadi macam ni. Ha! Jadi apa moral of the story?

Kehidupan ini bukanlah bermakna semakin tua semakin mudah, tetapi semakin tua semakin berilmu. Untuk jadi berilmu, lebih banyak dugaan dan rintangan yang menanti. Jadi, kita perlu bersedia menghadapi ilmu itu, bukan kesusahan itu. Andai kata kesusahan itu telah hilang, mana pergi punca semangat kita untuk belajar? Turut sama hilangkah? Tidak2. Maka sandarkan niat belajar demi ilmu. Dan bukan sebarang ilmu. Ilmu Ilahi jua. Semoga semakin tua, semakin banyak ilmu, semakin dekat dengan Allah, insya Allah...(^^)

Satu perkara positif yang sangat saya suka tahun ini ialah saya rasa (rasa ye, tak bermakna betul) kualiti masakan saya dah improve sedikit sebanyak. Hee~ ini bukannya nak promote tapi kalau korang kenal saya, saya ni bukanlah seorang tukang masak yang baik. so-so aje. Jadi saya sangatlah sedih dengan disability saya yang satu ni. Maka tahun lepas saya tulis dalam wish list (yang saya masih simpan sampai sekarang..wish list no 20 kalau tak salah- out of 50) saya nak jadi tukang masak yang baik. Alhamdulillah ada peningkatan! Kenapa? Apa moral of the story di sini?

Saya rasa, saya kurang pandai memasak dulu2 tu sebab saya tak yakin dengan kebolehan diri. Saya masih di takuk lama. Di takuk yang terlalu rendah hingga merasakan semua orang dalam dunia ni lebih baik dari saya (i still feel dat way sumtimes) dis is what we call inferiority complex.

Macam mana saya hilangkan perasaan ni? CONFIDENT!
Mana saya dapat confident tu? bukan boleh beli kat kedai. (^^!) Betul, dan proses ini sebenarnya memakan masa dan memerlukan keinginan jugak.

Kalau kita cuma cakap nak jadi pandai nak jadi pandai tapi tanpa usaha, bolehkah semua itu dicapai? Wallahualam, tapi saya yakin jawapannya TIDAK! Believe me, tulis blog pun boleh tingkatkan keyakinan. Betul tak my blogger readers n friends? (^^) Jadi BELIEVE in yourself and have FAITH in everything you do. Insya Allah boleh!! (sambil tulis ni teringat lagu arashi - i'm here for you...(^^))

Saya akhirnya telah mendapat salah satu nikmat yang sangat3 besar yang pernah saya dapat dengan belajar kat overseas ni. IPHONE 4! Alhamdulillah. Iphone sememangnya dah jadi igauan sejak dulu lagi. Tapi berkat kesabaran dan ketidak putus asa an akhirnya iphone 4 dalam genggaman. Er, ada moral of the story ke kat sini? (^^!)

Ada. Kan setiap perkara yag berlaku tu ada hikmahnya. Moralnya adalah bersabar, dan jangan putus harap. Yang bagi iphone ni siapa? Kalau Allah kata tahun depan baru dapat, maka tahun depanlah baru dapat. Tapi Allah cepatkan bagi tahun ni. Insya Allah dalam sabar ada berkat, dalam doa pasti ada makbulnya. Jadi sahabat2 sekalian, fasobrun jamil. Kadang2 apa yang kita mahukan sangat2 tu yang paling buruk untuk kita sebab tu Allah jauhkan. Bersangka baik dengan Allah dalam setiap hal. Pasti tidak kecewa. (^^)

Maka di sini sahajalah alkisah my life. Banyak lagi nak tulis, tapi saya tak nak blog ni jadi livejournal pulak. Hehe. Biarlah rahsia apa yang rahsia. Ok, tak ada kaitan. Sekian. Ja~ mata! (^^)

FastaBiQuL Khairat

Monday, March 7, 2011

Revolusi response-ability...

