Showing posts with label Zaman di Irshad. Show all posts
Showing posts with label Zaman di Irshad. Show all posts

Friday, May 18, 2012

Saya seorang pelajar

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, hari ini dipanjangkan nafas di dalam iman dan Islam.
Ayuh bersyukur sahabat2...
Minggu hadapan Rejab akan menjelma, diikuti Syaaban seterusnya Ramadhan yang mulia...
sudahkah kita bersedia?
Perbanyakkanlah doa pada Allah agar disampaikan kita ke bulan Rmadhan yang dimuliakan itu...
Aaminn

Baiklah, semua orang sibuk memperkatakan tentang hari guru kan?
Saya pun x mahu terkecuali...
Walaupun saya tahu, bilangan guru saya yang akan baca penulisan ini mungkin x ramai (ntah2 takde cikgu pun yg tahu kewujudan blogku ini...hehe)
tapi, sekurang-kurang Allah Maha Melihat, dan apa yg aku nukilkan ini adalah demi mengejar redhaNya semata-mata...insya Allah

Kisah bermula kira2 10 tahun yang lepas
(Subhanallah...dah tua dah aku rupanya...alhamdulillah, dipanjangkan umur hingga hari ini)

SMKA Al-Irshad....
'adoyai...sekolah apa yang Jabatan Pendidikan Negeri bagi kat aku ni?
Apply MRSM x dapat, apply SBP x dapat, sedangkan aku dapat 5A kot. 5A!!' monolog dalaman ketika berusia 12 tahun.

[ bila dah jadi pelajar irshad baru tahu, betapa bertuahnya saya sebab masuk irshad. Raammaaaaai lagi orang yang nak masuk irshad tapi tak dapat time tu tau! Hang plak, 1st intake kot aleen! bersyukur2...Alhamdulillah] :)

Cikgu pertama yang saya kenal ialah Cikgu Sabri. Budak asrama siapa tak kenal cikgu Sabri kan? Saya memang terlebih kenal dengan cikgu Sabri. Masih ingat lagi saat2 ayah berjumpa cikgu untuk buat rayuan kemasukan ke asrama, sebab sepatutnya saya ni tak layak duduk kat asrama pun. Masih kuingat muka seposen saya masa mula2 jumpa cikgu. Adeh. Cikgu Sabri pula memang baik hati sebab bagi saya masuk asrama without further a due...(time tu sedih amat, sebab memang tak mau masuk asrama!!!!) hehe. Maka Cikgu Sabri menjadi antara cikgu2 yang paling banyak kenangan, samada yang baik atau yang pahit. Hehe.

Masa tingkatan 1, relationship student-teacher ni masih tak establish lagi. Maklumlah masih hijau muda, cikgu2 pun mestilah lebih kenal senior2. Walaupun begitu, saya sangat rapat dengan cikgu Rahayu!! Cikgu Rahayu cikgu sains saya. Masa saya Ting 1, Cg Rahayu pun baru posting ke Penang. Sama2 baru kan, sebab tu kamceng sikit. Sampai sekarang masih contact cikgu lagi...Alhamdulillah...:)

Kemudian umur pun meningkat ke tingkatan 2. Oh, tingkatan 2 banyak tragedi. Banyak pelanggaran peraturan yang berlaku. Astaghfirullah kalau ingat2 balik, form 2 ni memanglah berani betul! Tak pernah pergi prep petang, bergaduh dengan dorm sebelah...huahua...banyak betul kes, tapi form 2 lah paling best dan happening sebab dorm kami menang dorm terbaik masa malam aspuri!! hehe...ok takdak kaitan ngan cikgu2. hehe~

Masa naik form 2, cikgu2 mula kenal saya sebab tak tahulah kan, tapi saya ni suka sangat bab2 pidato. Saya ni pun jenis aktif sikit dalam kelas (dululah...hehe). Paling tak boleh lupa masa ada public speaking depan kelas 2AF masa waktu BI. Sir Said cikgu BI masa tu. Time tu cakap pasal homesick rasanya. Ya Allah, tak sangka betul satu kelas enjoyed my talk! All I did was delivering it from the bottom of my heart, that's all! (with a bit of humor of course) but yeah...I missed those moment. Ma-sya Allah...Alhamdulillah (^^)

Form 3...suka sangat form 3! Lebih2 lagi sambutan hari guru masa form 3. Ya Allah, masa sambutan hari guru 2004, saya rasa batch sayalah yang paling hebat dan gempak dan awesome sekali...tahu sebab apa?? sebab kami belanja cikgu2 makan!!!

