Showing posts with label Safiyya. Show all posts
Showing posts with label Safiyya. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Luahan perasaan

Assalamualaikum wbt,

Waaaaaaaaaaaaaaahhhh, lama sungguh rasanya saya tidak berjimba-jimba dengan pena kesayangan....hehe...

Tahu jugak perkataan jimba ye?
Mestilah, generasi Y kan? (^^!)

Hari ni saya rasa seperti mahu meluahkan perasaanlah...

Hm.

Apa first impression kalian bila saya sebut luah kan perasaan? mesti....

"I love you, You love me, we are happy family" - Barney and friends.

kan2? jangan tipu ye. (^^)

betul jugaklah tu, nak luah perasaan. Perasaan yang dah lama terbuku dalam sekeping hati ini. Hati yang senipis kristal tetapi seutuh permata. Why permata? Haven't you heard? Only diamond cut diamond. Nobody can break my heart dat easily okay...hehe.

FOKUS! Sorry lama tak menulis, jadi camnilah.

Hm, saya memang nak meluahkan perasaan. Pada awak. Yup, awak yang tengah baca posting ni.

Awak, awak rasa kita ni orang yang tahu atau orang yang buat-buat tak tahu?
Orang yang bijak atau orang yang dungu?
Orang yang sihat atau orang yang sakit?
Orang yang kuat atau yang lemah?

If your answer is the former, alhamdulillah. If your answer is the latter, work harder. If your answer is u don't know then you're in trouble. And that makes the two of us. Yes, I don't know too...

Saya tahu yang masih ramai orang di negara saya tak ikut perintah Allah, couple sana sini, tinggal solat, banyak sangat.
Saya tahu ramai adik2 saya yang menipu orang2 tua mereka, bila bercakap keluar perkataan2 buruk, bila berpakaian kalah artis barat.

Saya tahu, tapi adakah saya sebenarnya sedang buat-buat tak tahu?

Sekarang saya sedang belajar di luar negara. Penat blaja masa SPM, masa INTEC, alhamdulillah result semua ok. Tapi betulkah saya masih ingat apa yang saya belajar? Bolehkah saya kata saya pada hari ini lebih baik dari semalam? Bolehkah saya kata saya telah master semua ilmu2 tersebut? Bila orang tanya tentang agama, bolehkah saya menjawabnya dengan lancar? Bila orang mengemukakan hujah bolehkah saya menilainya dengan bijak tanpa berat sebelah?

Jadi adakah saya ini si bijak atau si dungu yang bertopengkan ilmuwan?

Saya dilahirkan sempurna. Punya dua mata untuk melihat, dua telinga untuk mendengar, satu mulut untuk bicara dan anggota2 yang lain juga. Jadi saya sihat fizikal. Saya boleh berlari, bernafas dan semualah. SEMPURNA. Tapi bila melihat lemah ditindas saya hanya mampu berdiam diri, pabila melihat orang tidak bersalah dihukum saya menangis mengalih pandangan, pabila sejarah hitam disembunyikan, yang batil ditegakkan, yang benar dinafikan, ISLAM DIPERMAINKAN, ALLAH DIHINA, MUHAMMAD DICERCA....di mana saya? di mana?

Jadi, adakah saya orang yang sihat? Sihatkah saya? Mungkin sihat luaran tapi hati ini sakit, sakit yang AMAT sebenarnya!

Saya kuat! Masih boleh berjalan, masih boleh berbicara, masih boleh menulis dengan baik untuk awak baca. Tapi pabila orang melakukan dosa didepan saya saya hanya mampu menafi di dalam hati, pabila saudara seislam saya dibunuh sesuka hati saya hanya mampu menangis, pabila saudara seislam saya disembelih, lebih sedih pabila saudara seislam saya MENINGGALKAN CARA HIDUP ISLAM, saya hanya mampu terduduk dan menggeleng kepala.

Awak bagitahu saya, saya kuat ke, atau orang lemah yang menunggu masa menunjukkan ketakutannya pada dunia...

Duhai sahabatku yang tercinta. Saya sedih, sedih dengan kondisi kita umat Islam. Islam itu sekadar meniti syahadah di bibir sahaja kah? sekadar solat 5 waktu? puasa di bulan Ramadhan? Zakat Haji? itu sahajakah? Tidak sahabat, kita punya tanggungjawab yang lebih dari itu. Lebih sahabat2!