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah berkat izinNya sekarang saya telah bergelar pelajar farmasi tahun ketiga di Curtin University!! Alhamdulillah33x Saya sangat3 sedar tanpa izinNya memang tak mungkin saya sampai ke tahap ini. Saya bukanlah pelajar yang terbaik di antara terbaik, saya bukanlah seorang yang sangat berilmu, malah skil komunikasi dan penulisan pun masih di takuk lama. Namun, tak akanlah saya hanya berdiam diri? Tidak. Saya minta, minta dan minta. Akhirnya Dia beri pada saya. without hesitation. Teringat kata2 Dr.Asri dalam ceramahnya yang saya dengar kat youtube...

"Jikalau Allah hendak memberi kebahagiaan pada seseorang, ia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah menghalang kebahagiaan seseorang, dia tidak boleh dihulur apa-apa tangan sekalipun,"

Baiklah, responsibility bermakna tanggungjawab. Banyak jenis tanggungjawab dalam dunia. Responsibility as a child, as parents, sister, brother, friends, student and of course as His servant azza wa jalla. Banyak kan?

Fuh~ sound serious gal...
Well, it is. Kinda~

Kenapa cakap soal tanggungjawab? Sebab alhamdulillah baru2 ini saya telah dipertanggungjawabkan 2 tugas besar. Paling besaQ sejak berada di Perth ni. Mentor dan Ahli Panel.

Baiklah, mungkin saya overreacted. (^^!)

Mentor

Alhamdulillah, dengan hanya mengisi sekeping borang, dengan tidak menghadiri introductory briefing, dengan berbekalkan ilmu yang tidak seberapa dan sokongan seorang supervisor dari lab microbiology, saya kini bergelar Pharmacy Student Mentor 2011. Saya sangat tidak menyangka diberi peluang ini. Maka saya harus melaksanakan tugas ini sebaik mungkin, insya Allah.

Beloved mentor badges (^^)

Baiklah, apa tugas seorang mentor ni? Mentor di Curtin agak berbeza dengan mentor di Msia. Kalau msia, mentor tu maksudnya orang mengajar, mendidik si mentee hingga menjadi bijak pandai kan? Tugas mentor curtin tidaklah seberat itu. Saya sendiri tahu tahap diri, mana layak nak educate orang lagi. hee~ Tugas mentor di curtin adalah untuk membantu junior2 1st year dalam transition state from high school or colleges. Jadi saya harus memastikan setiap soalan mereka tentang uni life perlu dijawab. Saya juga perlu menunjukkan jalan yang benar kepada mereka. Meaning:- direct them to the respective body to help solve the miseries...hehe (^^)

Setakat ini, not bad. Alhamdulillah. Mungkin sebab baru 1st week of uni. Jadi masih bleh balance tugas mentor dan student. Saya sangat2 berharap mentor menjadi satu batu loncatan untuk meningkatkan tahap confident dalam diri.

Sahabat2 yang ada soft skill dalam diri tolong jangan blockkan kemahiran anda tu. Once block, clogged, rusty...memang susah nak polish balik. Saya sangat3 menyesal sebab tak kekalkan skil saya yang satu ni masa di intec. Keyakinan diri terus hilang. Saya cuma berada dalam kumpulan saya, tidak cuba untuk pergi lebih jauh, tidak berani untuk ambil risiko. Kenapa saya jadi macam tu? sebab saya takut saya tak dapat fly. saya takut tak dapat balance study. SAYA TAKUT. Jadi saya larikan diri dari tanggungjawab itu. Dan saya rasa kesannya sekarang. Sahabat2, masih belum terlambat to reverse and move forward via the other way. Percaya pada Allah. Dia telah tetapkan yang terbaik untuk kita insya Allah.

Ahli panel

Ahli panel? Juri awam ke? Hehe...bukanlah. Tapi ahli panel forum.

Alhamdulillah, saya diamanahkan oleh MISWA untuk membawa watak ahli panel dalam program sambutan maulidurrasul 2011 di perth 25 mac yang lepas.