"Semua guru yang mengajar tingkatan 3, dan semua pelajar tingkatan 3 sila ke kantin sekolah untuk sedikit jamuan ringan," selepas pengacara majlis announce ni, saya rasa dup-dap-dup-dap...tahu sebab apa? because this is the very 1st program that I involved from the beginning to the end as a Co-Project Manager.

Masa student amik makanan masing2, cikgu2 masuk dalam kantin dan makan, masa tu adalah pertama kali yang saya rasa sangat LEGA dan sangat BERPUAS HATI! Perasaan tu begitu aneh hingga saya tak dapat lupakan sampai sekarang. Mana tak anehnya, program kecik je (libatkan semua form 3 dan cikgu2 kot) tapi berdebar memang tak ingat dunia!! bersyukur sangat Allah beri peluang dan ruang untuk melibatkan diri dengan program tu...memanglah tidak mudah, banyak konflik dan banyak tentangan tapi saya buat jugak, dan akhirnya, alhamdulillah...oh menitis air mata kegembiraanku...hehe

Oh ye, masa form 3 ni, bolehlah dikatakan saya ni dah mengenali dan dikenali oleh ramai guru. Semua suka bagi kerja2 tambahan kat saya. Kerja yang kadang2 tak akademik pun diorang bagi jugak. Saya pulak jenis rajin ikut. Ikut jelah apa cikgu suruh buat. Tak tahu kenapa, Alhamdulillah Allah wujudkan sikap suka tolong guru dalam hati...hehe

Masa form 3, result percubaan PMR jatuh. Tak dapat pun 9A, 7A je kot kalau x salah. Masa ni Ustazah Zuriani adalah Ustazah yang paling saya jatuh sayang.

"Awat result Syazleen lagu ni? Ada masalah ka?" tanya ustazah pada saya.

huhu...ada jugaklah ustazah, masa tu sibuk handle program lawatan lepas PMR, memang DUGAAN JATUH BERTIMPA-TIMPA. Huhu. - ni jawab dalam hati jelah

Lepas tu memang sayang seribu kali sayang kat Ustazah. Semoga Ustazah sentiasa dirahmati Allah... (^^)

Masa amik result PMR. Cikgu Sabri memang antara cikgu yang suka buat troll (bahasa orang sekarang) dengan saya. Boleh tak, punyalah awal saya datang nak amik result, tapi saya jadi antara orang terakhir yang diberi result. Awat? Sebab cikgu kata saya tak bayar yuran asrama.....(T.T) facepalm

Alahai cikguuuuuu.....saya bayarrrr....tapi x ingat resit letak kat mana.....plis cikgu don't do this to me (monolog dalaman)

Memang air mata literally bercucuran, tak amik result lagi tu. Pasrah, redha je kena troll ngan Cikgu Sabri. Bila semak balik buku resit (masa tu zaman2 takda online banking...hehe), barulah terbukti bahawasanya Syazleen Razak telah membayar yuran bulan Oktober, November dan Disember. Akhirnya! Alhamdulillah! :)

Dan saya pun naiklah ke tingkatan 4. Masa ini dapat tawaran ke SBPI Kubang Pasu. Satu lagi sifat yang ada dalam diri saya ialah ikut arahan orang tua. Kalau Ayah kata pergi, baru pergi. Kalau tak, memang tak pergilah. Sama jugaklah dengan Curtin, Ayah kata pergi Curtin, saya pun...baiklaaah....:) Doa mak ayah, makbul kan? :) Jadi saya pun tinggallah di Irshad dan meneruskan perjalanan sebagai seorang pelajar.