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui" (2:30)

Allahuakbar, maaflah awak, saya emosi terlebih pulak.
Fuh, terima kasih sebab sudi baca ye. Saya lega LEGA sangat dapat luahkan kat sini. Sebab saya tahu, dengan menulis, saya boleh kawal kalam pena saya, saya khuatir andai bicara saya khilaf mungkin sukar untuk ditarik kembali.

Ya, inilah luahan perasaan saya. Kenapa saya luahkan perasaan ini? sebab inilah salah satu caranya yang saya boleh lakukan untuk ingatkan diri saya dan ingatkan orang disekeliling saya. Saya sedar awak, kita ada tanggungjawab dan tanggungjawab itu bukanlah untuk bercinta berpandukan syaitan, tetapi bercinta kerana Allah. Berperasaan tetapi berlandas syariat.

Saya harap, bila awak baca luahan perasaan saya ni awak akan berlari, berlari bersama2 saya. Sebab saya tidak mahu jadi orang yang buat2 tak tahu, orang dungu, orang sakit dan orang lemah. Itu bukanlah ciri seorang khalifah. Saya nak jadi yang sebaliknya, dan saya tidak tahu masanya saya akan dipanggil ilahi, semoga Allah redha dengan pecutan saya untuk menuju ke arah itu...ameen... (^^)

Subhanallah wa bihamdih, subhanallah hil adzim...


FastaBiQuL Khairat

Tuesday, July 12, 2011

A warming winter~

"Sejuknya Ya Allah, sejuknya Ya Allah, sejuknya ya Allah!!" itulah zikirku sehari-hari kebelakangan ini. Bumi Perth sememangnya sangat sejuk tahun ini. Terkenang daku akan jaulahku ke Korea tak lama dahulu. Keadaannya hampir sama cuma saljinya tiada. Senyum. Mungkin itulah uniknya Perth jika mahu dibandingkan dengan tempat lain.

"Kak Aleen!" satu suara memanggil
"Yes?" sahutku
"Saya nak mintak guna internet rumah ni boleh?" aku terdiam sambil memandangnya. Ada lagging time 2-3 saat di situ.
"Eh, boleh sangat. Guna jelah, tak payah mintak2,"
"Terima kasih kak Aleen," ujarnya sambil berlalu pergi dengan senyuman.

Aku turut tersenyum dan terdetik di hati. Adikku ini sangat particular dalam menggunakan barang2 kepunyaanku. Tak kisahlah makanan ke, minuman ke, barang2 ke, dari setiap segi, pasti mereka akan meminta izin dahulu. Aku senang. Sangat senang sebenarnya dengan sikap ini. Alangkah bagusnya jika semua orang mampu bersikap sebegini. Seandainya mereka tidak meminta izin sekalipun, pasti sahaja aku izinkan.

'Mereka ini bukan sebarang adik, adik ini adik solehah,' aku berkira2 di dalam hati.

"Eh, korang ni tak sejuk ke duduk atas lantai ni? Lantai rumah kak aleen ni kayu tau. Sejuk. Dah2 pegi duduk kat depan,"
"Takpe kak. Kalau akak nak tahu rumah saya lagi sejuk daripada ni. Dalam rumah pukul 1 tengahari pun boleh keluar asap! Ha, lagi dahsyat tu kak. Takpe3. Akak jangan risau ye,"

Aduhai. Habis dicantasnya hujah aku begitu sahaja. Sebagai tuan rumah, sememangnya aku sangat risau. Risau amat dengan keadaan adik2ku ini. Sejuk ke? Tahan ke mereka dengan sejuk2 macam ni? Tapi celoteh mereka menunjukkan mereka sangat selesa. Secara tidak langsung rumah ini turut sama kelihatan selesa. Mungkinkah itu berlaku kerana adanya kalian di sini?