'Allahuakbar. Ini memang sangat serius! Ini serius! Ahli panel? Gugup. Berapa lama dah tak bercakap depan orang? Berapa lama dah tak praktis berforum? Ada 2 hari je untuk prepare teks? Allahuakbar, bantu aku ya Allah. Dan lagi orientation day sama hari dengan forum. Allah cukup ke tidak masa untuk aku bersedia ni?? '

Itu semua monolog dalaman yang saya alami bila saya dapat berita yang saya adalah ahli panel pada malam sambutan itu. Mulanya saya tolak. Saya rasa orang lain lebih layak untuk berbicara tentang baginda nabi tercinta. Mampukah saya untuk menarik audiens untuk turut sama merindui beliau? Saya khuatir misi itu tak terlaksana. Namun, takdir Allah siapa yang mampu halang? Saya tetap menjadi ahli panel. Tetap akan berada di atas pentas itu untuk menyampaikan.

Maka ketika itu response-ability ini saya tukarkan kepada kewajipan. Ini fardu kifayah aleen. Bahkan besar ganjarannya jika kena cara dan niatnya. Revolusi berlaku dalam diri. Saya harus terima tugas ini. Kalau bukan saya siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi? Dan setelah saya redha dan yakin, kekusutan itu hilang. Sungguh! Rasa nervous itu kurang.

Jika boleh saya bandingkan perasaan berforum ketika sekolah menengah dan sekarang, menjadi ahli panel di sekolah menengah memang banyak tekanan. Saya ingat lagi saat2 saya menyusun ayat di dalam kereta ketika balik dari kampung di Melaka. Waktu ketika itu mungkin 9 malam. Saya paksa diri memerah idea menyusun ayat2 untuk disampaikan dihadapan cikgu lusanya. Tekanan itu memang tak dapat saya lupakan.

Tapi kini, saya tahu saya cuma ada 2 hari untuk bersedia. Malah saya sempat lagi tolong sahabat saya (yg juga ahli panel) memasak untuk gathering junior baru UWA. Malam itu, kami buat full rehearsal tanpa ada teks yang lengkap, cuma point2 sahaja. Tapi, entah mengapa, tekanan itu tidak terasa. Allahuakbar, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Saya cumalah seorang hamba yang menyerahkan jiwa dan raga kepadaNya dan ternyata yang baik itu dariNya dan buruk itu dari saya sendiri.

Alhamdulillah, pada hari berkenaan, debaran itu ada tapi tidak beraja di hati. Yang ada cuma semangat ingin menyampaikan kepada mereka yang ingin mendengar. Tak berhenti2 saya berdoa agar mereka yang hadir dapat memahami tutur bicara saya yang lemah ini. Sekali lagi keyakinan telah muncul dalam hati. Meskipun nyalaannya mungkin tidak sekuat dahulu tapi masih mampu menghangatkan hati yang ingin menyampaikan.

Ahli panel dan moderator. (^^)

"Sampaikanlah dariku walau satu ayat,"

dan untuk melakukan ini saya memerlukan keyakinan dan kekuatan, Alhamdulillah, tugas ahli panel yang saya sangat ingin tolak dahulu ternyata ada hikmahnya. Subhanallahi wabihamdih subhanallahil 'azim~

Saya kongsikan kisah Abdul Rahman bin Auf, sahabat nabi dengan saudara ansarnya Sa'ad bin rabi'. Saya kongsikan juga cabaran2 yang telah saya hadapi sepanjang 2 tahun pengajian di curtin. Tidak lupa pengalaman2 menarik berdialog dengan ahjusshi di Korea ketika jaulah yang lepas. Alhamdulillah respons audiens baik. Sangat baik. (^^) Allah, yang baik itu dariMu, hanya dariMu semata.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)
Inilah dia kisah tanggungjawab dan kewajipan yang sebenarnya tidak banyak bezanya. Mereka punya satu persamaan yang hakiki dan ini bergantung pada si pembuat itu sendiri yakni NIAT. Adakah NIAT anda lillahi ta'ala, atau sebaliknya? Fikir-fikirkan dan selamat beramal! (^^)
FastaBiQuL Khairat

Friday, October 8, 2010

Sunyi.