Bila dah jadi form 4, makin banyak tanggungjawab yang saya pegang. Antara jawatan yang saya pegang ialah setiausaha rumah sukan Abu Bakar. Jadi banyaklah paperworknya kan...dan antara cikgu yang saya TAKUT (yup, takut) ialah Cikgu Rafidah - cikgu biology merangkap cikgu kokurikulum. Garang sangat cikgu Rafidah ni. Especially bab2 kelab dan persatuan. Memang menggeletar jugak masa 1st time nak pegi jumpa dia. Tapi alhamdulillah naik form 5, Cikgu Rafidah jadi Cikgu yang paling saya sayang dan rapat. Sayang cikgu! :)

Masa form 4, saya ditaklifkan sebagai ketua aspuri. Memang tak nak jawatan tu, tapi Allah bagi, mahu tak mahu terpaksa terima. Hari pertama terima jawatan, dah ada orang persoalkan...
"Eii, budak tu sombong gila masa jalan nak pi amik taklifan tu tadi,"
"Eii, budak tu berdiri atas kerusi time bagi pengumuman,"

Allah, f4 tahun dukacita buatku. Memang...banyak kisah suka duka. Saya pun salah sebenarnya, bila terima amanat saya cuba berubah jadi seorang yang lebih tegas dan garang. Tapi, tak berjaya sebab Syazleen adalah seorang yang lembut, selembut namanya. Itulah kepincangan yang saya jumpa sepanjang saya ditaklifkan sebagai KA. Sekarang, saya cuba kaedah lain, I want to be authentic, I want to be me! So, saya kekalkan sifat lembut ini, walaupun terkadang diri sendiri yang terluka....(^^)

Ramai sekali cikgu-cikgu yang bagi sokongan. Ada juga cikgu yang terlebih bagi sokongan. Hehe. Sorry cikgu, bukan apa, cuma kadang2 setiap manusia ada limitnya, dan samalah juga seperti saya. Sir Rosli, I grew close to you since f2 isn't it? Since my involvement in choral speaking team. In 2005, you were destined to be my Class Teacher. Soon after our first monthly test (because I did score flying colors alhamdulillah) you have set this high expectations and high standards on me. But deep down inside I knew I wasnt that good I wasnt dat superb and strong. I knew I was gonna let you down. And it's very sad for me sir, to shatter your expectations, your hopes and your dreams for me. But I truly, am honoured and grateful, for Allah has make you as my teacher. I love your dearly sir. May Allah reward you for your effort and passion...:) ameen.

Form 4 IR, dalam kenangan....(^^)

Seterusnya form 5. SENIORA in DA IRSHAD! Hehe. Alhamdulillah dah jadi senior dah...hehe. Subhanallah, masa F5 memang tak ingat banyak kali betul kelas2 tambahan yang cikgu-cikgu buat untuk SPM. Kelas tambahan petang, kelas tambahan malam, kelas tambahan sabtu ahad pun ada jugak! memang cikgu2 sangat sayangkan kami batch 0206. Masa ni, alhamdulillah saya lebih menghargai guru2 saya, saya hormat mereka sebaik mungkin sebab saya tahu, redha dan berkat guru juga memainkan peranan dalam belajar kan?

Teacher Mastura, Ustazah Najihah Ustazah Alawiyah, Ustaz Azli, Ustaz Muslim, Sir Said, Cikgu Ashraf Shauqi, Cikgu Suhaimi, Cikgu Jamsari, Cikgu Fadzilah, Cikgu Fauziah, Cikgu Tengku, Cikgu Rafidah, Cikgu Rahayu, ramai lagi yang saya tak mampu nak tuliskan di sini...guru2 F5 yang saya sayangi...yang telah membantu saya mencapai keputusan cemerlang dalam SPM dan membolehkan saya belajar hingga ke bumi Kanggaru, semoga Allah merahmati kalian...

Seronok juga sekali sekala dapat imbau kenangan di masa lalu. Di oversea ni, lecturer pun kami panggil nama ja, takda pun Dr/Sir/Mr kat depan, itu yang kadang2 kita dapat lihat student boleh naik kepala dengan lecturer. Tapi alhamdulillah, kita sebagai muslim punya akhlak dan adab dalam menghormati guru, maka tidak timbul soal pelajar malaysia muslim tidak menghormati guru di sini. Alhamdulillah.