"Akak nak tolong apa2 tak?" ujar satu suara sambil menonjolkan muka di beranda dapur. Satu sengihan manis terlekat diwajahnya. Aku tersenyum.
"Tak payahlah. Dah nak siap dah ni,"
"Susah2 je akak ni," ujar satu suara di belakangnya.
"Haah, susah2 je kak aleen," ibarat satu angkatan, semua bersuara. Mungkin nada dan intonasi sedikit berbeza tetapi maknanya tetap sama. (^^!)
"Aleen, meh kita tolong eh," ujar suara seorang sahabat pula. Senyum lagi. Rasanya bila agaknya senyum ini bakal hilang dari wajahku? Aku dikelilingi insan2 hebat. Alhamdulillah ya Allah.

"Makan banyak2 ye semua," aku senang. Ini sifat baru yang Allah tanamkan dalam hati. Sifat memberi. Aku senang bila memberi. Aku juga senang bila orang sudi menerima. Alhamdulillah3. (^^)
"Eh, jangan makan banyak sangat korang. Kita kena ambil iktibar dari wish list kak aleen yang terakhir,"
"Wish list yang terakhir? apa tu?" soal yang lain.
"Haahla ye, apa tu?" aku turut sama menyoal.

Wish list. Aku senaraikan 55 perkara yang ingin aku capai dalam hidupku. Sebenarnya semua perkara2 yang tertulis itu adalah random stuff. Aku tulis apa sahaja yang terlintas di hati. Alhamdulillah, ada beberapa perkara yang telah berjaya aku capai dengan tidak disangka2. Dialah Maha Pemberi Rezki. Alhamdulillah. Masalahnya cuma, aku sendiri tak hafal kesemua perkara2 yang aku tulis. Bolehlah pula adikku yang seorang ini tahu pula perkara yang terakhir tu kan?

"Ala...yang nak tu...,"(dirahsiakan atas sebab2 tertentu, kalau nak tahu meh datang melawat rumah saya. Hehe)

Ketawa mereka berderai saat itu juga. Aku turut sama ketawa. Tak sangkanya aku. Cerdas sungguh mereka2 ni. Kagum aku kagum.

"Alamak2, kak aleen dah marahlah," nada si adik bertukar kecil. Aduhai2. (^^)
"Hehe, mana ada marah. Sayanglah," kami tertawa bersama.

Senyumanku kian pudar dari wajah. Kini ku sedar, aku sedang duduk sendiri, merenung ruang tamu yang kini sunyi tanpa tetamu. Dapur yang kelam tanpa celoteh chef2 terkenal. (^^) Dan juga bilik kayu yang semakin sejuk, lebih sejuk dari biasa.

Tak pernah kusedari, ruang tamu rumahku ini luas sebenarnya.
Tak pernah kusedari, derapan kayu lantai rumahku ini, mampu menciptakan bunyian pilu sebenarnya.
Tak pernah kusedari, aku akan merindui betapa lunaknya bacaan surah2 lazim kalian ketika kalian mengimami solatku.
merindui lincahnya kalian dalam menyampaikan idea, bernasnya pemikiran kurniaan ilahi, itu kulihat dalam kalian.
merindui senyum tawa gurau senda yang tidak mungkin dapat ditukar ganti.
Allah, aku jatuh sayang. Jatuh sayang pada sahabat2 ini.

Keterlaluankah daku? Mereka adalah sahabat2 yang baru sahaja ku kenali. Bagaimana mungkin ikatan itu terasa begitu erat?
Mengapa aku merasa, masa itu mencemburui kami dan ingin sahaja memisahkan kami.
Allah, beratnya hatiku. Berat sekali.


Oh perjalanan kita, masih jauh....
Jalan yang berliku bakal kita tempuh
Ingatlah kenangan semalam
Jadi azimat penguat semangat
menempuh masa hadapan
harapanku kau kan bahagia...
selalu...

Sahabatku,
Persahabatan ini bukan milikmu.
Bukan milikku jua.
Ia adalah milik Allah subhanahu wa taala.
Kerana Dia. Hanya Dia, kita bertemu.
Moga kita bersahabat dunia akhirat.

Air mataku gugur di saat itu.

Hari pertama bertemu, diri ini tidak mengenali kamu,
Tapi kerana Allah Maha Tahu,
Jalinan hati bersimpul padu,
Ya Allah, moga jalinan ukhwah itu mekar hingga ke syurga
Moga bertemu lagi kak aleen kusayang.