"Aleen, aku rasa sunyilah kat sini" keluh salah seorang sahabat yg kukasihi baru2 ini...
"Aku pun pernah rasa sunyi, sahabatku,"


Kesunyian. Apakah itu? Saya tak ada kamus dewan bahasa dan pustaka dengan saya sekarang...tapi kalau ikut pemahaman saya, kesunyian ini ibarat sebuah rumah yg besar tanpa penghuni, ibarat lengang jalan di malam hari, ibarat beningnya dinihari...kadang2 menenangkan, kadang2 menyedihkan...

Kesunyian. Macam mana boleh timbul rasa sunyi ni? Dahulu, zaman di Irshad, demi Allah, hatta sesaat pun saya tak pernah rasa sunyi. BENAR. Hatta sesaat pun! wah, sampai macam tu sekali? Senyum. Syukur alhamdulillah saya punya pendorong hebat ketika di Irshad.

Tatkala sedih dan menangis di tangga, tanpa dipinta datanglah tangan lembut memegang bahumu, menghentikan airmatamu...tanpa dipinta. Tatkala hati sesak menanggung bebanan, datanglah si dia, menanti di hadapanmu, mendengar penuh sabar. Tatkala ujian dan dugaan melanda, berkumpullah kami, di meja batu itu, berdiskusi, meluahkan perasaan....

Ya....masih kuingat, di meja batu itu, di bilik rehat itu, di kelas itu, di dorm itu, di SEKOLAH itu...Allah menemukan aku dengan sahabat2 yang mengisi ruang2 di dalam hati, yang menjadi sandaran ketika susah mahupun senang...rakan2 ketawa dan menangis...rakan2 yg menegur ketika salah dan menerima kita seadanya kita...merekalah insan yang kugelar SAHABAT...

Ya, kami semua tidaklah sempurna, masing2 punya kelemahan masing2 dikala itu...punya peribadi masing2 yang sangat berbeza...hehe...buat aku mahu ketawa sahaja...tapi itulah mereka, sahabat2 yang kukasihi.

Namun sahabat2...kesunyian itu pada Aleen sekarang adalah sesuatu yang sangat Aleen tnggu2. Apabila diluar negara baru Aleen tersedar sesuatu. Aleen sedar bahawa sunyi itu sebenarnya satu nikmat.

Bila kita dalam persekitaran yang sunyi, tiba2 kita perlukan tempat bergantung kan? tempat berharap, tempat meluahkan perasaan.

Sebenarnya, sahabat2 yang saya kasihi semua, kita semua tak lain adalah wasilah Allah dalam menyalurkan kasih sayangNya pada hamba. Sahabat2 saya dahulu adalah satu nikmat yang tak terhingga pernah dikurniakan pada saya. Sahabat2 saya di irshad adalah salah satu percikan kasih sayang Allah pada saya.

Tapi sekarang, sahabat2 ini telah dijauhkan dari saya. Tiada lagi tangan lembut memegang bahu andai aku menangis. Tiada lagi senyum tawa gurau mesra bersama mereka. Namun akhirnya Aleen sedar, meskipun sahabat2 ini tiada, Aleen tak sendiri. Tak pernah sendiri...malah Allah buka mata dan hati bahawa, Tuhan kitalah yang sepatutnya lebih dekat dengan kita. Tuhan kitalah tempat bergantung, mengadu, bergelak ketawa, menangis hiba...ya, sepatutnya dengan Dia...Dia, rabbul Izzati.


Ya, sekarang bila rasa sunyi, sebagai manusia Aleen akan mengeluh terkadang menangis. Tapi cepat2 tangisan itu ditahan, dan hamdalah pula yang harus terucap. Kerana dengan adanya kesunyian ini, Allah beri peluang pada kita untuk isi jiwa kita dengan mendekatkan diri padaNya.