Semoga Allah merahmati semua guru2 saya, permudahkan urusan mereka, di dunia dan akhirat.



FastaBiQuL Khairat

Monday, March 7, 2011

Revolusi response-ability...

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah berkat izinNya sekarang saya telah bergelar pelajar farmasi tahun ketiga di Curtin University!! Alhamdulillah33x Saya sangat3 sedar tanpa izinNya memang tak mungkin saya sampai ke tahap ini. Saya bukanlah pelajar yang terbaik di antara terbaik, saya bukanlah seorang yang sangat berilmu, malah skil komunikasi dan penulisan pun masih di takuk lama. Namun, tak akanlah saya hanya berdiam diri? Tidak. Saya minta, minta dan minta. Akhirnya Dia beri pada saya. without hesitation. Teringat kata2 Dr.Asri dalam ceramahnya yang saya dengar kat youtube...

"Jikalau Allah hendak memberi kebahagiaan pada seseorang, ia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah menghalang kebahagiaan seseorang, dia tidak boleh dihulur apa-apa tangan sekalipun,"

Baiklah, responsibility bermakna tanggungjawab. Banyak jenis tanggungjawab dalam dunia. Responsibility as a child, as parents, sister, brother, friends, student and of course as His servant azza wa jalla. Banyak kan?

Fuh~ sound serious gal...
Well, it is. Kinda~

Kenapa cakap soal tanggungjawab? Sebab alhamdulillah baru2 ini saya telah dipertanggungjawabkan 2 tugas besar. Paling besaQ sejak berada di Perth ni. Mentor dan Ahli Panel.

Baiklah, mungkin saya overreacted. (^^!)

Mentor

Alhamdulillah, dengan hanya mengisi sekeping borang, dengan tidak menghadiri introductory briefing, dengan berbekalkan ilmu yang tidak seberapa dan sokongan seorang supervisor dari lab microbiology, saya kini bergelar Pharmacy Student Mentor 2011. Saya sangat tidak menyangka diberi peluang ini. Maka saya harus melaksanakan tugas ini sebaik mungkin, insya Allah.

Beloved mentor badges (^^)

Baiklah, apa tugas seorang mentor ni? Mentor di Curtin agak berbeza dengan mentor di Msia. Kalau msia, mentor tu maksudnya orang mengajar, mendidik si mentee hingga menjadi bijak pandai kan? Tugas mentor curtin tidaklah seberat itu. Saya sendiri tahu tahap diri, mana layak nak educate orang lagi. hee~ Tugas mentor di curtin adalah untuk membantu junior2 1st year dalam transition state from high school or colleges. Jadi saya harus memastikan setiap soalan mereka tentang uni life perlu dijawab. Saya juga perlu menunjukkan jalan yang benar kepada mereka. Meaning:- direct them to the respective body to help solve the miseries...hehe (^^)

Setakat ini, not bad. Alhamdulillah. Mungkin sebab baru 1st week of uni. Jadi masih bleh balance tugas mentor dan student. Saya sangat2 berharap mentor menjadi satu batu loncatan untuk meningkatkan tahap confident dalam diri.

Sahabat2 yang ada soft skill dalam diri tolong jangan blockkan kemahiran anda tu. Once block, clogged, rusty...memang susah nak polish balik. Saya sangat3 menyesal sebab tak kekalkan skil saya yang satu ni masa di intec. Keyakinan diri terus hilang. Saya cuma berada dalam kumpulan saya, tidak cuba untuk pergi lebih jauh, tidak berani untuk ambil risiko. Kenapa saya jadi macam tu? sebab saya takut saya tak dapat fly. saya takut tak dapat balance study. SAYA TAKUT. Jadi saya larikan diri dari tanggungjawab itu. Dan saya rasa kesannya sekarang. Sahabat2, masih belum terlambat to reverse and move forward via the other way. Percaya pada Allah. Dia telah tetapkan yang terbaik untuk kita insya Allah.