....

Kak Aleen, ukhwah ini ibarat cinta yang tak akan mati. Terima kasih.

Allah...
pertemuanku ini adalah ketentuanMu. Jika Engkau tidak membenarkannya, nescaya aku tidak akan bertemu dengan insan2 hebat seperti mereka.
Doaku saban hari adalah untuk dikurniakan sahabat solehah ya Allah.
Namun, Kau Maha Pemurah ya Allah. Sahabat solehah yang kuingini telah kutemui. Sahabat solehah, sahabat dunia akhirat. Alhamdulillah3.

Namun aku tersedar. Aku sedar yang aku perlu tutup buku semalam dan meneruskan lembaran baru. Kerana masa itu sememangnya amat cemburu pada kita dan aku tak mahu kalah pada sang waktu. Aku tidak mahu hanyut dalam lautan perasaan. Aku hargai setiap waktu ini sahabat. Aku yakin kamu jua begitu. Ketahuilah, meskipun kamu hadir sekejap cuma, tapi kamu telah menempa sejarah hebat dalam jiwa ku yang sebelum ini begitu kecil. Ketahuilah, pertemuan ini sangat bermakna buatku. Dan pada siapa lagi aku harus panjatkan kesyukuran kalau tidak padaNya yang menemukan kita.

Kini aku pandang ruangan kosong itu sekali lagi. Sekeping kad di tangan kusisipkan kembali ke dalam sampulnya. Kekuatan. Iya. Aku dapat rasa kekuatan kalian. Helaan nafas kuhembus perlahan. Kakiku melangkah, meninggalkan ruangan kosong itu. Aku perlu terus berjalan. Berjalan menghadapi duniaku demi akhiratku. Insya Allah, doaku pada ilahi, semoga pada pertemuan seterusnya, kita masih lagi mampu tersenyum pada sesama sendiri. Tersenyum atas rahmat dan inayahNya, insya Allah.

Akan ku nantikan saat itu.


FastaBiQuL Khairat

Saturday, July 9, 2011

Mana saksi kata janjimu?

Assalamualaikum wbt,

Kita seringkali berjanji, namun sejauh mana kita berusaha menunaikan janji tersebut?

Kita berjanji dalam setiap perkara, setiap saat, tanpa kita sedari.
Kita janji, nak sapu sampah, bersihkan rumah, basuh kain baju,
Kita janji, nak habiskan mathurat, nak baca quran, solat sunat dhuha dan witir,
Kita janji nak baca banyak buku, nak tambah ilmu dunia dan akhirat,
Kita janji nak telefon mak ayah, nak tanya khabar kawan2, nak tahu keadaan famili,

Kita janji, dan berjanji dan berjanji dalam setiap perbuatan. Agak2 tertunaikah setiap janji itu?

Sahabat2, kalau kita berjanji dengan manusia, tapi tidak tertunai maka akan berdosalah kita pada manusia itu. Dosa itu tidak terampun melainkan kita memohon maaf pada yang berhak dan kita dimaafkan pula oleh si dia.

Bagaimana jika kita berjanji dengan Allah?

Kita berjanji mahu menjadi seorang muslim.

Tertunaikah janji itu?

Janji bukan perkara ringan sahabatku. Janji bukan sekadar mainan lidah.

One of the strength of being a good leader is by honoring the promises and commitments made- Prof Hamdi

Mahu jadi pemimpin yang baik juga perlukan sifat ini. Sifat menunaikan janji.

Baiklah, berbalik kepada menunaikan janji pada Ilahi, mampukah kita?
Di saat kita berjanji untuk meleburkan diri dalam perjuangan dijalanNya yang pastinya berliku2 ini, bersediakah kita?
Ya, awalnya pasti kita rasa,
"Aaaah, akan kutepis semua dugaan yang mendatang demi cintaku padaMu rabbi!"

Awalnya.

Akhirnya bagaimana? Tewas? Or barely standing?