Kalau kita sibuk, ada masa ke kawan2? Aleen bersyukur kerana dapat mengenali rasa sunyi ini. Dengan adanya perasaan ini, Allah itu terasa dekat, sangat dekat. Kawan2 patut cuba juga...(^_^)

Malah, betapa pemurahnya Allah kerana telah mempertemukan saya dengan sahabat2 baru di Pulau Selatan ini. Tak sangka di bumi koala ini kita bertemu. Dan pertemuan ini tak akan berlaku andai tiada takdir Allah tersirat dan mengalir didalamnya. (^_^) Saya bersyukur bertemu dengan korang..(^_^)

Saya sayang sahabat2 saya. Sayang lillahi Taala. Tapi saya juga mahu mencintai Pencipta sahabat2 saya. Pencipta yang telah menemukan saya dengan sahabat2 saya kasihi. Semoga kita bertemu dan berpisah keranaNya ya korang...semoga ukhwah fillah kita abadan abada ila jannah. Harap2 sangat kita tidak bergaduh bila berjumpa di Mahsyar kelak...Allah~

"Pada hari itu (kiamat) sahabat2 karib, sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain, kecuali orang2 yang persahabatannya berdasarkan taqwa" (Az-Zukhruf:67)

Sekian sahabat2 ku tercinta yang berada di seluruh pelusuk dunia...

"sebagai manusia aku sayang padamu..."

FasTabiQuL khaiRaT...(^_^)

Tuesday, October 5, 2010

Further study to OZ NZ?

Assalamualaikum wbt,

Ada keinginan untuk further ke OZ NZ? Ataupun memang dah dalam track ke OZ NZ? -tengah study foundation-

Tiba2 terimbau pengalaman sendiri dahulu........

"Eiiii, cuaknya...dulu before SSABSA cuak tak dapat fly, ni bila result dah lepas baru cuak nak pikir camnelah nak idup kat sana. Mama n ayah jauh, kawan2 pun ngan omputih. Nanti camne nak solat? bukannya ada surau ke masjid ke kat sana. Winter plak sejuk, camne nak wuduk? ada rukhsah ke x? ada makanan halal x kat sana? xkan nak makan sayur je tetiap ari? huhu...tapi yg paling penting siapalah nak tolong aku time kat sana nanti??? wuuuu....(T.T)"

Itulah saya -lebih kurang- time muda2 dulu. Hingusan sungguh. Jadi bagi adik2 nun jauh di Malaysia, yang baru lepas SPM ke, baru lepas SACE ke, IB ke, and banyak lagi degree yang saya tak berapa arif, di sini saya nak promote satu solusi kepada pertanyaan2 itu...

Fly High OZNZ 2011!

Fly High OZNZ adalah satu program pre-departure yang dianjurkan khas buat adik2 sekalian. Saya sebagai senior sangat2lah memahami kecuakan anda sebelum fly. Iyelah, tempat baru, atmosfera baru. Siapalah tempat bertanya kita kan? Jadi dalam program ini, dikumpulkan speaker2 yang mantap dan senior2 dari uni2 di OZNZ sendiri langsung kepada anda. Face to face. Nak tanya apa, silakan...insya Allah jawapannya pasti x mengecewakan.

Insya Allah tarikh Fly High adalah

25-26 December 2010

Jadi........bolehla adik2 buat planning dari sekarang. Bukan mudah nak dapat ilmu secara langsung tentang pengalaman di luar negara. Tapi, de best teacher is still your OWN experience. Insya Allah, time fly nanti, ilmu bakal penuh di dada bersama2 dengan doa dan harapan kami semua.

Mereka2 yang bakal menempuhi PMR, SPM, SACE, IB and de list goes on...saya nak ucap selamat berjaya buat kalian. Semoga segala usaha dan doa kita dimakbulkan Ilahi. Insya Allah, takkan lari gunung dikejar.