Ahli panel

Ahli panel? Juri awam ke? Hehe...bukanlah. Tapi ahli panel forum.

Alhamdulillah, saya diamanahkan oleh MISWA untuk membawa watak ahli panel dalam program sambutan maulidurrasul 2011 di perth 25 mac yang lepas.

'Allahuakbar. Ini memang sangat serius! Ini serius! Ahli panel? Gugup. Berapa lama dah tak bercakap depan orang? Berapa lama dah tak praktis berforum? Ada 2 hari je untuk prepare teks? Allahuakbar, bantu aku ya Allah. Dan lagi orientation day sama hari dengan forum. Allah cukup ke tidak masa untuk aku bersedia ni?? '

Itu semua monolog dalaman yang saya alami bila saya dapat berita yang saya adalah ahli panel pada malam sambutan itu. Mulanya saya tolak. Saya rasa orang lain lebih layak untuk berbicara tentang baginda nabi tercinta. Mampukah saya untuk menarik audiens untuk turut sama merindui beliau? Saya khuatir misi itu tak terlaksana. Namun, takdir Allah siapa yang mampu halang? Saya tetap menjadi ahli panel. Tetap akan berada di atas pentas itu untuk menyampaikan.

Maka ketika itu response-ability ini saya tukarkan kepada kewajipan. Ini fardu kifayah aleen. Bahkan besar ganjarannya jika kena cara dan niatnya. Revolusi berlaku dalam diri. Saya harus terima tugas ini. Kalau bukan saya siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi? Dan setelah saya redha dan yakin, kekusutan itu hilang. Sungguh! Rasa nervous itu kurang.

Jika boleh saya bandingkan perasaan berforum ketika sekolah menengah dan sekarang, menjadi ahli panel di sekolah menengah memang banyak tekanan. Saya ingat lagi saat2 saya menyusun ayat di dalam kereta ketika balik dari kampung di Melaka. Waktu ketika itu mungkin 9 malam. Saya paksa diri memerah idea menyusun ayat2 untuk disampaikan dihadapan cikgu lusanya. Tekanan itu memang tak dapat saya lupakan.

Tapi kini, saya tahu saya cuma ada 2 hari untuk bersedia. Malah saya sempat lagi tolong sahabat saya (yg juga ahli panel) memasak untuk gathering junior baru UWA. Malam itu, kami buat full rehearsal tanpa ada teks yang lengkap, cuma point2 sahaja. Tapi, entah mengapa, tekanan itu tidak terasa. Allahuakbar, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Saya cumalah seorang hamba yang menyerahkan jiwa dan raga kepadaNya dan ternyata yang baik itu dariNya dan buruk itu dari saya sendiri.

Alhamdulillah, pada hari berkenaan, debaran itu ada tapi tidak beraja di hati. Yang ada cuma semangat ingin menyampaikan kepada mereka yang ingin mendengar. Tak berhenti2 saya berdoa agar mereka yang hadir dapat memahami tutur bicara saya yang lemah ini. Sekali lagi keyakinan telah muncul dalam hati. Meskipun nyalaannya mungkin tidak sekuat dahulu tapi masih mampu menghangatkan hati yang ingin menyampaikan.

Ahli panel dan moderator. (^^)

"Sampaikanlah dariku walau satu ayat,"

dan untuk melakukan ini saya memerlukan keyakinan dan kekuatan, Alhamdulillah, tugas ahli panel yang saya sangat ingin tolak dahulu ternyata ada hikmahnya. Subhanallahi wabihamdih subhanallahil 'azim~

Saya kongsikan kisah Abdul Rahman bin Auf, sahabat nabi dengan saudara ansarnya Sa'ad bin rabi'. Saya kongsikan juga cabaran2 yang telah saya hadapi sepanjang 2 tahun pengajian di curtin. Tidak lupa pengalaman2 menarik berdialog dengan ahjusshi di Korea ketika jaulah yang lepas. Alhamdulillah respons audiens baik. Sangat baik. (^^) Allah, yang baik itu dariMu, hanya dariMu semata.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)
Inilah dia kisah tanggungjawab dan kewajipan yang sebenarnya tidak banyak bezanya. Mereka punya satu persamaan yang hakiki dan ini bergantung pada si pembuat itu sendiri yakni NIAT. Adakah NIAT anda lillahi ta'ala, atau sebaliknya? Fikir-fikirkan dan selamat beramal! (^^)
FastaBiQuL Khairat

Friday, October 8, 2010

Sunyi.