Sememangnya, satu elemen penting yang perlu ada setelah berjanji adalah untuk terus teguh mempertahankan janji itu. Saya pasti semua telah berjanji, insya Allah, tidak pernah tertinggal dari berjanji dengan kalimah syahadah...

shahadah
Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,
Dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Jadi kalian takkan mampu lari. Ini bukti janji kalian. Di mahkamah agung kelak, ini adalah bukti sahih yang akan dipersembahkan dihadapan ilahi. Bersediakah anda untuk disoal "Mana saksi kata janjimu itu?"

Saya menulis ini untuk peringatan pada diri sendiri. Saya menulis untuk memberitahu pada diri agar menangislah. Menangislah jika kau ingin menangis! Bukankah Allah kurniakan padamu titisan-titisan itu untuk kau gunakan di kala dinihari?

Wahai diri, ketahuilah, bilamana kamu telah berjanji, Allah akan menuntut janjimu itu.
Wahai diri, ketahuilah, bilamana kamu telah berjanji, dunia ini sangat kecil bagimu jika kamu benar2 memahami,
Wahai diri, ketahuilah, kamu telah berjanji, dan Allah juga telah berjanji denganmu,
Ketahuilah diri, janji Allah itu lebih agung dari janji manusia!!!
Ketahuilah diri, janji Allah itu adalah sesuatu yang PASTI berlaku, bukan barely, bukan maybe, tapi PASTI berlaku.

Allah menuntut janjimu dengan mengurniakan dugaan ke atasmu diri. Jadi sabarlah diri. Sabar dengan dugaan2 ini. Kamu kata kamu yakin, jadi mengapa perlu bersedih? Senyumlah diri, senyumlah. Hikmahnya ada insya Allah. Insya Allah.

Dunia itu kecil bagimu diri kerna ada akhirat yang luas menanti. Apalah ada pada harta jika hanya melalaikan. Apalah ada pada rupa yang akan hilang dimamah usia. Begitu juga dengan kata2 dan pandangan manusia di dunia, adakah semua itu lebih bernilai dari pandangan ilahi? Astaghfirullahal'azim.

Ayat Jual Beli

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat(waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.” (QS As-Shaaf : 10 – 13)

Ini janji Allah. No explanation required. Done said. Well verse. Alhamdulillah.

Sabarlah wahai diri. Janji ini akan menuntut bermacam2 perkara darimu. Lapangkan dada selapang2nya. Besarkan hati sebesar2nya. Tukar paradigma. Allah menyayangimu. Ujian itu hadiah si Dia padamu, tanda peringatan Dia tentangmu. Tidakkah itu sweet skali diri? (^^)

Allah, airmata ini pasti akan gugur. Pasti. Namun, bantulah aku untuk bangkit ya Allah. Aku yakin akan pertolonganMu, aku yakin kau akan membantuku. Keyakinan ini sahajalah yang kupegang selama ini, yang membawaku sejauh ini. Semoga Kau tetapkan hatiku, agar dapat berjumpa denganMu dengan keadaan yang Engkau redhai.

Ameen.

Fastabiqul KhairaT.

Saturday, February 19, 2011

Saat Pertemuan Bermula : SPB

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat2 yang dikasihi sekalian? Alhamdulillah, dua kaki ini telah menjejak kembali bumi Perth setelah 2 bulan bercuti panjang. Dan saya sangatlah faham apa yang menanti saya di sini. SPB.

SPB??

Saya rasa bagi mereka yang bergelar student uni esp overseas student, SPB bukan istilah baru. Lebih2 lagi mereka yang aktif berpersatuan. SPB a.k.a. Sambutan Pelajar Baru.

Who are eligible for SPB?
> sesiapa sahaja yang menghubungi kami sebelum mereka tiba ke sini.
> of course yang bergelar pelajar sahaja. dan pelajar BARU sahaja. (^^)

Who are conducting SPB?
> tentulah persatuan yang ada kat sesuatu uni, kalau tempat saya, wujudnya satu kelab uni bernama MISWA (Malaysian Islamic Society of WA) yang sangatlah aktif bergerak.
> any other higher authorities such as msd and etc...

Sambutan Pelajar Baru boleh jadi satu term yang sangat berat.
Menyambut? Baru? Sambutan perlukan persiapan rapi dan ianya hanya akan berlaku jika kita mampu ikhlas melaksanakannya. Tapi bagaimana mahu ikhlas jika orang yang disambut itu tidak dikenali?