Ingatlah bahawa tiada satu pun hembusan nafas insan di muka bumi, yang berlaku tanpa takdir Allah mengalir di dalamnya...

Buatlah yang terbaik, PASTI, Allah juga telah janjikan yang TERBAIK buat kita.

Enjoy this teaser video made by students studying in PERTH, Australia. (not me but my cute friends...hehe)

-mohon sebar2kan ye kawan2- (^__^)



Insya Allah, kalau ada soalan apape tentang Fly High saya boleh cuba sedikit sebanyak menjawab. (^_^) will update the progress soon.......

FastaBiQuL Khairat (^^)v

Thursday, July 29, 2010

YES2010

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Allah beri peluang dan kesempatan bukan sahaja buat saya si blogger tapi juga sahabat2 skalian untuk masih bernafas di muka bmi Allah azza wa jalla ini...alhamdulillah....

Hari ini, genap seminggu berakhirnya program Youthful Extraordinary MuSlim 2010 a.k.a YES 2010 di Perth kelolaan Malaysian Islamic Society of WA (MISWA).
Banyaaaaaaaaaaakk sungguh ilmu yang dapat dikutip sepanjang program...harap2 tak keciciranlah ye...ameen...dan saya dedikasikan satu posting untuk berkongsi dengan kalian tentang YES 2010.

Program YES 2010 adalah satu program yang ala2 program motivasi yang berbentuk Islamik tapi penumpuan rasanya lebih kepada ukhwah dan leadership...insya Allah...

"Alah...bosannya, kat Malaysia berlambak kot program macam ni....baik aku baca posting lain"

saya pun akan cakap benda yang sama kalau baca pendahuluan posting ni...program motivasi? aduh bosannya....tapi sahabat2 sekalian...tolonglah percaya...YES 2010 insya Allah ada kelainannya....bukan sebab saya adalah fasinya...(hehe) tapi ada sesetengah sudut yang mana program2 di Msia mungkin terlepas pandang akan dapat ditemui dalam YES 2010...insya Allah...

Apa kelainannya? Ukhuwah...

saya yakin pembaca sekalian pasti tahu ukhuwah...perkataan ini diambil dari bahasa arab yang bermaksud persaudaraan...yes...persaudaraan...silaturrahim...

Kalian kena ingat satu perkara...kami di Perth tak sebertuah sahabat2 di Msia yang majlis ilmunya di mana2...hampir setiap hari, setiap waktu, even time cuti pun masih ada program2 ilmu...dan kebarangkalian untuk jumpa wajah2 baru amatlah tinggi apabila menyertai program2 tersebut...jadi jaringan network itu luas insya Allah...

Kami di sini, hanyalah kami...siapalah lagi yang ada di sini? komuniti melayu muslim sangat sedikit...komuniti yang dahagakan ilmu terutamanya ilmu2 agama juga amat sedikit... YES 2010 memberi peluang kepada kami para student untuk meneroka ilmu2 kepimpinan, tak lupa kepada para pelajar 1st year dari segi ilmu2 duniawi serta ukhrawi...namun dari satu sudut...para junior dan senior ini dapat disatukan dalam satu medan iaitu medan UKHUWAH...

YES 2010 didasari oleh 2 speaker yang bukan calang2 hebatnya....seorang dari MelB dan seorang dari Canberra. Ustaz Nushi Mahfodz, kalau tak salah merupakan seorang pensyarah di UIA, sahabat2 UIA kalau kenal ustaz nushi...saya pun dah kenal siapa ustaz nushi...(^^)
seorang lagi merupakan seorang novelis yang berkelulusan engineering dari universiti Ibaraki, Jepun! Ilham Hamdani...pernah dengar nama ini? yes inilah penulis novel Hidayah Cinta yang dijemput khas oleh MISWA ke YES 2010.

"Selagi mana anda boleh bercakap, dan orang faham apa yang anda cakapkan, bermakna anda boleh menulis,"
quote kata2 En Ilham Hamdani ketika slotnya tentang Hidayah Cinta...saya akan cuba pegang kata2 ini, agar force untuk menulis dan berkongsi itu ada...lillahi taala insya Allah...