"Aleen, aku rasa sunyilah kat sini" keluh salah seorang sahabat yg kukasihi baru2 ini...
"Aku pun pernah rasa sunyi, sahabatku,"


Kesunyian. Apakah itu? Saya tak ada kamus dewan bahasa dan pustaka dengan saya sekarang...tapi kalau ikut pemahaman saya, kesunyian ini ibarat sebuah rumah yg besar tanpa penghuni, ibarat lengang jalan di malam hari, ibarat beningnya dinihari...kadang2 menenangkan, kadang2 menyedihkan...

Kesunyian. Macam mana boleh timbul rasa sunyi ni? Dahulu, zaman di Irshad, demi Allah, hatta sesaat pun saya tak pernah rasa sunyi. BENAR. Hatta sesaat pun! wah, sampai macam tu sekali? Senyum. Syukur alhamdulillah saya punya pendorong hebat ketika di Irshad.

Tatkala sedih dan menangis di tangga, tanpa dipinta datanglah tangan lembut memegang bahumu, menghentikan airmatamu...tanpa dipinta. Tatkala hati sesak menanggung bebanan, datanglah si dia, menanti di hadapanmu, mendengar penuh sabar. Tatkala ujian dan dugaan melanda, berkumpullah kami, di meja batu itu, berdiskusi, meluahkan perasaan....

Ya....masih kuingat, di meja batu itu, di bilik rehat itu, di kelas itu, di dorm itu, di SEKOLAH itu...Allah menemukan aku dengan sahabat2 yang mengisi ruang2 di dalam hati, yang menjadi sandaran ketika susah mahupun senang...rakan2 ketawa dan menangis...rakan2 yg menegur ketika salah dan menerima kita seadanya kita...merekalah insan yang kugelar SAHABAT...

Ya, kami semua tidaklah sempurna, masing2 punya kelemahan masing2 dikala itu...punya peribadi masing2 yang sangat berbeza...hehe...buat aku mahu ketawa sahaja...tapi itulah mereka, sahabat2 yang kukasihi.

Namun sahabat2...kesunyian itu pada Aleen sekarang adalah sesuatu yang sangat Aleen tnggu2. Apabila diluar negara baru Aleen tersedar sesuatu. Aleen sedar bahawa sunyi itu sebenarnya satu nikmat.

Bila kita dalam persekitaran yang sunyi, tiba2 kita perlukan tempat bergantung kan? tempat berharap, tempat meluahkan perasaan.

Sebenarnya, sahabat2 yang saya kasihi semua, kita semua tak lain adalah wasilah Allah dalam menyalurkan kasih sayangNya pada hamba. Sahabat2 saya dahulu adalah satu nikmat yang tak terhingga pernah dikurniakan pada saya. Sahabat2 saya di irshad adalah salah satu percikan kasih sayang Allah pada saya.

Tapi sekarang, sahabat2 ini telah dijauhkan dari saya. Tiada lagi tangan lembut memegang bahu andai aku menangis. Tiada lagi senyum tawa gurau mesra bersama mereka. Namun akhirnya Aleen sedar, meskipun sahabat2 ini tiada, Aleen tak sendiri. Tak pernah sendiri...malah Allah buka mata dan hati bahawa, Tuhan kitalah yang sepatutnya lebih dekat dengan kita. Tuhan kitalah tempat bergantung, mengadu, bergelak ketawa, menangis hiba...ya, sepatutnya dengan Dia...Dia, rabbul Izzati.


Ya, sekarang bila rasa sunyi, sebagai manusia Aleen akan mengeluh terkadang menangis. Tapi cepat2 tangisan itu ditahan, dan hamdalah pula yang harus terucap. Kerana dengan adanya kesunyian ini, Allah beri peluang pada kita untuk isi jiwa kita dengan mendekatkan diri padaNya.