Jadi sukalah saya nak modify sikit SPB yang bukan sahaja boleh dipanggil Sambutan Pelajar Baru tapi juga Saat Pertemuan Bermula...(^^)

Saat ini akan menjadi saat2 pertama kepada pertemuan2 seterusnya. Pertemuan di alam uni, di alam kerjaya dan mungkin juga di alam akhirat? Insya Allah wallahu'alam. Maka jika saat yang pertama telah dimulakan dengan langkah sumbang -start off the wrong foot,bak kata omputih- bagaimana nanti langkah berikutnya? something for you and me to ponder.

Saat ini akan menjadi saat kita diuji keikhlasan dan kesabaran kita oleh ilahi, dan juga saat kita mampu yakin dan mantap dalam melakukan sesuatu lillahi ta'ala. Apa yang kita dapat dari semua ini? housewarming adik2? Adik2 belanja senior2 makan? Adik2 lebih respect ngan senior?
..::RUGI::..

alangkah ruginya kalau kita cuma dapat yang itu. Kenapa?

Diantara ciri-ciri orang yang beriman adalah mereka yakin dengan ganjaran Allah di akhirat kelak dan segala perbuatan mereka di dunia haruslah berkait rapat dengan akhirat jua.

تِلْكَ الدَّارُ الْآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الْأَرْضِ وَلَا فَسَادًا وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

Ertinya: “Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik, iaitu syurga) itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”. Surah al-Ahzab: 83.

Ini tawaran baik dari Allah, takkan masih mahu berlengah?

Saat ini akan menjadi saat permulaan kepada sebuah ukhuwwah. Saat di mana susah senang kita akan hadapi bersama. Saat untuk menilai hati budi, kepimpinan, toleransi, budi pekerti. Inilah saatnya. Applicable to both participant and program manager team...(^^)

Selepas ini saat akan berubah menjadi minit.
Minit berkembang menjadi jam-jam waktu yang mekar.
Jam meniti pula hari demi hari.
Seterusnya melangkau kepada minggu dan bulan.
Tidak mustahil kekalnya ia hingga bertahun, berdekad dan berkurun lamanya.
Pertemuan yang bermula tanpa akhir, adalah pertemuan yang melekat di hati.


Namun begitu, saat pertama masih penting. Sangat penting, kan? Jadi, hadis pertama dalam hadis 40 berbicara soal niat. Maka, set up ur niat right guys. Are you doing dis for dunya? or for Him? Simple and straight forward...(^^)

Sebenarnya, nukilan ini timbul kerana inilah kali pertama saya terlibat dalam usaha2 SPB. Walaupun kepenatan itu terasa, tetapi sumbangan ini apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan sahabat2 saya yang lain. Sahabat2ku, awak memang hebat!

Nukilan ini juga timbul untuk mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa refleksi dan muhasabah selalu...buat kerana Allah, buat kerana Allah, buat kerana Allah...is what I always mumble to myself everyday...semoga kekuatan itu ada buat saya dan sahabat2 yang lain.

Jadi ingatkan diri sendiri saja macam tak best, so nak ajak jugaklah semua orang untuk sama2 ingat untuk buat semua perkara kerana Allah. Barulah hidup ini akan insya Allah aman tanpa dosa. Tak percaya? Cuba try skali, berani ke nak buat dosa kerana Allah? (^^!)-geleng2- kalau nak juga buat dosa carilah tempat di mana Allah tidak melihatmu, makanlah sesuatu yang bukan dariNya, dan hiduplah kamu bukan diatas bumiNya.

Saat pertemuan bermula, bismillah jadi pembuka bicara, biar diberkati segenap pertemuan.
Saat perpisahan bertandang, bukan selamat tinggal jadi kalam akhirnya, tetapi berjumpa lagi menjadi harapan,
andai bukan di dunia ini, pastinya di syurga nan abadi
insya Allah.

Ma'assalaamah.