"Bila orang cakap tentang Islam, orang nampak Ustaz...tapi sebenarnya Islam bukan hanya untuk Ustaz..Islam untuk KAMU! Kamu yang bakal engineer, bakal pharmacist, accountant, dan macam2 lagi. Kenapa? Untuk membuktikan bahawa segala apa yang Allah ciptakan di atas muka bumi ini tak lain tak bukan adalah seruan untuk kita bertaqwa. Ayat pertama yang Allah turunkan pun sudah menyentuh tentang hakikat penciptaan manusia yakni ilmu sains dan biology!! maka Islam itu untuk anda semua..dan semua ilmu ini tak lain hanya untuk menambah ketaqwaan kita...insya Allah" saya modify sikit2 dari memori saya yang taklah sekuat mana...(^^i) hee~

Allah...mantapnya mereka, syukur ke hadrat ilahi kerana saya dan sahabat2 perth diberi kesempatan untuk bertemu dua insan ini. Harap2 ia dapat memberi impak positif bukan saja pada saya tetapi pada sahabat2 yang lain juga...insya Allah...

Sebenarnya banyak lagi yang ingin ditulis tapi cukuplah setakat ini...tak mungkin slot 2 jam "Purpose of Life" dan "7 habit of highly effective muslim" dari Ustaz Nushi, juga slot "Hidayah Cinta" dan "Bila Pena menari" dari Ilham Hamdani dapat saya kongsikan di sini...tak mampu rasanya...kalau sahabat2 yang membaca ingin bertanya, silakan...insya Allah akan cuba menjawab...(^^)

Wallahu'alam...

FastaBiQuL Khairat (^^)v

Monday, November 23, 2009

Money Matters

Ringgit Malaysia, Aussie Dollars, US Dollars, Pound Sterling, Gneh etc etc etc...these are all the world currencies which resembles one important thing in one's world....MONEY!

Yup, don't deny it guys...money is one of the important things in life..
Well, to be frank, I am in denial for quite a long time..
I believe money is not that important...
money is rezki, rezki yang Allah turunkan kepada hamba2Nya yang berusaha, yang layak menerimanya, yang tidak mengamalkan pembaziran...
Even in Al Quran it is clearly stated dat He does not like people who like to waste their money...
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra', ayat 27).

I am not a kind of person who love to waste my money on unimportant things (for me la, some people might find that the 'things' are important to them ;P) such as branded items, makeups etc etc and I am happy with it.
So it means here that saya tidak suka membazir, jadi insya Allah the rezki will always be well preserved in my vault -untouched-

However guys, I have learn my lesson well (very well in fact!!) that money is REALLY REALLY important if you want to survive as a student moreover overseas' student.

Saya tidak membazir, insya Allah ( I guess...). I hardly spend my money only on barang2 rumah, on my car payment, flight tickets, rents, bills, and y'know those important stuff...
For pampering myself? yes I do allocate some amount of money for entertainment or shopping for my rooms and that's it.
And for about after 9 months being here, Alhamdulillah, money is not a problem..syukur2...(^^)
That is why I never thought that money is important, because I believe I will never run out of it...(ni dah kes riak ni...huhu...astaghfirullah)

Inilah masanya Allah nak tunjuk, biar secermat mana pun kita dah jadi, seorganize mana pun kita dah rancang for our upcoming future...
kita hanya mampu merancang kawan2...hanya mampu merancang...
but He decide..the decisions are His to be made...

Alkisahnya, this will be my very first time (hopefully the last) in facing financial problems as an oversea student..
I really try hard not to ask any help from my parents...I really2 don't want that to happen...
It's not that they can't, but I refuse...
people might ask, why? so pelikla you..parents want to support also u dont want ka?