Kalau kita sibuk, ada masa ke kawan2? Aleen bersyukur kerana dapat mengenali rasa sunyi ini. Dengan adanya perasaan ini, Allah itu terasa dekat, sangat dekat. Kawan2 patut cuba juga...(^_^)

Malah, betapa pemurahnya Allah kerana telah mempertemukan saya dengan sahabat2 baru di Pulau Selatan ini. Tak sangka di bumi koala ini kita bertemu. Dan pertemuan ini tak akan berlaku andai tiada takdir Allah tersirat dan mengalir didalamnya. (^_^) Saya bersyukur bertemu dengan korang..(^_^)

Saya sayang sahabat2 saya. Sayang lillahi Taala. Tapi saya juga mahu mencintai Pencipta sahabat2 saya. Pencipta yang telah menemukan saya dengan sahabat2 saya kasihi. Semoga kita bertemu dan berpisah keranaNya ya korang...semoga ukhwah fillah kita abadan abada ila jannah. Harap2 sangat kita tidak bergaduh bila berjumpa di Mahsyar kelak...Allah~

"Pada hari itu (kiamat) sahabat2 karib, sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain, kecuali orang2 yang persahabatannya berdasarkan taqwa" (Az-Zukhruf:67)

Sekian sahabat2 ku tercinta yang berada di seluruh pelusuk dunia...

"sebagai manusia aku sayang padamu..."

FasTabiQuL khaiRaT...(^_^)

Monday, March 23, 2009

Sejarah Mungkin Berulang




Sekali imbas macam penah dengar aje ayat kat atas tu kan? Mana taknya…tu kan bait lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Newboyz..hmm…and how far I hate to admit it…yup, its true…sejarah memang boleh berulang kembali…

Black out, no energy, api kena potong, takdak karan….

Kesemua istilah2 kat atas tu jelas menunjukkan bahawa bekalan elektrik di sesuatu tempat itu telah tiada atau dihentikan buat sementara waktu…dan jangan sangka clear water no buaya (memang kurang releven tapi nak tulis gak!!!) dan jangan sangka Australia tak menghadapi masalah yang sama…specifically…my little home in Perth WA!!


inilah rumah kecilku di St James.

Malam ni…for the first time abroad, my house is covered in darkness. Yup, you heard me! No light at all, only the plugs are functioning well, alhamdulillah. Kalau tak memang 100% total darknesslah malam ni…hehe. Its all started at about 7.00 p.m. camtu, nak adjust lampu and suddenly…

“Weh, satu rumah takleh bukak lampulah!!”
And everybody was panicking, what?? Camne nak study?? Camne nak siapkan extemporaneous form?? Camne nak itu? Camne nak ini?? And everybody got their hand on handphones masing2 and start dialing Clayton’s (our house owner) number, but not answered!! Wah2….

Time2 macam nilah, aku terimbau masa lampau ku sebagai seorang student di SMKA Al-Irshad. Kan aku cakap sejarah mungkin berulang? Yup, kat Irshad, takde elektrik ni dulu macam common thing aje. Serious!! Tak caya tanyalah budak2 asrama yang dok kat asrama starting tahun 2002 sampai 2004. selalu ja xdak karan kan?? Ahah…kat sini aku nak wat flashback certain things yang dulu aku anggap sangat remeh tapi sekarang sebenarnya dah jadik satu experience yang orang lain tak penah rasa.

Aku ingat lagi, masa tu form 2, aku prep kat kelas 2 Ibnu Sina, kelas aku kat tingkat paling atas and kelas kedua paling hujung. Kelas 2IS ni dekat ngan surau so senang sket. Black out tu jadik time tengah prep meaning dalam pukul 10++ malam!! Tatkala lampu terpadam, ingatkan satu blok je takdak karan, kalau betul aku memang nak pi dah suis box tu, nak pi tolak balik suis dia…(haha daring gila) tapi actually satu sekolah takda karan!! Kami sebagai f2, nak kata senior tak, junior pun tak, so memang kelam kabut jugakla..jeritan kedengaran di sana sini..pastu mulala jerit panggil nama…

“Weh, paan, hasz, hampa katna??”
“Kat sini weh aleen aku kat sini!!”