FastaBiQuL Khairat

Friday, January 7, 2011

Saya sedih sebab awak biasa

Assalamualaikum wbt,

Selamat tahun baru buat semua!! Saya percaya tahun baru semua dengan azam baru. Bagus3. Itu yang kita mahu. Tapi jangan selfish ok. Janganlah azam baru tu kaitkan dengan diri sendiri je. Keluarga camne? Agama, bangsa negara lagi? Azamkan sesuatu yang bermakna untuk semua ok. (^^)

Tetapi saya tengah sedih sekarang.

"Wake up gurl! Everyone penah rasa sedihla. Apsal u nak bagitahu semua orang pulak ni?"

Hmm...sedih. Sedih mengenangkan insan yang bergelar hawa.

"Erk?? aku ke??" soal satu suara. Aku tersenyum.

Kalau kamu pun apa salahnya kan? Aku sedih untuk kamu. Bukankah itu bagus?

"Alamak. What have I done to u?"

Awak tak buat apape pun awak. Awak buat perkara2 yang awak biasa buat je.

Awak berhias. Cantik sangat. Alhamdulillah awak memang dah dilahirkan sempurna. Muka awak nampak sangat innocent depan cermin tu. Tiba2 awak grab mascara. Tak cukup dengan tu awak sapu foundation, blusher etc etc. Masih tak puas awak amik gincu warna merah terang yang sangat contra dengan kulit awak yang putih asli. Then awak tersenyum puas.

Awak masih lagi depan cermin. Alhamdulillah awak pakai tudung. Tapi tiba2 awak naikkan tudung tu sikit. Lama2 dah takde kain cover depan awak. Semua dah digunakan untuk lilit kepala awak. Kain selendang yang lembut lagi transparent tu memang senang nak dibentuk macam tu kan?

Pastu awak betulkan baju awak. Alhamdulillah baju awak takde koyak rabak kat mana2. Tapi saya rasa sesak nafas tengok baju tu. Awak tak rasa macam tu ke? Ketat semacam je saya tengok. Saya boleh nampak lengan awak. Mana taknya, baju tu kan tiga suku. Seluar pun sama jugak macam baju.

Awak dah nak keluar rumah tapi awak stop kejap. Perfume yang berbagai itu awak semburkan pada diri awak. Harumannya memang semerbak sampai orang yang kat luar rumah pun boleh bau rasanya. Nak buat macam mana, awak dah biasa.

Tiba2 ada bunyi hon kat luar rumah. Oh abang dah tunggu! Tapi seingat saya abang awak semua dah kahwin? Ni abang mana?? . . . . oh, abang yang 'itu'. Awak sanggup naik motor buruk dia tu. Helmet pun macam nak tak nak je melindungi kepala awak. Awak peluk "abang" awak erat2. Macam dialah pelindung awak.

Ni perkara yang biasa awak buat kan? Ni baru bab nak keluar dengan lelaki bukan mahram abang awak tu. Belum lagi bab awak solat, puasa, menjaga aurat yang lain2.

Awak. Saya sayang awak sebab saya pun sama macam awak. Kita kaum hawa. Saya tak kata saya tak pernah buat salah. Tapi saya nak ajak awak sama2 ikut saya untuk berhenti dari buat salah2 ni semua. Saya sedih bukan sebab awak. Saya sedih dengan diri saya sendiri. Saya sedih sebab saya tak kuat nak ajak, panggil awak ikut apa yang Allah cakap. Saya sedih sebab awak biasa. Awak nampak biasa saja dalam era ni.

Awak. Sebenarnya ini semua bukan benda2 biasa. Ini adalah benda2 luar biasa. Luar dari kebiasaan kita sebagai muslimah. Meskipun awak berpaling dari saya, saya doakan satu hari nanti awak akan temui kebiasaan yang diselaputi kebenaran. Saya percaya awak mesti pernah dengar hadis ni..

ghuraba

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]

Awak tak nak ke jadi orang itu? Ini satu tawaran hebat dari Pencipta kita. Ayuhlah awak. Marilah. Namun satu perkara saya nak tekankan. Saya tak benci awak. Saya cuma benci dosa yang awak buat. Dan sesungguhnya hidayah bukan milik saya. Tapi milik Allah. Saya akan sentiasa doakan supaya satu hari nanti, hidayah itu akan jadi milik awak.

AMEEN.



Yang sedih,
FastaBiQuL Khairat