Independence.

that will be my reason for being such a crazy-stubborn person that others might assume out of me.
what is the meaning of being far from family other than to sort everything yourself? hmm..
well, here goes, my money matters in Perth!!

Well, I'm not going to make my matters a public matters though..hehe
Let me keep it to myself and I guess this is the limit..
All I can say it is about house rent, agreement, compensation etc etc etc..
and in conclusion, my savings cant cope with it...
yup. NOT ENOUGH!

Bagi seseorang yang telah berjimat cermat sepanjang 9 bulan di perantauan tapi masih menghadapi masalah kewangan, ini merupakan satu tamparan buat saya yang daif ini. huhu..
Masalah ini muncul tatkala final exam sedang ganas melanda dan saya ini hanya mampu berdoa dan berdoa dan berdoa agar selain daripada result saya memuaskan, smoga rezki Allah sentiasa ada buat saya yang daif ini.

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh,"

Doa, doa itu senjata orang mukmin. And dats what I did, but is it enuf?
I believe all of you have heard a verse from Him that goes
"....sesungguhnya Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri..."
Which in short means that we need to strive for something and yet never forget to ask from the Creator which owns the universe azza wajalla...

So now, here I am a week after my final. If I ask you, after exam, what did you guys normally do? outing? shopping? eating? sleeping?
well...as all of the things enlisted above require money (except sleeping of course...(^^)), I end up avoiding them...
Instead, straightly after exams, I went to the nearest shopping complex, passing my resumes to any potential shops that require assistance..
yup, I went for job hunting guys!!
The hunt still on, and I will not give up...no!!
Setakat ini masih belum ada yang response, but I will keep on praying...smoga rezki itu ada buatku...insya Allah...amiin...

Rasanya mesti ada yang tertanya2...
"Teruk sangat ke masalah aleen ni?"
"Kesiannya Aleen....ish nak tolong tapi diri sendiri pun tak termampu...huhu,"
"Tula, sape suro gi stadi jauh2, kalau dok dekat2 kan senang nak tolong,"
haha...ini semua monolog dalaman yang saya cipta seandainya saya berada di tempat kalian...
and I have answers for that questions...

"Actually, masalah ini takdelah teruk mana pun, Alhamdulillah, makan n minum masih terurus di sini, jadi jangan risau. Kalau sape yang dah kenal Aleen lama, rasanya you guys akan tahu yang saya ni terkenal dengan sikap suka pikir susah...benda senang suka buat jadi susah...yup dat's me...syazleen razak *peace* hehe...and if I really cant cope with it, I will finally ask my parents...huhu"

"Eh, saya hargai perasaan ingin membantu tersebut, tapi tak mengapa...let me deal with my own disaster or shall I say reminder from Him. Yup, dengan adanya ujian ni, Aleen bukan sahaja akan jadi lebih berjimat tapi juga lebih beringat bahawa, kita sebagai manusia biar seperfect mana pun kita rancang, ingatlah bahawa ada kuasa lain yang menentukan..maka selalulah berdoa, agar kita sentiasa dibawah lembayung kasih dan rahmatNya sentiasa...insya Allah...(^^)"

"Saya tak rancang akan sampai sejauh ni, saya tak rancang akan berada di sini pada tahun ini, waktu dan ketika ini, jadi tak perlulah kita persoalkan apa yang telah terjadi..redhalah dengan kehendak ilahi...teruskan berjalan di bumiNya...andai terjatuh, bangkitlah...andai perlu berlari, berlarilah...dengan ingatan Dia selalu memerhatikan kita, dan Dia yang menentukan segala...insya Allah (^^) "

Maka rakan2 pembaca sekalian....saya harap anda akan sentiasa doakan saya di sini...smoga sihat walfiat selalu, bersama nikmat iman dan nikmat rezki insya Allah...

sekian dahulu coretan rasa hati ini...
jutaan maaf sebab tidak membersihkan sawang2 di blog ini buat sekian lama...
sesi mengemas kini akan bermula nanti...(^^)

"fasTaBiQuL KhaiRaT"