Haha..bila teringat balik macam nak tergelak pun ada, sedangkan waktu tu memang takut sangat2la..yelah...dahla gelap gelita…beg, buku, alat tulis semua bersepah kat atas meja. So kenalah kemas apa yang patut dulu baru boleh balik dorm. Time balik tu memang jalan rapat2…sorang pun tak berani pandang belakang, melainkan kat belakang tu konfem ada orang. Hehe, takut weh. Sampai kat aspuri plak memang kecohla satu aspuri

Alamak!! Aku tak iron baju lagi nih!”
“Weh supper ada tak time black out?”
“Lah…camna aku nak study nih!!”

Bila ingat2 balik hampir 500++ orang berada dalam kegelapan, memang tak tau nak buat apa. Even Cikgu Sabri sampai kena on lampu kereta nak bagi mudah penghuni aspuri balik aspuri. Menarikkan? Hehe time tu memang tak menarik langsungla. Bila sampai dorm, memang tak nampak dah orang, yang ada lampu generator yang kecik molek ja depan pintu. Inilah target student2 yang tak siap homework lagi, dudukla depan pintu dorm tu, try nak siapkan kerja skolah. Ya Allah, time camni memang sambil wat keja sambil ‘bercakap2’la. Ada ja gossip2 kluar, then hang kutuk aku, aku kutuk hang, dia kutuk hang…haha semua ada…

Sangat segar dalam ingatan bila ada orang sanggup duduk bawah lampu jalan semata-mata nak siapkan kerja sekolah, masih segar dalam ingatan jugak satu malam before PMR elektrik takdak kat Irshad and tipah pulak demam time tu, memang tidoq awai gila. Yela, nak stadi pun takda lampu, kawan pun demam. Alasan yang baik untuk tdoq awai..hehe..Masih segar dalam ingatan kami jalan pegang tangan ramai2 sambil zikir time nak balik dorm, time tu kecik lagi, then crita hantu plak memang banyak kat Irshad…hehe..Masih ingat jugak tiap kali kalau letrik kat blok D aras dua aspuri kena tendang, muka akulah yang pi tolak kat switch box tuh balik, haha. Sangat2 tak boleh lupa cikgu Sabri datang tutup suis letrik aspuri coz nak suro budak2 yang malas nak pi prep nih pi prep..

Ya Allah, sekarang ni baru aku rasa bersyukur sangat aku mengalami sendiri pengalaman2 kat Irshad. Tak kisahla yang pahit atau manis, yang susah atau senang, yang suka atau duka, semua tu pengalaman. Bergantung kat aku je nak ingat atau nak lupa. Bila sejarah itu berulang, memori ni pun berputar kembali, pulang sejenak ke zaman aku ngan rakan2ku, dengan aspuri2, dan warga2 irshad sekalian. (“,) nak quote sikit ayat Cik Zack tadi..

“Ya Allah Aleen, kat sekolah mana ko belajar tu? Ko still boleh belajar dengan cemerlang pulak”

Pada pendapat aku, rasanya aku taklah secemerlang student2 lain kat luar sana. Aku cuma seorang pelajar yang cuba belajar sebaik mungkin, tanpa mengira dugaan, rintangan, cabaran apapun. Rasanya sekolah mana kita belajar tak sepenting sekuat mana kita nak belajar. Kalau nak dibandingkan, cabaran yang aku alami kat Irshad sangat unforgettable, compared to INTEC or Perth. Maybe the time is not here yet, for me to encounter those hard and harsh moments here in Perth. Meskipun dugaan or ujian tu datang, insya Allah, aku akan cuba hadapi dengan kuat dan tabah sebab prinsip aku ialah ada hikmah disebalik setiap kejadian. Benda tu takkan jadi sewenang-wenangnya…insya Allah..



Baiklah…panjang gila aku post kali ni ek? Hehe…for guys yang nak betulkan fakta2 kat atas tu silalah ye…aku ni bukan ingat sangat suma benda yang jadik kat Irshad dulu…baiklah…

Salam..